Monday, August 14, 2017

Ulasan Filem : Raw (2016)


2 Poster Rasmi Untuk Filem "Raw"

Filem berbahasa Perancis yang berjudul Raw ini sebenarnya bukan untuk tontonan umum. Ianya ditujukan buat khalayak tertentu sahaja. Ya, ianya merupakan sebuah filem tentang kanibalisme. Namun jika dipandang dari beberapa aspek, ianya masih jauh untuk diletakkan sama taraf ke dalam genre horror yang bertemakan kanibalisme seperti Cannibal Holocaust mahupun Green Inferno.

Filem pertama arahan Julia Ducourna ini merupakan satu percubaan yang bagus sebenarnya dalam meneroka filem sub-genre sebegini. Ianya tidaklah terlalu mengecewakan. Ada juga beberapa elemen lain yang menjadi daya tarikan iaitu gaya sinematografi, pemilihan lokasi dan semestinya lakonan watak utama Justine yang dibawa oleh pelakon muda Garance Marillier. Watak Justine diberikan tumpuan hampir seratus peratus sepanjang filem ini. Ini adalah kerana (berdasarkan pemahaman penulis dalam mengamati mesej yang ingin disampaikan oleh pengarah) watak Justine merupakan narratif utama dalam membawa penonton menyaksikan sendiri perubahan sikap serta fizikal seorang gadis normal menjadi luarbiasa dan buas.

Jalan penceritaan filem ini juga menarik kerana ianya dimulakan agak perlahan namun pengakhiran agak mengejutkan. Sebuah filem yang bagus ialah apabila ianya berakhir dengan satu babak klimaks yang di luar jangkaan. Klimaks yang dimaksudkan boleh jadi menimbulkan tanda tanya ataupun membuat penonton rasa tidak senang duduk. Filem ini berjaya dalam menyampaikan mesej tersebut dalam caranya yang tersendiri.

Lakonan watak antagonis Alexia, kakak kepada Justine bawaan aktres Ella Rump juga ternyata bagus sekali. Watak Alexia dan Justine mempunyai hubungan "love and hate" yang agak kompleks namun penghayatannya mudah untuk dihadam oleh penonton. 

Filem ini bukanlah "girl flick" yang biasa-biasa. Ianya punyai twist yang menuntut penontonnya untuk menonton sehingga habis dan ianya sangat menarik. Cuma bila dilihat dari segi gore dan horrornya, ianya masih tidak mencapai standard mana-mana filem cult dari Itali yang ternyata sungguh senggama minda. 

Rating? 3/5

Salah satu adegan di dalam filem ini di mana Justine dipaksa untuk makan buah pinggang arnab

2 comments:

  1. Filem french ke..nice.nanti aku tengok.tq review bro

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...