Monday, March 11, 2013

Pics Hancur Semasa Event "BINTULU MUSIC FEST 2013" (Day 2 @ Ahad 3 Mac 2013) Serta Kesimpulan

Day 2 (Ahad 3/3/2013)

Event bermula agak lewat disebabkan penonton masih ramai yang belum datang untuk memenuhi ruang stadium serta beberapa band datang lewat. Sepatutnya event bermula pada pukul 10 pagi akan tetapi ianya dianjakkan ke 11:30 pagi akibat masalah tersebut. Event BMF pada hari ahad dimulakan dengan persembahan oleh band otai XYZ yang mendendangkan lagu2 rock old school, diiringi dengan bunyian kibod sungguh merdu. 

Walaupun penonton masih belum ramai tapi mereka tetap enjoy membuat persembahan. Sayangnya aku tak sempat ambil gambar mereka pada ketika itu. Di bawah merupakan beberapa pics yang sempat aku ambil pada hari kedua tersebut:

AJK Bintulu Music Fest bergambar sakan bersama beberapa ahli band United Kids Of Oi! 

Sebahagian krew untuk event Bintulu Music Fest 2013 

Band Swan Angel dari Sibu membuat persembahan yang sungguh menarik 

Vokalis band Rock School dari Sibu, band ini ada bawak lagu cover Don't Speak dari No Doubt, best! 

My fellow mates, Metuk Ulau Project sedang mengganas di pentas BMF 2013  

Band Cerobong Hitam yang membawa irama indie di pentas BMF 2013 

Dari kiri: Band Swan Angel bergambar kenang-kenangan bersama Yong Joe Black (Presiden Guitarist Nusantara), Bujang Kesindap (Guitarist serta frontman band Majestica serta MC event tersebut, saudara Barangkali Marus Kamaruddin

Kesimpulan serta beberapa pengajaran yang aku serta rakan organizer perolehi sepanjang event 2 hari ini berlangsung:
  1. Kena perlebihkan pengambilan krew jika membuat event berskala besar sebegini, bayar upah lebih pun tak apa.
  2. Sound system sudah kira dalam peringkat yang memuaskan cuma harus diperbaiki pada beberapa tempat.
  3. Pemilihan venue kena lebih efficient pada masa akan datang, Stadium Muhibbah sebenarnya agak kurang sesuai dijadikan venue untuk aktiviti muzik disebabkan pantulan bunyi (echo) yang agak teruk.
  4. Jika dilantik menjadi organizer pada masa akan datang, aku serta rakan2 yang lain kena tegas dan disiplin dalam mengatur jadual persembahan band2. Tiada kompromi, memandangkan ada beberapa band yang bersikap "Rockstar" dan mengalami "Celebrity Diseases" seperti datang lewat, ahli band tidak komited dalam menghadirkan diri di venue, berlagak sombong dan sebagainya. Ini cuma sebilangan sahaja, tidak semua band bersikap sebegini. Cuma kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Yang paling pening kepala ialah pihak organizer.
  5. Ada banyak lagi benda2 post-mortem ni, cuma aku dah lupa hahaha...
  6. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada band2 jemputan dari luar Bintulu yang sudi datang ke event kami ini iaitu Eda Brig (Brunei), Foxhole (Kuching), Larrong (Sibu/Mukah), Green Love (Johor Bharu), Huha (Kuching) dan Sir Attext (Kuching). Tidak lupa juga band2 luar lain yang membuat persembahan, kedatangan anda amat kami hargai!
  7. Pada band2 tempatan sekitar Bintulu juga (you know who you are!) jasa baik anda juga tidak kami lupakan. You guys are the best!
Dari salah seorang geng organizer Bintulu Music Fest 2013 anjuran Bintulu Independent Music Movement


20 comments:

  1. Tahniah bro.. Biasalah..ragam macam2 haha.. Pengalaman biasa mana2 event pon.. Dulu pengalaman jd organizer klu x sabar mau bertumbuk ngan "rockstar2" tu hahaha.. Congrats again mate!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hampir2 bertumbuk hari tu bro (bukan aku la, member aku) tapi sempat tenangkan keadaan.haha memang susah deal dgn rockstars ni...

      Delete
    2. "ahli band tidak komited dalam menghadirkan diri di venue" - yang ni perangai paling teruk, kesian pada bandmates lain... org dari sibu, mukah, kuching, johor, brunei jauh2 pun sanggup datang

      Delete
    3. Ada sesetengah band luar memang komited nak buat show contohnya Eda Brig dari Brunei, pkl 9:30 pagi dah sedia di hadapan stadium, foxhole (thrash metal band dari Kuching) pula sanggup tunggu giliran nak buat soundcheck malam Jumaat sampai pkl 3 pagi..tapi xpa, band Bintulu pun ada gak yg ok, mcm band MUP memang komited! Haha...

      Delete
  2. nice pics and a post-mortem brief that I can learn and apply in life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman mengajar kita bro...that's for sure!

      Delete
  3. tahniah...semoga tahun2 mendatang akan lebih sukses lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq bro, tapi rasanya untuk tahun hadapan, aku dah x larat nak join buat event sebegini...faktor usia serta kesihatan jugak yg jadi batasan bro haha...

      Delete
    2. next year kembali kepada format OSG berskala kecil/sederhana

      Delete
  4. Replies
    1. Ada lagi komen lu bro...x pergi mana pun haha...betul la, rasanya lebih seronok kalo buat gig berskala kecil, senang nak handle dan x byk songeh dari band2 yg ikut serta (sbb dah ditapis dari peringkat awal lagi).

      Delete
    2. komen aku pasal drummer swan angel hilang...

      Delete
  5. tahniah geng... lepas ni boleh buat lagi....thumbup!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak larat lagi la bro, kudrat dah x mcm dulu...biarlah geng2 organizer lain yg teruskan legacy ini lagi...

      Delete
  6. Sindrom Axl Rose pun dah berjangkit jugak ke?heheh..apa pun tahniah bro.lu bertanggungjawab dalam event ni walau crowd tak brapa nak ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sindrom Axl Rose ada di mana2 bro, x kira generasi mahupun usia...psl crowd tu x dpt tlg la haha hak masing2 nak support mana2 band kesukaan mereka

      Delete
  7. kmk kenal gn dak Swan Angel ya..dak bibi ya heheh...sama diam dgn kmk ctok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yah duhal kwn kitak rupanya...nice! Those girls memang talented n boleh pergi jauh, teringat dgn band CANDY dari kuching dolok, also an all-girl band, im sure u know of them...haha

      Delete
  8. Replies
    1. Ya semestinya, tapi ianya juga amat memenatkan bro haha...

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...