Blog catatan merapu yang aku buat tentang kehidupan aku sebagai seorang pemuzik amatur (tahap bohemian), seorang ayah and loving husband, seorang penjawat awam, movie addict, pengkritik makanan, seorang muslim dan semestinya sebagai seorang pemerhati kepada sesuatu yg berlaku di persekitaranku.
Monday, December 17, 2012
Documentary Review : Heavy Metal In Baghdad (Rilisan Tahun 2007)
"This is risky. It's dangerous. People would say it's really f*king stupid for us to be doing this (the documentary) but, you know, heavy metal rules!" - Suroosh Alvi
Kalau kita bercerita tentang negara Iraq, selalunya hanya wajah bekas diktator Saddam Hussein sahaja yang mampu terbayang di fikiran kita. Tapi ramai yang tidak tahu bahawa suatu ketika dahulu, banyak band heavy metal yang berpotensi dan berdaya saing muncul semasa era pemerintahan diktator tersebut, cuma banyak yang bermain di venue serta gigs yang tertutup dan dikawal oleh beberapa pegawai kerajaan. Sahabat karib aku bro Korawk pernah berkata suatu ketika dahulu beliau banyak mengenali beberapa band metal dari Iraq melalui zines dari luar negara, cuma aku rasa mungkin banyak yang dah terkorban dalam peperangan di sana. Antara yang masih bertahan dan mampu keluar dari kemelut kehidupan yang merunsingkan di bandar Baghdad ialah band Acrassicauda.
Sejujurnya aku katakan, dokumenari ini hanya fokus terhadap band Acrassicauda sahaja. Banyak pendapat mengatakan bahawa mereka ini ialah "the first heavy metal band to emerge from Iraq". Mungkin ianya adalah kenyataan yang tidak sepatutnya disangkal lagi, lagipun mereka mampu membawa muzik mereka keluar dari Iraq dan kini menjadi salah sebuah band thrash metal yang disegani dalam scene metal di USA. Pada 9hb Mac 2010, mereka telah melancarkan EP pertama mereka yang berjudul Only The Dead See The End Of The War dan di dalam rilisan tersebut terdapat sebuah lagu yang selalu dimainkan dalam playlist PC di pejabat aku iaitu Garden Of Stones. Oh, jangan risau, tiada unsur penghinaan agama dalam mana2 rilisan mereka. Ianya banyak tertumpu tentang perihal perang saudara serta kematian.
Line-up asal band Accrassicauda (2003)
Tapi sebelum itu, banyak pengorbanan yang harus mereka tempuhi dalam menggapai impian mereka untuk menjadi rockstars. Mereka terpaksa menjadi pelarian dan kemudiannya berhijrah ke Syria. Di sana mereka terpaksa menjadi buruh kasar demi menampung kehidupan masing2 walaupun sudah bebas dari belenggu peperangan di Iraq (bahagian ini banyak diceritakan dalam bahagian kedua dokumentari ini yang berjudul Heavy Metal In Istanbul)
Accrassicauda yang terkini
Dalam dokumentari ini ada juga dinyatakan bagaimana mereka berhubung buat pertama kali dengan majalah VICE (sebuah majalah yang berpengkalan di New York dan memberi penekanan tentang kebudayaan dunia serta lifestyle) dan bagaimana mereka berjaya memberitahu dunia tentang kewujudan scene metal mereka pada tahun 2003. Suroosh Alvi yang juga merupakan co-founder majalah VICE ini bertindak sebagai narrator, pengarah serta penerbit filem dokumentari ini. Beliaulah di antara orang yang bertanggungjawab membawa Acrassicauda keluar dari Iraq dan memulakan hidup baru di negara lain.
Bagi aku filem ini tidak semestinya sesuai untuk ditonton oleh peminat muzik heavy metal sahaja. Ianya berbentuk universal dan banyak bersangkut paut tentang perihal kemanusiaan dan perjalanan hidup sebagai seorang pelarian perang. Certainly a must-watch documentary to all! Last but not least, saja nak taip quote yang ada disebut oleh Firas Al Lateef (bassist Acrassicauda) mengenai show mereka semasa era Saddam Hussein dalam dokumentari ini:
Like an Arabic saying: "To stay away from the devil, sing for him"
Director filem dokumentari ini ialah Suroosh Alvi, orang canada tapi rupa dia mcm orang pakistan. Kalau dapat u guys carilah filem ni, layan wooo....diorang ni memang struggle la dalam memperjuangkan muzik mereka.
Best woo masa diorang dapat gitar yg ada signature james hetfield tu...vokalis band ni siap nangis tu sebab seolah2 mcm x percaya dpt jumpa James depan mata dia...manly tears bro hehe...
dokumentari jenis bawak video hulu hilir ker. pening kalau macam too tgk. tapi band ni mcm cool jer. ada financial freedom leh beli gitar n equipment len walaupon tengah membangun
Oh tidak,dokumentari ini nampak tersusun dari segi kronologi mahupun teknik videografi walaupun ada jugak beberapa scene yg bawak kamera ke hulu hilir,dah nama nya dokumentari kan haha...band Acrassicauda ni pernah menghadapai masalah kewangan yg merunsingkan semasa mereka jadi pelarian di Syria dulu,byk equipment diorang dah dijual demi membeli keperluan hidup yg lain.sengkek jugak diorang dulu,cuma mampu tinggal dlm basement dan byk berhadapan diskriminasi oleh org Syria sendiri...sedih wooo...
masa Maiden main first time kat Dubai 2006? or 2007 dah lupa. Bendera2 dari macam2 negara arab semua fans kibar kat show. Ada la ntah mana artikel aku simpan pasal dorang travel2 ratus ribu KM dari all over Iran, Iraq etc..
Aku rasa yang tu Festival Desert Rock, setiap tahun ada...mcm Ozzfest dgn Wacken pun ada, cuma berskala sederhana....ada direview dlm dokumentari Global Metal...
menarik ni?? siapa bikin filem ni? sam dunn?
ReplyDeleteshamsul yusof
DeleteDirector filem dokumentari ini ialah Suroosh Alvi, orang canada tapi rupa dia mcm orang pakistan. Kalau dapat u guys carilah filem ni, layan wooo....diorang ni memang struggle la dalam memperjuangkan muzik mereka.
Deletememang best dokumentari ni..dalam youtube,james hetfield siap kasi gitar kat diorang ni
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=9pFTnNAiBJ4
Best woo masa diorang dapat gitar yg ada signature james hetfield tu...vokalis band ni siap nangis tu sebab seolah2 mcm x percaya dpt jumpa James depan mata dia...manly tears bro hehe...
Deletefilem mcm tok baruk rindok nak nengok, sikla filem2 layan2 perasaan jak.. hehe!
ReplyDeleteBased on true story dan penuh emosi kemanusiaan...x semestinya kitak minat lagu metal pun utk menyukai filem tok...strictly recommended! Hehe...
Deletelama dah sedut...tapi tak juga tengok2...
ReplyDeletenampaknya kena tengok jugak la lepas ni...
Seriously must-see documentary bro haha...nampaknya byk yg teruja nak tgk filem dokumentari ni...haha...sedut jgn tak sedut...
Deletedokumentari jenis bawak video hulu hilir ker. pening kalau macam too tgk. tapi band ni mcm cool jer. ada financial freedom leh beli gitar n equipment len walaupon tengah membangun
ReplyDeleteOh tidak,dokumentari ini nampak tersusun dari segi kronologi mahupun teknik videografi walaupun ada jugak beberapa scene yg bawak kamera ke hulu hilir,dah nama nya dokumentari kan haha...band Acrassicauda ni pernah menghadapai masalah kewangan yg merunsingkan semasa mereka jadi pelarian di Syria dulu,byk equipment diorang dah dijual demi membeli keperluan hidup yg lain.sengkek jugak diorang dulu,cuma mampu tinggal dlm basement dan byk berhadapan diskriminasi oleh org Syria sendiri...sedih wooo...
Deletemasa Maiden main first time kat Dubai 2006? or 2007 dah lupa.
ReplyDeleteBendera2 dari macam2 negara arab semua fans kibar kat show.
Ada la ntah mana artikel aku simpan pasal dorang travel2 ratus ribu KM dari all over Iran, Iraq etc..
menarik tu
DeleteAku rasa yang tu Festival Desert Rock, setiap tahun ada...mcm Ozzfest dgn Wacken pun ada, cuma berskala sederhana....ada direview dlm dokumentari Global Metal...
Delete