Sebelum aku teruskan dengan review
untuk konsert Carcass ini, terlebih dahulu biar aku ceritakan apa yang
aku tahu mengenai halangan2 yang dihadapi oleh pihak organizer pada ketika itu.
Aku tahu ada di antara kalian (terutama yang tidak menghadiri event tersebut) yang
mendengar desas-desus serta perkhabaran yang tidak enak didengar mengenai konsert
Carcass ini. Biarlah aku sebagai salah seorang yang menyaksikan event
tersebut menyampaikan cerita yang sebenar berdasarkan apa yang aku tahu dan sumber2
yang boleh dipercayai. Jika ada info yang salah,
maafkan aku dan bolehlah bertanya secara langsung dengan pihak organizer sendiri.
Berikut merupakan kronologi mengikut aturan tentang apa yang
berlaku sebelum, semasa danselepas event tersebut:
1 Beberapa hari sebelum event, pihak organizer
telah diberitahu oleh pihak pengurusan Stadium Perpaduan bahawa akan ada satu lagi event
yang akan berlangsung pada 12 haribulan (ahad) sehari sebelum konsert Carcass
tersebut. Pihak organizer semestinya bengang dengan situasi begini.
Tapi apakan daya event tersebut atas arahan pihak atasan (jabatankerajaan)
dan ianya melibatkan TYT Taib Mahmud. Event yang membantutkan segala perancangan
organizer tersebut ialah Pertandingan Lagu2 P Ramlee (pfft…).
2. Jika mengikut rancangan, setting untuk stage
dan segala persiapan konsert seharusnya dibuat pada malam 12haribulan tersebut,
tapi oleh kerana halangan yang aku baru bagitau tadi, maknanya pihak organizer
terpaksa tunggu settle event tersebut baru dapat masuk stadium
tersebut untuk memulakan persiapan. Dengar cerita venue dah
tak dapat nak ditukar ke tempat lain oleh kerana last minute dan pihak organizer pun
telah membayar deposit yang agak besar kepada pihak pengurusan stadium.
3 Keesokan harinya iaitu 13haribulan, segala props
dan perkakasan semasa event lagu P Ramlee pada malam sebelumnya mula diangkut keluar
stadium kalau tak silap dalam pukul 2 petang tersebut. Seriously organizer memang
dah bengang giler masa tu. Mana tidaknya, kalau diikutkan opening bands seharusnya membuat persembahan pada pukul
2 petang itu juga. Kalau tidak silap, kerja2 persiapan pentas untuk konsert Carcass
bermula pada kira2 pukul 4 petang begitu. Itu pun ada juga halangan lain yang
dihadapi oleh organizer. Botingkek-tingkek. Sedih. Disebabkan masalah ini jugalah pihak
organizer membuat keputusan untuk membatalkan show untuk opening bands
pada petang tersebut atas alasan masa yang agak terhad dan terpaksa menumpukan seluruh tenaga untuk membuat
stage baru.
4. Diceritakan oleh salah seorang krew kepada aku, pihak
management Carcass tidak mahu menggunakan pentas yang digunakan oleh event lagu2 P
Ramlee ebelum itu atas sebab ianya serupa macam pentas anugerah Grammy atau Academy
Award gitu, yang ada tangga keliling tu. Jadi pihak organizer terpaksa memikirkan alternatif lain iaitu membuat
stage baru di dalam stadium tersebut. Posisi stage baru untuk Carcass
itu terletak bertentangan dengan stage event lagu P Ramlee.
5. Soundcheck pula kalau tidak silap bermula dalam pukul
6 @ 7 petang begitu (maaf kalau salah tolong betulkan aku). Kami yang
sebagai penonton ni mula gelisah menunggu di luar stadium. Macam2 khabar angin yang
aku dengar pada masa tu. Ada yang cakap event ni kena cancel sebab tak ada permit
(walhal benda ni dah settle lama dah), ada yang cakap sesi Meet & Greet
akan dibatalkan disebabkan manager Carcass tengah bengang gila masa tu, dia bengang
pun sebab setting stage dibuat secara last minute dan ada jugak insiden yang
tidak diingini berlaku di mana ada beberapa individu yang terjerit2 kat luar stadium mengatakan
yang event ni cancel dan semua penonton dah kena tipu oleh organizer (inilah
assholes yang aku ceritakan pada review part 1 tu). Yang tak best nya,
aku melihat gelagat assholes ini depan mata aku bersama Duktur Bentara semasa kami on
the way nak beratur tunggu turn nak masuk stadium. Ini meninggalkan bad impression
terhadap scene metal Sarawak. Setelah diselidiki, individu2 ini sebenar di
bawah pengaruh alcohol. Pffftt. Tak lama lepas tu, Doc Ben pun cakap “Biasalah tu,
assholes ada di mana-mana…” nasib beliau jenis yang memahami.
6.
Kami mula beratur di luar pintu masuk untuk memasuki
stadium kira2 dalam pukul 8:30 malam itu, nasib baik la event ni tak di cancel
seperti khabar angin yang bergerak berlegar2 di telinga2 metalheads masa itu.
Sekitar pukul 9 malam, kami pun mula memasuki stadium. Setting stage agak simple.
Tapi review keseluruhan persembahan Carcass aku akan ceritakan pada part yang lain.
Kesimpulannya di sini, aku sebenarnya kesian jugak tengok band2 yang
seharusnya menjadi opening acts pada konsert Carcass itu. Band2 seperti Perpetual
(grindcore dari Sabah), Kolbenfaust (grindcore KL/Kuching based), Devourmy
(Death Metal dari Pontianak), Dire Crown dan Nerais sebenarnya sudah teruja dan
well-prepared pada masa itu. Akan tetapi, setiap apa yang dirancang hanya Allah
yang tentukan. Benda yang dirancang dengan teliti sekalipun jika Tuhan berhendak yang
sebaliknya, kita tak dapat nak cakap apa dah.
Yang paling aku rasa kesian sangat ialah band Devourmy dari Pontianak
yang terpaksa mengharungi perjalanan selama 12 jam menggunakan jalan darat hanya untuk ke Kuching membuat persembahan tersebut.
Tapi mereka bersikap professional, tak dapat perform pun tak apa, janji dapat tengok
Carcass perform live depan mata pun dah kira ok. Lagipun diorang masuk free, aku dan
penonton2 lain pulak kena bayar RM120 untuk tiket. Apatahlagi band Perpetual dari
Sabah, aku dah lama follow band ni. Mereka juga pun bersikap professional
walaupun ada juga tersimpan perasaan sedih sedikit kerana tidak dapat menjadi opening
band untuk Carcass.
Aku harap apa yang aku bagitau ni dapatlah meleraikan kekusutan tentangapa
yang telah terjadi. Aku faham pressure yang dihadapi oleh pihak organizer
pada masa itu, disebabkan aku juga pernah berada di tempat demikian semasa handle event
Bintulu Music Fest suatu ketika dahulu. Diharap pada event yang akan dating, pihak
organizer akan menjadi lebih efisyen dari segi pengurusan serta pilihlah venue yang
lebih sesuai. Seriously cakap, Stadium Perpaduan Kuching memang tak sesuai untuk
event heavy metal sebegini.
Review semasa konsert akan aku publish sedikit masa lagi. Peace!
Songlist semasa malam berkenaan (Gambar ihsan dari rakan)
Untuk membaca review bahagian pertama (part 1) sila klik link INI.
ini betul punya sejarah karkas dtg malaysia haha... tgk song list tu perrggh pun dah best abis ni beb, dorang tak bawak lagu Congealed Clot..ek? haha.. tak sabar next post ni!
ReplyDeleteCongealed clot of blood takdak....Non Compliance pun takdak....dua lagu tu antara favourite aku jugak dalam album Surgical Steel. Tapi diorang ada bawak Unfit for human consumption dgn The granulating dark satanic mill pun dah kira best gak. Masa diorang bawak lagu Cadaver Pouch Conveyer System, kitorang dah mula buat mosh pit kat bawah tu hahah
Deletehmmmm.... menarik! saya akan tunggu entry yang akan datang!! yeah!
ReplyDeleteStay tuned bro!
Deleteterbaik!
ReplyDeleteSehingga berjumpa lagi doc, sayang betul x dpt lepak lama hari tu....haha
DeleteA+
ReplyDeleteYeah! Thanks bro
Deletesiapa asshole tu??? member dalam fb jugak ke??
ReplyDeleteBukan bro, gua pun x kenal. Diorang tu bukan peminat muzik, just dtg nak kasi kecoh ajer.
ReplyDeleteOoo I love the pics and reports...nanti aku return belum sempat baca semua haha
ReplyDeleteNo prob bro, take ur time...hehe
DeleteMasaalah sama pada mana mana gig kat Malaysia...Sedih..
ReplyDeleteBetul tu bro, kat mana2 pun benda mcm ni boleh jadi.
DeleteTu asshole mintak makan kaki tu..
ReplyDeleteTapi sian la organizer,tepaksa mengalah dgn event p.ramlee tu..apa pun aku tunggu review seterus nya..
Yeah! Sabar bro...kejap lagi ada entri seterusnya hehe...
Deletekalau ikut kronologi cerita ni, nampak sangat pengurusan stadium yg tidak prefesional dan tidak efisyen
ReplyDeleteseperti menganaktirikan event #2, walaupun dan bayar deposit, lagipun patutnya paling lambat pun pagi isnin dah kemas2 barang event #1
Sedih. Apa boleh buat. Benda sudah jadi. Sd
DeleteTakkan nak sewa dewan SRJK Cina aje. Saje dengkitu.
ReplyDeletePerasaan hasad dengki ada di mana2 bro...
Deletehmm.. begitu rupanya... kesian ngan band2 opening tu..
ReplyDeleteBetul tu bro...tapi at least byk band2 opening memahami situasi sebenar...
Deletebyk cerita yg xlengkap..artikel ni seolah2 coverline organizer yg rasa diri otai sgt n xde kerjasama dgn crew lain..permit baru dpt pagi tu,BUKAN DAH LAMA..event p.ramlee bukan last minute seperti yang ditulis dlm artikel..sponsor lari ke sponsor guna mulut aku xtau,yg pasti organizer confident ada sponsor dr yb/org besar/politik shit..sape nk bg duit free?? kalau ade pun perlu black n white bai,,pastu nk blame promoter buat ape??? promoter keje promote carcass masuk perform msia ok..organizer yg keje on the day..ape2 pun pgurusan event yg lemah mbuatkan event ni hampir hancus..smoga ego 'otai' ni thapus lepas bnde ni jd..sekian..tpulang kat ko la nk publish x comment aku ni..tepuk dada tnya hati..metal terussss..
ReplyDelete