Friday, February 1, 2013

Kebergantungan Terhadap Ubat Amlodipine (Anti-Hypertensive Pills) Dan Peristiwa 28 Januari 2013

Zynor Amlodipine 10mg (consist of 30 tablets)

Keterangan ringkas tentang ubat ini (sumber Wikipedia):

Amlodipine (Norvasc (Pfizer) and generics) (as besylatemesylate or maleate) is a long-acting calcium channel blockerdihydropyridine (DHP) class] used as an antihypertensive and in the treatment of angina pectoris. Like other calcium channel blockers, amlodipine acts by relaxing the smooth muscle in the arterial wall, decreasing total peripheral resistance and hence reducing blood pressure; in angina, it increases blood flow to the heart muscle (although DHP-class calcium channel blockers are more selective for arteries than myocardium, as the cardiac calcium channels are not of the dihydropyridine-type).

Ya...aku terpaksa akur dengan ketentuan Allah. Walaupun baru berusia 31 tahun tapi aku telah pun menghidap penyakit darah tinggi (Stage 4 - risky business ni). Ada banyak sebab juga bagaimana aku boleh mendapat penyakit ini. Salah satunya ialah my way of living, dari segi makanan yang tidak pandai berpantang. Kalau makanan berminyak atau masin, aku go-head saja. Antara faktor lain ialah dari segi genetik. Family dari kedua belah ibu dan bapa aku kesemuanya mempunyai sejarah dalam menghidap penyakit berkenaan. 

Beberapa minggu lepas aku mengalami kekejangan urat di bahagian tengkuk belakang, aku berjumpa dengan salah seorang doktor panel. Apabila mendengar bad news dari doktor tersebut, aku serupa macam sukar untuk mempercayainya. Tapi apabila aku menilai diri aku sendiri semula, aku pasrah. Mungkin inilah salah satu Allah nak membersihkan dosa-dosa aku yang telah lalu. Alhamdulillah. 

But wait, itu bukan sahaja dugaan yang terpaksa aku hadapi. Pada 28hb Januari 2013 yang lepas, sekitar jam 3 pagi, aku terkena serangan (atau lebih tepat ialah kekejangan) pada hati dan belakang leher. Pada waktu yang getir itu, aku hanya berserah pada Allah sahaja. Isteri aku yang tidur disebelah mula bangkit dan bergegas menuju ke arah dapur untuk mendapatkan ubat, tapi aku berkata pada isteriku agar jangan memberikan aku sebarang ubat sebab dah janji dengan doktor untuk buat blood-test pada pukul 8.00 pagi nanti. 

Dengan keadaan yang sukar itu, aku hanya berubat dengan menggunakan air bacaan tahfiz dengan 30 juzuk surah Al Quran sahaja yang telah dibelikan oleh ibu mertuaku beberapa minggu sebelumnya. Setelah meneguk air tersebut, dengan memulakan bacaan Al Fatihah dan 7 kali selawat serta niat, badan aku yang tegang dengan kesakitan tadi mula mengendur, akan tetapi jantung masih berdegup kencang. Isteriku cuma mampu menangis di sisiku. Setelah masuk waktu Subuh, aku mula mengerjakan solat secara berjemaah dengan isteriku walaupun dalam kesakitan. 

Dalam doa aku meminta pada Allah agar dikurangkan kesakitan ini, tak terdaya rasanya aku melawan. Tepat pukul 8.00 pagi aku sudah pun berada di klinik panel yang dilantik oleh jabatan aku. Aku mula memberitahu segala kesakitan yang aku alami pada awal pagi tadi. Doktor tersebut mula menyuruh aku untuk menanggalkan baju bagi membuat ujian Electro Cardiogram (ECG) pada jantung aku. Keputusannya jantung aku masih dalam kondisi yang bagus, Alhamdulillah. 

Seterusnya doktor mula mengambil sampel darah dari lengan aku. Dia mengesyaki aku mungkin berhadapan dengan masalah kolesterol yang tinggi. Aku masih blur dengan reaksi doktor tersebut, maklumlah dah sakit, mana nak concentrate dengar cakap orang. Aku diberi 2 hari cuti sakit. Keputusan dari blood test itu mengambil masa sehari sahaja, esok harinya pada 29hb Januari 2013 (Selasa) aku dipanggil untuk datang ke klinik tadi.

Sangkaan doktor benar belaka. Bacaan kandungan kolesterol pada badan aku amat tinggi iaitu pada kadar 5.3 (paling maksimum ialah 5.5, kalau bacaan lebih dari itu maknanya anda terdedah dengan serangan jantung dan stroke yang boleh membawa maut). Tekanan darah aku naik adalah disebabkan kandungan kolesterol yang tinggi sebenarnya, ianya bersangkut paut. Aku beristighfar banyak2. Apa yang aku dah lakukan dengan badan aku selama ni? Aku kurang bersenam macam orang lain. Kalau makan ikut suka sahaja melantak. Nasib baik aku dah berhenti merokok lebih kurang 7 bulan yang lepas. Alhamdulillah.

Sejak dari hari tersebut, doktor memberikan aku pil kolesterol dan darah tinggi dan aku masih dalam pemerhatian beliau selama 3 bulan. Maknanya aku kena makan pil tersebut selama tempoh tersebut. Another lesson learned, mulai hari ini, aku kena jaga kesihatan. Aku nak hidup untuk tempoh yang lama. Kalau boleh aku nak hidup sampai aku dapat tengok cucu aku di masa hadapan. Ya Allah, perkenan doa hambaMu ini.


Astaghfirullah - Hafiz Hamidun (Zikir Terapi Diri)

34 comments:

  1. mulai hari ni, bawa byk berjalan dan turun/naik tangga sbg eksesais yg berkesan selain mengamalkan gaya hidup sihat dan beribadat

    peringatan kpd diri sendiri juga ni sbb aku obes (dan kuat makan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu tuan ijau, kita selalu alpa dalam hal2 kesihatan ni especially kalau dah masuk kelas 3 series ni. mudah2an kita semua dikurniakan kesihatan selalu. Amin.

      Delete
    2. rajin mendukung anak juga merupakan suatu jenis eksesais yg kita xperasan (klu anak bawah 18 bln la)

      Delete
  2. simpati bro... tak tau nak cakap camne...

    Nabi dah kata semua penyakit ada penawarnya...
    amalkan makanan2 saranan Nabi cam air zam-zam, habbatus sauda etc..
    Nabi tak pernah bohong umatnya, kalau Nabi kata ubat, ubatkah, kalau Nabi kata makan, makanlah... bukan semua doktor boleh dipercaya. hanya keimanan yg teguh boleh merempuh dugaan mendatang.. kuatkan semangat dan iman bro.


    aku nasihat orang bukan main, aku sendiri mmm entahlah..
    wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriously Al Quran adalah antara mukjizat Allah yang aku experience personally. Sekarang aku pun berubat guna Air Musoffa (sama jugak dengan air bacaan Hafiz tu cuma ada campuran Za'faran dan Habbatus Saudah rasanya), alhamudlillah sakit makin berkurangan cuma rasa panas pada bahagian tengkuk belakang tu masih ada lagi. Kekejangan tu alhamdulillah dah tak ada lagi.

      Delete
  3. Kesian adi,maaf,aku turut bersimpati dengan apa yang berlaku..aku doa kan moga kau sembuh dan banyakkan bersabar dengan dugaan ni bro.jaga lah kesihatan tu..fast food tu jgn kerap sangat mkn.kuatkan semangat n buat aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dengan nasihat lu bro Rafi, aku hargai sangat2. it is a constant reminder yang penyakit high cholesterol ini mampu menyerang sesiapa sahaja tak kira usia, berat badan mahupun tahap kesihatan masing2. Memang betul2 silent killer ni, alhamdulillah Allah masih beri kekuatan kepada aku untuk berubat. Lepas sihat karang aku akan mula bersenam. confirm!

      Delete
  4. kita serupa... aku pun baru kena Darah Tinggi dan kolestrol ... makan ubat yang diberi klinik dan makan peria katak dan ulam ulam yang pahit... kata mak aku boleh kurangkan sikit... wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak kena penyakit ni itu hari, aku hentikan sekejap makan nasi...sayur peria aku hampir makan tiap2 hari...buat suap yang tak bergaram dan minyak...memang tak sedap tapi demi kesihatan aku makan ajer la...kalo ada tips2 lain untuk kurangkan kolesterol kongsi sekali la bro hehe thanx!

      Delete
    2. seriously sayur peria memang mujarab ooo time ni...sebab pankreas dah sakit akibat kolesterol so kalo kita makan sayur peria sekurang2nya dapat menaikkan rasa pahit dalam hati...kalo ikut rasa badan aku sendiri la hahaha

      Delete
    3. mmm kita patut jadi semi-vegan macan Nabi...

      Delete
  5. bro... takziah. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Sama2 le kita jaga kesihatan masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tuan...keperihatinan anda amat saya hargai

      Delete
  6. Bro, walk more. Just walk.... With your fave music blasting in your ears. Also maybe you lack proper sleep? But you are working regular working hrs like most people kan?
    Last time i work factory permanent malam, my colleague then resign and look for normal hrs job because his body got the problems you are describing, so doctor asked him to stop working shifts.
    I think just do these two easy things la. Walk more, walk a lotttttt more, and proper sleep.

    ReplyDelete
    Replies
    1. good advises bro...points taken. yes i do less walking previously due to the hectic (busy la sangat!) works and daily chores as a father. but during weekend i do like to spend some quality times jogging and walking at the park with my family. and yes i admit i do lots of berjaga malam sebelum ni, watching movies during odd hours even though it's weekdays, watching some early morning BPL matches...maybe that is also one of the reasons my blood pressure got high.

      Delete
    2. alamak... pasal kerja syif la ni.... aduiiiiiii

      Delete
    3. sama la kite bro... kerja shift memang tak normal :)

      Delete
    4. rasanya memang ada cara utk stay sihat walaupun kita kerja shift...boleh diusahakan

      Delete
  7. Biasa la...semakin berumur...badan semakin season...kalau tak jaga mmg macam2 penyakit datang....
    Aku dulu yg kaki berjaga malam ni pun dah tobat dah...sejak kena tak boleh bangun kat opis...kepala pusing pening...siap kena angkat pergi klinik..doktor cakap boleh kena lagi kalau aku kurang tidor...terus sekarang tak berani tak cukup tidor...tapi utk kaki bola mmg payah la kan...tu pasal aku pasang astro pvr... Semua game pukul 3,4 pagi aku rakam dan nengok lepas subuh sebelum gi kerja...

    Satu lagi exercise bro...Nasib aku parking kereta dan makan lunch memang jauh dari opis...kira menapak tu senaman aku hari2 la...Apa2 pun semoga cepat sembuh bro...kita kawan2 cuma mampu bagi semangat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas pesanan lu bro...at least baca tips yg u bagi ni pun dapat gua jadikan pedoman nanti

      Delete
    2. 5 hari kursus, 5 hari aku gila menapak... dada rasa lapang (wlupun mula2 rasa semput)

      Delete
    3. eksesais yang bagus tu...good job!

      Delete
  8. Bro, banyak lah berdoa kepadaNya agar kesihatan bro sentiasa maintain segar dan sihat. Selagi mampu, kita bertawakal lah untuk mencari penawar, Insy'Allah, saya juga mendoakan kesihatan bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kerana doakan saya...mudah2an Allah jugak kurniakan kesihatan yang baik kpd tuan

      Delete
  9. banyakkan bersenam, banyak rileks dalam kepala, aku dulu pun pernah menghidap darah tinggi [sebab tekanan kerja dan jiwa kacau kerja kat pedalaman] serta kolesterol tinggi, sampai kencing pun berdarah!! tapi cuba amalkan rileks dalam kepala, prinsip Yes Man!! dan banyak makanan sayur sayur pahit, minum rebusan air daun peria dan benda pahit pahit la senang cerita. dalam masa 6 bulan gerenti boleh turun punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghhh kalo kencing pun berdarah itu sudah kira tahap bahaya...tips yg berguna pok! makan sayur pahit is one of the best way to stay healthy

      Delete
    2. tepat sekali bro...hari ni dah masok hari ke 4 aku makan sayur peria tak berminyak tak bergaram...

      Delete
    3. lifestyle aku lagik teruk pok, merokok, minuman keras, merayau malam malam..tapi mungkin habit enjoy sampai terbalik ya ubat kedukaan hahaha, tapi itu cerita lainla. pokok pangkalnya jaga pemakanan, ikut sunnah nabi, makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. lepas makan jalan 40 langkah baru minum air, Insyallah akan rasa perbezaannya

      Delete
    4. sunnah nabi is the better way of life bro...jom ikut!

      Delete
  10. Batang calleri dimakan mentah atau pun dibuat sayur amat berkesan untuk pesakit darah tinggi...Murah dan mudah...Just give it a try bro...

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...