Semalam aku baru sahaja membeli ROTTW isu bulan Julai 2012 (Vol. 179) di sebuah pusat membeli belah di tempat aku ni. Apa yang menarik tentang isu kali ini ialah ada review CD Tresno di ruangan DIY pada muka surat 38. Orang yang buat ulasan tentang CD Tresno kali ini ialah tak lain dan tak bukan, Abang ROM sendiri haha. Di bawah merupakan pics serta ulasan yang dibuat.
Majalah ROTTW keluaran bulan Julai 2012 (Vol 179), front cover ada band Arctic Monkeys (one of my favorite British band nowadays) |
Ini pula ulasan CD Tresno yang dibuat oleh Abang ROM, beberapa teguran dan nasihat yang berguna harus diambil. Terima kasih banyak-banyak Abang ROM. |
Walaupun hanya diberi 2 Bintang sahaja untuk keluaran CD Tresno kali ini, tapi apa2 komen membina yang diutarakan oleh Abang ROM memang benar belaka. Banyak yang aku dan rakan2 sekumpulan harus improve di masa akan datang. Lagipun CD ini dirakam dah lama dah, semasa tahun 2005 lagi. Masa tu aku masih mentah dan kurang berpengetahuan dalam bidang recording ni. Alhamdulillah sekarang dah yakin dengan diri sendiri dan berbekalkan ilmu2 yang dikongsi oleh rakan2, aku rasa jika kami buat sekali lagi rakaman EP atau Demo, kali ini pasti yang berkualiti. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang band aku ni, silalah ke website yang seperti tertera di bawah:
http://www.reverbnation.com/tresnoband
ataupun
www.soundcloud.com/tresno
Jika berminat untuk dapatkan CD Tresno ini sila klik link di bawah:
Metuk Ulau Underground Voices (Webzine & Distro)
P/S: CD demo pertama Tresno berjudul "Sonnet 18" pernah direview dahulu pada tahun 2004 di dalam majalah yang sama.
No comments:
Post a Comment
silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad