Friday, March 14, 2014

Beberapa Filem Lakonan Suzanna Yang Aku Minat : The Queen Of Indonesian Horror Movies!

Mendiang Suzanna

Minggu lepas bro Rafi Xyrus Zone ada buat entri pasal Filem Seram Asia yang beliau minati. Setelah selesai membaca entri tersebut, aku perasaan ada disebut juga pasal filem Sundel Bolong lakonan mendiang Suzanna. Ya, semestinya aku bersetuju apabila dikatakan filem ini mempunyai X Factor nya tersendiri dalam menakutkan orang-orang yang menonton filem tersebut. Huraian serta review ringkas akan aku buat sekejap lagi.

Suzanna bukanlah nama asing dalam industri perfileman di nusantara kita ini. Beliau yang pernah berlakon dalam sebanyak lebih kurang 42 filem ini merupakan legenda di dalam dunia perfileman di Indonesia sehingga beliau digelar "The Queen Of Indonesian Horror Movies" kerana kebanyakan filem lakonannya sentiasa berkait rapat dengan dunia mistik, jin, syaitan dan pelbagai lagi bentuk momok yang ada di dalam budaya orang asia kita ini.

Dalam kehidupan sebenar pun beliau juga sering dikaitkan dengan amalan mistik di mana semasa Suzanna masih hidup, beliau seringkali dilihat oleh orang kebanyakan bermeditasi dan mandi di sebuah kuil hindu yang terletak di dalam sebuah gua (aku pun tak ingat lokasinya tapi masih dalam pulau Jawa juga) serta rumah yang beliau tinggal dahulu dikatakan penduduk setempat berpuaka dan "keras". Malahan, selepas beliau meninggal dunia, kuburnya masih dilawati oleh pengunjung yang datang dengan niat tertentu. (sumber dari SINI)

Suzanna meninggal dunia pada 15 Oktober 2008 ketika umurnya 66 tahun akibat penyakit kencing manis yang dialaminya 5 tahun sebelum itu. Filem terakhir lakonan beliau ialah Hantu Ambulance lakonan bersama Dimaz Andrean (secara peribadinya aku tak berapa suka filem2 horror Indonesia yang terkini, banyak sangat aksi semi / soft porn dan hilang nilai angker nya). Di bawah merupakan filem2 lakonan Suzanna yang aku minat:

5. Malam Jumat Kliwon (1986)


Format filem ini agak sama dengan mana-mana filem seram lakonan Suzanna yang lain iaitu mempunyai elemen pembalasan dan aksi seksaan yang di luar batas pemikiran manusia (hahaha!). Apa yang menarik dalam filem ini ialah storyline yang menarik di mana Suzanna memegang watak seorang penulis novel yang menghidap sejenias penyakit fobia dan siapa boleh lupa scene seorang ibu mengandung yang terkena santet lalu beranak melalui badan belakangnya! Perghhh...menggigil beb.

Malam Jumat Kliwon (Full Movie)

4. Santet : Ilmu Pelebur Nyawa (1988)


Filem ini juga cliche konsepnya dengan mana-mana filem seram Suzanna yang lain, revenge movie is the best! Storyline tidak berapa menarik akan tetapi ada beberapa scene yang menunjukkan watak Katemi (lakonan Suzanna) sedang menurun ilmu hitamnya, memang menyeramkan. Watak orang jahat iaitu Bisman juga ada nilai horror nya tersendiri, aku rasa pelakon ini memang mukanya agak disfigured sedikit. Di pertengahan filem ini juga, penonton dengan tiba-tibanya didendangkan dengan irama dangdut hahaha...

Santet : Ilmu Pelebur Nyawa (Full Movie)

3. Ratu Ilmu Hitam (1981)


Filem ini diriliskan pada tahun yang sama dengan filemnya yang satu lagi iaitu Sundel Bolong. Filem ini merupakan titik awal kepada konsep revenge movie yang menggunakan ilmu hitam, disusuli dengan filem2 lain selepas itu. Watak Murni lakonan Suzanna dalam filem ini telah membawa tuah kepadanya apabila beliau memenangi anugerah aktres terbaik dalam Festival Filem Indonesia tahun 1982. Permulaan filem ini sudah cukup menakutkan apabila scene di mana di dalam upacara perkahwinan, pengantin perempuan telah diserang ilmu hitam dan menjadi histeria secara tiba-tiba. Walaupun zaman ini teknik CGI masih belum ada, akan tetapi dengan bantuan kesan khas yang ada, sudah cukup menambahkan lagi elemen angker dalam filem ini.

Ratu Ilmu Hitam (Full Movie)

2. Nyi Blorong (1982)

Suzanna sebagai Nyi Blorong

Di ambil dari legenda di Pulau Jawa, Nyi Blorong merupakan puteri kepada Nyi Roro Kidul, Ratu Laut Selatan (boleh dikatakan macam orang bunian jugak la cuma mereka ni tinggal di kawasan laut). Kiranya versi ini seperti ingin meneruskan penceritaan mitos tersebut lah. Kali ini watak Suzanna agak berbeza sekali, tidak ada sangkut paut dengan apa-apa jenis hantu yang hodoh, cuma menjadi puteri yang cantik jelita sahaja. Walaupun demikian nilai keseraman tetap ada seperti aksi pukau memukau dan gunaan santet untuk ditujukan kepada mangsa2. Oh ya, lupa nak bagitau, ini merupakan filem kedua lakonan Suzanna bersama Berry Prima (hero ni!). Filem pertama mereka digandingkan ialah Sundel Bolong.

Nyi Blorong (Full Movie)

1. Sundel Bolong (1981)


Diriliskan pada tahun aku dilahirkan iaitu 1981. Filem ini membuka mata dunia nusantara bahawa Suzanna merupakan aktres yang sesuai memegang watak heroin dalam filem bergenre seram. Walaupun plot filem ini agak ringkas dan mudah diramal namun lakonan watak2 di dalam nya sememangnya terbaik dan akan diingati oleh penggemar-penggemar filem horror di asia ini. Walaupun ada diterapkan elemen lucah yang tidak berapa ketara, namun penerimaan umum untuk filem ini amat memberansangkan pada ketika itu. Watak Sundel Bolong juga pernah diketengahkan semula dalam sebuah filem yang berjudul Lagenda Sundel Bolong (rilisan tahun 2007) dengan storyline yang lebih menarik serta mempunyai elemen kritikan masyarakat.

Sundel Bolong (Full Movie)

Sumber : Wikipedia

14 comments:

  1. dulu tahun 80an filem2 macam ni dpt lepas masuk TV RTM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu filem Scarface (lakonan Al Pacino) yg byk mencarut pun lepas jugak kat RTM...tanpa tapisan hehehe

      Delete
  2. pada asasnya.... saya tak minat filem genre seram... hahahaha..... penakut...

    tapi nang benar bro... kmk ada juak teringin nak nangga crita seram indonesia - mostly filem mesti ada memuatkan part semi-p yang kurang sesuai untuk tatapan umum...
    so usually i just dont watch it.... hahahaha

    mesti mimik mukanya yang buat angker kot....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mun kitak tenung lamak2 muka mendiang Suzanna ya confirm kitak kenak histeria hehehhe.....sekda la bulak jak

      Delete
  3. aku suka posting ni..
    this is very typical of indonesian/malay mindset suka dengki, sakit hati and sanggup buat apa janji hati puas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la bro dep, sifat hasad dengki dan dendam tu memang ada dalam manusia, x kesah apa bangsa dan agama sekalipun. Satu lagi, percaya benda2 tahayul dan melakukan perkara syirik tu pun x dpt lari dari budaya org kita walaupun dah di zaman moden ni.

      Delete
  4. kecik2 dulu lepas nengok filem2 Suzanna ni konpem 2,3 hari jugak takut nak gi bilik air sesorang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sudah semestinga bro...aku dulu masa kecik lagi la, lepas tengok confirm mengigau kalo tido

      Delete
  5. Indonesia queen of horror legend..filem2 terawal beliau memang meremangkan bulu roma..renungan mata dia tu yang buat aku seram..(aku baru baca entri ni malam2 pulak tu)heheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum tengok kediaman Suzanna lagi bro, siap ada penampakan entiti tu...boleh tengok video pasukan paranormal Indonesia di youtube....

      Delete
  6. Malaysia punya boleh tahan jugak yang Norrkumalasari berlakon budakke hantu keluar dari mulut dia. Ngeri jugak. Lupa tajuk dia. Aku tgk panggung kat Pontian. Namanya pangung United(Theatre of Dream).
    Barry Prima, badan dia Rick Rude pun tak boleh lawan. Memang cantik punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem Norkumalasari yg dimaksudkan ialah Misteri Rumah Tua, produksi gabungan 2 buah negara, indonesia dan malaysia...plot cerita sama saja, revenge movie, cuma kesan khas yg ada dlm filem ini memang menakutkan...itu kekuatan utama filem Misteri Rumah Tua....ada versi full movie dalam youtube....nanti aku buat review hehehe

      Delete
  7. mengimbau kembali zaman kanak2 aku bila baca intri ni.. sundel bolong memang kult...

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...