Artis dari golongan Marhaen yang sebenar...
Meor Yusuf Aziddin di KL Sentral |
Pada minggu lepas, aku dan family ku menjalani aktiviti vacation bersama2 ke wilayah pantai timur (Kelantan & Terengganu) dan Utara (Kedah, Perlis). Selesai sahaja tour kami ke wilayah2 tersebut selama lebih kurang 5 hari, bermula pada 23hb Jun 2012, kami pun tiba di KL untuk berehat selama 2 hari sebelum pulang ke Bintulu, Sarawak. While my wife serta mak aku sibuk shopping sakan beli kain untuk hari raya di Jalan TAR dan Masjid India, aku pula mengambil kesempatan yang ada (sementara aku masih berada di KL) untuk bertemu bro Meor Yusuf Aziddin, seorang busker sepenuh masa yang kini aktif menyampaikan hasil seni nya di KL Sentral, pusat penghubung segala macam transportasi awam di KL sana.
Dalam entri yang lepas, aku ada menceritakan serba sedikit tentang beliau. Tentang CD album "Dari Rakyat Untuk Rakyat" dan buku "Sembang Tepi Jalan" hasil karya abang Meor (aku lebih selesa membahasakan diri beliau begitu). Pada petang 29hb Jun (hari jumaat) itu, aku pun bergegas ke KL Sentral semata2 nak tengok abang Meor ni busking di hadapan pelbagai ragam manusia di sana. Beliau sering dilihat busking di pintu keluar penumpang Komuter milik KTM. Dari jauh sudah aku melihat kelibat beliau bermain gitar akustik buatan Sejong (handmade Korean guitar) serta portable amplifier yang aku tak ingat jenamanya. Sebelum itu aku memang dah siap buat appointment nak jumpa dengan abang Meor ni melalui SMS.
Beberapa CD dan buku yang dijual serta gitar akustik berjenama Sejong milik Abang Meor |
Setelah beliau selesai menghabiskan setlist lagu2 untuk busking petang itu, kami berdua lepak sekejap, lebih kurang 45 minit di Foodcourt KL Sentral, terletak di tingkat paling atas kompleks tersebut. Sebelum itu aku sempat membeli 2 cd beliau iaitu Meor : Yang Terlintas Di Fikiran dan Society : Jalan (Sebuah band projek beliau bersama penyanyi comel dan berbakat Daiyan Trisha) serta buku beliau bertajuk "Sembang Tepi Jalan : Syurga Yang Hilang". Ternyata bro Meor seorang yang ramah dan mudah untuk dibawa bicara tentang pelbagai topik, terutama sekali yang membabitkan dunia muzik serta pengalaman beliau dalam salah satu dunia seni persembahan iaitu busking. Beliau sebenarnya seorang yang merendah diri ketika berbicara, walaupun aku kekadang sering mendesak beliau untuk bercerita tentang banyak benda seperti perihal sosial politik (pada pandangan beliau), industri muzik, sejarah busking di Central Market masa dulu2, perihal mendapatkan permit secara sah untuk busking di kaunter komuter KTM @ KL Sentral, hal2 yang berkaitan dengan peribadinya dan macam2 lagi la. Seriously, 45 minit memang tak cukup untuk berborak dengan beliau.
Selesai sahaja beliau menghabiskan makanan yang dipesannya, kami berdua pun terus ke tempat beliau busking tadi. Aku pula sempat juga request kat Abang Meor untuk mendendangkan lagu "Bapaku Seorang YB" yang diambil dari album "Dari Rakyat Untuk Rakyat", lagu kegemaran aku ni hehe. Permintaan aku tadi beliau sahut juga. Aku pulang dari tempat tersebut dengan perasaan puas. Peluang berjumpa dengan artis dari golongan Marhaen ini sebenarnya banyak mengajar aku tentang seni untuk rakyat, bukan sekadar seni yang intinya kosong dan tiada arah tujuan. Lagu2 beliau merupakan harta intelek yang perlu diamati oleh semua lapisan masyarakat. Itu cuma pendapat aku. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang beliau, sila lawati blog rasmi nya di www.pestajiwa.net
P/S: Lain kali aku akan buat ulasan tentang CD Meor : Yang Terlintas Di Fikiran dan Society : Jalan, sekali dengan buku karangan beliau "Sembang Tepi Jalan : Syurga Yang Hilang".
bro, nanti review album Society dulu..
ReplyDeleteInsyAllah nanti aku akan buat review cd album Society title Jalan tu...nice,ada commercial value
Delete