Wednesday, March 20, 2013

Asal Usul Nama Metuk Ulau : The Untold Story About Bintulu



FROM BINTULU WITH LOVE – The Untold History


Bintulu merupakan bahagian ketiga terbesar di Sarawak. Ianya adalah salah satu bahagian yang menghadap Laut China Selatan di bahagian baratnya. Bintulu terletak 650 km dari Kuching dan kira-kira 215 km dari Sibu atau Miri. Bintulu mempunyai keluasan 7,220.4 km persegi. Bintulu terkenal di mata dunia dengan loji pemprosesan gas asli iaitu Malaysia LNG Sdn Bhd yang juga merupakan pemangkin kepada pembangunan industri-industri yang berkaitan. 

Diceritakan bahawa Bintulu mendapat nama daripada satu sungai yang ada di Bintulu iaitu Sungai Metu Ulau. Sungai Metu Ulau di dalam dialek tempatan Bintulu bermaksud “memungut kepala”. Dikatakan suatu waktu dahulu, Sungai Metu Ulau adalah tempatnya gugurnya kepala orang yang dipenggal ketika di dalam pertempuran. Diceritakan bahawa Sungai Metu Ulau ini adalah juga lokasi bagi dua orang pahlawan tempatan iaitu Bengek dan Jalab serta pengikut mereka untuk menyalai kepala musuh agar ianya tidak menjadi buruk dan berbau busuk. Perkataan metu ulau yang telah digunapakai di kalangan penduduk Bintulu di masa dahulu lama-kelamaan disebut “Mentulau” dan akhirnya menjadi Bintulu sehinggalah sekarang.

Sejarah awal Bintulu dengan Rajah James Brooke bermula apabila Rajah James Brooke membeli Bintulu dengan harga 6,000 Dollar daripada Sultan Brunei. Penjualan Bintulu ini didorong oleh Sultan Brunei sudah berputus asa untuk memerangi ancaman lanun ke atas Bintulu pada masa itu dan melihat kepada keupayaan dan kesungguhan Rajah James Brooke untuk membanteras habis-habisan ke atas ancaman lanun yang menganggugat perniagaan Negara Sarawak dengan saudagar Inggeris di Utara Borneo. Selain itu, penjualan ini akan mencegah perluasan empayar Belanda yang seperti ingin meluaskan empayarnya hingga ke Bintulu pada masa itu. Setelah kata sepakat diambil maka menjadilah Bintulu sebagai salah satu tanah jajahan empayar Rajah James Brooke. 

Sejarah juga membuktikan bahawa di zaman pemerintahan Brooke, rakyat Bintulu telah berjuang sendirian untuk mempertahankan Bintulu daripada diserang oleh lanun Illanun dari Filipina yang sememangnya amat ganas di persisiran pantai di Sarawak pada waktu itu. Setelah berlakunya Perang Mukah yang melibatkan peperangan antara Rajah Muda Charles Brooke dengan segerombolan lanun Illanun di Mukah dan kekalahan berpihak kepada kumpulan lanun ini. Kumpulan lanun Illanun yang berjaya meloloskan diri telah mampu untuk bangkit semula daripada kekalahan mereka malah lebih kuat. Jadi pada tahun 1862, kumpulan lanun Illanun ini telah menyerang Bintulu dan tanpa menunggu bantuan daripada armada perang Rajah Brooke, rakyat tempatan dengan didokongi oleh masyarakat Melanau Bintulu telah bangun mempertahankan Bintulu habis-habisan di Tanjung Kidorung. Dan ternyata keberanian dan kesungguhan rakyat Bintulu pada masa itu mempertahankan tanahair diluar jangkauan dan kemenangan memihak kepada mereka. Sejak itu tiada lagi ancaman daripada lanun Illanun ke atas Bintulu. Rajah James Brooke yang bimbang akan kehadiran kembali ancaman lanun Illanun ini telah bertindak dengan membina sebuah kubu pertahanan di Bintulu pada tahun 1868 yang dinamakan Kubu Keppel atau Fort Keppel. Dinamakan Fort Keppel bagi memberi penghormatan kepada seorang sahabat karib Rajah James Brooke yang disanjung oleh masyarakat tempatan Sarawak iaitu Sir Hendry Keppel, komander laut utama bagi Kapal perang H.M.S Dido yang sentiasa bersama-sama Rajah James Brooke memerangi ancaman lanun di perairan Negara Sarawak. Walau bagaimanapun Fort Keppel ini telah musnah terkena serangan bom sewaktu Perang Dunia Ke-2.

Bintulu juga mempunyai sejarah tersendiri di dalam pentadbiran sebuah Negara Sarawak yang merdeka apabila di lokasi Bintulu inilah berlangsungnya mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang pertama yang dihadiri oleh Majlis Tertinggi Negara Sarawak dan Rajah Brooke pada 8hb September 1867. Pemilihan Bintulu sebagai tempat berlangsungnya mesyuarat pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak pada waktu itu adalah kerana kedudukan Bintulu yang terletak di tengah-tengah pentadbiran Negara Sarawak. Ianya juga tidak terlalu jauh daripada Indonesia dan Brunei berbanding dengan Kuching. Dengan mempusatkan pentadbiran di Bintulu, Kerajaan Rajah Brooke berpendapat ini akan lebih menyenangkan dan selamat sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.


Inilah sekelumit paparan From Bintulu With Love – The Untold History untuk tatapan generasi muda Sarawak yang dahagakan sejarah sebenar Sarawak. Ternyata Bintulu adalah sebuah bahagian di Sarawak yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Daripada asalnya hanya sebuah kampung nelayan kecil yang dikenali dengan hasil lautnya seperti udang, cencaluk dan belacan, Bintulu sekarang muncul sebagai Bandar antarabangsa dengan industri pemprosesan gas asli serta mempunyai sebuah pelabuhan iaitu Pelabuhan Bintulu (Tanjung Kidorung) yang menjadi hap sektor perkapalan antarabangsa. Semoga Bintulu akan terus dilimpahi dengan pembangunan yang pesat di dalam serba serbi bagi memangkin pembangunan Sarawak di masa hadapan. Setiap daerah mempunyai sejarahnya dan setiap daerah mempunyai nilai kasih sayangnya.

Borneo Oracle ♥ Bintulu, Sarawak
Arikel diambil dari facebook Borneo Oracle

29 comments:

  1. a good read, especially about the sejarah lanun2 menyerang from that certain place.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang kata Illanun ni ada kaitan dengan kerajaan Sulu. Wallahualam.

      Delete
    2. Lebih kurang kot...aku pun blm tgk lagi kartun tu

      Delete
  2. Replies
    1. haha sekadar berkongsi tentang sejarah tempat tinggal aku bro

      Delete
  3. Ooo..baru la aku tau.thanks for sharing bro

    ReplyDelete
  4. err...tak leh nak gurau kasar lepas ni... takut kepala aku kena pungut...huhuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi itu cerita orang tua2 dulu bro, sekarang "kepala" lain kitorang kutip...kepala agong berbentuk wang kertas haha

      Delete
    2. hahaha... itu la maksud aku.. beli CD dari ko...

      Delete
    3. haha aku baru saja beli stok cd band2 metal sarawak yg baru dari member...nanti aku upload dlm fb @ metuk ulau distro punya blog

      Delete
  5. Bengek dan Jalab!! terang terang dinyatakan Bintulu sebelum diambil alih oleh James Brooke berada dibawah pemerintahan Sultan Brunei, tiba tiba saja kerajaan sulu mau claim, sepatutnya misuari baca ini artikel sebelum beri sebarang kenyataan media

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. ataupun tak pernah ambik SPM langsung...mana tau haha

      Delete
  7. Jiran mesti dapat jiran baik, kalau dapat jiran, suka suka je naik bot dan buat kacau, rompak, buat tak baik kat penduduk dekat pantai, then something must be done

    Aku baca ni berulang terjadi dari dulu ratus rahun, 1950an dulu, sampai skarang suka2 je.

    It cost money, tapi citizensmsafety is most important.

    ReplyDelete
    Replies
    1. revenge is sweet bro hehe...apa2pun zaman dulu memang brutal la...pirates zaman dulu2 x seperti yang dilakonkan Johnny Depp jadi Captain Jack Sparrow tu, Illanun di brutal lagi, xda lawak2 la

      Delete
  8. Satu fakta sejarah yang menarik bro. Keep posting ;)

    ReplyDelete
  9. wa share this tanpa izin with the grp 'Bintulu My Place"

    ReplyDelete
  10. Ok interesting....dan tiba2 ajak terkenang buku Sejarah Bimor yang entah ke mana...he3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sometimes topik sejarah memang menarik untuk dibincangkan hehehe....

      Delete
  11. bgus eh. slama aku tinggal ctok x pnah tauk psl metu ulau tok. aha

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...