Tuesday, June 19, 2012

Beberapa fakta menarik tentang Radiohead!

Radiohead. From Left: Phil Selway, Thom Yorke, Ed O'Brien, Jonny Greenwood, Colin Greenwood
Radiohead. Ianya bukanlah nama yang agak asing dalam persada muzik rock antarabangsa. Band alternative rock yang mula diasaskan di Oxfordshire, England ini merupakan hasil ciptaan 5 anak muda (originally formed in 1985 - sekarang diorang ni dah hampir senja) iaitu Thome Yorke (vokalis/guitar/keyboards/drums/etc), Jonny Greenwood (guitars/keyboards/synth/xylophone/drums/etc), Colin Greenwood (Bass/double bass/synth/keyboards/etc), Ed O'Brien (Guitars/backing vocals/sampler/bass/etc) dan Phil Selway (Drums/backing vocals/drum machine/guitars/etc). Bagi aku, Radiohead merupakan my childhood heroes, mana tidaknya, aku dah mula dengar muzik diorang semenjak dari darjah 6 lagi pada tahun 1993, bermula dengan single pertama dari album Pablo Honey mereka iaitu "Creep". Aku juga membesar bersama muzik mereka, sejak dari zaman pure alternative/ala2 grunge iaitu album Pablo Honey sehinggalah pada zaman elektronik/modern jazz mereka yang terkini iaitu album seperti "In Rainbows" dan "The King Of Limbs". Mungkin agak keterlaluan jika aku katakan di sini, akan tetapi Radiohead merupakan The new and improved version of Pink Floyd pada zaman sekarang, walaupun hakikatnya mereka (iaitu Thome Yorke and the gang) lebih selesa jika muzik mereka disama-tarafkan bersama sebuah lagi band eksperimental rock dari USA iaitu Talking Heads. Radiohead ditempatkan pada tangga ke 73 di majalah Rolling Stone dalam senarai "The Greatest Artist Of All Time". Berikut merupakan beberapa fakta menarik tentang band ini:

  1. Lagu "Planet Telex" (dari album OK Computer ops salah, sebenarnya ialah "The Bends") dirakam di studio di mana Thom Yorke menyanyikan lagu tersebut sambil baring dalam keadaan mabuk.
  2. Lagu "Pop Is Dead" merupakan response terhadap single yang membuatkan mereka famous internationally iaitu "Creep". Band ini sebenarnya agak bosan dan fed-up terhadap populariti lagu tersebut (Creep) sehinggalah pada 1998 semasa menjalani sesi tour untuk album OK Computer, mereka sepakat tidak akan membawakan itu lagi pada setiap show mereka.
  3. Jonny Greenwood merupakan ahli terakhir yang masuk ke dalam band ini sebenarnya beliau hanyalah berada di posisi pemain kibod. Jonny Greenwood merupakan adik kepada pemain bass Radiohead iaitu Colin Greenwood.
  4. Sebelum menukar nama kepada Radiohead, band ini pada asalnya menggunakan nama "On a Friday"
  5. Lagu "Idioteque" dari album Kid A, pada asalnya ialah sound sampling yang dibuat oleh seorang professor yang mengajar Sound Art di Princeton University.
  6. Antara beberapa artis ternama yang pernah membawa lagu "Creep" sebagai cover ialah Korn, Prince, Sodagreen (band indie dari Taiwan), Mutya Buena (ex Sugarbabes) , Macy Gray, Kelly Clarkson dan sebuah kumpulan koir dari Belgium iaitu Scala & Kolacny Brothers.
  7. Thom Yorke merupakan ketua kepada kumpulan ini. Disamping itu juga beliau pernah menghadapi (dan masih) masalah drooping eyelid (Ptosis) di mana mata kirinya tidak dapat terbuka secara normal (cuma dapat bukak sikit2 ajer) akibat otot mata yang rosak.
  8. Lagu "Creep" pada mulanya famous dan mendapat perhatian di Israel (rilisan single antarabangsa) ,setelah meriliskan lagu tersebut di UK pada tahun 1992.
  9. Nama band Radiohead diambil daripada salah sebuah lagu daripada band Talking Heads, bukan daripada lagu dari band Pixies yang juga mempunyai judul yang sama.
  10. Radiohead bijak menyembunyikan konflik dalaman yang berlaku dalam band tersebut daripada didengari oleh pihak wartawan hiburan. Pada satu sesi temuramah untuk Channel V, sebuah channel bercorak hiburan equivalent to MTV, tahun 2000 semasa proses pembikinan album Kid A, Thom Yorke memberi keterangan sekeras-kerasanya bahawa apa sahaja pertelingkahan yang berlaku di dalam band mereka, is not anybody business, otherwise he'll just leave the interview session.
  11. Terkini, dunia digemparkan dengan berita mengenai kematian seorang drumtech/road crew (Scott Johnson) Radiohead akibat kecelakaan yang menimpa beliau dan beberapa crew lain (yang cuma mengalami cedera ringan) apabila stage untuk konsert mereka di Toronto, Canada tiba-tiba roboh pada sabtu lepas. Pada website rasmi mereka, Radiohead mengumumkan sebarang tour di Canada dibatalkan serta merta bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap insiden yang berlaku, mereka juga memohon maaf dan takziah kepada keluarga Scott Johnson.
Fakta diambil dari http://www.funtrivia.com/ dan google.com

Radiohead - Live at Glastonbury 2003 (semasa era album "Hail To The Thief"), ini merupakan antara show Radiohead yang paling aku suka, my all time favorite!

10 comments:

  1. "The new and improved version of Pink Floyd"

    aku setuju...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha thanks bro, we're at the same page! sesungguhnya muzik Radiohead kadang2 sukar dihadam oleh minda pendengar especially music critics, contohnya semasa peralihan arah muzik mereka pada album Kid A, banyak peminat beranggapan bahawa Radiohead sudah ketandusan idea dan beralih angin membuat album yg 60% elektronik, akan tetapi apabila kita dengar balik, that is the sound of future!

      Delete
  2. Replies
    1. haha pengganti Radiohead ka? nanti lah aku buat band baru, namanya AMPHEAD, konsep cross-over, dari metal ke dangdut eksperimental.

      Delete
  3. tapi amp head xmemberi apa2 makna klu xda cabinet, dah alang2 ada cabinet terus pasang 2x12 atau 4x10

    ReplyDelete
  4. adus... "Lagu "Planet Telex" (dari album OK Computer)" bukan ok computer bro the bends da... btw radiohead memang fav aku. "The new and improved version of Pink Floyd" ya memang benar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak! sorry typo bro...haha terlebih excited buat entri ni, abis tunggang langgang fakta n trivia pasal Radiohead nih hehehe...ok bro nanti aku buat manedment pasal lagu Planet Telex tuh

      Delete
    2. aduh typo lagi: amendment pasal lagu Planet Telex tuh...

      Delete
  5. teruk jugak kes stage runtuh tu, nasib baik belum ada penonton, kalau tidak lagi teruk..

    apa pun, Radiohead rules! antara band yang berpengaruh abad ini.. check jugak Radiodread (Radiohead versi reggae)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow aku baru jer lepas layan Radiodread : Tribute to OK Computer...seriously memang awesome bro hahaha

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...