Tuesday, January 28, 2014

CD Review : Silverchair's Second Album "Freak Show" (1996)

Body And Soul
I'm A Freak, I'm A Freak...

Silverchair - Freak Show

Pada pertengahan dekad 90'an dahulu, sebuah band trio genre grunge/alternative rock dari Australia iaitu Silverchair telah menggegarkan industri muzik rock dunia dengan album pertama mereka yang bertajuk "Frogstomp" (1995). Ada sesetengah pihak (terutama sekali pihak wartawan hiburan) mengatakan mereka ialah kelahiran semula Nirvana (pfffttt not even close), tapi itu semua cerita lama. Ketika itu pun kesemua ahli dalam kugiran ini baru sahaja berusia 15 tahun, dan dikala umur begini mereka telah pun menjadi international rockstars dalam sekelip mata hasil daripada single mereka pada ketika yang bertajuk "Tomorrow" (diambil dari debut album mereka itu juga). Silverchair dianggotai oleh Daniel Johns (vocals, guitars), Ben Gillies (drums) dan Chris Joannou (Bass).

CD first pressing (1996) & made in Australia

Selang setahun kemudian, mereka kembali dengan album "Freak Show" dan kali ini lebih depressive, mempunyai riff-riff yang cukup menarik serta berat, struktur lagu-lagu yang lebih teratur dan kadang kala kedengaran agak progresif serta strategi pemasaran yang kaw-kaw terbaik punya! Ini juga menyebabkan mereka menjadi household name di Australia tanah kelahiran mereka serta mendapat perhatian dunia dengan muzik bawaan mereka.

CD cover yang bersaiz A3 (besar giler)

Aku masih ingat semasa pertama kali aku beli kaset ni dulu sekitar awal tahun 1997, ianya disertakan dengan double cassette, kaset pertama ialah full album manakala kaset kedua lebih ke arah live recording untuk beberapa lagu2 dari album "Freak Show" serta sesi interview mereka di salah sebuah stesen radio di Australia. Pakej kaset tersebut memang menarik dan kalaulah aku masih simpan lagi kaset tu, ianya dah kira tahap rare dan collectable items (lebih kurang la kot). Versi cd ini pula aku dapat dari member facebook aku iaitu saudara Ahmad Blitzenius (boleh check blog beliau di SINI juga). 

Lyrics and Thanklist / Credits

Masa muda remaja di bangku sekolah dahulu (sekolah menengah to be exact), antara lagu2 yang wajib aku serta rakan2 selalu bawak jamming ialah Freak, Abuse Me dan Lie To Me (lagu ini ada ala2 macam lagu Tourette's dendangan Nirvana dari album In Utero). Biasalah budak remaja era 90'an lagu2 depressive dan memberontak sebegini memang jadi makanan kami. Punk rock attitude memang menyerlah dalam album kedua mereka ini. Namun begitu, mereka juga berani bereksperimentasi dengan bunyian orkestra seperti dalam lagu Cemetery dan Petrol & Chlorine. Hasil daripada kolaborasi ini, melarat pula ke beberapa album mereka yang akan datang seperti Neon Ballroom serta Diorama yang juga masih membawa pengaruh orkestra dalam muzik mereka. 

This CD consist of 13 very nice songs (hehehe...)

Walaupun Silverchair sudah tidak aktif lagi (Daniel Johns pernah menyatakan yang mereka dalam status Indefinite Hiatus) namun mereka belum lagi dibubarkan. Peluang untuk reunion masih ada. Cuma feel dari album kedua ini semestinya hanya akan dikecapi sekali seumur hidup mereka, sound sebegini walaupun agak heavy dan cliche namun ianya tetap beremosi, hard-rocking dan sentiasa diingati oleh kebanyakan peminat mereka. Bagi aku (dan kebanyakan remaja pada ketika itu) yang membesar mendengar muzik alternative rock di era 90'an, Silverchair merupakan rock band yang memorable serta antara yang terbaik di dekad tersebut. Salute!

Silverchair - Freak (Official Music Video)

Silverchair - Cemetery (Official Music Video)

Monday, January 20, 2014

Bagaimana Aku Boleh Meluncur Lagi & Video Amatur Yang Aku Buat Berkaitan Skateboarding & Pennyboarding di Bintulu!

 Gambar ini diambil sehari selepas aku membeli pennyboard aku pada Disember tahun lepas, semasa aku cuti hujung tahun. Cruising di sepanjang Bintulu Promenade (aka Waterfront)

Tentu ramai yang tertanya, kenapa dan bagaimana aku boleh terjebak ke kancah papan luncur sebegini? Sebenarnya ini merupakan satu hobi yang sudah sekian lama aku tinggalkan, mula aktif semasa aku di sekolah menengah dahulu. Apabila aku kembali sihat selepas terkena serangan darah tinggi dan kolesterol tahun lepas, aku mengambil keputusan yang aku ingin kekal sihat. Sekarang hampir tiap2 hari aku akan meluncur menggunakan pennyboard aku ini, apabila selesai urusan di pejabat (main waktu petang la, lepas waktu pejabat).

Di bawah pula video yang aku buat tentang skateboarding & pennyboarding di Bintulu (sebenarnya cuma riding bersama rakan2 sahaja):

Beberapa riders yang terlibat ialah:
Aku sendiri
Young Arif (drummer Tresno)

Tuesday, January 14, 2014

Mari Berselawat Bersama Al-Mawlid Bersempena Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad SAW (Cahaya Seluruh Alam)

Bersempena tarikh hari ini 12 Rabiulawal (bersamaan dengan 14 Januari 2014) iaitu hari keputeraan baginda rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW, maka alangkah eloknya kita bersama-sama berselawat ke atasnya agar kita mendapat syafaat dari baginda apabila berkumpul di padang Mahsyar kelak.


Al Mawlid : Self titled album (2012)

Ya, mungkin ada yang perasan kebanyakan ahli dari kumpulan nasyid Al Mawlid ini terdiri daripada bekas anggota kumpulan RnB / Hip Hop yang sangat popular dikalangan remaja suatu ketika dahulu. Kumpulan yang dianggotai oleh Pot Amir (ex Innuendo), Azan (ex Ruffedge), Lah Ahmad (ex VE), Amer (ex Ruffdge) dan beberapa rakan lain ini mengetengahkan lagu berbentuk ketuhanan dan secara lebih spesifiknya lagu yang berbentuk selawat ke atas junjungan nabi kita. Pada awal kemunculan mereka dalam entiti Al Mawlid, agak ramai yang skeptikal dengan imej serta pembawaan hala tuju muzik mereka (sila rujuk SINI), namun itu tidak mematahkan semangat mereka dalam memperjuangkan syiar Islam. Unsur RnB masih lagi ada dalam komposisi kebanyakan lagu mereka cuma mesej cinta rasul itu sentiasa diterapkan agar ianya menjadi perkara utama dalam pembawaan muzik mereka.

Al Mawlid (sumber dari google)

Apa yang penting ialah mesej yang ingin disampaikan oleh kumpulan nasyid Al Mawlid ini iaitu kembali mengagungkan kecintaan ke atas Rasulullah SAW dan memupuk masyarakat untuk mengikut segala sunnah nya. Kebanyakan lagu2 dalam album ini membawa mesej tersebut. Jom berselawat sempena Maulidur Rasul ini.

Al Mawlid - Cahaya Seluruh Alam (Official Music Video)


Friday, January 10, 2014

Kejadian Banjir Kilat Di Bintulu Pada 29 Disember 2013 Yang Lalu

Tarikh: 29 Disember 2013
Lokasi: Kawasan Rumah Aku...

Sebelum berlakunya banjir kilat ini, hujan lebat telah melanda di beberapa kawasan Bintulu selama 2 hari, kadang-kadang lebat, lepas tu berhenti sekejap, lepas tu sambung balik hujan. Pada pagi ahad 29 Disember tersebut, hujan masih juga tidak berhenti dan aku serta keluarga hanya duduk santai-santai di rumah sahaja. Tanpa disedari air dari anak sungai yang terletak tidak jauh dari flat kediaman kami telah melimpas menuju ke jalan raya. 

Gambar di atas ini diambil kira-kira dalam pukul 5 petang pada hari berkenaan. Semasa aku mengambil gambar ini, kelihatan ada beberapa jiran tetangga tengah sedaya upaya menolak kereta yang telah tersekat di dalam air bah tersebut.

Tepat pukul 6 petang, kawasan blok hadapan lorong flat aku sudah pun dikelilingi air bah. Kalau kita lihat gambar di atas, sudah seperti scene dalam filem Waterworld lakonan Kevin Costner pulak dah. Pada masa ini, jiran tetangga yang tinggal di ground floor kawasan flat berkenaan sudah mula memindah barangan rumah mereka ke tingkat atas flat masing2.

Flat kediaman ini dah jadi macam pulau yang dikelilingi air. Seriously inilah pertama kali aku tengok keadaan banjir seteruk begini. Kesian aku tengok rumah jiran yang terkena musibah begini. Ada jugak la aku tolong mereka apa yang patut.

Pada masa banjir begini, kena hati-hati jugak kalau nak berjalan tu. Takut bertembung dengan ular ataupun biawak, paling cikai pun terserempak lipan yang tengah berenang ker. Sabar aje lah. Mungkin ada sesetengah orang sudah biasa dalam keadaan begini, namun bagi aku yang pertama kali berhadapan dengan situasi banjir ini memang agak terkejut jugak la. Banyak-banyak istighfar aku dibuatnya. Dalam sejarah Bintulu ini merupakan banjir terburuk pernah berlaku. Apabila aku check newsfeed facebook aku pada masa itu, terdapat beberapa kawasan di sekitar Bintulu telahpun ditenggelami air. Bahkan ada beberapa kawasan yang tidak dijangka seperti kawasan shopping mall juga tidak terlepas dari terkena situasi banjir ini. Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat ini, antaranya ialah disebabkan sistem perparitan yang tidak terancang serta pembangunan yang drastik berlaku di Bintulu. Apa2pun ini semua ketentuan Ilahi, terima sahaja dengan tenang. Ini tandanya Allah masih sayangkan kita dengan memberi sedikit musibah untuk kita hamba2Nya berfikir dan sentiasa mengingatiNya.

Kelihatan beberapa jiran tetangga tengah sibuk memunggah barang2 dari dalam rumah di ground floor untuk diletakkan di kawasan yang selamat dari banjir (bawak ke flat lain yang terletak atas bukit, tidak jauh dari blok flat ini). Disebabkan banjir ini juga, aku tidak dapat mengikuti BRRU Dinner yang dijalankan di Hotel Kemena pada sebelah malamnya.

Tarikh: 30 Disember 2013
Kawasan: Jalan nak pergi pejabat isteri aku...

Tidak cukup dengan banjir yang berlaku pada hari sebelumnya, kali ini kawasan kejiranan kami digemparkan lagi dengan kejadian tanah runtuh yang telah menimbus jalanraya menghala ke pejabat isteri aku.

Kelihatan proses pembersihan dan mengangkut tanah yang menimbus jalanraya ke kawasan lain sedang dijalankan. Ketika ini aku terpinga2 seolah2 tidak percaya dengan apa yang berlaku...

This is sadness...

Klip video yang menunjukkan banjir di Bintulu 2013

Friday, January 3, 2014

Documentary Review : Skateistan - To Live And Skate Kabul (Released in 2010)


Skateistan : To Live And Skate Kabul merupakan sebuah filem pendek berbentuk dokumentari yang mengisahkan tentang kehidupan kanak-kanak dan remaja di Afghanistan yang berkecimpung di dalam sukan skateboard. Ianya juga memberi penekanan tentang kesusahan hidup yang dialami oleh kanak-kanak di sana. Di dalam sebuah negara yang hancur disebabkan perang saudara, kebencian etnik, pergolakan politik yang merunsingkan (syukur Malaysia masih aman), kanak-kanak serta remaja di Afghanistan ini mulai bersatu dan bergerak secara komuniti, dibantu oleh sebuah NGO iaitu Skatetistan, dan secara perlahan mendekatkan jurang perbezaan di kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik di negara bergolak tersebut. 

Skateistan : To Live And Skate Kabul (2010 produced by Dazed & Confused and Diesel)

Jom layan beberapa pics menarik tentang NGO Skateistan ini:

 Kanak-kanak perempuan tidak dibenarkan bermain basikal (mengikut undang-undang Afghanistan dan budaya mereka) akan tetapi digalakkan bermain skateboard. Weird but nice...

 Kids with their skateboards. Kebanyakan di kalangan mereka mempunyai pekerjaan seperti menjual makanan di tepi jalanraya dan tidak bersekolah. Skateboarding merupakan salah satu cara untuk mereka merasai dunia kanak-kanak, keluar daripada tekanan hidup mereka.

 Aku suka gambar ni. Seorang budak lelaki membuat trick ollie di atas kereta kebal yang telah hancur.

 A girl with her skateboard

Ini merupakan Skateistan Skatepark yang terdapat di Kabul, Afghanistan. Di antara projek terawal NGO tersebut.

please visit: skatetistan.org

"Building Ramps, Not Bombs"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...