Wednesday, August 9, 2017

Pengalaman Pahit Ditipu Scammer

SCAM GAYA BARU. KALI INI SI SELLER PULA JADI MANGSA, BUKAN PEMBELI.



Kejadian ini berlaku terhadap aku pada minggu lepas. Sedih siot.

Sudah hampir 10 tahun aku buat perniagaan jual beli CD secara atas talian menggunakan facebook dan blog. Namun ini adalah kali pertama aku selaku penjual kena scam oleh so-called pembeli. Aku malas nak cerita panjang, korang boleh baca laporan polis di bawah. Banyak yang aku belajar di sebalik musibah yang terkena kat aku ni. Di antaranya ialah:

1. Hati-hati apabila menggunakan sebarang portal jual beli secara atas talian, terutama sekali Mudah.my kerana dari aplikasi inilah aku kena tipu. Sekarang scammer dah bijak, dia tak fokus kepada buyer sebaliknya kepada seller.

2. Apabila melibat urusniaga menggunakan bank antarabangsa yang engkau langsung tak pernah dengar, baik kau reject awal2.

3. Sekarang scammer yang berlagak seperti pelanggan ni dah berani call seller pulak. Ianya adalah taktik utk mereka menanamkan sifat percaya ke atas seller.

5. Jangan sesekali buat deal dengan individu dari luar negara yang profilenya langsung tidak diketahui.

6. Ingat nama ni, GURDEV SINGH. Lelaki warganegara India ini sudah mempunyai 5 rekod jenayah dan satu darinya melibatkan senjata api. Kerja scammer ni salah satu daripada bidang kepakaran dia. 

7. Scammer macam ni cerdik jugak. Dia memang target nak scam kat seller sebab apa-apa yang berlaku kat seller, pihak Tribunal Pengguna dari KPDNKK susah nak ambil tindakan disebabkan atas alasan yang jadi mangsa adalah seller, bukan pengguna.

8. Mungkin salah aku juga sebab terlalu naif dalam berurusniaga. Lepas ni kena lebih berhati-hati dan perasaan "syak wasangka" tu perlu juga dalam beberapa keadaan. 

Ini sebenarnya juga sebagai satu peringatan buat semua, baik pelanggan mahupun penjual. Di harap ianya tidak akan berlaku lagi ke atas aku mahupun sesiapa pun. Letih siot. Takpalah, kita hanya perlu bersabar. Barangkali ini adalah salah satu ujian Allah buat aku. Dia nak test iman aku macam mana. Husnuzon. Bersangka baik terhadap Allah. Mungkin ada hikmah di sebalik musibah yang menimpa aku ni.

17 comments:

  1. dia (kononnya) transfer duit lebih daripada nilai yang kita tawarkan, di situ pun dah nampak samtingrong

    bro, aku cadangkan kau buka akaun paypal, lagi senang kalau nak urusniaga online baik domestik atau antarabangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu pernah buat akaun paypal tapi dah lupa password huhu

      Delete
  2. Kau kena tipu duit dengan scammer..Aku kena tipu komisyen dengan ipar seniri beb, bukan sikit plak tu, sampai sekarang dah 22 tahun masih belum settle dan aku tetap ingat..Mana lebih sadis? Hehehe.. Betul tu bersangka baik je dengan Allah..Ada hikmah yang kita tak nampak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar bang. inshaAllah Tuhan akan tunjukkan jalan dalam mempermudahkan segala urusan abang. amin.

      Delete
    2. Aamiin...jazzakallah khairon katsiro...

      Delete
  3. Simpati juga dengan sahabat2 yang tak duduk dalam dunia finance/banking...benda2 macam ni memang jelas scammer...orang biasa bila sebut nama bank...nama polis...(ni scammer selalu guna)..terus rasa takut...mungkin kempen awareness tentang benda2 macam ni masih tak cukup meluas...

    takper la bro...benda dah jadi...lain kali kalau ada benda2 bab finance yang was2 tu boleh contact aku...

    ReplyDelete
  4. Aduh..aku banyak kali kena mcm ni bro.tapi mmg aku tak layan.tapi kalo ngan aku selalunya mamat negro.biasannya aku layan je pasal tau dia scammer.lepas sembang pasal jual beli last kata penutup aku tunjuk ikon jari tengah n aku ckp 'fuck u scammer' hehe..takpa bro anggap je takda rezeki.kt mudah mmg banyak mahkluk ni kena hati2.moga rezeki ko lepas ni akan belipat ganda

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin yarabbil alamin. terima kasih tuan.

      Delete
    2. amin yarabbil alamin. terima kasih tuan.

      Delete
    3. Kerugian Saudara RM490. Maaf Kalau Sy Tersilap Baca. Sy Pula Kerugian RM798 Tetapi Dengan Cara Yg Berbeza Sekadar Berkongsi Pengalaman. Sepatutnya Saya Rugi RM3,000 Tetapi Oleh Kerana Sy Pakai Baju Warna Pink, Sy Hanya Kerugian RM798. Hari Itu Hari Gaji Sy Shopping Di Giant Menggunakan Kad Debit Maybank. Ketika Keluar Sy Ditunjukkan Dgn Beg Kecil Berwarna Hijau. Sekiranya Mahu, Sy Diminta Menjawab Questionnaire Mengenai Kebakaran. Sy Fikir Molek Juga Beg Itu Dijadikan Bekas Telefon. Slps Jwp Soalan Sy Diminta Membuat Cabutan Bertuah. Masa Itu Sy Terfikir Ini Adalah Penipuan Tetapi Memilih Utk Bersangka Baik. Sy Tanya Perlu Bayar Apa2 Tak? Dia Ckp Tak Perlu Byr Apa2. Sy Pun Cabut. Tiba2 Mereka Terkejut Beruk & Melompat-lompat Sambil Meminta Sy Belanja KFC Kerana Sy Menang Besar. Salah Seorang Telah Menefon Boss Mereka & Dia Bertanya Sy Adakah Sy Ada Pertalian Saudara, Sy Jwp Tidak. Kemudian Dia Bagitahu Sy Antara 20 Org Dlm Malaysia Yg Bertuah. Mereka Telah Mengelilingi Bangku Yg Sy Duduk & Memaksa Sy Membayar RM3,000 MALAM Itu Juga Bagi Mendapatkan Tiga Barangan Cabutan Bertuah. Dompet Sy Telah Dirampas & Drpd 4 Keping Kad Kredit Sy Mereka Hanya Berjaya Menyamun RM798. Alhamdullillah Semua Kad Kredit Sy Hampir Tepu. Mereka Bertanya Mana Kad Gambar Epal? Mana Kad Gambar Epal? Rupa2nya Mereka Memerhati Sy Di Kaunter Pembayaran. Sy Terlupa Masukkan Kad Itu Dlm Dompet. Bayangkan Kalau Poket Baju Sy Warna Putih?? Sebulan Gaji Sy Akan Lesap Hu Hu. Kemudian Beberapa Org Drpd Mereka Melayan Mangsa Seterusnya, Sy Pegang Semua Belian Giant & Lari Tanpa Beg Hijau Yg Dijanjikan. Rugi Atas Angin RM798. Alhamdullillah, Wang Gaji Sy Dlm Kad Debit Maybank Terselamat, Kalau Tak Berputih Mata Kerugian RM3,000. Bukan Utk Menunjukkan Sy Bodoh Tetapi Inilah Padahnya Jikalau Bersangka Baik Dgn Org. Sesungguhnya Cabutan Bertuah = Membeli Barangan Yg Tidak Diperlukan. Semoga Kalian Tidak Tertipu Seperti Sy.

      Delete
  5. Boleh saya tahu.. Sekarang "pembeli" tu masih ganggu anda ke? Sebab saya mengalami perkara yang sama.

    ReplyDelete
  6. Saya setuju dengan perenggan terakhir. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian buruk yang menimpa saudara. Banyakkan bersabar dan sentiasa fikir positif insha Allah perkara buruk ni takkan berulang.

    ReplyDelete
  7. Aku baru pagi ni kena ..dia minta aku bayar shipment free dlu rm800 aku terus pegi bank tengok ade ke duit aku pending pihak bank kata jgn percaya dek ini scammer ..aku terus maki tanpa henti mamat tu ..smpai aku kena block hahhaa

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...