Official Movie Poster for Once
Ada sesetengah filem yang kita pernah tonton sepanjang hidup kita yang memberi impak terlalu mendalam dalam diri sehingga kita teringin untuk menontonnya berpuluh2 kali. Bagi aku filem ONCE ini merupakan salah satu filem yang aku maksudkan dengan definasi yang aku nyatakan tadi. Filem ini ternyata memberi satu perspektif baru dalam hidup aku terutama sekali melalui pandangan terhadap appreciation untuk genre folk, country dan indie. Malahan bagi filem ini jugalah yang bertanggungjawab membawa aku terjerumus ke dunia busking bersama rakan2 di komuniti Bintulu Buskers.
Tiada apa yang extravaganza tentang filem ini, malahan semasa pre-production untuk pembikinannya, pihak studio iaitu Irish Film Board hanya memberi budget yang tidak seberapa (iaitu sejumlah 130,000 Euro) kepada team produksi serta pengarahnya iaitu John Carney. Apa yang menjadi tarikan utama serta pendorong untuk anda menonton filem ini sehingga tamat ialah komposisi lagu yang dibuat oleh pelakon serta pemuzik dalam filem ini iaitu Glen Hansard dan Marketa Irglova.
Hampir semua lagu2 dalam runut bunyi filem Once ini diolah oleh kedua2 pelakon berkenaan. In fact, dalam kehidupan sebenar, Glen Hansard dan Marketa Irglova merupakan ahli dalam sebuah kumpulan alternative rock di Ireland iaitu The Frames (frontman nya ialah Glen sendiri) dan telah membuat band duo bersama iaitu The Swell Season. Malahan pengarah filem ini iaitu John Carney pernah menjadi pemain bass untuk kumpulan The Frames suatu ketika dahulu. Filem ini pernah memenangi anugerah Academy Award for Best Original Song pada tahun 2007 untuk lagu "Falling Slowly". Selepas kemenangan tersebut, nama Glen serta Marketa meniti di bibir media massa di Amerika pada ketika itu.
Marketa dan Glen semasa menerima anugerah Academy Award tersebut
Jalan cerita untuk filem ini pun tidak susah untuk dihadam. Plotnya mudah, seorang busker menyanyikan lagu gubahan di tepi jalan, seorang perempuan imigran dari Czech Republic tertawan dengan lagu2 nyanyian busker tersebut, perempuan itu tolong busker tersebut buat demo tape untuk nya, busker tersebut buat keputusan untuk berhijrah ke London bagi mengejar cita2nya menjadi penyanyi dan perempuan Czech tersebut kembali kepada kehidupan normalnya. Tapi apa yang menarik tentang jalan cerita yang disampaikan sepanjang filem ini ialah, tidak ada satu babak pun dalam filem ini yang ada menyebut nama watak lelaki busker tersebut serta perempuan Czech itu. Dalam review serta sinopsis yang aku baca di mana2 pun hanya meletakkan nama watak tersebut "Guy" dan "Girl" sahaja. Epic!
Setelah melihat filem Once ini, aku tergerak untuk membeli gitar akustik berjenama Takamine, setelah melihat Glen Hansard menggunakan gitar Takamine model NP15 nya itu (gitar beliau memang hampir "koyak rabak" dan diberi gelaran "The Horse" olehnya). Hasilnya aku sekarang mempunyai Takamine D Series ED20C, well walaupun ianya jenis yang mampu-milik (tak terlalu mahal, tak terlalu murah, dalam range RM1000 sahaja) tapi sekurang2nya ianya mempunyai sound acoustic yang mengasyikkan walaupun gitar aku ni pernah bermasalah sekejap (sound pada pick-up ada hilang kejap pastu timbul lagi) tapi ianya telah dibaiki oleh Ijau D Koceng, thanks bro Ijau.
Glen Hansard dengan gitar akustik Takamine NP15 yang diberi gelaran "The Horse"
Official Movie Trailer for Once
Falling Slowly - Glen Hansard & Marketa Irglova (Live at David Letterman Late Show)
Menarik.! Nak cari la movie ni,kalo takda versi sedut la jwb nya.nice review bro
ReplyDeleteWajib tonton jika anda seorang peminat muzik yg bersifat universal bro!
Deletemacam dah tengok...ingat2 lupa la..
ReplyDeleteBoleh sedut lagi bro kalo nak hehe...
Deleteaku belum gik nangga cerita tok pok
ReplyDeleteKlak ku merik dgn kau pok haha...no prob!
DeleteYes citernye biasa je tp best gler.. Haha aku pon terpengaruh ngan citer ni.. Antara babak paling best masa girl main piano n guy try lagu dia kat kedai muzik tu..dan babak masa dorang start rekod lagu hinggalah ke mixing..naik keta sumbat ramai2.. Byk membuka mata aku la dari segi penciptaan lagu melodi lirik dan rekoding hihi..best!
ReplyDeleteHaha part tu memang terbaik bro...kdg2 adegan yg simple begini boleh membuatkan kita mendapat inspirasi untuk jadi lebih kreatif...songwriting dari Glen serta Marketa memang penuh artistic serta berbentuk personal...melekat ke dalam hati & susah utk dilupakan (bagi aku la) haha
Deletemati mati kalau baca tajuk tanpa tengok gambar aku ingat Once penyanyi indon tu.... kena sedut jugak cerita ni....macam best!
ReplyDeleteOnce (bekas vokalis Dewa) yg tu ker? Yg bawak lagu Dealova tu?haha...takder kena mengena terus haha...tapi movie ni harus tgk bro
Deleteyup....kena sedut nanti
DeleteSteady bro! Kalo dah tgk kang, buat review ok hehe...
Deletede on che...
ReplyDeleteMatilah kau...di dalam hati ku hahaha....lagu yg sungguh direct to the point
DeleteWatak hero heroin takde nama?
ReplyDeleteKreatif giler
memang kreatif bro...a must see to all movie goers!
Delete