Friday, June 28, 2013

The Smashing Pumpkins : Live at Good Vibes Festival, Malaysia (Satu Lagu Peluang Keemasan Yang Aku Tak Dapat Pergi)

Apabila rakan2 blogger lain yang menyatakan tidak dapat menghadirkan diri untuk menyaksikan Metallica beraksi di Singapore pada bulan Ogos nanti akibat beberapa sebab iaitu tiket terlalu mahal dan kurang minat dengan Metallica selepas era Black Album (bak kata Doc Ben Krenmaut), aku pula ingin meluahkan rasa sedih yang teramat sangat kerana tidak dapat menyaksikan band alternative rock The Smashing Pumpkins yang akan beraksi di Good Vibes Festival, bertempat di Sepang Go Kart Circuit pada 17 Ogos nanti.

Apa alasan aku tidak dapat hadir ke festival ini? Macam biasalah, disebabkan sudah berkeluarga ni, agak susah sikit nak pergi ke acara sebegini kerana terpaksa memberi keutamaan kepada beberapa perkara di dalam keluarga. Lagi satu sebabnya, tarikh event ni macam tak sesuai sahaja. 17 Ogos ni baru sahaja seminggu lepas raya, selalunya lepas raya ni aku akan menghadapi masalah kegawatan dari segi kewangan, duh...macam aku sorang saja yang berdepan dengan hal ni, orang lain pun sama jugak rasanya.

Lebih menyakitkan hati, ada satu lagi band punk rock /alternative dari Ireland yang juga akan beraksi di festival ini iaitu Ash. Ash ni sangat popular masa aku muda remaja di era 90'an dulu. Antara album mereka yang aku suka ialah Trailer (debut album) dan 1977, album kedua yang mempunyai hits seperti Goldfingers dan Oh Yeah. Oh ya, tak lupa juga album ketiga mereka, Free All Angels yg mempunyai lagu hit suatu ketika dahulu bertajuk "Candy". Frontman band ini, Tim Wheeler agak kreatif membuat lagu yang catchy, punk-rock serta radio friendly. Sayang betul tak dapat nak tengok mereka perform. Arghh...

Berbalik kepada The Smashing Pumpkins, ya memang betul, memang susah nak tengok Billy Corgan serta rakan2 perform di mana2 negara Asia, selalunya diorang suka perform di Amerika dan Europe sahaja. Tapi Smashing Pumpkins ni pun sama juga situasinya dengan Metallica, selepas certain album yang mengundang kepada commercial success, kreativiti mereka pasti akan merundum pada album seterusnya. Sebagai contoh untuk album Pumpkins seperti Mellon Collie dan Adore, selepas masuk Machina sahaja, arah tuju muzik mereka menjadi kurang fokus, elemen asal seperti "the pumpkin chords" mulai hilang dari pendengaran halwa telinga peminat. Untuk album terkini mereka seperti Machina part 2 (2000), Zeitgeist (2007) dan Oceania (2012), Billy Corgan seakan2 cuba sedaya upaya untuk mengembalikan zaman kegemilangan mereka (especially era Siamese Dreams) namun nampaknya tidak berjaya. Mana tidaknya, ahli2 asal dalam band ini kesemuanya telah quit dari band ini (James Iha, D'Arcy dan Jimmy Chamberlin merupakan antara kekuatan muzik Pumpkins). Disebabkan alasan ini juga membuatkan aku tawar hati juga untuk melihat mereka secara live. Tak apa lah, tengok youtube pun jadilah.

P/S: Tapi ada satu lagi event yang aku bersar kemungkinan akan ikut serta, ada satu gig ni yang akan dibuat di Kuching pada bula  September nanti. InshaAllah aku akan ikut serta. Amin. Haha...


The Original Line-Up of The Smashing Pumpkins


The Official Poster of Good Vibes Festival

22 comments:

  1. Replies
    1. Itu la pasal bro...frust ni huhu...sedih™

      Delete
  2. banyak pulak nama beso yang datang lepas raya ek...sampaikan Barcelona pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...bila lagi nak tengok David Villa dgn Messi depan mata...

      Delete
    2. Kamon la bro Faizal, maklumat yang tu hampir semua football fans semua tahu haha....GGMU forever bro haha

      Delete
  3. Tumpang sedih™ jugak bro (pinjam trademark eh)heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha trademark tu yg tak tahan tu....

      Delete
  4. Replies
    1. Mungin boleh diusahakan bro...inshaAllah

      Delete
  5. Smashing Pumpkins ni album apa paling best? Nak test dengar le.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan saya ialah 3 album terawal iatu Gish, Siamese Dreams & Mellon Collie and the Infinite Sadness....tapi saya prefer Siamese Dreams sbb banyak lagu yg ada elemen psychedelic meets heavy metal....

      Delete
    2. haha kena sahut cabaran tu Dr Ben...kalo tak minat, takpa la, sekadar meluaskan pengetahuan tentang muzik pun jadi la

      Delete
  6. Go my fren kalau minat.
    Macam aku, save cost, tido airport haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la bro, dalam hati ni masih menaruh harapan nak pergi...idea tidur di airport tu mcm menarik saja haha

      Delete
  7. aDIK AKU KAHWIN PULAK TIME TU. 17/8/2013 tu sepatutnya hari aku kat KL. Sorila Bili Kogan

    ReplyDelete
  8. sama la kita bro Shafid, melepas lagu la rupanya....sedih™

    ReplyDelete
  9. typo...melepas lagi la rupanya

    ReplyDelete
  10. ni aku gi..insyaAllah metallica ? i wish i could huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah bro kerana dapat pergi...i wish i could join you

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...