Blog catatan merapu yang aku buat tentang kehidupan aku sebagai seorang pemuzik amatur (tahap bohemian), seorang ayah and loving husband, seorang penjawat awam, movie addict, pengkritik makanan, seorang muslim dan semestinya sebagai seorang pemerhati kepada sesuatu yg berlaku di persekitaranku.
Friday, November 23, 2012
Bintulu Buskers Live at Sofea Cafe, Bintulu (Dalam Kenangan)
Pic taken from our dear friend, Iskandar Ismail
Tertarik dengan entri blog yang dibuat oleh saudara Es Oasis beberapa hari dahulu tentang persembahan Bintulu Buskers di sebuah restoran yang bernama Sofea Cafe suatu ketika dahulu, sekitar penghujung tahun 2010. Aku pada masa itu baru sahaja menimang anak pertama, baru berusia 1 tahun lebih anakku Ainul Maisarah pada ketika itu. Sofea Cafe ni memang restoran kegemaran aku serta isteri untuk makan di luar, tak kisah lah samada makan tengahari ataupun makan malam. Sambil-sambil makan, terhibur juga dengan persembahan rakan-rakan Bintulu Buskers. Selalu jugalah aku menyertai kugiran Bintulu Buskers pada ketika itu. Mereka yang dalam komuniti buskers ini pun bukan orang lain pada aku, kebanyakannya kawan lama dan seperjuangan dalam arena muzik underground/independent di Bintulu ketika itu.
Kalau tak silap aku, pada tahun 2010 itu jugalah komuniti Bintulu Buskers bergerak secara aktif sekitar Bintulu dengan membuat beberapa siri persembahan di kedai makan dan restoran. Tapi antara kebanyakan restoran yang mereka perform, di Sofea Cafe jugalah tempat yang dianggap port paling strategik dan selesa untuk membuat sebarang persembahan muzik akustik. Di situ jugalah kami mendapat reaksi serta respon yang positif dari pengunjung yang datang melihat persembahan kami, sehinggakan ada yang jadi regular customer di restoran berkenaan. Kami sering membuat persembahan pada hari sabtu malam ahad.
Malangnya Sofea Cafe kini sudah tidak lagi beroperasi dan mulai saat itu port untuk busking kami telah berubah ke tempat yang lebih "berani" dan "strategik" untuk aktiviti golongan pemuzik Bohemia ini iaitu Bintulu Waterfront Promenade ataupun Pantai Temasya Tanjung Batu. Semestinya pengalaman membuat persembahan di Sofea Cafe suatu ketika dahulu bersama rakan-rakan Bintulu Buskers memang tidak dapat dilupakan. Semestinya KLMJ (Kenangan Lama Mengusik Jiwa) hahaha...
Dari Kiri: Bush, Es, Marus dan Chas
Flyer tentang persembahan Bintulu Buskers @ Sofea Cafe yang mengelirukan dan terlalu banyak typo haha...
Saudara Marus menjadi vokalis ketika mendendangkan lagu "Hati Emas" oleh kumpulan Kembara
Lepas buat show, kitorang pun layan Shisha sambil borak2 haha
Saudara Marus dengan gitar akustik frameless kepunyaan Kapten Mat, owner Sofea Cafe ketika itu
Bergambar bersama Kapten Mat (kanan paling hujung sekali) untuk kenang-kenangan
Kitorang tak pilih tempat untuk perform sebenarnya tapi memandangkan di Sofea Cafe ini antara venue terawal kami perform bersama, maka ianya ada sentimental value di sana. Anyway thanks for reading bro...
Shisha memng kegemaran kitorang kat sini jugak bro, terikut trend dari tanah malaya sana hehe...bro kalo ada member2 hang yg ada jual shisha,habaq kat aku,aku nak beli hahaha....
Most of Kuching Buskers are our friends and affiliates juak...bulan12 tok klak some of our Bintulu Buskers members akan perform di kch sekaligus mun ada masa busking juak di waterfront hehe...ak
kenangan mengusik jiwa nih. kenapa Sofea Cafe tutup?
ReplyDeleteMgkn disebabkan management x berapa arif kot...tapi kalau gerai Mi Kolok dan Roti Canai masih lagi bukak sebelah restoran ni bro...
Delete..Best laa tempat camnih..tapi sayang nape ditutup plak..
ReplyDeleteDont worry bro,ada byk lagi port menarik untuk busking di Bintulu ni...nantikan entri selanjutnya
DeleteTempat dah ok,best,tapi sayang dah takda lagi..kalau ada sampai sekarang kan bagus.tapi wa salute lu dengan pemuzik amatur lain kat sana bro.
ReplyDeleteKitorang tak pilih tempat untuk perform sebenarnya tapi memandangkan di Sofea Cafe ini antara venue terawal kami perform bersama, maka ianya ada sentimental value di sana. Anyway thanks for reading bro...
DeleteSerius masa tok urat malu belum putus gilak gk
ReplyDeleteHaha sama la kita...baruk dlm peringkat warming up!
Deletenampak cam sedap jer shisha tu.. :)
ReplyDeleteShisha memng kegemaran kitorang kat sini jugak bro, terikut trend dari tanah malaya sana hehe...bro kalo ada member2 hang yg ada jual shisha,habaq kat aku,aku nak beli hahaha....
Deletewah bestnya.... nangga busking di waterfront pernah juak... seronok...
ReplyDeleteMost of Kuching Buskers are our friends and affiliates juak...bulan12 tok klak some of our Bintulu Buskers members akan perform di kch sekaligus mun ada masa busking juak di waterfront hehe...ak
Deleteselalu daknya molah show oh? best2....
ReplyDeletekmk pernah dengar pasal Bintulu Buskers tok.
ReplyDeleteBoleh check sidak di www.thebintulubuskers.blogspot.com
Delete