Di atas merupakan 3 buah poster rasmi untuk filem "Life Of Pi"
Filem Life Of Pi ini merupakan filem ke 13 arahan Ang Lee di Hollywood. Kalau bercerita tentang mana2 filem Ang Lee, tentunya ianya berkisar tentang elemen kemanusiaan dan digauli dengan beberapa genre filem yang lain. Sebagai contoh, untuk filem Crouching Tiger, Hidden Dragon yang berkisar tentang kesetiaan, berpaling tadah serta semestinya ilmu persilatan kung fu, manakala Brokeback Mountain, lakonan legenda Hollywood Heath Ledger dan Jake Gyllenhaal lebih memberi penekanan tentang heavy drama yang melibatkan homoseksualiti dan lifestyle seorang koboi. Itu merupakan magis yang ada pada Ang Lee, seorang pengarah yang versatile dan mempunyai trademark beliau yang tersendiri.
Pada filem Life Of Pi ini juga tidak terkecuali di mana elemen ketuhanan, kemanusiaan serta the beauty of computer graphic juga diadun bersama menjadikan ianya di antara filem paling epic tahun ini, bagi pendapat aku. Walau bagaimanapun, filem ini masih dirasakan kurang sesuai untuk tontonan kanak2 mahupun remaja di bawah umur 13 tahun kerana ada beberapa babak yang rasanya masih agak skeptikal untuk diperbincangkan di dalam budaya negara kita iaitu berkenaan tentang isu perbandingan agama. Babak yang dimaksudkan ialah pada peringkat awal filem tersebut di mana watak utama iaitu Piscine Molitor Patel pada usia kanak-kanaknya sering mempersoalkan tentang beberapa agama seperti Hindu, Kristian dan Islam yang kemudiaanya mengakibatkan Pi (short form untuk nama beliau iaitu Piscine) menganuti ketiga2 agama tersebut serentak. Mungkin agak bodoh, akan tetapi begitulah kisah yang sama diceritakan pada novel asalnya (filem ini merupakan adaptasi dari novel yang mempunyai tajuk yang sama).
Kalau dilihat dari aspek visual effects pula, filem ini menggunakan khidmat sebuah syarikat produksi iaitu Rhythm & Hues Studios (R&H) yang berpengkalan di El Segundo, California. Teknik kesan khas 3D yang diterapkan dalam filem ini memang out of this world dan kadang2 ada beberapa scene dalam filem ini yang aku tak dapat nak pastikan samada ianya realiti atau fantasi, hasil CGI yang betul2 menakjubkan. Syarikat produksi ini juga pernah terlibat dalam pembikinan filem seperti Babe (1995), The Golden Compass (2008), The Hunger Games (2012) dan X Men : First Class (2011), just to name a few.
Di antara penyebab lain yang membuatkan aku tak senang duduk dan teruja menonton filem ini ialah lakonan watak Piscine Molito "Pi" Patel oleh Suraj Sharma, seorang pendatang baru dalam dunia lakonan baik di Hollywood mahupun Bollywood. Rasa2nya si Suraj ni memang kena melalui latihan secara intensif semasa pra-produksi filem ini, mana tidaknya, memang banyak scene yang crucial terutama yang melibatkan dia berenang di lautan dalam (yang ini memang ada bantuan CGI jugak la) dan babak pertarungan dengan Richard Parker, seekor harimau Bangel, di atas bot penyelemat.
Kesimpulannya, filem ini harus ditonton jika anda menyukai filem yang bergenre drama berat serta meminati kesan khas yang extravaganza. Di penghujung filem ini, apa yang dapat disimpulkan melalui kisah hidup Pi ialah, "believe in God, no matter what religion you are", satu mesej yang aku rasakan agak penting untuk disampaikan di dalam kehidupan yang serba moden kini. Aku kasi 3.5 out of 5 stars untuk filem ini. Di bawah merupakan sinopsis ringkas tentang filem Life of Pi (sumber dari IMDb):
A young man who survives a disaster at sea is hurtled into an epic journey of adventure and discovery. While cast away, he forms an unexpected connection with another survivor ... a fearsome Bengal tiger.
Official Trailer of Life Of Pi (HD)
star cineplex (city point) bintulu blm kluar filem ni...
ReplyDeleteSedih™...tak dapat nak cakap apa la...
Deletedulu aku kaki wayang, rajin tgk muvi latest di city point dgn sorg ofismate kaki wayang (skrg dah pindah pigi melaka)
Deletetp semenjak star cineplex bintulu dah hampeh, filem2 yg latest lps sebulan baru masuk bintulu, aku dah ilang mood mau tgk wayang
Sama bro, dulu masa aku dgn wife baru2 kawen dulu (anak belum ada lagi) confirm akan tgk wayang seminggu sekali...masa tu cineplex memang up to date...skrg? Tgk movie sedut ajer la...sedih™
Deletepergh..cam best je.ni yang tak sabar nak tengok ni..tq bagi review bro..
ReplyDeleteNext entri pun sama jugak...review movie...jeng jeng jeng
DeleteHeavy metal movie review pls..heheh
DeleteDont worry bro...tengah draft beberapa entri review movid berkaitan heavy metal ni hahaha...patience, comrade...
DeleteMemang antara filem yang di tunggu2...memandangkan bukunya memang best seller...lambat pulak nak sampai versi sedut...hehe..
ReplyDeleteMemang best seller novel dia ni bro, penulis pun org india jugak..tapi sayang, novel tu pun belum sampai lagi di mana2 kedai buku kat tempat aku ni, even Popular Bookstore sekalipun...
DeleteLast year dah ada book nya ( i keja kat popular dolok)
DeleteSik taukla time movie tok hahahah ( cuz i no longer works there)
Masa mek pergi Kch last week ada mek nemu buku ya di Popular Bookstore di Tun Jugah sis...eh kantoi saya pergi kch aih haha....
Deleteaku baca penghabisan dia mamat ni kelaparan, dia sembelih rimau tu dia makan eh?
ReplyDeleteWatak Pi baik dalam filem ataupun novel dia ni seorang yg vegan, so mcm mana lapar pun dia akan mengelak utk mkn daging, masa atas bot tu pun dia paksa diri utk mkn ikan saja...memang survival la!
DeleteNya suka provoke ' Tuhan' ya la olehnya..!
ReplyDeleteHaha...
Tp sedih part Richard Parker chow ujung ya.. Nangis owwwh dlm cineplex.... Huahuahua.... Emo i olehnya!
Moral of the story: jgn suka mencampur adukkan agama, dari awal movie dah bapaknya pesan dgn si Pi tok tapi nya entingai gilak...seriously manly tears masa Richard Parker chow x berik salam pun masa last ya, sampei dak wakil insurans dari Jepun ya x percayak yg nya terselamat di laut bersama dgn Bengal Tiger ya huhu...sedih™
DeleteNya la ya... Appa dah pesan tp kali amma dah back up yala kali entingai... Masa kapal karam ya nang tedag nangga orange juice nya kenak bantei hyena yaa... Moral of the story mun stranded ngan seekor hyena, kill it first! Huahuahua
DeleteSeriously... Kmk nangis cuz i was thought their become friend in the end ( Pi & Richard Parker)
But as logic - the people yg selamatkan Pi ya might kill RP 1st... So its good RP runaway lok...
I give 4/5
Ada hikmah dgn apa yg berlaku dlm movie ya sis...huhu saya pun nangis bah tapi tapok2 la takut member sebelah nangga (masa tgk wayang hari ya hehe)
Deleteantara filem yang saya paling nak tengok wuh~!!!
ReplyDeleteA seriously must-see movie of the year...x rugi nangga dlm 3D aih...haha A
Delete