Pakej CD/DVD Very Best Of Morrissey |
We're after the same rainbows end, it's just around the bend...
CD Very Best Of Morrissey ini aku dapat melalui kawan aku yang asal dari KL tapi dah lama kerja di Bintulu Sarawak ni. Semasa dia balik kampung bulan lepas (kampung dia kat Gombak, Selangor), aku pesan kat dia suruh dia belikan aku CD ni, siap bagi duit pendahuluan pulak tu haha. Apa yang menarik pasal CD ini ialah ianya disertakan sekali dengan DVD yang dilengkapi dengan 12 buah music video Morrissey yang ada sesetengahnya aku belum pernah tengok lagi sebelum ni. Maaf, ini bukan Malaysian Edition punya CD ok, this one is imported (ada label kat cover depan) and made in E.U. (European Union). Sebab tu harganya mencecah RM50 lebih. Ini kira masih murah, disebabkan imported edition ni CD inlay nya agak simple (Digipak) dan bukan cover keras.
Untuk CD Very Best Of ini pula merangkumi 18 buah lagu beliau dari era album pertama iaitu "Viva Hate" rilisan tahun 1988 sehinggalah pada keluaran single "Sunny" tahun 1995.Tak banyak yang menarik pasal CD ini, banyak lagu yang dikitarsemula untuk dijadikan koleksi Best Of seperti lagu "The Last Of The Famous International Playboys", "The More You Ignore Me, The Closer I Get", "Glamorous Glue", "Suedehead" dan "Everyday Is Like Sunday" manakala ada juga lagu2 Moz yang jarang aku dengar tetapi masih mampu menarik minat aku seperti "Ouija Board, Ouija Board", "I've Changed My Plea To Guilty" dan "Break Up The Family". Akan tetapi antara lagu2 Moz yang layak dijadikan anthem dalam CD kompilasi ialah "Boxers" dan "Moonriver" (lagu ni aku 1st dengar masa zaman 90'an dulu, melalui kaset kompilasi Pop Is Dead Vol. 2 edaran EMI, sememangnya Kenangan-Lalu-Mengusik-Jiwa). Lagu asal "Moonriver" sebenarnya nyanyian asal Andy Williams, seorang penyanyi standard jazz era 60'an, akan tetapi Moz telah melakukan sedikit perubahan pada lirik mengikut citarasa beliau (with permission from the original composer).
Secara keseluruhan, pakej CD/DVD Very Best Of Morrissey ini tidaklah terlalu mengecewakan walaupun banyak pilihan lagu agak sama dengan satu lagi kompilasi Moz iaitu Suedehead : The Best Of Morrissey. Tapi yang pastinya, muzik Moz tetap unik dan satu2nya surviving artist yang masih mengekal konsep yang sama (with a little bit of improvement) walaupun telah lama keluar dari band asalnya iaitu The Smiths. Long live the king of indie!
Morrissey : Boxers (Official Music Video)
Morrisey performing "Moonriver"
Morrissey performing "Sunny" : Live on Jools Holland in 1995
Ok i got distracted by those naked feet peeking out from the bathtub... is that a bathtub? looks like a car too. arghh!
ReplyDeleteyes, it's a naked man in a bathtub and no,it's not a car hahaha no matter how weird and creepy this image is...Morrissey will always be the living legend in alternative rock/indie world hehe
Delete