Friday, January 10, 2014

Kejadian Banjir Kilat Di Bintulu Pada 29 Disember 2013 Yang Lalu

Tarikh: 29 Disember 2013
Lokasi: Kawasan Rumah Aku...

Sebelum berlakunya banjir kilat ini, hujan lebat telah melanda di beberapa kawasan Bintulu selama 2 hari, kadang-kadang lebat, lepas tu berhenti sekejap, lepas tu sambung balik hujan. Pada pagi ahad 29 Disember tersebut, hujan masih juga tidak berhenti dan aku serta keluarga hanya duduk santai-santai di rumah sahaja. Tanpa disedari air dari anak sungai yang terletak tidak jauh dari flat kediaman kami telah melimpas menuju ke jalan raya. 

Gambar di atas ini diambil kira-kira dalam pukul 5 petang pada hari berkenaan. Semasa aku mengambil gambar ini, kelihatan ada beberapa jiran tetangga tengah sedaya upaya menolak kereta yang telah tersekat di dalam air bah tersebut.

Tepat pukul 6 petang, kawasan blok hadapan lorong flat aku sudah pun dikelilingi air bah. Kalau kita lihat gambar di atas, sudah seperti scene dalam filem Waterworld lakonan Kevin Costner pulak dah. Pada masa ini, jiran tetangga yang tinggal di ground floor kawasan flat berkenaan sudah mula memindah barangan rumah mereka ke tingkat atas flat masing2.

Flat kediaman ini dah jadi macam pulau yang dikelilingi air. Seriously inilah pertama kali aku tengok keadaan banjir seteruk begini. Kesian aku tengok rumah jiran yang terkena musibah begini. Ada jugak la aku tolong mereka apa yang patut.

Pada masa banjir begini, kena hati-hati jugak kalau nak berjalan tu. Takut bertembung dengan ular ataupun biawak, paling cikai pun terserempak lipan yang tengah berenang ker. Sabar aje lah. Mungkin ada sesetengah orang sudah biasa dalam keadaan begini, namun bagi aku yang pertama kali berhadapan dengan situasi banjir ini memang agak terkejut jugak la. Banyak-banyak istighfar aku dibuatnya. Dalam sejarah Bintulu ini merupakan banjir terburuk pernah berlaku. Apabila aku check newsfeed facebook aku pada masa itu, terdapat beberapa kawasan di sekitar Bintulu telahpun ditenggelami air. Bahkan ada beberapa kawasan yang tidak dijangka seperti kawasan shopping mall juga tidak terlepas dari terkena situasi banjir ini. Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat ini, antaranya ialah disebabkan sistem perparitan yang tidak terancang serta pembangunan yang drastik berlaku di Bintulu. Apa2pun ini semua ketentuan Ilahi, terima sahaja dengan tenang. Ini tandanya Allah masih sayangkan kita dengan memberi sedikit musibah untuk kita hamba2Nya berfikir dan sentiasa mengingatiNya.

Kelihatan beberapa jiran tetangga tengah sibuk memunggah barang2 dari dalam rumah di ground floor untuk diletakkan di kawasan yang selamat dari banjir (bawak ke flat lain yang terletak atas bukit, tidak jauh dari blok flat ini). Disebabkan banjir ini juga, aku tidak dapat mengikuti BRRU Dinner yang dijalankan di Hotel Kemena pada sebelah malamnya.

Tarikh: 30 Disember 2013
Kawasan: Jalan nak pergi pejabat isteri aku...

Tidak cukup dengan banjir yang berlaku pada hari sebelumnya, kali ini kawasan kejiranan kami digemparkan lagi dengan kejadian tanah runtuh yang telah menimbus jalanraya menghala ke pejabat isteri aku.

Kelihatan proses pembersihan dan mengangkut tanah yang menimbus jalanraya ke kawasan lain sedang dijalankan. Ketika ini aku terpinga2 seolah2 tidak percaya dengan apa yang berlaku...

This is sadness...

Klip video yang menunjukkan banjir di Bintulu 2013

12 comments:

  1. lepas balik sessi soundcheck utk BRRU nite sblh ptg, aku terpaksa mencari jalan alternatif utk keluar dari area assyakirin - area kampung banjir, area singkwong pun banjir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimpi ngeri buat semua penduduk Bintulu pada ketika itu...

      Delete
  2. quote " Tanpa disedari air dari anak sungai yang terletak tidak jauh dari flat kediaman kami telah "melimpas" menuju ke jalan raya. " ... hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkk tersasul bahasa melayu sarawak pulak dah hahaha....sepatutnya melimpah tapi tertaip melimpas...haha

      Delete
    2. hahaha.stended bah bro. aku camya juak dolok. mala tsasul jak.

      Delete
    3. Deras gilak aku naip bro, sik sedar banyak gilak typo...hahaha

      Delete
  3. bab banjir ni time membersihkan rumah selepas banjir yang paling tak larat...time johor banjir teruk dulu aku pernah tolong bapa sedara org rumah bersihkan rumah...nak patah pinggang rasanya...maklumlah air lumpur naik sampai setengah tingkap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bro, sama jugak keadaannya di sini hari tu, lepas banjir memang teruk la rumah yg kena banjir tu...kotor habis...segala macam lumpur masuk...simpati aku tengok jiran2 yg rumah terkena banjir tu...

      Delete
  4. Semua ujian dariNya bro..kalau kat tempat aku kat segamat sampai nak kena tunggu 3-4 hari juga nak tunggu air surut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah bro, aku ingat balik, ada lagi tempat lain yg teruk kena banjir selain Bintulu...simpati terhadap mangsa2 banjir terutama di pantai timur dan pahang yg terkena dulu...

      Delete
  5. Semoga semuanya selamat dari apa2 ancaman. Memang one of the main things that membimbangkan ialah bahaya kejutan elektrilk dan cam ko cakap binatang bahaya besar dan kecik yang sama2 nak selamatkan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Binatang tu pun rasanya gelabah dan ketakutan jugak kalau dalam situasi ni...kalo pasal electric shock tu aku pun risau jugak masa tu bro

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...