Wednesday, November 28, 2012

Koleksi Persembahan Live BUSSEG (Circa 2005 - 2010)

BUSSEG. Font ala Burzum hehe...ini bukan logo yang rasmi, ok
Seperti yang telah dijanjikan, di bawah merupakan beberapa koleksi video persembahan live kami yang sempat di ambil oleh beberapa rakan. Aku memohon seribu kemaafan sekiranya kualiti video yang ingin dipamerkan adalah bertaraf kelas rendah, maklumlah zaman tu handphone hanya mampu ambil video berformat 3gp sahaja. Anyway , hope you guys enjoy the videos!


Busseg Live at Zoso Wars Battle of the Bands. Venue at Dewan Suarah Bintulu, Sarawak. Apparently this band chosen to be the champions amongst all other bands. BUSSEG won the competition and they took a trophy and RM500 as the prizes.

Songlist:
Samarkand (Bloodshed Cover)
Santapan Terakhir Raja Bersiong (Sil Khannaz Cover)


Line-Up:
Din - Vocals
Nizam - Drums
Lai - Guitars
Adi Herman - Guitars , Backing Vocals

Busseg Live at Titan Empire's Rocktober Gig 2010
Venue: Regency Plaza Hotel, Bintulu
Date: 30th October 2010
Time: Approximately 8.00 pm

Line-Up:
Nizam - Vocals
Din - Drums
Lai - Guitars
Adi Herman -Guitars,Backing Vocals

Songlist:
1. Torn To The Bone (Six Feet Under Cover)
2. Medley Songs - Inhale Exhale (Nasum) Genital Grind/Regurgitate (Carcass) Blood Sex Saliva (Cardiac Necropsy) Nazi Punk F**k Off (Napalm Death)
3. My Oath For Thee (Langsuyr Cover)
4. The Black-flames of Hatred (Necrotic Chaos Cover)

Kualiti agak kurang menyenangkan dan ianya adalah disengajakan.

Copyright of Metuk Ulau Underground Voices (Webzine & Distro)


Monday, November 26, 2012

BUSSEG : Band Death Metal / Grindcore Dari Bintulu

BUSSEG, ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2005 oleh dua beradik iaitu Nizam (vokalis) dan Din (Drummer/Backing Vocals) dan disusuli dengan penambahan ahli lain seperti Lai (Guitar), Adi Herman (Guitar/Backing Vocals) dan Lester (Bass). Manakala sahabat kami, saudara Amud pula bertindak sebagai  "manager", drummer simpanan, vokalis tambahan serta krew yang rajin lagi baik hati hehe. Band ini mula bergerak aktif setelah semua ahli2 nya menghadiri gig Borneo Extreme Music (anjuran Menjrex Nerto) di mana headline bandnya ialah Sil Khannaz dan Vormit. Busseg mulai aktif pada tahun 2005 hingga 2010 dan banyak mengikuti beberapa siri gig sekitar tahun tersebut.

Pengaruh besar pada band BUSSEG ialah muzik yang bergenrekan old school death/black metal (Sil Khannaz, Seasonal Abyss, Bazzah, As Sahar, Silent Death, Langsuyr, Necrotic Chaos, Vociferation Eternity) serta grindcore (Napalm Death, Brutal Truth, Carcass, Nasum, Cardiac Necropsy, Insect Warfare, Damage Digital). Walaupun kedua2 elemen tersebut tergolong dalam kategori yang berbeza namun kami memainkan genre2 tersebut dengan cara kami, in a nutshell, a great marriage between those 2 chaotic and blasting sounds. Di antara gigs/battle of the bands/event yang kami sertai dahulu ialah (yang aku masih ingat la, ada lagi gigs yang aku dah tak dapat recall lagi dah):

  1. Live Jammed Gig 2005 (Bertempat di Dewan Suarah Bintulu dan masa ni aku belum masuk band ni lagi)
  2. Independent & Blasting Concept : Charity Showcase 2005 (Bertempat di Esplaned Bintulu)
  3. Zoso Wars : Battle Of The Bands 2007 (Bertempat di Dewan Suarah. Busseg memenangi tempat pertama)
  4. Rock Out Gig 2007 (Anjuran Bara Entertainment dan bertempat di Esplaned Bintulu)
  5. Titan Empire's Rocktober Gig 2010 (Bertempat di Kemena Plaza Hotel)
Sekarang ni kami masih lagi dalam status hiatus. Mungkin disebabkan tuntuntan kerja serta komitmen dengan keluarga rasanya, termasuklah aku sebab kadang2 aku rasa macam tak larat nak main grindcore/death metal lagi. Tapi kadang2 tu adalah juga hati ini meronta2 nak jamming balik dengan rakan2 dari BUSSEG sebab feel bermain grindcore/death metal ni agak unik sedikit berbanding sub genre metal/hard rock yang lain. InsyaAllah kalau ada rezeki dan peluang, rasanya BUSSEG ni dapat diaktifkan kembali. Di bawah merupakan beberapa koleksi gambar kenangan bersama2 ahli kumpulan BUSSEG

Busseg setelah selesai membuat persembahan di Charity Gig 2005


Dari Kiri: Amud (manager/krew hehe...), Nizam (vocals), Adi (guitar/backing vocals), Din (drummer) dan Lai (guitar)

Busseg setelah selesai membuat persembahan di Titan Empire's Rocktober Gig 2010




Busseg berposing dengan gaya yang agak kurang "Metal" hehe


Busseg dalam gambar hitam putih


Kenangan Manis! Busseg menjadi juara semasa Zoso Wars : Battle Of The Bands 2007


Line-up klasik! Dari Kiri: Lester (bass), Adi Herman (guitar), Din (drums) dan Nizam (vocals). Gambar ini diambil selepas sesi jamming di Aveo Studio pada tahun 2006 (sekarang sudah tidak beroperasi lagi).

BUSSEG (berbunyi boo-seg) bermaksud perut busung atau gemuk yang melampau akibat terkena buatan orang (black magic), ianya diambil daripada perkataan bahasa Melanau Baie. Pada entri akan datang aku...koleksi video persembahan live BUSSEG! Nantikan...

Friday, November 23, 2012

Bintulu Buskers Live at Sofea Cafe, Bintulu (Dalam Kenangan)

Pic taken from our dear friend, Iskandar Ismail 
Tertarik dengan entri blog yang dibuat oleh saudara Es Oasis beberapa hari dahulu tentang persembahan Bintulu Buskers di sebuah restoran yang bernama Sofea Cafe suatu ketika dahulu, sekitar penghujung tahun 2010. Aku pada masa itu baru sahaja menimang anak pertama, baru berusia 1 tahun lebih anakku Ainul Maisarah pada ketika itu. Sofea Cafe ni memang restoran kegemaran aku serta isteri untuk makan di luar, tak kisah lah samada makan tengahari ataupun makan malam. Sambil-sambil makan, terhibur juga dengan persembahan rakan-rakan Bintulu Buskers. Selalu jugalah aku menyertai kugiran Bintulu Buskers pada ketika itu. Mereka yang dalam komuniti buskers ini pun bukan orang lain pada aku, kebanyakannya kawan lama dan seperjuangan dalam arena muzik underground/independent di Bintulu ketika itu. 

Kalau tak silap aku, pada tahun 2010 itu jugalah komuniti Bintulu Buskers bergerak secara aktif sekitar Bintulu dengan membuat beberapa siri persembahan di kedai makan dan restoran. Tapi antara kebanyakan restoran yang mereka perform, di Sofea Cafe jugalah tempat yang dianggap port paling strategik dan selesa untuk membuat sebarang persembahan muzik akustik. Di situ jugalah kami mendapat reaksi serta respon yang positif dari pengunjung yang datang melihat persembahan kami, sehinggakan ada yang jadi regular customer di restoran berkenaan. Kami sering membuat persembahan pada hari sabtu malam ahad.

Malangnya Sofea Cafe kini sudah tidak lagi beroperasi dan mulai saat itu port untuk busking kami telah berubah ke tempat yang lebih "berani" dan "strategik" untuk aktiviti golongan pemuzik Bohemia ini iaitu Bintulu Waterfront Promenade ataupun Pantai Temasya Tanjung Batu. Semestinya pengalaman membuat persembahan di Sofea Cafe suatu ketika dahulu bersama rakan-rakan Bintulu Buskers memang tidak dapat dilupakan. Semestinya KLMJ (Kenangan Lama Mengusik Jiwa) hahaha...

Dari Kiri: Bush, Es, Marus dan Chas


Flyer tentang persembahan Bintulu Buskers @ Sofea Cafe yang mengelirukan dan terlalu banyak typo haha...


Saudara Marus menjadi vokalis ketika mendendangkan lagu "Hati Emas" oleh kumpulan Kembara


Lepas buat show, kitorang pun layan Shisha sambil borak2 haha

Saudara Marus dengan gitar akustik frameless kepunyaan Kapten Mat, owner Sofea Cafe ketika itu

  

Bergambar bersama Kapten Mat (kanan paling hujung sekali) untuk kenang-kenangan


Saudara Chas pula menggalas tugas menjadi vokalis

Eh...malu2 pulak nak kena ambik gambar sambil menghirup asap Shisha hehe...


Gandingan hebat antara Es (kiri), Bush (tengah) dan Marus (kanan) 

Es & Adi - Fake Plastic Trees (Radiohead cover) live at Sofea Cafe

Adi, Es dan Chas - Don't Look Back In Anger (Oasis cover) live at Sofea Cafe

Marus, Es dan Adi - Shiver (Coldplay cover) live at Sofea Cafe

Bintulu Buskers - In My Place (Coldplay cover) live at Sofea Cafe. Saudara Hazzika jadi vokalis untuk lagu ini.

Thursday, November 22, 2012

Between Islam & Hedonism In Music, Which One Will You Choose?

Sheikh Yusuf Estes (click here for more info)

If Sheikh Yusuf Estes can leave music after owning a business in music...


Dr Bilal Philips (click here for more info)

If Dr. Bilal Philips can leave music after being the lead guitarist in a rock band..

Amir Junaid Muhadith a.k.a. Loon (click here for more info)

If brother Amir Junaid Muhadith (former name Loon) can leave his career of being a famous rap artist


Mutah Wassin Shabazz Beale a.k.a. Napoleon (click here for more info)

If brother Mutah Wassin Shabazz Beale (previously known as Napolean) can leave his hood-life & long rap career with one of the most renowned rappers ever known called "2pac"


◕...Then we, who are just mere listeners of music, can leave it with much less difficulty Insha'Allah. When you do things for THE SAKE OF ALLAH (swt), nothing is impossible! SubhanAllah!

All of the "words of wisdom" above are taken from my friend's facebook pictures collection. May Allah guide us too in a pursuit of having peace in ourselves through Iman and Taqwa, not through something so artificial as music. InsyaAllah I'll try my best to be a better muslim. Although it may look so hard at first on quitting (maybe not) something that you have adored for so many years, to deal with this matter one step at a time would be a very nice method to do so.

If quitting is hard enough, then slowing things that related to musical activities might be a good idea too. Don't worry, I'll still be posting some topics related to music and movies after this. After all, writing and playing music are 2 different entities, right haha...May Allah guides us to the right path, InsyaAllah

Wednesday, November 21, 2012

Radiodread : Jelmaan Semula "OK Computer" Dalam Bentuk Reggae Dan Ska!

Cover Album of Radiodread (2006)
 Let Down And Hanging Around, Crush Like A Bug In The Ground...

Apa akan berlaku jika sebuah album dari sebuah band alternative terulung dunia iaitu Radiohead diberi nafas baru dalam genre yang totally different tetapi diminati oleh kebanyakan peminat muzik seluruh dunia? Hasilnya ialah Radiodread. Pertama kali aku tahu pasal projek band ini ialah melalui seorang rakan blogger iaitu Kaboi Tanduk yang pernah beri komen di blog aku ini dan recommend aku untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang Radiodread.

Easy Star All-Stars (picture taken from the official website)
Radiodread merupakan sebuah album cover (rilisan tahun 2006) dari kelompok artis2 reggae dari label Easy Star All Stars yang berpengkalan di New York, USA. Ianya merupakan sebuah album yang merangkumi lagu2 dari album OK Computer (asalnya dari Radiohead dan merupakan album ketiga mereka, diriliskan pada tahun 1997) dan diberi nafas baru dengan interpretasi alunan muzik reggae dan ska. Apa yang menariknya pasal projek band ini ialah mereka sebelum ini pernah membuat taktik yang sama dalam me-reggae-kan album Pink Floyd yang berjudul Dark Side Of The Moon dan diberi judul Dub Side Of The Moon pada tahun 2003. Pada tahun 2009 pula, album The Beatles yang berjudul Sgt Pepper's Lonely Hearts Club Band pula diberi "rawatan" yang sama dan yang menarik mengenai ketiga2 album ini, sambutan dari pelbagai peminat (samada dari genre rock atau reggae) amat luar biasa dan menakjubkan.

Tidak ada satu pun lagu dari album OK Computer ini tidak di-reggae-kan, sehinggakan lagu berbentuk puisi iaitu "Fitter Happier" juga diolah dalam percakapan berslanga Jamaica. Pihak Radiohead juga menyukai album cover ini. Thome Yorke dan Jonny Greenwood memberi pujian yang tinggi pada album ini dan melabelkannya sebagai "truly astounding".

Radiodread (Easy Star All-Stars) - Karma Police (Live at Brighton, December 2006)

Radiodread (Easy Star All-Stars) - Paranoid Android (Live at London 2006)

Radiodread (Easy Star All-Stars) - No Surprises


Monday, November 19, 2012

CD Review : Impiety's Dominator (Rilisan 2008)

Front Cover of Impiety's Dominator
Song titles and credit with exclusice signature of Syaithan himself!
"It Is Not Sufficient That I Succeed, All Others Must Fail. And So...Let Blood Be Shed"
- Chinggis Khan

CD EP Impiety yang berjudul Dominator ini merupakan rilisan mereka yang ke 15 sebelum keluaran album seperti "Terroreign" dan "Ravage and Conquer". Ok aku tahu ada sesetengah mat metal di luar sana yang dah tawar hati dengan band ini selepas mereka mengeluarkan EP berjudul "Formidonis Nex Cultus" (sila rujuk entri yang pernah dibuat oleh pemilik blog Faithcraft Production yang bertajuk "Impiety Yang Hebat Itu" dan aku bersetuju dengan pendapat bro Rammy itu). Well, prinsip aku tetap sama apabila mendengar muzik dari Impiety...impressed with the music but not by the lyrics.

Official T-shirt for Impiety's Dominator
Back design of the t-shirt! Awesome quotes by Temujin!
CD dan tshirt Impiety ini aku beli dari taukeh besar Menjrex Nerto iaitu bro Tazudin, a long time friend of mine dan frontman kepada band Death Metal bertaraf cult di Sarawak iaitu Larrong. EP ini dirakam oleh Ariffin a.k.a. Shyaithan and the geng di Studio 47 sekitar April 2008. EP ini merangkumi 5 buah track dan ianya juga mempunyai sebuah lagu cover dari Sarcofago (band kegemaran Ariffin ni!) iaitu "The Black Vomit". 

Pada bahagian intro yang diberi judul "Introbliteration" dengan bunyian larian kuda, sudah semestinya memberi pembayang tentang kisah yang ingin disampaikan dalam rilisan ini iaitu Lagenda "Temujin" (The Great Chinggis Khan) dan dikorupsikan dengan elemen satanism dan blah blah blah...malas nak elaborate pasal tema ni. Track ke-2 yang berjudul "Slaughterror Superiority" memang aku syok giler mendengar riff2 yang hebat dari Ariffin dan diselitkan nilai2 progresif (just like any other death metal bands), begitu juga dengan lagu "Dominator" serta At War With Temujin"

Kesimpulannya, tak banyak bezanya pada pembawaan muzik mereka jika dibandingkan dengan album terdahulu seperti "Paramount Evil", "Kaos Kommand 696" dan "Skullf**king Armageddon". Rilisan ini di bawah edaran Pulverised Records (Singapore based) dan ianya boleh dikatakan harus-dimiliki jika anda seorang peminat kental The Mighty Impiety!

Impiety - Slaughterror Superiority

Impiety - Dominator

Impiety - At War With Temujin (Live at Ralph's Diner)

Saturday, November 17, 2012

Pantai Bungai Bekenu : Tempat Yang Wajib Dikunjungi Jika Berada Di Miri!

Pada bulan Oktober lepas, aku dan beberapa rakan sepejabat pergi ke kenduri perkahwinan rakan sekerja kami di kawasan Bekenu, sebuah kawasan majoriti penduduknya berbangsa Kedayan yang terletak di daerah Subis, Miri. Selepas majlis tersebut, aku sempat juga singgah ke Pantai Bungai, boleh dikatakan sebagai tourist attraction jugak la di sini. Pantainya cantik dan tidak terhakis seperti kebanyakan pantai di tempat aku, Bintulu (hampeh). Di sini juga ada disediakan perkhidmatan homestay yang terletak di tepi pantai sahaja dengan kadar harga yang berpatutan. Jika ada di antara kalian yang pergi melancong ke Miri dan meminati keindahan di tepian pantai, jangan lupa singgah ke sini ya!

Pantai Bungai, Bekenu

Signboard yang menunjukkan tempat tersebut, Pantai Bungai

"Tamu" (kawasan tempat orang berniaga buah-buahan, miscellaneous stuff serta produk2 industri desa

Kelihatan kaum wanita sedang memilih kain baju kurung yang dijual di Tamu Bungai

Beberapa prasarana yang disediakan di sini (nice stupid playground?)

Keindahan Pantai Bungai

Aku difahamkan pantai ini selamat untuk mandi, well get your pelampong and seluar katak guys! Jom mandi!


Thursday, November 15, 2012

Antara Aqsa Syarif, Palestine & Boikot Barangan Berpaksikan Israel

Logo Aqsa Syarif (pic dari laman web rasmi)
Sekadar Luahan Pendapat...

Pada tahun 2010 dahulu, kalau tak silap aku di penghujung tahun tersebut, ada diadakan ceramah agama di Masjid Assyakirin Bintulu yang berkaitan dengan Misi Bantuan Kemanusiaan ke Palestine. Tidak lama sebelum itu kecoh juga tentang isu Kapal misi Gaza diserang oleh Rejim Zionist di atas kapal Turki " Mavi Marmara" serta kapal "Rachel Corrie". Kebetulan pula penceramah2 yang datang ke masjid untuk menjayakan ceramah tersebut pada ketika itu terdiri daripada beberapa individu yang terlibat dalam misi berkenaan dan sekaligus berada di atas kapal Mavi Marmara ketika kejadian menakutkan itu berlaku. Aku dan bapa mertua aku pun pergilah mendengar ceramah berkenaan.

Sepanjang ceramah tersebut berjalan, ramai jemaah khusyuk mendengar para panel penceramah bercerita tentang pengalaman ngeri mereka apabila diserang oleh pihak Rejim Zionist di atas kapal tersebut. Di antara penceramah yang datang ketika itu ialah beberapa ustaz dan doktor yang berkhidmat dengan sebuah NGO yang bernama Aqsa Syarif, wartawan dari channel mana entah (kalau tak silap aku Astro Awani) yang juga berada di tempat kejadian dan beberapa wakil dari NGO lain yang aku lupa namanya. Tapi kebanyakan, yang aku perasan, banyak personnel yang terlibat dalam misi tersebut adalah dari NGO Aqsa Syarif. Rupa2nya NGO ini telah lama berkhidmat menghantar bantuan ke Palestine sebelum insiden tersebut berlaku. Sila klik ke link INI untuk mengetahui dengan lebih lanjut Aqsa Syarif.

Antara kisah yang menyayat hati yang diceritakan oleh mereka ialah perihal kanak-kanak Palestine yang tiada mempunyai sebarang motif hidup selain untuk mati syahid dan berjuang menentang Rejim Israel. Kisah yang sering diperkatakan ialah seorang kanak-kanak yang bernama Faris Audah yang mati terkena bedilan bom dari kereta kebal tentera Israel. Akan tetapi kisah yang paling menyayat hati (sambil ditayangkan beberapa gambar melalui Overhead Projector di masjid berkenaan) ialah kisah seorang bapa yang mati terkena tembakan bertalu2 semasa memegang anak lelakinya yang akhirnya mati juga di dalam pelukan bapanya. Seriously air mata aku tidak dapat tertahan untuk keluar menitis ke pipi. Naluri seorang ayah rasanya.

Sumber gambar dari google
Setelah selesai bercerita tentang pengalaman dan kesengsaraan yang mereka hadapi sepanjang bergiat aktif dalam menjalankan misi keamanan tersebut, tiba2 salah seorang daripada panel penceramah (rasanya seorang yang berpangkat ustaz dan memegang jawatan tinggi dalam sebuah jabatan kerajaan, ingat2 lupa pulak) membuat satu ucapan ringkas tentang tajuk lain yang masih mempunyai kaitan dengan misi tersebut iaitu kempen boikot barangan yang berpaksikan dana dari Israel. Sambil dibantu dengan beberapa slideshow dari Overhead Projector, beliau memberitahu kepada sekalian jemaah di masjid berkenaan tentang beberapa produk2 yang berkait rapat dengan pembiayaan kewangan terhadap penjajahan Israel di bumi Palestine. Terlampau banyak produk2 yang dinyatakan, anda boleh lihat beberapa gambar di bawah:




Pics diambil dari Google. Mampukah kita memboikot barangan2 ini?

Tapi di antara produk2 yang dinyatakan oleh beliau, ada 4 buah multinational corporations yang paling dominant dalam pembentukan kewangan dan pembangunan negara Israel iaitu Coca-Cola, Nestle, L'oreal dan McDonald's. Beliau (ustaz berkenaan) berkata 4 buah syarikat gergasi ini adalah penyumbang besar kepada pembiayaan segala macam barangan ketenteraan Rejim Zionist di Israel. Pada ketika isu ini disuarakan oleh beliau, rata2 jemaah yang hadir (terutamanya dari golongan2 veteran) mula berkerut dahi. Ada yang berkata "aduh apa ni? aku memang dah lama minum Nescafe. Tak sah kalau tak pekena Nescafe setiap awal pagi", ada juga beberapa remaja yang berkata "Alamak, setiap kali kalau pergi Miri, mesti singgah makan kat McD (maaf Bintulu belum ada McD, insyaAllah tahun hadapan ada) nak pekena Big Mac". Tiba2  ustaz berkenaan mencelah yang lebih kurang berbunyi, "jangan risau tuan2 dan puan2, saya tahu ada yang merasakan agak sukar untuk memboikot barangan2 yang saya sebut tadi, begini sajalah, paling tidak pun, kalau boleh kita KURANGKAN penggunaan produk2 berkenaan di rumah atau pada mana2 aktiviti seharian kita. Sekurang2nya inisiatif begini dapat juga memupuk kesedaran kepada kita tentang apa yang berlaku di Palestine". Aku rasa ustaz berkenaan seolah2 tahu apa yang bermain di fikiran para jemaah di masjid pada ketika itu. Mana mungkin benda yang sudah sebati dengan diri kita (yang hampir seluruh hidup kita sentiasa menggunakannya) tiba2 mahu disingkirkan secara total. 

Sebagai contoh produk Nestle yang sudah bertapak di bumi Malaysia sekian lama dan kini menyambut ulangtahun ke-100 dalam memberikan produk terbaik mereka kepada semua rakyat di negara ini, Dari kecil sudah kita dididik, disuap, disumbat dan dibiasakan dengan produk Nestle seperti susu Nespray, kopi Nescafe dan minuman koko Milo, mana mungkin kita dengan mudah menyingkirkan produk2 tersebut dan melenyapkannya dari bumi Malaysia ini. Aku bersetuju dengan pendapat bro Ijau sebelum ini yang mengatakan "mungkin ada yang boikot produk Nestle. Tapi walau apapun kempen dan alasan anda, hakikatnya di Malaysia ni hampir setiap hari kita menggunakan produk Nestle - Milo, Nescafe, Nestum, Nesvita, Nespray, Every Day, Coffee Mate, Susu Cap Junjung, Maggi, Cerelac, and the list goes on... Cuba periksa dapur anda dahulu." ...dah 100 tahun beb, itu adalah kenyataan!

Hakikatnya, di akhir perjuangan kita menentang segala macam anasir Israel, kita hanya mampu MENGURANGKAN sahaja penggunaan produk2 sebegini. Anda hendak boikot? Dipersilakan tapi aku rasa anda akan berhadapan dengan jalan buntu (atau mungkin sebaliknya, insyaAllah). Secara peribadi aku telah mengamalkan beberap tips seperti kurangkan membeli barangan berjenama Nestle, aku hanya beli beberapa item sahaja seperti perencah Secukup Rasa (orang rumah aku suka sangat guna benda yang ada MSG ni...ermm) dan Maggi perisa ayam (disebabkan kadar MSG yang ada pada Maggi agak kurang berbanding dengan jenama mi segera lain di pasaran - especially kebanyakan mi segera dari Indonesia, kandungan Acid Bromic dan Monosodium Glutamate memang kaw2 tinggi dan tak munasabah), kalau Milo pula aku gantikan dengan Vico, Ovaltine dan Oligo. Coca Cola? Maaf, perut aku tak berapa serasi dengan  rasa Cola, mungkin faktor usia rasanya.  Alhamdulillah aku sudah mengaplikasikan kaedah ini semenjak 2010 lagi (selepas ceramah tersebut). Untuk McDonald's pula, oh tidak...masa zaman kolej dulu, aku sangat menyukai segala macam fast-foods di dalam franchise ini - McFlurry, Samurai Burger, Prosperity Burger dan Big Mac. Wattahell! Aku siap buat research untuk assignment (bagi subjek Entrepreneurship) pasal bagaimana bisnes franchise McDonald's ni boleh berjaya dan berkembang ke seluruh dunia. Tapi Alhamdulillah keinginan sebegini hanya ada pada diriku untuk beberapa ketika sahaja. Tahun hadapan, McD akan buka cawangan di Bintulu. Banyak rakan2 aku sudah mula teruja dengan berita tersebut. Aku? Hanya mampu go with the flow sahaja. Tak nak bising, kalau ada rakan ajak ke sana nanti, aku ikut sahaja. 

Bagi insan dari golongan Marhaen seperti aku, terus terang aku cakap lah, tidak banyak yang dapat aku buat  bagi meringankan beban rakyat Palestine. Ya, aku tahu aku juga muslim seperti mereka, tak perlu nak elaborate atau exaggerate berkenaan dengan hal ini. Aku hanya mampu mendermakan sedikit wang yang terus di bank-in ke akaun Aqsa Syarif, itu pun kadang2 kalau aku ada duit lebih (masa dapat duit imbuhan tahunan lah terutamanya). Jangan risau, NGO ini didaftarkan secara sah dan legit. Siap ada pelepasan cukai lagi tu.

Hanya satu yang harus kita sama2 renungkan. Sudah 64 tahun negara Palestine dijajah oleh kaum yahudi (dan kemudiannya membentuk negara baru iaitu Israel) semenjak tarikh keramat iaitu 15 Mei 1948. Jika dari segi keagamaan agak sensitif untuk dibawa bicara, pandanglah dari segi kemanusiaan. Isu sebegini tidak harus dipandang remeh. Di sana (Palestine) juga ada anak2 kecil, besar kemungkinan sebaya dengan adik mahupun anak kita. Mereka juga punyai hak untuk hidup seperti kita.

Jika motto "Ignorance Is Bliss" masih lagi digunapakai, aku tak dapat nak cakap apa lagi dah. Sekurang2nya hulurkan bantuan dari segi kewangan dan kurangkan penggunaan produk tertentu, itu sahaja. Jika ada yang ingin menghulurkan bantuan, sila rujuk pic di bawah:

Diambil dari laman web Aqsa Syarif
"Selamat Menyambut Tahun Baru 1434 Hijrah. Mulakan Tahun Baru Dengan Meringankan Beban Mereka Yang Memerlukan"

Tuesday, November 13, 2012

Persamaan Di Antara Band Reggae UB40 dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia!

UB40 on stage (pic taken from their official website)
Asal-Usul Nama Band UB40

UB40 merupakan sebuah kumpulan Reggae dari UK yang cukup popular di era 80'an dan 90'an dahulu, Band yang telah mula aktif semenjak tahun 1978 ini telah melalui pelbagai kejayaan komersil di peringkat antarabangsa sepanjang karier mereka. Pernah dicalonkan Best Reggae Album di Anugerah Grammy Award sebanyak 4 kali sebelum ini, UB40 juga merupakan antara band reggae yang paling sukses di peringkat antarabangsa dengan jualan 70 juta rekod keseluruhannya.

Tahukah anda bahawa band ini mendapat namanya dari sebuah bantuan kerajaan UK suatu ketika dahulu iatu Unemployment Benefit yang diselenggarakan oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Dalam Negeri UK. Masa diorang nak mula buat band ni dulu, pengasasnya Ali Campbell, Robin Campbell dan James "Jimmy" Brown terpaksa struggle dengan keadaan semasa di UK yang berhadapan dengan masalah pengangguran yang merunsingkan. Kalau nak dapatkan bantuan, kenalah isi borang dahulu kan? Borang untuk mendapatkan bantuan tersebut ialah form 40. Jadi nama band UB40 diambil daripada bantuan Unemployment Benefit form 40.

 UB40 - Here I Am (Come And Take Me) : Official Music Video

Apakah itu Bantuan Rakyat 1 Malaysia?

Berdasarkan info yang aku ambil dari website rasmi BR1M, sila rujuk info di bawah:

Bantuan Rakyat Satu Malaysia adalah salah satu bantuan yang telah  di janji oleh Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam bajet 2012, Bantuan Khas RM500 akan diagihkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui LHDN. Bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan  ini adalah tanda keprihatinan  kerajaan dalam usaha untuk membantu  meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat. Kategori isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau  ketua keluarga. Ini merangkumi individu berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa. Selain ibu atau bapa tunggal yang mempunyai Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang tanggungan;   Warga emas sebatang kara mempunyai tanggungan; dan Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

Aku malas nak cerita banyak pasal BR1M, malas nak sembang meleret sangat pasal bebanan kerja aku dan rakan2 sepejabat ni haha...apa2pun dah jadi tanggungjawab dan amanah untuk rakyat, buat ajer lah, tak payah komplen. Tambah2 lagi dengan BR1M versi 2.0 ni, memang kerja sampai larut malam la gamak nya.

So, kalaulah band UB40 ini ditubuhkan di Malaysia (instead of Birmingham, England), rasa2nya diorang mesti guna BR1M sebagai nama band diorang, kan? haha just some funny joke okay...tak perlulah nak berprasangka buruk (duh!).

 Gelagat Rakyat Malaysia Semasa Mendapatkan Borang BR1M Tahun Lepas

Saturday, November 10, 2012

Video Persembahan "The Once" di Oktoberfest 2012 @ LA Bistro, Kemena Hotel Bintulu

The Once (Pic edited by Fareez Hamzah)
Still Can't Get Enough Of Reggae!

Aiya! Macam mana aku boleh terlepas pandang pasal video persembahan The Once di Oktoberfest 2012 bulan lepas ni? Erm...takper lah, better late than never. Pada hari kejadian, kesemua band2 yang terlibat dengan temasya Oktoberfest 2012 di venue berkenaan memberikan persembahan yang all-out, bertenaga serta semestinya menghiburkan. Di bawah merupakan video The Once menyampaikan sebuah lagu yang berjudul "Don't Worry" nyanyian asal oleh legenda Reggae dari Indonesia Tony Q dari band Rastafara.

The Once - Don't Worry (Live At Oktoberfest 2012 @ LA Bistro, Kemena Hotel Bintulu)
Date:20th October 2012


Song:

Don't Worry (Originally by Tony Q Rastafara Feat Roy With The Summer)



The Line-Up:

Chas - Vocals

Amy - Bass
Pendi - Drums
Es - Electric Guitar
Rezal - 2nd Electric Guitar
Marus - Djembe
Nasuki - Chime & Shaker
Adi Herman - Keyboards

Wednesday, November 7, 2012

Must See : Why Muslim Eat Halal Meat?

Logo Halal Jakim (Sekadar hiasan dan dicilok dari Google)
Sepatutnya video di bawah ditayangkan semasa Hari Raya Aidil Adha yang lepas, tapi tak mengapa lah. Asalkan mesej yang ingin disampaikan dapat diterima oleh kalian semua. Selepas menonton video2 di bawah bersama ayah aku, terdetik di fikiran aku untuk berkongsi bersama rakan2 blogger serta pembaca blog Molotov Cocktailz kerana apa yang cuba disampaikan, kadang2 aku sebagai muslim yang dari azali ini terlepas pandang tentang hal2 yang berkaitan penyembelihan mengikut hukum syarak. Ianya juga menunjukkan bahawa Al Quran serta isi kandungannya adalah satu mukjizat yang ilmu sains sendiri tidak mampu merungkaikan sebarang penjelasan. Di harap ianya dapat memberi penjelasan kepada rakan2 non-muslim sekalian tentang sebab kenapa kami para muslimin diwajibkan memakan makanan halal. InsyaAllah.

Perhatian!
Aku berharap agar kalian semua dapat menonton sampai habis 2 buah video di bawah. Jika berbuat demikian, barulah anda akan dapat melihat keajaiban yang ada pada kalam Allah semasa proses penyembelihan haiwan ternakan itu. Semoga kita sama2 dapat manfaat dari ilmu yang diterima. Amin.

Mercy Halal Islamic Slaughter Part 1

Mercy Halal Islamic Slaughter Part 2

Sunday, November 4, 2012

R.I.P. Mitch Lucker (Suicide Silence's Vocalist) 1984-2012

Gone Too Soon...
Suicide Silence. If I mention the name of this band amongst the new generation of metal-heads, I'm sure they certainly recognize it and certainly being easily enthusiast by the powerful vocals of Mitch Lucker. No, I'm not a big fan of Suicide Silence but I do think that this band really kicking some asses off when doing live shows or festivals (see for yourself at youtube). Nor do I a Deathcore die-hard-fan because like most of 90's metalheads mentality that I am, this hybrid genre is a far-cry from doing any revolution or even improvement to the term Death Metal, it is merely just a new sound. Not a redefinition. 

But don't get me wrong, not all Deathcore bands I rejected their capability and creativeness. There are few bands that caught my attention for years such as Carnifex, Job For A Cowboy, The Black Dahlia Murder, White Chapel and certainly Suicide Silence. I first come to contact with their perilous and taunting music about maybe 2 or 3 years ago, when my brother (after coming back from KL attended some courses) bought their debut album CD entitled "The Cleansing" and their singles like "Unanswered" and "Bludgeoned To Death" really caught my attention, surprisingly I really love the vocals made by Mitch Lucker, even though some "true" death metal fans would very much dislike his style of combining squealing and growling at the same time. The band has been met with a great amount of praise and favorable reviews, they even awarded with the Revolver Golden God Award for "Best New Talent" in 2009.

Unfortunately, Mitch Lucker was involved in a motorcycle accident in the afternoon last Wednesday (Halloween) and died the next morning. He was 28. Suicide Silence will never be the same without his charismatic appearance on stage. He will be missed by million of fans worldwide. For more info about the accident, please click here.

Suicide Silence - Unanswered (Official Video)

Suicide Silence - Unanswered (Live at Revolver Golden God Awards 2009) One of my favorite live shows by the band! Best Breakdown!

Suicide Silence - Wake Up (Official Video) Taken from their 2nd album "No Time To Bleed"

Suicide Silence - You Only Live Once (Official Video) Taken from their 3rd album "The Black Crown"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...