Sunday, July 29, 2012

Kenali Sheikh Ahmed Deedat

Sheikh Ahmed Deedat (Sumber imej dari Google)
Terpanggil untuk membuat entri ini disebabkan sering membaca blog Kaboi Tanduk yang baru2 ini sering membicarakan tentang ulamak2 tersohor yang beliau hormati. Beberapa bahan bacaan2 serta link yang beliau sertakan dalam entrinya amat menarik perhatian aku. Bagi aku pula, ada beberapa ulama yang sering aku follow. Di antaranya ialah Sheikh Ahmed Deedat. Jika anda masih tidak mengetahui siapa beliau, sila klik di sini.

adi herman
Beberapa bahan bacaan karangan Sheikh Ahmed Deedat yang aku miliki
Mungkin ada yang berasa kurang selesa dengan topik yang sering dibincangkan oleh arwah Sheikh semasa hayatnya, lebih2 lagi apabila ianya melibatkan isu perbandingan agama, saya mohon seribu kemaafan. Akan tetapi senantiasa bahan bukti yang beliau perbincangkan semasa sesi debat beliau dengan ketua2 agama lain mempunyai fakta yang kukuh dan berbentuk rasional. Demi nawaitu untuk menimba ilmu, saya rasa apa yang pernah beliau sampaikan dahulu amat berguna untuk seluruh umat Islam. Di bawah merupakan salah satu di antara perdebatan beliau yang pernah diperkatakan di khalayak masyarakat antarabangsa suatu ketika dahulu.

Debat di antara Sheikh Ahmed Deedat & Pastor Stanley Sjonberg 

Friday, July 27, 2012

Reflections of Kid A : Sesi Interview Yang Rare Bersama Thom Yorke (Radiohead)

Karikatur Thom Yorke (cilok dari Google)

Thom Yorke selaku ketua kumpulan serta vokalis utama kumpulan alternative rock tersohor, Radiohead merupakan di antara jutaan selebriti di dunia ini yang tidak suka di temuramah oleh pihak media. Bagi beliau perkara sebegini hanyalah "a f**king waste of time" (aku sekadar mengulangi quote yang sering diajukan oleh beliau setiap kali diajukan pertanyaan samada beliau selesa jika ditemuramah). Beliau sering mengelak jika diminta memberi ulasan tentang beberapa perkara yang melibatkan dirinya ataupun mana2 ahli kumpulannya, akan tetapi jika melakukan hal2 activism seperti kegiatan Fair-Trade Practice, Hak Asasi Manusia, Anti Peperangan dan Trade Justice Movement, beliau merupakan spokeperson yang baik. Hubungan beliau dengan beberapa selebriti lain pun bukan nya bagus sangat. Beliau sering dianggap "ignorant and rude" oleh kebanyakan artis seperti Kanye West, Miley Cyrus (ni musuh besar nih hehe), Jack Black, Ronan Keating, Peter Gabriel dan Kelly Jones (vokalis kumpulan Stereophonics).

Di bawah merupakan sebuah klip video yang boleh dikatakan agak rare. Ianya merupakan sebuah produksi sebuah channel hiburan berbayar iaitu Channel V (rasa2nya sekarang channel ni dah takder lagi dalam pakej ASTRO). Di dalam sesi ini beliau menerangkan tentang perubahan arah muzik yang dibawa oleh Radiohead dalam album Kid A, bagaimana beliau menghadapi sindrom writer's block, pengaruh2 muzik beliau dalam dunia muzik Electronica (seperti Aphex Twins dan Autechre) dan perhubungan beliau dengan rakan2 seperjuangan di dalam band tersebut.

Moral Of The Story: Aku rasa apa yang Thom hendak dari kita ialah, ambil peduli pasal muzik mereka tapi JANGAN AMBIL PEDULI pasal personal life dia...sebab mamat ni terkenal dengan sikap neurotic dan paranoid nya yang kadang2 over la pulak. Nevertheless, Thom is still one hell of a genius when it comes to making music!

Enjoy the Video!

Reflections of Kid A : Interview With Thom Yorke


Monday, July 23, 2012

Book Review : Punk Rock - Disebalik Fesyen dan Muzik Bising

Buku Punk Rock : Di Sebalik Fesyen & Muzik Bising
Apakah itu Punk Rock? Adakah ianya gaya hidup ataupun sekadar muzik? Sejauh mana anda mengetahui tentang sub-budaya ini? Dan soalan paling penting untuk ditanya ialah...agak2nya bila Punk Rock ni mula menular di negara kita yang bertuah lagi berdaulat ni? Persoalan ini semua dengan mudahnya dirungkai secara ringkas tetapi padat dalam sebuah buku yang bertajuk PUNK ROCK : Disebalik Fesyen & Muzik Bising terbitan bersama di antara Deleted Book Press, Koleksi Kaki Ketik (Zines and Literature) dan Papakerma.

Buku ini sebenarnya memfokuskan tentang interpretasi Punk Rock itu sendiri melalui kacamata serta fahaman beberapa penulis zine/pemuzik punk yang sudah sekian lama (ada yang sudah hampir 20 tahun bergiat dalam penulisan zine punk & hardcore) berada di bawah radar media perdana, pendek kata mereka semua ni merupakan golongan Marhaen berpaksikan budaya Punk Rock! Antara mereka2 yang aku maksudkan ialah:

  1. Fazri : Editor zine DRSA serta pemain bass untuk kugiran punk seperti Karut, Kasih Sayang dan Inikah Hidup.
  2. Mat Yie : Cikgu Bahasa Inggeris serta penulis zine seperti Semenanjung Register, The Coalition serta menjadi gitaris/frontman kepada kugiran2 seperti Dakootyroaches, Kuswadinata dan Hulk Ogan.
  3. Hafeez : Peguam sepenuh masa serta antara individu terawal dalam scene Punk/Hardcore di Malaysia yang mengangkat scene ini serta bergerak aktif mengeluarkan zine seperti Abstained Agogo dan newsletter Cintakan Aman. Beliau juga merupakan vokalis/pemain bass untuk kugiran Ancaman.
  4. Wolf : frontman untuk band punk rock kegemaran aku suatu ketika dahulu iaitu Spunky Funggy.
  5. Nan : Pereka Grafik/Pelukis Komik sepenuh masa dan juga selaku pemain bass untuk kugiran LoRSA, beliau juga merupakan editor untuk zine Think Smart Act Blur.
  6. Zaki : pengusaha record label Dogma Artistic Guerilla dan juga editor zine seperti A Dream?, Diriku Untuk Dijual dan Ember.
  7. Shabri : Cikgu di sekolah khas di Terengganu dan juga merupakan frontman untuk kugiran Kasih Sayang.
  8. Din : Operator Kren sepenuh di Tanjung Pelepas, Johor dan juga merupakan editor zine Jalan.Jatuh.Lari serta penulis blog Redup Pemikiran.
  9. Dhani : pekerja IT sektor awam. Pernah menerbitkan buku hasil tulisan  pendukung DIY punk rock berjudul Goblog serta bergerak aktif dalam Network of Solidarity Collective.
  10. Nizang : Editor bersama untuk buku ini (disamping Dhani), editor zine Mash dan pengasas Nervhous Records and Distribution. Beliau kini bertugas sebagai pensyarah di sebuah universiti swasta di KL.
Apa yang menyeronokkan ketika membaca buku ini ialah, gaya penulisan yang agak santai, bersahaja, sedikit lawak sana sini, akan tetapi disusuli beberapa kata2 hikmat yang mengajak kita berfikir tentang tujuan sebenar Punk Rock itu wujud ditengah2 gelombang budaya masyarakat kita. Ianya juga berbentuk informatif disamping membawa kita mengenali apa itu budaya Punk dari perspektif yang berbeza, tidak hanya bergantung kepada maklumat2 yang dihidangkan melalui media arus perdana yang rata2 bertindak untuk condemn serta menjahanamkan pemikiran2 anak muda yang agresif ini. 

Buku Punk Rock disertakan dengan brochure "Apa Anda Perlu Tahu Tentang ISA?" sebagai bookmark aku haha...ini betul2 rebel!
Apa2pun aku berharap kalian memiliki buku ini kerana ianya benar2 mengetengahkan definasi sebenar Punk Rock di dalam negara kita secara khususnya. Jika anda berminat untuk mendapatkan buku ini, silalah ke http://deletedbooks.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut.

Carburetor Dung performing "Boo Hoo Clapping Song", antara band yang terawal muncul dalam scene muzik Punk Rock di negara kita.

Sunday, July 22, 2012

CD Review : Maher Zain's Forgive Me (Second Album)

Maher Zain : Forgive Me CD
Setelah kejayaan pada album pertama beliau, Maher Zain kini kembali dengan susulan kepada lagu2 berbentuk dakwahnya iaitu "Forgive Me", album kedua yang diriliskan pada 1 April 2012 yang lalu. Album kedua ini masih juga mengekalkan konsep yang sama pada album pertama iaitu "Thank You Allah" iaitu Nasyid serta beberapa sentuhan muzik RnB. Kali ini Maher Zain memberi beberapa pendekatan baru dalam lagu2 nya iaitu topik yang dinyanyikan pada sesetengah lagu lebih berbentuk universal dan sesuai didengar oleh pendengar bukan Islam seperti lagu2 berjudul "The Number One For Me" (lagu yang menjadi single pertama dari album ini, didedikasikan kepada kaum ibu), "Freedom", "Forgive Me" dan "So Soon".

Apa yang menarik perhatian aku pada album Maher Zain kali ini ialah, beliau menyampaikan 2 buah lagu berbahasa Melayu yang berjudul "Ku Milik-Mu" dan "Tuntunku Kepada-Mu", sekali dengar (jika kita tidak mengenali Maher Zain la) terasa macam betul2 orang Melayu yang nyanyikan lagu2 tu haha...nice job Maher Zain! CD yang mempunyai 14 buah lagu ini ternyata sungguh berbaloi untuk dimiliki. Penyanyi dari Sweden ini (bernaung di bawah syarikat Awakening Records -sebuah nama besar dalam industri lagu2 Nasyid Antarabangsa) ternyata mempunyai bakat yang versatile, baik dari segi pembikinan lagu2nya serta seni vokal yang dimilikinya. Dapatkan CD ini dalam bentuk original di pasaran!

Akhir kata dari saya: AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN! BULAN PENUH BERKAT UNTUK KITA SEMUA....

Maher Zain : Number One For Me (Official Video)

Maher Zain : Freedom (Official Video)

Maher Zain : So Soon (Official video)

 Maher Zain : My Little Girl (Official Lyrics Video) My favorite song from the album!

For more info about Maher Zain, please visit www.maherzain.com



Saturday, July 21, 2012

CD TRESNO Direview Sekali Lagi Di Majalah ROTTW

Semalam aku baru sahaja membeli ROTTW isu bulan Julai 2012 (Vol. 179) di sebuah pusat membeli belah di tempat aku ni. Apa yang menarik tentang isu kali ini ialah ada review CD Tresno di ruangan DIY pada muka surat 38. Orang yang buat ulasan tentang CD Tresno kali ini ialah tak lain dan tak bukan, Abang ROM sendiri haha. Di bawah merupakan pics serta ulasan yang dibuat.

Majalah ROTTW keluaran bulan Julai 2012 (Vol 179), front cover ada band Arctic Monkeys (one of my favorite British band nowadays)

Ini pula ulasan CD Tresno yang dibuat oleh Abang ROM, beberapa teguran dan nasihat yang berguna harus diambil. Terima kasih banyak-banyak Abang ROM. 
Walaupun hanya diberi 2 Bintang sahaja untuk keluaran CD Tresno kali ini, tapi apa2 komen membina yang diutarakan oleh Abang ROM memang benar belaka. Banyak yang aku dan rakan2 sekumpulan harus improve di masa akan datang. Lagipun CD ini dirakam dah lama dah, semasa tahun 2005 lagi. Masa tu aku masih mentah dan kurang berpengetahuan dalam bidang recording ni. Alhamdulillah sekarang dah yakin dengan diri sendiri dan berbekalkan ilmu2 yang dikongsi oleh rakan2, aku rasa jika kami buat sekali lagi rakaman EP atau Demo, kali ini pasti yang berkualiti. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang band aku ni, silalah ke website yang seperti tertera di bawah:

http://www.reverbnation.com/tresnoband

ataupun

www.soundcloud.com/tresno

Jika berminat untuk dapatkan CD Tresno ini sila klik link di bawah:

Metuk Ulau Underground Voices (Webzine & Distro)

P/S: CD demo pertama Tresno berjudul "Sonnet 18" pernah direview dahulu pada tahun 2004 di dalam majalah yang sama.

Thursday, July 19, 2012

Pics Sesi Jamming Band "Dead Head" : Suatu Ketika Dahulu Di Era 90'an!

Suatu ketika dahulu, semasa kita masih muda remaja...

Pics ini diambil kalau tak silap aku di antara tahun 1995 - 1996. Masa tu tengah hangat dengan era muzik alternative rock. Budak2 yang sebaya dengan aku pada ketika itu memang tergila2kan dengan muzik sebegini. Kalau time jamming tu, tak sah kalau tak bawak lagu2 dari band2 seperti Radiohead, The Offspring, Greenday, Ash, Everclear, Weezer, kalau band2 tempatan macam Subculture, Saturnine, Carburetor Dung, The Pilgrims, OAG (confirm bawak lagu 60's TV haha) dan semestinya kitorang akan bawak lagu2 dari band grunge legenda iaitu Nirvana. Merujuk kepada pics di bawah, pada masa itu kami jamming di studio Delima Entertainment. Pada masa itu di Bintulu, Sarawak, hanya itulah sahaja studio jamming yang ada di tempat aku ni. Sekarang studio jamming dah tumbuh macam cendawan. Tapi yang sedihnya, Studio Delima Entertainment tidak lagi beroperasi. Ceased operation. Anyway, those were the good days of our teenage lives... 

Top pic: Marc selaku pemain bass, Bottom pic from left: Marvin (vocals), Me (2nd guitar) Lester (Lead guitar)

Me and my friend Lester

Tiba2 pulak aku main gitar dalam keadaan duduk pulak, geng2 lain sedap headbanging haha

Ini kawan gua, nama Luqman. Masa sesi jamming ni dia jadi cameraman. Dia ni juga seorang artis (pandai melukis)

When we were young...

Di posisi drum pula, my friend Neil Martin a.k.a. Neil Grohl
P/S: Sampai ke hari ini, aku masih lost kenapa geng kami pada masa itu menamakan band kami sebagai "Dead Head"...geng zombie kampung Pisang kot hehehe

Tuesday, July 17, 2012

Kaset Review : Radiohead "Pablo Honey" Rilisan Tahun 1993

Kaset Radiohead, album "Pablo Honey"
Aku beli kaset ni dulu agak lewat sebenarnya, kira2 pada tahun 1999, 6 tahun selepas ianya dirilis secara rasminya. Kenapa aku beli agak lewat? Well, sebabnya masa album ni mula2 rilis dahulu, aku masih lagi budak masa (still teenager) dan masih kurang berkemampuan untuk membeli barang2 sebegini. I was 13 years old semasa aku baru tahu kewujudan album ni. Anyway, kembali kepada ulasan album ini iaitu Pablo Honey. Ini merupakan album pertama Radiohead dan merupakan sesi pengenalan muzik mereka kepada penggemar muzik alternative rock serata dunia pada ketika itu.

Album ini mempunyai 12 buah lagu yang diterbitkan pada tempoh yang berbeza, contohnya untuk lagu You, Creep, Prove Yourself dan Lurgee sebenarnya lebih awal dikeluarkan dalam bentuk EP (kalau tak silap aku ianya self-titled) pada tahun 1992. Aku rasa pasti ramai yang tahu lagu "Creep" bukan? haha lagu yang berada di kedudukan no. 2 dalam album ini (selepas track "You") merupakan instigator kepada populariti band ini. Banyak yang tidak tahu bahawa music composition untuk lagu ini diambil secara tidak sengaja oleh sebuah lagu rock 70'an "The Air That I Breathe" daripada band The Hollies. Disebabkan chord progression yang 90% serupa, Radiohead kena saman selepas itu. Bagi mengelakkan pertelingkahan berlarutan, penulis lagu "The Air That I Breathe" iaitu Albert Hammond dan Mike Hazlewood dikreditkan sebagai co-writer untuk lagu tersebut. Seperti yang aku pernah terangkan pada entri yang lepas, lagu "Creep" pernah dicover oleh beberapa artis terkenal, sila rujuk di sini.

Well, tidak semua lagu2 dalam album ni kurang menyengat seperti "Creep", antara lagu2 yang hebat juga adalah seperti Stop Whispering, Thinking About You dan salah satu lagu feberet aku dalam album ini iaitu Anyone Can Play Guitar. Walapun album ini sering dikaitkan dengan sound grunge dan american way of alternative rock, akan tetapi sebenarnya kita dapat membezakan sound yang unik dan hanya ada pada Radiohead pada ketika itu. Lagipun mana ada band grunge yang punyai vokalis bersuara falsetto pada ketika itu. Itu bukan grunge namanya haha. Kualiti itu hanya ada pada band yang dipimpan oleh Thom Yorke ini sahaja.

P/S: Aku rasa ramai yang akan bersetuju jika aku katakan bahawa lagu "Creep" itu sebagai salah satu alternative rock anthem era 90'an...

Radiohead : Creep (Official Music Video)

 Radiohead : Stop Whispering (Official Music Video) haha kelakar jugak tengok rambut Thom Yorke jadi blonde macam Britney Spears haha

Radiohead : Anyone Can Play Guitar (Official Music Video)

Saturday, July 14, 2012

Kaset-kaset Radiohead Yang Masih Aku Simpan : Harta Intelek Yang Berharga Untuk Generasi Masa Hadapan!

Dari Kiri: Album "Pablo Honey", "Ok Computer" dan "Hail To The Thief"
Inilah akibatnya jika terjumpa barang2 lama setelah habis membuat general house cleaning di rumah parents aku pada bulan lepas. What would you do if you find the things that you passionately care sometimes ago? Well, I intend to keep it again lah, takkan nak buang kot. Sekarang ni semenjak berumahtangga dan tinggal berasingan dari parents, aku sering mengalami sindrom KLMJ (Kenangan Lalu Mengusik Jiwa) setiap kali 
lepak ke bilik lama aku di rumah parents. Di bilik sana jugalah aku menimba ilmu2 muzik secara tidak formal melalui pembacaan majalah2 muzik seperti ROTTW, Guitar & Bass, Spin, Tablature2 lagu yg aku print-out dari internet dan bermacam2 lagi la, dan di sini jugalah aku mendengar lagu2 dari band kegemaran aku now and forever iaitu Radiohead!

Enough about my room, 3 kaset di atas merupakan satu harta intelek yang tidak seharusnya dipandang remeh. Kalau anda peminat setia Radiohead seperti aku, 3 album ini harus anda miliki. Untuk album2 seperti The Bends, Kid A dan Amnesiac pula, kasetnya entah hilang ke mana, mungkin dipinjam oleh rakan2 dan buat2 lupa untuk mengembalikan kepada aku. Biasala tu, masa budak2 dahulu, geng2 selalu buat perangai. Apa2pun apa yang penting sekali, pada masa akan datang aku akan buat ulasan secara terperinci yang boleh tentang ketiga2 album ini. 

Radiohead Trivia!
Apa yang membezakan album "Pablo Honey" dengan album2 mereka yang lain ialah ianya diterbitkan oleh penerbit terdahulu iaitu Sean Slade dan Paul Q Kolderie  dan artwork pula hasil karya Icon (pada album "The Bends" dan album2 yang lain, ianya di sound-engineered oleh Nigel Goodrich yang dianggap "The Sixth Member Of Radiohead" serta artwork pada album2 mutakhir mereka direka oleh sahabat karib Thom Yorke iaitu Stanley Donwood, orang yang bertanggungjawab membuat maskot Radiohead iaitu "Modified Bear")

Radiohead performing "Fake Plastic Trees" : Live at Astoria London in 1994. This is one of my favorite Radiohead's song of all time...period!

Wednesday, July 11, 2012

CD Review : Very Best Of Morrissey

Pakej CD/DVD Very Best Of Morrissey
We're after the same rainbows end, it's just around the bend...

CD Very Best Of Morrissey ini aku dapat melalui kawan aku yang asal dari KL tapi dah lama kerja di Bintulu Sarawak ni. Semasa dia balik kampung bulan lepas (kampung dia kat Gombak, Selangor), aku pesan kat dia suruh dia belikan aku CD ni, siap bagi duit pendahuluan pulak tu haha. Apa yang menarik pasal CD ini ialah ianya disertakan sekali dengan DVD yang dilengkapi dengan 12 buah music video Morrissey yang ada sesetengahnya aku belum pernah tengok lagi sebelum ni. Maaf, ini bukan Malaysian Edition punya CD ok, this one is imported (ada label kat cover depan) and made in E.U. (European Union). Sebab tu harganya mencecah RM50 lebih. Ini kira masih murah, disebabkan imported edition ni CD inlay nya agak simple (Digipak) dan bukan cover keras.

Untuk CD Very Best Of ini pula merangkumi 18 buah lagu beliau dari era album pertama iaitu "Viva Hate" rilisan tahun 1988 sehinggalah pada keluaran single "Sunny" tahun 1995.Tak banyak yang menarik pasal CD ini, banyak lagu yang dikitarsemula untuk dijadikan koleksi Best Of seperti lagu "The Last Of The Famous International Playboys", "The More You Ignore Me, The Closer I Get", "Glamorous Glue", "Suedehead" dan "Everyday Is Like Sunday" manakala ada juga lagu2 Moz yang jarang aku dengar tetapi masih mampu menarik minat aku seperti "Ouija Board, Ouija Board", "I've Changed My Plea To Guilty" dan "Break Up The Family". Akan tetapi antara lagu2 Moz yang layak dijadikan anthem dalam CD kompilasi ialah "Boxers" dan "Moonriver" (lagu ni aku 1st dengar masa zaman 90'an dulu, melalui kaset kompilasi Pop Is Dead Vol. 2 edaran EMI, sememangnya Kenangan-Lalu-Mengusik-Jiwa). Lagu asal "Moonriver" sebenarnya nyanyian asal Andy Williams, seorang penyanyi standard jazz era 60'an, akan tetapi Moz telah melakukan sedikit perubahan pada lirik mengikut citarasa beliau (with permission from the original composer).

Secara keseluruhan, pakej CD/DVD Very Best Of Morrissey ini tidaklah terlalu mengecewakan walaupun banyak pilihan lagu agak sama dengan satu lagi kompilasi Moz iaitu Suedehead : The Best Of Morrissey. Tapi yang pastinya, muzik Moz tetap unik dan satu2nya surviving artist yang masih mengekal konsep yang sama (with a little bit of improvement) walaupun telah lama keluar dari band asalnya iaitu The Smiths. Long live the king of indie!

Morrissey : Boxers (Official Music Video)
Morrisey performing "Moonriver"
 Morrissey performing "Sunny" : Live on Jools Holland in 1995

Wednesday, July 4, 2012

Review VCD dan Kaset OST Filem EMPIRE RECORDS!



Dari Kiri: VCD (versi CR - sorry guys!), Kaset filem Empire Records
Empire Records : Official Movie Poster

Dalam hidup kita, pasti ada beberapa buah filem yang kita tonton semasa kita remaja yang masih kita ingat dan melekat ke dalam kepala hotak kita. Bagi budak era 90'an macam aku ni, zaman tuh Hollywood tengah panas mengeluarkan macam2 Teen Movie seperti American Pie, She's All That, 10 Thing I Hate About You, Can't Hardly Wait, Screams, I Know What You Did Last Summer (yang dua ni bergenre seram tapi masih consider sebagai teen movie jugak la) dan bermacam2 lagi. Bagi aku antara movie yang memberi kesan di hati dan sering buat aku KLMJ ialah movie ini: Empire Records!

Filem yang mula ditayangkan pada 1995 ini sebenarnya merupakan antara filem terawal yang dibintangi 2 movie star Hollywood sekarang iaitu Renee Zellweger dan Liv Tyler. Dalam filem ni diorang masih muda remaja lagi dan masih bergetah hehe. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut pasal movie (sinopsis dan plot) hanya perlu klik di sini. Antara watak yang tak dapat dilupakan ialah Lucas (lakonan Rory Cochrane yang pernah berlakon dalam drama bersiri CSI : Miami sebelum ini), assistant manager kedai muzik berkenaan yang pada asalnya ditugaskan menjaga duit petty cash kedai tersebut, yang akhirnya terjebak ke lembah perjudian di Atlantic City! Keesokan harinya habis mamat ni kena sepak terajang oleh boss besar kedai berkenaan! It's Hilarious!

OST filem ini juga tidak mengecewakan juga. Kaset OST nya yang masih aku simpan sekarang, adalah sebagai bukti yang aku sememangnya peminat tegar movie ini hehe. Ianya terdiri daripada 16 tracks kesemuanya. Antara artis2 yang menjayakan OST ini ialah The Cranberries, Toad The Wet Sprocket, Better Than Ezra, Evan Dando (pengasas kepada sebuah band alternative lagenda iaitu The Lemonheads) dan semestinya Gin Blossoms (my all time favourite post-grunge/alternative/country rock band). Antara lagu yang menjadi highlight dalam OST ini ialah "Till I Hear It From You", dendangan Gin Blossoms. Wow man! Lagu ni merupakan anthem masa aku muda remaja dulu (selepas "Smells Like Teen Spirit" Nirvana kot haha), well itu pandangan peribadi aku la. Apa2pun movie ini sememangnya menceritakan tentang budaya golongan Generation X secara yang lebih bersahaja dan komedi sedikit disamping ianya boleh dikatakan hampir2 jadi trademark (dari segi pengaruh muzik dan fesyen) kepada remaja dari era 90an.

Empire Records Official Trailer

Dari OST Empire Record. The Innocence Mission - Bright as Yellow

Dari OST Empire Record. The Martinis - Free
Dari OST Empire Record. Gin Blossoms - Till I Hear It From You



Monday, July 2, 2012

Sepetang bersama Meor Yusuf Aziddin di KL Sentral

Artis dari golongan Marhaen yang sebenar...

Meor Yusuf Aziddin di KL Sentral
Pada minggu lepas, aku dan family ku menjalani aktiviti vacation bersama2 ke wilayah pantai timur (Kelantan & Terengganu) dan Utara (Kedah, Perlis). Selesai sahaja tour kami ke wilayah2 tersebut selama lebih kurang 5 hari, bermula pada 23hb Jun 2012, kami pun tiba di KL untuk berehat selama 2 hari sebelum pulang ke Bintulu, Sarawak. While my wife serta mak aku sibuk shopping sakan beli kain untuk hari raya di Jalan TAR dan Masjid India, aku pula mengambil kesempatan yang ada (sementara aku masih berada di KL) untuk bertemu bro Meor Yusuf Aziddin, seorang busker sepenuh masa yang kini aktif menyampaikan hasil seni nya di KL Sentral, pusat penghubung segala macam transportasi awam di KL sana.

Dalam entri yang lepas, aku ada menceritakan serba sedikit tentang beliau. Tentang CD album "Dari Rakyat Untuk Rakyat" dan buku "Sembang Tepi Jalan" hasil karya abang Meor (aku lebih selesa membahasakan diri beliau begitu). Pada petang 29hb Jun (hari jumaat) itu, aku pun bergegas ke KL Sentral semata2 nak tengok abang Meor ni busking di hadapan pelbagai ragam manusia di sana. Beliau sering dilihat busking di pintu keluar penumpang Komuter milik KTM. Dari jauh sudah aku melihat kelibat beliau bermain gitar akustik buatan Sejong (handmade Korean guitar) serta portable amplifier yang aku tak ingat jenamanya. Sebelum itu aku memang dah siap buat appointment nak jumpa dengan abang Meor ni melalui SMS.

Beberapa CD dan buku yang dijual serta gitar akustik berjenama Sejong milik Abang Meor
Setelah beliau selesai menghabiskan setlist lagu2 untuk busking petang itu, kami berdua lepak sekejap, lebih kurang 45 minit di Foodcourt KL Sentral, terletak di tingkat paling atas kompleks tersebut. Sebelum itu aku sempat membeli 2 cd beliau iaitu Meor : Yang Terlintas Di Fikiran dan Society : Jalan (Sebuah band projek beliau bersama penyanyi comel dan berbakat Daiyan Trisha) serta buku beliau bertajuk "Sembang Tepi Jalan : Syurga Yang Hilang". Ternyata bro Meor seorang yang ramah dan mudah untuk dibawa bicara tentang pelbagai topik, terutama sekali yang membabitkan dunia muzik serta pengalaman beliau dalam salah satu dunia seni persembahan iaitu busking. Beliau sebenarnya seorang yang merendah diri ketika berbicara, walaupun aku kekadang sering mendesak beliau untuk bercerita tentang banyak benda seperti perihal sosial politik (pada pandangan beliau), industri muzik, sejarah busking di Central Market masa dulu2, perihal mendapatkan permit secara sah untuk busking di kaunter komuter KTM @ KL Sentral, hal2 yang berkaitan dengan peribadinya dan macam2 lagi la. Seriously, 45 minit memang tak cukup untuk berborak dengan beliau. 

Selesai sahaja beliau menghabiskan makanan yang dipesannya, kami berdua pun terus ke tempat beliau busking tadi. Aku pula sempat juga request kat Abang Meor untuk mendendangkan lagu "Bapaku Seorang YB" yang diambil dari album "Dari Rakyat Untuk Rakyat", lagu kegemaran aku ni hehe. Permintaan aku tadi beliau sahut juga. Aku pulang dari tempat tersebut dengan perasaan puas. Peluang berjumpa dengan artis dari golongan Marhaen ini sebenarnya banyak mengajar aku tentang seni untuk rakyat, bukan sekadar seni yang intinya kosong dan tiada arah tujuan. Lagu2 beliau merupakan harta intelek yang perlu diamati oleh semua lapisan masyarakat. Itu cuma pendapat aku. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang beliau, sila lawati blog rasmi nya di www.pestajiwa.net

P/S: Lain kali aku akan buat ulasan tentang CD Meor : Yang Terlintas Di Fikiran dan Society : Jalan, sekali dengan buku karangan beliau "Sembang Tepi Jalan : Syurga Yang Hilang".

Meor Yusuf Aziddin mendendangkan lagu "The Way", lagu asal daripada sebuah band alternative rock yang famous pada tahun 90'an iaitu Fastball


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...