Friday, February 7, 2014

Video "Four Wheels A Board : Skateboarding & Pennyboarding In Bintulu Part 2"

Picture taken by Barangkali Marus

Ini merupakan percubaan kedua aku untuk mengupload video tentang aktiviti skateboard dan pennyboard di Bintulu, tempat aku ini. Tanpa aku sedari selama beberapa bulan aku aktif main pennyboard dan skateboard ni, aku mulai jumpa kawan-kawan baru yang sudah lama berkecimpung dalam dunia pennyboard. Walaupun kebanyakan mereka usia lebih muda dari aku, namun itu tidak membantutkan usaha aku untuk kekal aktif dalam pennyboarding. This is my sport, some people would choose football, futsal, bowling or whatever...I really don't mind though. But for this kind of game, it's hard for me to say no...hahaha.

Di bawah merupakan video yang kedua aku buat, untuk kali pertama boleh klik di SINI. Kali ini cameraman yang terlibat ialah saudara Marus (penulis blog Barangkali Marus, rakan seperjuangan dalam muzik independent di Bintulu dan part-time seniman jalanan) manakala editing pula dibuat oleh aku sendiri. Lagu background untuk video ini pulah aku gunakan (dengan izin) lagu yang berjudul "A Friend For The End Of The World" dari sebuah band grunge tempatan (based in Kuching but originally from Bintulu) iaitu The Cuppycakes diambil dari EP mereka yang bertajuk "Man Eating Musics" (2013). 


Semoga anda terhibur dengan video ini. I present to you "Four Wheels And A Board : Pennyboarding In Bintulu Part 2"...cheers!

Four Wheels And A Board : Pennyboarding In Bintulu Part 2
Locations: Bintulu Promenade and Esplanade

8 comments:

  1. zmn skolah menengah aku obses dgn bola keranjang, zmn student usm aku obses dgn martial arts (namely silat cekak & wushu), 3-4 tahun pertama di bintulu aku obses dgn futsal, tapi lps lutut injured 2 kali dah mula slow down, ganti main bola tampar... skrg bila gelanggang opis dah out, now i'm a fat bast*rd

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha jangan itu macam kawan...rasanya boleh join aktiviti silat tu kalo nak...untuk kesihatan, tuan.

      Delete
  2. terbaik video ni, aku pun dapat tengok permandangan tempat kau sna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa Singapore pun byk scene dan tempat menarik untuk pennyboarding hehe...

      Delete
  3. paling hampir aku pernah skateboarding adalah Tony Hawk's Pro Skater...heheheh...

    ReplyDelete
  4. Adi hawk pro skater..best video lu bro.dah makin terer skang..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkk...sebenarnya gua takder dalam video ni...gua cuma edit saja...hahaha

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...