Monday, November 30, 2015

Puisi : Hakikatnya Kita Bukan Siapa-Siapa

Hakikatnya Kita Bukan Siapa-Siapa

Hakikatnya
Kita bukan siapa-siapa
Biarpun kau lahir dari kalangan bangsawan
Mahupun dibesarkan dalam rimbunan kekayaan
Akhirnya apabila tiba saat maut menjelma
Di liang lahad juga kau dihamparkan

Hakikatnya
Kita bukan siapa-siapa
Walau setinggi mana ilmu kau perolehi
Tidak mungkin mampu disamakan dengan zat-zat suci Sang Pencipta
Pemikiranmu masih terbatas pada kekalutan dan persoalan
Biar seluruh hayatmu kau berkelana mencari kesempurnaan
Namun realitinya kau hanyalah daging bernyawa yang semakin mereput tanpa disedari oleh kau sendiri
Hanya menunggu saat Sakaratul Maut datang menjemput

Hakikatnya
Kita bukan siapa-siapa
Kau dan aku sama sahaja
Cukup jam dan waktu kita pasti tidur
Kita kemudiannya bangkit dan tersungkur
Tidak terlepas dari kealpaan
Mahupun menimbun dosa-dosa yang kian menggunung

Hakikatnya
Kita bukan siapa-siapa
Jika tidak kerana rahmat dari Nya
Kita hanya bagaikan debu-debu yang ditiup angin
Jika tidak kerana kasih dan sayang dari Nya
Nescaya hidup ini hanya sia-sia belaka

Hakikatnya
Kita bukan siapa-siapa...

Pelangi Petang (4 November 2015)

Thursday, November 26, 2015

Petualangan Ahmad "Faghuzi" Fauzan Ke Borneo!

20 November 2015

Kelihatan ada diadakan sesi diskusi ilmiah di sebuah kedai mamak bernama Famous Mama Cafe yang terletak di pusat bandar Bintulu. Tuan Pian​ selaku pengacara majlis (berbaju biru dan seorang yang berbakat besar di dalam seni penulisan kreatif) ditemani aku dan  Ahmad Fauzan Azam​ (penulis buku "Travelog Faghuzi" terbitan Rabak Lit).

Ahmad Fauzan sebenarnya datang ke Bintulu pada dasarnya hanyalah untuk mengembara, mencari idea untuk buku beliau seterusnya, barangkali. Aku puji semangat dia. Masih muda dan bermotivasi untuk mengenali dunia dan menimba pelbagai ilmu. Malahan semasa sesi lepak santai ini pun dia cuba untuk bertutur dalam bahasa Melayu Sarawak walaupun agak tergagap-gagap. Haha...

Manakala saudara Pian pula seorang lagi sahabat aku yang meminati dunia seni sastera indie ni. Tidak semestinya hanya dalam dunia mainstream, malah tulisan-tulisan dari penulis kontroversi seperti Benz Ali dan Faizal Tehrani pun dia cukup minat. Beliau juga seorang yang cenderung dalam penulisan kreatif terutama sekali dalam pembikinan puisi.

Ada percambahan idea berlaku, tidak lupa juga beberapa isu provokasi juga dibincangkan. Namun ianya tetap seronok untuk dibicarakan. Jarang dapat peluang sebegini. Sehingga berjumpa lagi Tuan Fauzan.

 Dari kiri : Pian, Aku dan Ahmad Fauzan


 Senyuman plastik dari aku


Malu jugak la kalau dibandingkan dengan buku Ahmad Fauzan yang setebal 300 mukasurat manakala aku pula tak sampai 100 mukasurat haha...

Monday, November 23, 2015

Movie Review : The Vatican Tapes (2015)


The Vatican Tapes (2015)

Mungkin anda akan menyangka yang ianya adalah seperti filem genre seram berkonsepkan kerasukan yang agak tipikal seperti yang pernah anda tontoni di dalam The Exorcism Of Emily Rose, The Last Exorcism mahupun Exeter (epic fail sungguh filem ini). Namun ianya ada sedikit berbeza dengan The Vatican Tapes kerana ianya menggabungkan elemen kerasukan tersebut dengan konsep apocalyptic seperti End Of Days. Konsep yang berasingan ini apabila digabungkan dengan baik boleh membuatkan jalan cerita menjadi menarik dan mampu membuat penonton menyaksikan filem sampai ke penghujungnya. Itu adalah keistimewaan yang ada pada filem ini. Mungkin ada beberapa scene yang melibatkan CGI tidaklah terlalu berkesan, namun dengan plot cerita yang digarap dengan baik, ianya mampu menarik perhatian penonton.

Cuma ada beberapa kelemahan dalam filem ini yang jelas kelihatan di mana pengakhirannya agak tergantung dan menuntut untuk dibuat satu lagi kesinambungan. Mungkin satu lagu sequel misalnya, kerana ianya tidak mencapai climax yang diinginkan oleh kebanyakan pencandu filem. Satu lagi kekurangan filem ini ialah beberapa watak yang sepatutnya lebih menyerlah tapi hakikatnya hanya muncul seperti cameo sahaja. Watak yang dimaksudkan ialah seorang paderi yang dilakonkan oleh Michael Pena serta penolong pope iaitu Imani. Jika filem ini ditambah dengan outro yang baik dengan tambahan durasi masa, ianya mungkin akan menjadi filem seram yang lebih menyerlah. My rating? 2/5

Official Trailer

Monday, November 16, 2015

Movie Review : Pay The Ghost (2015)

Official Movie Poster

Pay The Ghost (2015)

Kalau diikutkan, muka Nicolas Cage ditampal dekat mana-mana poster filem pun akan menimbulkan rasa keterujaan pada majoriti pencandu movie di sekalian alam khususnya. Walaupun ada juga beberapa filem lakonan Nick Cage yang bertaraf sampah dan mudah dilupakan, dalam pada itu beliau masih juga membintangi movie yang mempunyai kelasnya yang tersendiri bahkan meletup di box office. Nick Cage punyai X Factor nya yang tersendiri walaupun kian berusia. 

Berbalik kepada ulasan filem ini. Bagi peminat filem seram, ianya tidaklah terlalu menjanjikan suspen yang maha dahsyat seperti kebanyakan filem keluaran Blumhouse Films (sila rujuk Insidious Trilogy, The Conjuring, Paranormal Activity dan sebagainya). Cuma faktor utama yang mendorong peminat filem seram seperti saya untuk terus menontonnya sehingga ke babak penghabisan ialah storyline yang menarik. Jarang juga kita melihat filem yang menggabungkan mitos dari budaya Celtic di Ireland yang terkenal dengan ilmu sihir. Nampaknya Hollywood sudah semakin berminat menghasilkan filem-filem seram berpaksikan folklore, entiti jin dan alam mistik berbanding yang dahulunya hanya fokus kepada elemen slasher dan psychopath. Itu sudah ketinggalan zaman dan terlalu cliche. 

Filem ini berjaya membawa elemen tersebut dalam bentuk penceritaan yang kreatif tanpa menjejaskan definasi asal mitos berkenaan. Ianya menarik untuk ditonton cuma seperti kebanyakan filem Nick Cage, ianya mudah dilupakan dari memori kebanyakan pencandu filem. Rating saya? 2 setengah / 5.

Official Movie Trailer

Monday, November 9, 2015

Beberapa Gambar Semasa Sesi Busking Bersama Bintulu Buskers Serta Pelancaran Kecil-Kecilan Buku "Pentagram Di Atas Pusara"

Sepanjang sesi busking bersama Bintulu Buskers dan perasmian secara kecil-kecilan untuk buku antologi cerpen "Pentagram Di Atas Pusara" bertempat di Bintulu Car Boot Sale @ Terminal Bas 1 Malaysia pada 31 Oktober 2015 bermula pukul 4 petang. 

Ok, mungkin aku lambat sikit nak update pasal event ni. Seribu kemaafan ku pohon buat rakan-rakan sekalian. Sebelum ini aku pernah bercerita pasal aktiviti hujung minggu aku yang sering melibatkan diri di Bintulu Car Boot Sale, Oleh kerana diberi ruang dan kesempatan yang ada, maka aku serta beberapa rakan membuat mini launching buku PDAP ini sambil diselangi dengan persembahan busking. 

 Saudara Marus a.k.a. The Real Murad (sebelah kanan) selaku MC untuk sesi perasmian kecilan buku PDAP bersama rakannya Yazid Asfar


 Dekorasi elemen Halloween ini hanya sekadar perhiasan sahaja

 Acara sebenar pada masa tersebut, sesi busking bersama sebahagian rakan-rakan dari Bintulu Buskers

 Layan...


 Majlis bergambar bersama buku PDAP

 Aku (sebelah kiri) dengan gimik gas mask yang tidak menjadi

 Setelah selesai sesi busking untuk beberapa lagu, majlis memberi ruang buat sahabat saya Marus selaku MC membuat sesi wawancara bersama penulis buku PDAP. 

 Wawancara yang diselangi dengan lawak hampeh memang tak boleh blah haha

Aku dengan konfiden tahi membuat tanda jari "peace"

Walaupun hanya disaksikan oleh beberapa pengunjung Bintulu Car Boot Sale yang hakikatnya tidak ambik port pun pasal apa yang kami berleter di spot busking tersebut, namun sekurang-kurangnya ianya juga dapat mengambil perhatian beberapa remaja mahupun belia untuk membeli buku PDAP ini. Yang datang dan betul-betul nak beli buku pun terdiri daripada rakan taulan dan beberapa familiar faces yang selalu aku tengok di kawasan ini. Maksud aku di Bintulu Car Boot Sale la hehe. 

Mungkin event seperti nampak seperti melawak tapi hakikatnya aku cuba usahakan untuk mencari bakat-bakat baru dalam penulisan kreatif terutama sekali dari tempat aku ini, Bintulu. Kalau benar-benar dicari, memang ramai darah muda yang berbakat dalam bidang ini. Ada juga beberapa sahabat aku yang terdekat sebenarnya terer menulis dalam gaya travelog (saudara Marus ini pun boleh tahan juga penulisannya). Tuan Ijau (penulis blog AADK) pun boleh tahan hebatnya. Tanpa disedari anak buah aku serta beberapa rakannya juga terlibat dalam dunia blogging. Jika diberi panduan dan asuhan yang sewajarnya, InshaAllah bakat mereka boleh digilap dan mampu pergi lebih jauh. Aku cuma batu loncatan. Tidaklah sehebat mana. 

Itu saja harapan aku. Agar idea membuat buku serta penglibatan dalam penulisan kreatif ini dapat menjadi satu inspirasi kepada belia mahupun remaja di tempat aku untuk berkarya.

Bintulu Buskers - Ayahku Dan Angkasawan (Kembara Cover)

Monday, November 2, 2015

Movie Review : Somewhere In Time (1981)


Official Movie Posters

Somewhere In Time (1981)

Jika ditanya filem apakah yang pertama sekali mampu membuat anda menangis? Jawapan saya adalah filem ini.

Ini merupakan sebuah filem lakonan Christopher Reeves dan Jane Seymour yang pada masa itu boleh dikategorikan pasangan skrin yang so sweet tetapi sudah dilupakan. Boleh dikategorikan seperti Awie dan Erra Fazira pada dekad 90'an dahulu, paling tidak pun macam Hail Amir dengan Uji Rashid di era 70'an. Walaupun di tahun yang sama filem Superman diriliskan namun filem Somewhere In Time ini nampak sangat lakonan Christopher Reeves dipinggirkan di mata peminat beliau sendiri. Sedangkan watak yang dibawa oleh hero Superman ini lebih menyerlah lakonannya. Mana nak cari filem yang berjaya menggabungkan elemen time travelling dengan genre romantik tahap bollywood ala guling-guling atas rumput. Oh, Jane Seymour di usia mudanya memang cantik, secantik Neelofa semasa dia masih belum berhijab dahulu. Suka sangat filem ini tapi rasanya banyak yang tak tahu dan tak mahu tahu. huhu gua forever alone.

My rating? 5/5

Somewhere In Time - A Tribute Video
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...