Thursday, January 3, 2013

UK Fun Fair In Bintulu (October 2012 Punya Cerita)

Entri Pertama Untuk Tahun 2013!

Ok, I admit it, ianya agak lewat untuk buat entri pasal event yang dah berlaku berbulan2 lepas, terutama sekali yang melibatkan tahun 2012 (oh that is SO last year!). Tapi bak kata Butterfingers (?), Better Late Than Never kan hehe. Berbalik kepada topik utama tadi, kalau tak silap aku UK Fun Fair ni kalau tak silap mula beroperasi di Bintulu pada sekitar pertengahan bulan Oktober dan berakhir pada 2hb Disember 2012 yang lalu.

Kaunter Pembayaran Untuk Masuk Ke UK Fun Fair

Tak ada yang istimewa sangat pasal fun fair ini, Sebelum ini pun UK Fun Fair pun pernah datang ke Bintulu, kalau tak silap aku kira-kira 3 tahun lepas rasanya (2010), macam tulah. Game yang ada pada kali ini pun lebih kurang sama sahaja. Ada Ferris WheelMerry Go Round (Carousel)Octopus dan bermacam2 lagi lah. Tapi kali ini aku ada kelainan sedikit, sebelum ini my dear daughter Ainul Maisarah masih baby lagi masa pergi ke UK Fun Fair ni, sekarang dah besar dan boleh sertai apa2 game yang ada di sini.




Kelihatan orang awam berpusu2 masuk ke fun fair tersebut

Yang ni memang speeding habis! AES boleh detect ker? haha...


Octopus - Antara Tarikan Yang Ada Di Sini


Dalam Pusingan, Ada Lagi Pusingan Kecil! Memang Memeningkan...


Ainul Yang Gementar Naik Merry-Go-Round

Masih Steady Lagi Ni!


Masa Ni Dah Start Menjerit Minta Tolong. Sedih...


Token Yang Digunakan Sebagai Cara Pembayaran Di Fun Fair Ini

Ronald McDonalds Pun Ada Dalam Fun Fair Ni?

Seriously, banyak yang kurang pada fun fair ini. Dari segi keselamatan memang agak kuranglah. Aku tengok bahagian playground kanak2 pun ada yang tidak ada landing mattres yang selamat jika ada budak2 nak main slide yang berupa belon tu (tiada gambar, sorry). Tapi cakap pun tak guna kan, aku komen banyak pun, tak ada orang nak dengar jugak haha.

Kesian pulak aku tengok anak aku si Ainul Maisarah ni, anak perempuan, mungkin dia ni jenis yang tak tahan lasak. Kena game yang banyak pergerakan berpusing2 macam Carousel ni, dah rasa nak muntah angin dan menangis teresak-esak. Takpalah mungkin dah besar nanti dia boleh mengikuti Fun Fair sebegini lagi.

19 comments:

  1. nampak macam besar funfair nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa....yang ni berskala besar bro...x mcm fun fair yg common di Malaysia ni

      Delete
  2. teringat zaman sekolah dulu (80an)...kalau fun fair mesti ada konsert rock...sekarang nak jumpa fun fair pun dah susah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat aku dulu pun mcm tu gak bro...kalo ada fun fair confirm ada konsert rock atau BOTB,skrg ni byk konsert lagu Iban ajer...sedih

      Delete
    2. BOIS(Battle Of Iban Songs)...hehehe

      Delete
  3. Kalau tempat aku dulu ada dua nama gelaran,satu fun fair cina.kalo funfair cina ni banyak main "tikam2" mcm gambling la..tapi best mesti ada konsert rok.(panggilan dulu2)heheh..kalau funfair omputih ni mcm yg uk funfair ni lah..banyak permainan yg pelik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa hampir semua geng blogger kita ni pernah mengharungi zaman konsert rock di funfair cina especially zaman awal 90'an dulu hehe....kenangan lama mengusik jiwa bro!

      Delete
  4. kmk pun ada gi sia juak. 2 kali mun x silap. masa ya mok shouting magik kat sia =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha mun embiak bujang dgn dara nang syok la main nok kedak tok,mek nangga pun dah mengarei jak sidak tok jelajah fun fair sidak keliling borneo. Mun mcm kamek yg dah tua bangka tok, kompem kenak high blood especially mun main nok roller coaster nok laju2 ya...hehe

      Delete
  5. Hahaha penah pergi waktu d luching.... Hahaha mmg ciri keselamatan kurang.. Fall at your own risk kali cdak tok.... Huhu

    BOTB... Pernah ngajak member dr KL join... Hahaha waktu fun fair kat mbks...

    Tq!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mun sidak NIOSH nangga kompem kenak kompaun haha...pasal BOTB ya...those were the days sis, mek pun pernah nangga juak event mcm ya dipolah di fun fair...nang happening la haha...

      Delete
  6. hahaha..alu teringat cerita senario lamak marik..yang azlee sewel dlam cita ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha mek pun ingat juak, yg saiful apek jadi taukeh fun fair juak ya kan...nang best la movie ya dolok

      Delete
  7. i was about 13 i guess, cant even recall. kmk lok marek diam lam kem. so sik jaoh dari luar kem, ada sarkas yang dianjurkan oleh Australian. so... it was big. and kmk ngga cdak feed gajah. heard the sounds of lion you know... amazing gilak time ya! tapi nak, kmk sik pnh masok & ngga hahaha.. it was a big sarkas event la... rugi sik masok time ya. maybe fees mahal kot time ya..Yala.. dari Australia mpun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamek dolok sempat diembak my dad ke Royal London Circus, masa ya agik muda remaja (sekolah menengah time ya haha), ada la juak nangga dak Flying Trapiz (betol ka ejaan ya?) dgn adegan singa melompat gelang besar berapi haha...best juak la

      Delete
  8. WOHOOOOOO! gua suka fun fair! banyak kenangan terutama tengok konset rock dan masuk panjat pagar/dinding zink.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha nakal jugak bro Gayour zaman muda2 dulu yer...

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...