Pakej Album Terbaru Carburetor Dung : CD Album, Sticker, Patches dan A3 Size Poster |
Pada bulan April yang lepas, aku telah membuat beberapa pembelian material yang berkaitan Punk Rock/Grindcore dari kenalan yang berasal dari Sabah, yang juga merupakan salah seorang organizer gig punk di Ranau. Nama beliau ialah RAY dari Shutdown Zine. Antara barangan yang aku teruja ingin memiliki ialah CD album terbaru Carburetor Dung yang berjudul Inginku Rejam Raksasa Kejam. Ini merupakan rilisan ke-3 yang secara rasminya, tanpa mengambil kira beberapa rilisan kompilasi dan Original Sountrack dari filem (Dari Jemapoh ke Manchestee). Antara album terdahulu mereka ialah Songs For Friends (album pertama, rilis pada tahun 1993 edaran VSP) dan Allure of Manure (album kedua, rilis pada tahun 1999 edaran AGE records).
Apa yang menariknya tentang album ini ialah, ianya dijual dalam bentuk pakej yang amat menarik dan sesuai dijadikan koleksi kepada peminat muzik genre sebegini mahupun UG music scene fans secara amnya. Antara yang disertakan dalam pakej ini ialah CD Album "Inginku Rejam Raksasa Kejam" (nice title!), Sticker glossy warna merah, patches kain Carburetor Dung warna hitam bertemakan Punk Rawk! serta poster saiz A3 yang tunjuk muka kerbau! Besar wooo! haha
Album ini merangkumi 9 buah lagu semuanya, bertemakan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan, berbaur isu politik dan sosial dan semestinya punk rock gaya old school yang sudah lama aku lost touch! Maafkan hamba, sudah agak lama hamba menyepi dari mendengar mana2 rilisan Punk Rock tempatan. Tapi apa2pun album Carburetor Dung ini menjanjikan kepuasan dari segi sound nya yang agak RAW akan tetapi ianya juga fully organized dalam diam, dengan bait2 liriknya yang straight forward dan IN YOUR FACE, album ini amatlah kurang sesuai jika anda berhaluan kanan (penyokong BN khususnya), jika anda dengar jugak, alamatnya habis hancur berkecai CD ini menjadi butir2 pasir akibat rasa amarah tuan setelah ianya dipijak dan dipatah2 oleh anda, iaitu penyokong BN. Aku pulak? well, i'm just here for the music! Punk Rock memang bukan rebel sebarangan, ianya bermotif dan spesifik dalam menyampaikan maklumat.
Ada satu lagu cover yang menarik perhatian aku iaitu "Aku Mahu Jadi Anjing Mu" yang asalnya bertajuk "I Wanna Be Your Dog" dendangan Iggy And The Stooges. Layan jugak lagu ni dalam versi melayu, lirik oleh bro Joe Kidd. Antara lagu2 lain yang best dalam album ini juga seperti "Potong Nama, Tutup Buku", "Semua Sama Semua Bosan", "Aku, Buku dan AUKU" dan my favorite "Hanturaya Putrajaya" wow! mesej yang cukup pedas dalam lagu ni. Aku tak berani nak ulas panjang2. Tetapi ianya tetap PUNK ROCK!
Aku respect bro Joe Kidd dan rakan2 yang sudah lama bertahan dalam scene ini lebih dari 20 tahun! These guys pernah menempuh pelbagai rintangan dan halangan sepanjang karier mereka sebagai pemuzik punk rock. Masa aku kat KL dulu pun selalu jugak la aku lepak kat kedai bro Joe Ricecooker Shop ni Annexe Central Market (aku rasa sekarang dah berpindah kot). Oh ya, lupa nak bagitau, anda juga boleh dapatkan CD ini di laman web The Ricecooker Shop juga, sambil2 tu boleh berkenalan dengan brader2 dari band Carburetor Dung ni sekali haha...
Suatu masa dahulu, di kedai Ricecooker: aku lepak bersama Joe Kidd (kanan) |
Carburetor Dung - Hanturaya Putrajaya. Live at Dung & Dead Gig, Annex KL
wow... how do u find all these albums? punk rock not really my thing, but it's cool virtually knowing someone who is into it. :p
ReplyDeletehaha i'm not an avid fan either but i do have a huge respect for this particular band! I grew up listening to their songs and indeed, it does brings back the memories. In music, there should be no restriction or boundaries.My perspective toward music is trying to be as Universal as i can. Try to except peoples ideas and various genre in music. In that way you could progress to become a very good musician.
DeleteEh wait... how did u do this 'reply' comment setting direct to the comment itself? i tried a few times, tak menjadi. :-( is it the new blogspot interface?
ReplyDeletei think it's because of the new interface, i might say. it's very confusing at first, but after that, after a week or so, you'll get used to it, and i believe it pretty much practical and user friendly
Delete