Official Movie Poster for Until The Light Takes Us |
Until The Light Takes Us - Sebuah dokumentari yang berkisar tentang permulaan kewujudan pergerakan Black Metal yang berpengkalan di Oslo, Norway dan ianya juga menceritakan tentang bagaimana band2 black metal perintis seperti Mayhem dan Burzum menjadi satu fenomena dalam budaya Eropah seterusnya seluruh dunia. Tidak lupa juga ianya menceritakan bagaimana budaya Black Metal ini bertukar menjadi ganas dan kejam seperti kejadian membunuh diri oleh pengikutnya, pembakaran gereja dan yang paling menggerunkan pembunuhan kejam di antara leader Black Metal ini - diantara Count Grishnackh (Burzum) dan Euronymous (Mayhem).
Ianya juga mengandungi sesi temuramah bersama Gylve "Fenriz" Nagell, pengasas band dan juga drummer band Dark Throne, Jan Axel "Hellhammer" dari band Mayhem, Abbath dari Immortal (my all time favourite black metal band...period) dan yang menjadi highlight dokumentari ini ialah sesi interview bersama Varg "Count Grishnackh" Vikernes (Musician, Burzum, Mayhem) Pengasas Burzum - band one man show yang banyak mengubah corak permainan muzik black metal dari bentuk tradisional kepada sound yang lebih epik dan story-telling tentang mitos2 budaya Norway. Yang lucunya di sini, aku ingatkan pada mulanya "Count Grishnackh" adalah seorang yang buas memandang sesi interview tersebut dibuat di dalam penjara High-Security di Norway, rupa-rupanya Count ini merupakan orang yang berfalsafah tinggi dengan ideologi yang telah diciptanyanya.
Dokumentari ini adalah arahan dan terbitan Aaron Aites dan Audrey Ewell
Bahagian yang paling klimaks dalam dokumentari ini ialah apabila penangkapan oleh pihak berkuasa ke atas Varg Vikernes menjadi bahan sensasi media massa pada ketika itu dan ini menambahkan lagi ketegangan di antara Varg dan Oysten Euronysmous (Boss Helvete Shop dan pengasas Mayhem). Sesungguhnya mereka berdua mempunyai ideologi yang berbeza, di mana Varg dengan sifat fundementalisme terhadap kebudayaan paganisme Norway yang menganggap bahawa ajaran Kristian telah menghapuskan budaya tersebut, walhal Euronysmous pula bercita-cita tinggi untuk menubuhkan satu sindiket yang digelar Black Metal Mafia.
Dari sini kita dapat perhatikan bagaimana ideologi ini merosakkan persahabatan mereka (the circle of friends) dan sekaligus meletakkan mereka ke dalam lembah jenayah. Pada mulanya mereka cuma artis2 yang cuba mengekspresikan hasil seni mereka ke dalam bentuk muzik. Kita semua boleh ambil iktibar dari kisah ini, treat Black Metal as a music form, not a lifestyle.
Official Trailer for the documentary "Until The Light Takes Us"
yeah true..
ReplyDeletetreat Black Metal as a music form, not a lifestyle
Sebab tu aku suka dgr band Hayagriva punya album baru....muzik tetap black metal, equal tu cradle of filth dgn dimmu borgir....tapi diorang lebih ke arah penyampaian mesej tentang kiamat dari aspek Islam...ada bentuk dakwah sikit2 la walaupun diorang masih pakai corpse paint...
DeleteWah..menarik!..kasi link pls mau sedut..heheh..dlm ni ke yg ada interview dgn vokalis gorgoth tu?
ReplyDeleteOh yg ada interview dgn Ghaal Gorgoroth tu ialah dokumentari Metal : A Headbanger Journey....aku ambik movie ni pun dari member bro...hehe tak tahu link mana yg ada simpan movie ni,sorry....cuba lu ambik dari torrent...mana tau ada....
Deletekena sedut nih
ReplyDeleteShare link pls,jgn sedut sorang,baru steady..heheh
DeleteKalau tak silap kat youtube ada ni...
DeleteAku pun rasa dalam youtube ada full version utk dokumentari ni...kalo susah sgt nanti la aku send kat korang n burn dlm cd....hehe gua no hal beb...
Deletealamak...belum dapat sedut lagi....hehehe
DeleteXper bro,nanti aku cuba cari link dokumentari ni di youtube, pastu aku paste kat profile facebook lu...amacam?
Deletesteady!
DeletePilihan terakhir, PM aku address lu...nanti aku send cd yg dah burn n ada dokumentari ni...hehea
Deleteaik..dah hilang ke address aku??
DeleteSorry bro, aku selalu tercicir hal2 mcm ni.,,maklumlah dah tua hehe
DeleteHarrrrooooww! =) i dont know a thing abt black metal music except that i cant understand it at all. but ur right, treat it like a music form, then it shd be ok. Anyway.... hi im back!!!! hehe
ReplyDeleteHaha...good to have u back sis! It's just my opinion about that genre...nothing much...im still an avid heavy metal listener though hahaha...hey sis, wait for my next blog post this coming 25th ok...dedicated to you hehe...merry xmas!
Delete