Wednesday, July 4, 2012

Review VCD dan Kaset OST Filem EMPIRE RECORDS!



Dari Kiri: VCD (versi CR - sorry guys!), Kaset filem Empire Records
Empire Records : Official Movie Poster

Dalam hidup kita, pasti ada beberapa buah filem yang kita tonton semasa kita remaja yang masih kita ingat dan melekat ke dalam kepala hotak kita. Bagi budak era 90'an macam aku ni, zaman tuh Hollywood tengah panas mengeluarkan macam2 Teen Movie seperti American Pie, She's All That, 10 Thing I Hate About You, Can't Hardly Wait, Screams, I Know What You Did Last Summer (yang dua ni bergenre seram tapi masih consider sebagai teen movie jugak la) dan bermacam2 lagi. Bagi aku antara movie yang memberi kesan di hati dan sering buat aku KLMJ ialah movie ini: Empire Records!

Filem yang mula ditayangkan pada 1995 ini sebenarnya merupakan antara filem terawal yang dibintangi 2 movie star Hollywood sekarang iaitu Renee Zellweger dan Liv Tyler. Dalam filem ni diorang masih muda remaja lagi dan masih bergetah hehe. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut pasal movie (sinopsis dan plot) hanya perlu klik di sini. Antara watak yang tak dapat dilupakan ialah Lucas (lakonan Rory Cochrane yang pernah berlakon dalam drama bersiri CSI : Miami sebelum ini), assistant manager kedai muzik berkenaan yang pada asalnya ditugaskan menjaga duit petty cash kedai tersebut, yang akhirnya terjebak ke lembah perjudian di Atlantic City! Keesokan harinya habis mamat ni kena sepak terajang oleh boss besar kedai berkenaan! It's Hilarious!

OST filem ini juga tidak mengecewakan juga. Kaset OST nya yang masih aku simpan sekarang, adalah sebagai bukti yang aku sememangnya peminat tegar movie ini hehe. Ianya terdiri daripada 16 tracks kesemuanya. Antara artis2 yang menjayakan OST ini ialah The Cranberries, Toad The Wet Sprocket, Better Than Ezra, Evan Dando (pengasas kepada sebuah band alternative lagenda iaitu The Lemonheads) dan semestinya Gin Blossoms (my all time favourite post-grunge/alternative/country rock band). Antara lagu yang menjadi highlight dalam OST ini ialah "Till I Hear It From You", dendangan Gin Blossoms. Wow man! Lagu ni merupakan anthem masa aku muda remaja dulu (selepas "Smells Like Teen Spirit" Nirvana kot haha), well itu pandangan peribadi aku la. Apa2pun movie ini sememangnya menceritakan tentang budaya golongan Generation X secara yang lebih bersahaja dan komedi sedikit disamping ianya boleh dikatakan hampir2 jadi trademark (dari segi pengaruh muzik dan fesyen) kepada remaja dari era 90an.

Empire Records Official Trailer

Dari OST Empire Record. The Innocence Mission - Bright as Yellow

Dari OST Empire Record. The Martinis - Free
Dari OST Empire Record. Gin Blossoms - Till I Hear It From You



3 comments:

  1. "Till I Hear It From You" menjadi penyebab untuk aku beli kaset ni dulu...rasanya masih ada lagi kot dlm simpanan aku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow bro, kalau dapat buatlah review dalam version u pulak kaset/cd OST movie ni hehehe can't wait to read it hehe

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...