Sunday, January 6, 2013

Taman Buaya Miri : Jom Jalan-Jalan Ke Sanctuary Kerabat Bujang Senang!

Satu lagi entri yang dah berkurun lama dalam simpanan (draft) dan baru nak keluar tahun ni. Aku serta keluarga pergi ke Taman Buaya Miri ni kalau tak silap aku pada bulan Mac tahun lepas. Taman Buaya Miri ini terletak di Jalan Baram lama (menuju ke Feri Kuala Baram lama yang sudah menjadi kawasan terpinggir serta kurang daya tarikan). 

 Buaya-buaya sedang rehat tepi kolam 

 Kucing hutan yang sedang tidur

 Aku Lapar, Ya Allah!

 Sedang menunggu giliran untuk diberi makan

 Ular yang sedang menukar kulit...cool!

 Tiket yang berbentuk gelang kertas

 Winnie The Pooh?

Steve Irwin pakai cermin mata?

Me and my dearest Ainul Maisarah (sebelah aku tu tengkorak buaya)

Taman Buaya Miri ini mengambil masa 20 minit perjalanan dari bandar Miri. Ianya sememangnya menjadi tumpuan pelancong pada hujung minggu serta pada musim perayaan dan ianya mempunyai keunikannya yang tersendiri. Selain menjadi taman buaya pertama dan terbesar di wilayah utara sarawak, ianya juga menempatkan pelbagai jenis spesis haiwan yang terlindung seperti ular sawa, pelbagai spesis burung, kuda dan sebagainya

Taman Buaya Miri ini mula beroperasi pada pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini ialah mereka yang datang dari sekitar Sarawak, Sabah, Peninsular Malaysia dan tidak ketinggalan Brunei Darussalam. Yang menariknya di sini, ianya juga menyediakan makanan yang berasaskan daging buaya (mungkin ada lesen kot). Siap ada sup Bak Kut Teh Buaya tu.

Seperti yang ada di Aquaria KLCC, di sini juga anda boleh menyaksikan bagaimana pekerja2 di Taman Buaya Ini memberi makanan (berupa ayam togel) kepada para2 buaya yang lapar ke dalam kolam mereka. Ha...aksi ini adalah tarikan sebenar jika anda berada di sini. Well, bagi orang dewasa tak la best sangat kot, budak2 lah yang terlebih excited.

Alamat penuh untuk Taman Buaya Ini ialah:
Lot 164, 24km Miri-Kuala Baram Road, 98000 Miri, Sarawak, Malaysia
Telefon: 085-650588 (Untuk Sebarang Pertanyaan, Boleh Hubungi Talian Ini)

Peta ke Taman Buaya Miri (dari bandar Miri)

Crocodile Feeding Session @ Taman Buaya Miri, Sarawak


26 comments:

  1. kena naik jambatan asean (tol RM10) kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu...lagipun kita tak akan lalu kawasan Sg. Tujuh pun, cuma guna jalan lama Kuala Baram saja.

      Delete
  2. Nice place n nice shot bro.ular sawa kuning tu buat aku teruja..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tengok ular sawa kuning tu, teringat pulak persembahan Britney Spears suatu ketika dahulu MTV Music Awards yang dia bawak ular jenis tu ke hulu ke hilir sambil dancing hahaha...

      Delete
  3. gambar crocodile hunter tu epik... steve erwin versi melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. steve erwin yang geli2 nak pegang buaya haha...bro mana review gig Athotorg King From Hell tu? haha x sabar nak baca...

      Delete
    2. Ok bro gua tunggu....steady haha!

      Delete
  4. Kebetulan last year aku pun ada pegi taman buaya...tapi di teluk sengat johor la..terlupa pulak nak buat entrinya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih tak terlambat nak buat entri pasal tu bro...kami rakan2 blogger sedia menanti entri tersebut hehe...

      Delete
  5. Replies
    1. Me too...haha kamek pun geli juak dgn benda alah ya haha...aiya where's my manhood? Susah la mok masuk Fear Factor Malaysia tok haha....

      Delete
  6. buaya ni kira fosil hidup la kan, dari zaman dinasor lagi tapi tak pupus2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dikatakan mcm tu jugak la, tapi ada para saintis berpendapat yang ayam berevolusi asalnya daripada Dinosaur...dengar mcm kelakar kan? Tapi itulah hakikatnya.

      Delete
  7. Aku suka baca dan tengok foto2 post haiwan2 gini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita bro...Animal Planet punya fans haha...

      Delete
  8. ..aku teringin sgt nk pegi ke sini...tp msh blum ksampaian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa bro, kalau ada rezeki dan kelapangan, boleh bawak satu family pergi sini...lepas tu boleh la pergi melancong ke Brunei sekali. tak jauh perjalanan, hanya 2 jam sahaja untuk sampai ke Bandar Seri Begawan.

      Delete
  9. gua sangat suka dan mengagumi natang buaya ni. ia menyerang hendap mangsa sepantas kilat, melemaskan dan membaham sambil tersenyum. hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro gayour, marilah ke sarawak...kita mancing buaya haha (ada berani? Aku pun tak berani haha)

      Delete
  10. Masa bulan puasa tuari sempat singgah sini..lpk miri dalam seminggu gitu.. Buaya dia mmg besor2..ade 1 buaya putih..best la aktiviti di bulan pose haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sedar pulak saya bro ada buaya warna putih...yg tu org cakap usia dah tua, mgkn dekat 100 tahun kot....org ckp la,aku angguk ajer haha

      Delete
  11. Sebelum memberikan puji pujian kepada Taman Buaya ni...adalah baik jika pengunjung pergi dulu ke Zoo Lok Kawi di Sabah atau Singapore zoo utk org semenanjung. Selepas pergi ke kedua dua zoo itu....korang akan kata...Taman Buaya di Miri adalah pusat penderaan binatang binatang. Kesenua makhluk allah ini dikurung oleh pengusahanya yg tamakkan duit. Kalau lok kawi zoo boleh membina satu tempat tanpa mendera haiwan tersebut....kenapa taman buaya tak boleh..tak de duit ke. Memalukan saja promoo tempat itu. Buata nya sgt ganas kerana ditempatkan pada ruangan yg sgt kecil. Haiwan seperti beruang dan monyet semuanya gila sbb ditempatkatkan disangkar yg keccil dan panas.
    Pelancung luar memberi gambaran bahawa berlaku penderaan haiwan yg sgt teruk to Taman Buaya Miri....yg sgt kejam dari pandangan seorg manusia. Taman Buaya itu patut ditutup dan semua haiwan patut diserahkan ke zoo zoo yg lebih baik atau dilepaskan saja ke habitat asal............

    ReplyDelete
  12. Saya sangat berterimah kasih banyak kepada MBAH RIJI atas bantuannya saya bisa menang togel,saya benar2 tidak percaya dan hampir pinsang karna anka yang di berikan MBAH 4695 ternyata tembus..!!! awalnya saya cuma coba2 menelpon,saya bilang saya terlantar di propensi sumatra dan tidak ada onkos pulang,mulanya saya ragu tapi dengan penuh pengharapan saya pasangin kali 100 lembar dan ALHAMDULILLAH berhasil,sekali lagi makasih banyak yaa MBAH dan saya tidak akan lupa bantuan dan budi baik MBAH RIJI ,bagi anda yang ingin seperti saya silahkan HBG 082 388 362 128 MBAH RIJI Demikian kisah nyata dari saya tanpa rekayasa.INGAT…kesempatan tidak akan datang untuk ke 2 kaliny

    ReplyDelete
  13. Cool and that i have a neat proposal: Where To Remodel House prefab home addition

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...