Monday, November 16, 2015

Movie Review : Pay The Ghost (2015)

Official Movie Poster

Pay The Ghost (2015)

Kalau diikutkan, muka Nicolas Cage ditampal dekat mana-mana poster filem pun akan menimbulkan rasa keterujaan pada majoriti pencandu movie di sekalian alam khususnya. Walaupun ada juga beberapa filem lakonan Nick Cage yang bertaraf sampah dan mudah dilupakan, dalam pada itu beliau masih juga membintangi movie yang mempunyai kelasnya yang tersendiri bahkan meletup di box office. Nick Cage punyai X Factor nya yang tersendiri walaupun kian berusia. 

Berbalik kepada ulasan filem ini. Bagi peminat filem seram, ianya tidaklah terlalu menjanjikan suspen yang maha dahsyat seperti kebanyakan filem keluaran Blumhouse Films (sila rujuk Insidious Trilogy, The Conjuring, Paranormal Activity dan sebagainya). Cuma faktor utama yang mendorong peminat filem seram seperti saya untuk terus menontonnya sehingga ke babak penghabisan ialah storyline yang menarik. Jarang juga kita melihat filem yang menggabungkan mitos dari budaya Celtic di Ireland yang terkenal dengan ilmu sihir. Nampaknya Hollywood sudah semakin berminat menghasilkan filem-filem seram berpaksikan folklore, entiti jin dan alam mistik berbanding yang dahulunya hanya fokus kepada elemen slasher dan psychopath. Itu sudah ketinggalan zaman dan terlalu cliche. 

Filem ini berjaya membawa elemen tersebut dalam bentuk penceritaan yang kreatif tanpa menjejaskan definasi asal mitos berkenaan. Ianya menarik untuk ditonton cuma seperti kebanyakan filem Nick Cage, ianya mudah dilupakan dari memori kebanyakan pencandu filem. Rating saya? 2 setengah / 5.

Official Movie Trailer

4 comments:

  1. minat Nicholas Cage, so maybe akan tengok gak filem ni

    ReplyDelete
  2. First time rasanya aku tahu Nichoals cage ni pilem the rock.
    wahhhh suka giler aku pilem tu. Sampai nak beli cd ost dia, hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Filem pok nik yang ni aku lum tgk lagi.tq reviewnya bro

    ReplyDelete
  4. beberapa filem dia kebelakangan ni tak berapa nak menarik...so aku ada was was sikit bila filem yang ada dia...

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...