Ini satu lagi entri blog yang aku terlepas pandang dan sudah berada agak lama dalam draft. Haiya! memang sibuk la jadi blogger ni (alasan tak masuk akal!). Aku serta keluarga pergi ke Muzium Petroleum Miri ini kira2 dalam pertengahan bulan Mac tahun lepas, hari yang sama kami pergi ke Taman Buaya Miri (sila rujuk entri yang sebelumnya).
Muzium Petroleum Miri dan The Grand Old Lady ini terletak di atas Bukit Kanada ianya berada di tengah bandaraya Miri. Suatu ketika dahulu, terutama sekali pada dekad 70'an dan 80'an, kawasan ini merupakan kawasan setinggan yang rata2nya didiami oleh golongan pendatang dan penduduk tempatan. Kini ianya telah berubah wajah. Tempat ini telah dinaiktaraf sebagai satu tinggalan dan warisan berharga untuk negara.
The Grand Old Lady ini boleh dikatakan sebagai telaga minyak yang pertama di Malaysia. Kenapa ianya digelar The Grand Old Lady? Itu aku tak pasti tapi mungkin disebabkan ianya merupakan yang pertama seumpamanya di rantau ini, maka ianya layak digelar "Grand" dan menjadi induk kepada kesemua telaga minyak di Malaysia khususnya. Apa yang ada lihat di gambar ini hanyalah replika sahaja. The Grand Old Lady yang asal telah dibakar oleh orang tempatan pada sekitar dekad 70'an dahulu, dengar cerita dari orang2 tua ianya angker dan banyak perbuatan syirik yang dibuat di sana. Wallhualam. Aku pun tak berapa pasti. Di bawah merupakan keterangan lebih lanjut tentang The Grand Old Lady:
The 'Grand Old Lady' of Miri had had a remarkable record over her 62 years of life. She had operated almost non-stop from that day in December 1910, when she had first brought into production, until she was closed in 1941 due to war action. In that time, she had produced 563,484 barrels and was still producing 10 barrles per day. In three and a half years of occupation, Well No.1 wored for only 12 months during which she produced 4,371 barrels. At close, she was still managing to produce 3 barrels of oil a day and when finally stopped, had produced over 650,000 barrels of oil.
In the last months of operation, one of the wells still creaking slowly up and down was that same well that began the saga of Miri Well Number One. On Monday, October 1st, 1973, in a simple ceremony on top of Canada Hill, Miri, Sarawak Shell Berhad handed Malaysia's first oil well over to the State Government, to be henceforth an official monument. This became the historic Well Number One. It had then been in existence for 63 years.
Beberapa aktiviti menarik di muzium ini. My dear Ainul tengah sibuk bermain dengan permainan bongkah.
Ainul berdiri dan menyandar di tepi lukisan mural/kartun yang menarik
My wife dan Ainul bergambar di hadapan pintu masuk Muzium Petroleum Miri
My wife dan Ainul berada di bawah The Grand Old Lady
The Grand Old Lady : boleh tahan tinggi jugak replika ini ya...
P/S: Pada entri akan datang, aku akan cerita pasal pameran Petrosains Dinotrek 2 di Muzium Petroleum ini nanti, insyaAllah.
pernah pegi miri tapi...........tak penah gi sana....kenapa...kenapa....kenapa *bergema dlm fikiran =_=
ReplyDeleteRugi aih mun belum pergi sitok...time tok ada pameran Petrosains Dinotrek 2,didatangkan khas dari KLCC mun x silap kamek la...
Deletebangga menjadi anak Sarawak selama-lamanya. kamek ke miri lalu sik terabas Grand Old Lady tok. :)
ReplyDeleteYup, The Grand Old Lady is and always be Sarawak's Pride and Joy...it's our nation first oil well!
Deletekena bakar sebab perbuatan syirik? menurun no ekor ke?
ReplyDeleteKira mcm tu la bro haha lagipun Oil Well ni terletak sebelah kpg org Melayu/Kedayan,mgkn org kpg x suka kot,kata org dulu2 minyak mentah dari tanah (belum tukar jadi petrol atau diesel ni) boleh dibuat ubat (penyembuh penyakit mistik,mcm tu la,aku dgr ajer)tapi ada sesetengah org salahguna minyak ni buat perkara2 syirik. Wallahualam bro...dah lama dah diorang bakor tempat tu,aku kecik lagi masa tu. Bak kata Usop Wilcha "Kito Bakor!"
DeleteTahun 1910 eh.berkurun siot..
ReplyDeleteYup, kalau dah masuk tahun 2013 ni dah hampir 103 tahun wujud di Miri bro...historical punya tempat ni.
Deletenice info...tak tau pun keujudan tempat cengini.
ReplyDeleteHaha at least aku dah tunaikan tggjwb aku sbg malaysian utk kongsi info pasal tempat ni kpd kengkawan di Peninsular Malaysia khususnya...unik!
Deleteboleh jadi duta MIRI nih
Deleteduta steady.heheh
DeleteFaizal Skudal = Duta Steady
DeleteFaizal: ada2 saja la lu bro haha boleh x jadi masalah punya,jadi tourist guide pun boleh....insyaAllah
ReplyDeletehahahah...ok
DeleteSedia untuk berkhidmat!
Deleteboleh jadi tempat tarikan tourist dari semenanjung x bila ke serawak
ReplyDeleteOf course bro, sudah semestinya...view bandar Miri juga nampak cantik dari atas bukit Kanada ni. Tapi sayang tempat seperti ni (especially muzium dan Grand Old Lady) kurang dipromosikan dlm media massa.
DeleteBelum sampai Sarawak, tapi right now, I am wearing a SARAWAK tshirt haha. Souvenir. Aku kat KL, kat JB, kat Singapore selalu aku pakai tshirt ni, tribal design gitu.
ReplyDeleteApa aku nak cakap - Sarawak ni kaya..natural resources, tourism opportunities, hardworking people.. tapi aku tak tahu la korang rasa hasil nye ke tak.
pasal persoalan merasa hasil tu, agak sensitif bro tapi ada relevan pada soalan itu. ya, memang betul ada beberapa perancangan pembangunan yang masih ditahap merunsingkan especially when it comes to making some highways or roads at rural area to be in good conditions due to financial difficulties, tapi perlaksanaan secara berperingkat masih lagi dijalankan. aku bukan tau sangat pasal politik tapi aku still have faith with the government, even though sometimes there are a few errors here and there...they are also human after all.
DeleteCute Ainul! yg kat header punnya nak? :p Ive been to Miri many times but never had the chance to visit the Museum or the Grand Old Lady. I shd, shdnt I? sigh...
ReplyDeleteYoh, nang busy blogger tok eh
Yup,kat header pun nya juak,my dearest daughter Ainul. Next time mun pergi Miri you should come and pay a visit tu this historical museum. It's Sarawak pride and joy too.
DeleteBlogging is some kinda therapy for me lately...writing is really a very good and productive way to express feelings and also to share some knowledge some people dont take notice elsewhere.
Grand Old Lady adalah momument yg memalukan rakyat Miri, sarawak dan malaysia. Selepas 100 tahun shell menyedut minyak dimiri, tiada apa yg diberikan balik selain dari bukit yg sudah kosong dari minyak. Skrg petronas pula yg menyedut hasil bumi miri dan dikembalikan kepada Miri 1 muzium yg serupa sampah. ( itu pun Syarikat Nippon yg sponsor). Sepatutnya Miri sudah maju dan cantik seperti Putra Jaya.....tapi apa yg ada hanyalah sebuah muzium , satu memory yg memalukan.
ReplyDelete