Monday, March 17, 2014

Comic & Movie Review : Mat Som (Karya Hasil Datuk Lat)

Komik Mat Som (1989)

Komik Mat Som (kiri) dan DVD Filem nya (kanan)

Ini merupakan cover belakang komik ini, babak di mana watak Mat Som dan Yam tengah makan Sup Tulang di sebuah gerai makan. Artwork yang superb!

Aku terserempak dengan komik Mat Som ini semasa aku berkursus di Putrajaya beberapa tahun lepas. Aku beli komik ini di MPH Alamanda sana. Semasa aku nak angkat komik ni, salesgirl kat kedai tu cakap yang komik dah jarang dikeluarkan lagi. Agaknya betul lah kata salesgirl tu, aku belek di mukasurat pertama pun komik ini hanya dicetak sebanyak 4 kali sahaja semenjak ianya diterbitkan pada 1989 dahulu. 

Komik Mat Som bagi aku boleh dikategorikan sebagai graphic novel rasanya. Jalan ceritanya selamba sahaja tetapi diselitkan dengan elemen nasihat secara berkias dan mudah difahami. Ianya mengisahkan seorang pemuda bernama Mat Som yang hidup serba kekurangan di tengah bandar Kuala Lumpur sebagai penulis sambilan untuk sebuah syarikat surat khabar. Gaya lukisan Datuk Lat dalam komik ini agak tipikal dengan komik-komik beliau sebelumnya seperti Kampung Boy, Town Boy, Lat Gets Lost dan sebagainya. Walaupun begitu kekuatan sebenar dalam komik ini ialah storyline yang bagus serta mempunyai maknanya tersendiri.

Sajak karya A Latiff Mohidin bertajuk "Songsang"

Part yang paling aku suka, Pyan Habib menyampaikan sajak bertajuk "Status Symbol" karya T Alias Taib kepada Mat Som

Walaupun nilai komedi agak kurang dalam komik ini, tapi kali ini Datuk Lat cuba menerapkan sedikit unsur kesasteraan dalam karya nya. Aku paling suka pada babak di mana Mat Som ditugaskan membuat liputan tentang acara deklamasi sajak oleh beberapa penyair terkenal seperti Tongkat Waran, Saleh Bin Joned dan A Ghafar Ibrahim untuk surat khabar yang tempat dia berkerja. Babak Pyan Habib (mana boleh lupa dengan watak Osman Tikus dia dulu hahaha) mendeklamasikan sajak berjudul "Status Symbol" karya asal T Alias Taib semasa berjalan menuruni bukit bersama watak Mat Som juga sungguh memberi maknanya tersendiri. Walaupun aku bukanlah seorang yang pakar dalam ilmu sastera melayu, namun sekurang2nya melalui komik ini aku adalah dapat ilmu sedikit tentang karya2 berunsur ilmiah sebegini.

Mat Som menunggang motosikal BSA kepunyaan bapanya. Sungguh teliti lukisan ini

Papa Rock Ramli Sarip juga ada dalam komik ini.

Filem Mat Som (1990)

Poster filem asal Mat Som (sumber : wikipedia)

Sebenarnya filem ini pernah ditayangkan di beberapa stesen TV suatu ketika dahulu terutama RTM1 ataupun 2 (aku tak ingat, sori beb). Setahun selepas komik Lat ini dipasarkan untuk tatapan umum, filem Mat Som pula dihasilkan. Filem yang dilakonkan oleh Imuda (melakonkan watak Mat Som), Datin Seri Tiara Jacquelina dan Zami Ismail ini di sebenarnya di bawah produksi Straberry FTV Sdn Bhd dan arahan Prof Dr Hatta Azad Khan. 

Rasa2nya filem Mat Som ini merupakan filem adaptasi dari komik yang pertama seadanya di Malaysia, kalau ada sebelum tu aku tak pasti la pulak. Aku dapat DVD ini pun melalui pertolongan seorang rakan blogger iaitu Ahmad Blitzenius yang juga, secara kebetulan, mengenali Imuda. DVD ini juga siap ada tandatangan Imuda lagi tu hahah (ketawa jahat!). 

DVD filem Mat Som

Overall, aku boleh katakan filem ini 80% mengikuti jalan cerita asal pada komik karya Datuk Lat itu. 20% lagi ada penambahan scene yang tidak ada pada komik tetapi ditokok-tambahkan, tapi ianya masih tidak lari dari jalan penceritaan yang asal. Cuma ada beberapa scene penting yang tidak ada pada filem tapi ada dalam komik, contohnya semasa Mat Som sedang merokok di luar gerabak keretapi sambil melihat telatah budak2 remaja di tempat yang sama serta scene Papa Rock Ramli Sarip digantikan dengan konsert rock band entah hapa entah, aku pun tak tau...mungkin susah kot nak bawak Ramli Sarip buat cameo dalam filem ini ketika itu.

Babak di mana Mat Som menulis surat kepada ayahanda nya di kampung

21 comments:

  1. aku ada buku ni dulu...

    yang filemnya punya versi tu memang tak best bila last tu takder lagu Orang Kota...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul tu bro...rasa mcm terbantut sahaja sebab tak ada persembahan lagu Orang Kota tu....apa2pun aku still suka lakonan Imuda dgn Ahmad Busu dalam filem ni.

      Delete
  2. Lat kau bezakan cetakan lama kampung boy dulu2 dan sekarang.
    adegan bapak Lat tempeleng dia sampai dia tergolek jatuh kat kaki tangga dah takde.

    as time goes by, a few Lat stuff kena edit, ikut peredaran zaman.. dulu aku ada blog perbezaan2 lat cetakan lama dan sekarang, dah hilang kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cetakan dahulu part2 mcm Lat kena tempeleng bapak dia tu kira normal la zaman tu...sekarang kalau ditunjukkan scene begitu, org moden sekrg anggap penderaan la pulak...we were raised that way before...but the outcome we still manage to be better people...takde pulak jadi org x berguna....disiplin itu penting.

      Delete
  3. Komik yang 'art' sayangnya generasi sekarang tak di dedahkan dengan komik yang sebegini..
    Wah..dvd siap ada tandatangan Imuda lagi..
    Mcm ko cakap,scene kena tempeleng tu mmg tak relevan untuk zaman skang,sebab org akan anggap penderaan,padahal zaman kita membesar dulu dengan itu lah cara mak bapak kita dulu2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 skrg (especially generasi Y) mana ada kena torture mcm kita dulu2 bro...kena sebat sebab x solat....kena kurung dalam jamban sebab ponteng sekolah....hahah tapi alhamdulillah berkat hukuman begitu yg membuatkan kita jadi manusia bro...tak jadi setan hahaha

      Delete
  4. Replies
    1. Rambut kerinting trademark Mat Som tu hehehhe....

      Delete
  5. Salam, saya cari full movie mat som 1990 dalam you tube tapi tidak ada, macam mana nak cari full movie tersebut? sy sedng mmbuat kajian mgenai adaptasi komik ke filem. harap ada insan yg sudi mmbantu sy.. terima kasih

    ReplyDelete
  6. mana nak cari full movie cerita nie.. minta tolong bro.. dah cari masih tak jumpa ..

    ReplyDelete
  7. bro,tolong upload dvd tu..kempunan nak tgk full movie ni..ada beberapa web yg offer full movie tapi cam indah khabar dari surat khabar

    ReplyDelete
  8. dah lama cari filem ni. mana nak cari?

    ReplyDelete
  9. dah lama cari filem ni. mana nak cari?

    ReplyDelete
  10. tuan... boleh saya beli copy dvd cerita ni? dah lama mencari.

    ReplyDelete
  11. boleh, email saya di gautama_81@yahoo.com nanti kita berurusan...

    ReplyDelete
  12. boleh, email saya di gautama_81@yahoo.com nanti kita berurusan...

    ReplyDelete
  13. Tuan,sy sudah lama mencari dvd atau cd ni. Tolong bgtau sy sekiranya ada dijual dimana kdai. Mmg nak sgt simpan cerita mat som ni. Jika ada softcopy boleh share gdrive fadzlan83@gmail.com

    ReplyDelete
  14. Tuan,sy sudah lama mencari dvd atau cd ni. Tolong bgtau sy sekiranya ada dijual dimana kdai. Mmg nak sgt simpan cerita mat som ni. Jika ada softcopy boleh share gdrive fadzlan83@gmail.com

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Tuan..mcmana boleh sy dapat salinan DVD Mat Som ni..PM Sy 0193870522

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...