Saturday, June 23, 2012

Meor Yusof Aziddin : Review Ringkas CD Album "Dari Rakyat Untuk Rakyat" dan Buku Beliau "Sembang Tepi Jalan"

Dari Kiri: CD album "Dari Rakyat Untuk Rakyat", buku "Sembang Tepi Jalan"

Aku mula mengenali muzik dan penulisan saudara Meor ini melalui rakan2 buskers di dalam komuniti Bintulu Buskers serta seorang rakan blogger iaitu Kaboi Tanduk. Meor sebenarnya bukan nama asing dengan penulisan berbentuk sastera moden serta penyampaian lagu rakyat (folk) di negara kita. Beliau banyak menulis catatan serta nukilan hatinya melalui blog Pesta Jiwa. Blog beliau ini juga agak interaktif, siap ada ditunjukkan diskografi album2 yang dirilis oleh beliau secara DIY dan beberapa buku karangannya. Dari blog beliau ini jugalah aku membeli CD album "Dari Rakyat Untuk Rakyat" dan buku "Sembang Tepi Jalan" secara langsung dari saudara Meor.

CD album "Dari Rakyat Untuk Rakyat" lebih berbentuk folk muzik dalam pengertian serta olahan beliau. Terdapat juga beberapa lagu yang ada mengandungi elemen reggae dan blues contohnya seperti lagu "I.S.A (Ikut Suka Aku" dan "Sampai Bila". Kebanyakan muzik dicompose oleh beliau sendiri manakala lirik pula diambil dari puisi2 dari penyair/sasterawan/artis tersohor seperti Pyan Habib, Hishamudin Rais (pengarah filem "Dari Jemapoh ke Menchestee") dan Abdullah Jones. Antara lagu2 yang memberi kesan di hati aku ialah Bapakku Seorang YB, Rakyat Bersatu, Membenarkan Kebodohan dan my favorite, Awasi Api Perempuan Ini (nyanyian oleh Mei Chern, kalau nak tau siapa Mei Chern ni, sila klik di sini). Jika anda seorang pejuang politik yang berhaluan kanan, anda dinasihatkan jangan mendengar lagu2 ini kerana ianya akan membuat anda naik darah! hehe.

Pasal buku beliau yang bertajuk "Sembang Tepi Jalan" pula lebih berbentuk memoir dan beberapa nukilan yang lebih kepada luahan hati beliau tentang beberapa topik seperti ketuhanan, kisah kehidupannya, hidup berkeluarga, pengaruh muzik, politik dan sosial. Seronok membaca buku ini. Two Thumbs Up for brader Meor!

Meor performing "Bapaku Seorang YB"

 Meor performing "Hari Hari Autistik"

2 comments:

  1. nak tambah sikit, sebenarnya busker NAN BLUES pun ada main dalam album DRUR, dia main harp & dorbo untuk lagu "Bapakku Seorang YB" dengan "Raungan Anak Belantara".. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow thanks for the info bro...bro nan blues pun best jugak cuma jarang dapat bersua muka dengan beliau sbb dia ni bukan full time mcm bro Meor...

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...