Saturday, March 30, 2013

Kisah Tukang Urut, Masjid Assyakirin & Cerita Misteri

Mungkin entri ini agak merapu, tak sama seperti yang pernah aku buat sebelum ni...tak apa lah, janji ianya diambil sebagai satu bentuk hiburan serta teladan semata-mata.

Pada 10 Mac yang lepas, aku telah pergi berjumpa dengan seorang tukang urut yang boleh dikatakan banyak juga membantu pesakit2 nya yang menghidap demam teruk, terseliuh serta sengal2 badan. Nama dia Pakcik Usop, dia ni pun diperkenalkan kepada aku melalui seorang rakan yang sama2 aktif dalam scene music underground di Bintulu, tak lain tak bukan, saudara Amy (orang kuat di REG Recording Studio). Amy ni sering berjumpa dan meminta khidmat urut dari pakcik Usop ni kalau dia kena demam panas ataupun tak sedap badan. 

Badan aku pula masih sakit2 setelah terkena serangan darah tinggi serta kolesterol pada bulan Januari dahulu, ditambah pula kepenatan yang aku alami semasa mengendalikan event Bintulu Music Fest 2013 pada minggu sebelumnya. Belakang kepala aku masih rasa sengal2 dan kadang2 berat semacam saja, siap aku bawak pergi X-Ray tu, takut2 kalau ada penyakit kronik yang ada pada badan aku ni. Doktor cakap aku tak ada apa2 komplikasi pada saraf tulang belakang mahupun di kepala. Jadi aku pun ikhtiar la guna cara tradisional iaitu menggunakan khidmat berurut.

X-Ray Bagi Bahagian Belakang Leher Aku 

X-Ray Bagi Kawasan Abdomen Aku...Doktor Cakap Tak Ada Apa-Apa, Cuma Limpa Aku Saja Yang Bengkak Disebabkan Masalah Kolesterol 

Sebelum berjumpa dengan Pakcik Usop tadi, aku terpaksa buat appointment dengan dia. Dia pun bagitau lah, jumpa dia di Masjid Asyakirin pada pukul 9 malam. 10 Mac masa tu hari ahad, esok dah nak kerja. Aku pun mula terfikir balik, apasal nak pergi berurut di masjid tengah malam2 buta ni? Ermm...tanpa banyak soal, aku pun pergi saja lah ke masjid berkenaan. Masjid Assyakirin ni (bukan yang dekat dengan KLCC tu ok) merupakan masjid utama bagi bahagian Bintulu. Kiranya agak besar juga lah kawasan serta struktur bangunan ini.

Masjid Assyakirin Bintulu (Sumber Dari Google)

Sampai saja aku di kawasan parking masjid berkenaan, aku pun telefon Pakcik Usop tadi. Rupa2nya dia dah tercegat di atas tangga masjid menunggu kehadiran aku. Pada pukul 9 malam begitu, tak ramai jemaah yang ada di masjid, yang tinggal pun cuma untuk beriktikaf sekejap, membaca Al Quran dan lepas tu balik ke rumah. Yang datang buat Qiamullail pun selalunya pada malam lain, bukan pada waktu berkenaan. Rupa2nya Pakcik Usop ini dilantik oleh pihak masjid menjadi security guard pada waktu malam bagi menjaga masjid berkenaan. Dah dekat 5 bulan beliau buat kerja ni. Oleh kerana Pakcik Usop ni seorang tukang urut, pihak pengurusan masjid memberi kelonggaran bagi membenarkan beliau mengurut pesakitnya (yang kebanyakannya lelaki) di ruang legar kawasan masjid ini. Malahan ada sesetengah imam masjid juga mendapatkan khidmat urut dari beliau.

Sudah lama jugak lah aku tak buat sesi berurut ni, kali terakhir pun masa aku baru kahwin tahun 2007 dulu...hehe nak dapatkan stamina la katakan. Urutan Pakcik Usop memang dahsyat la, habis segala macam angin keluar dari badan aku. Sampai berbelas kali aku sendawa dan terkentut olehnya. Nasib la Pakcik Usop ni jenis yang memahami keadaan pesakitnya. Maka aku pun diberi segala macam skill urutan refleksologi dari Pakcik Usop ni selama sejam lebih. Segala macam urat di belakang badan aku habis dia kasi betulkan alignment balik, lebih kurang macam "top overhaul" pulak aku masa tu haha.

Sepanjang sesi mengurut tu, Pakcik Usop ni tak henti2 bercerita. Dimulakan dengan dia bertanyakan aku ni kerja kat mana, tinggal di mana, isteri kerja kat mana, aku asal mana dan macam2 lagi la. Macam reporter pun ada jugak la pakcik ni. Tapi takper la, at least dia jenis yang friendly dan senang dibawa berbual. Dalam pada masa kami berbual tu, tiba2 keluar topik pulak dah. Pakcik Usop pun bercerita la pengalaman dia sepanjang 5 bulan dia jadi security guard kat masjid ni. Susah juga nak jaga masjid sebesar ni. Banyak insiden yang tidak baik selalu berlaku pada waktu malam seperti ada orang curi duit tabung masjid, curi besi penambat longkang (itu pun nak curi jugak ker?) dan yang paling teruk ialah semasa dia sendiri menangkap sepasang kekasih berbangsa cina tengah "berasmaradana" dalam kereta di tempat kawasan parking masjid berkenaan kira2 dalam pukul 2 pagi. Ada ker patut? Hampeh betul.

Kemudian beliau pun beralih ke topik yang agak mistik pula. Insiden ni selalu selalu berlaku di mana2 masjid pun, kata beliau lah, aku pun kurang pasti. Insiden yang dimaksudkan ialah apabila beliau sering mendengar laungan azan pada pukul 1 ataupun 2 pagi! Pakcik Usop ni selalu berada di kawasan ruang legar masjid semasa bertugas, bukan di ruang solat utama (kawasan saf pertama dan imam bersolat). Dari kawasan itu lah beliau sering mendengar laungan azan tersebut. Katanya, azan tu merupakan waktu subuh bagi kaum jin Islam. Wallahualam, aku pun kurang pasti. Aku hanya mampu mengiakan saja kata dia. Pernah juga Pakcik Usop ni terserempak dengan perempuan berjubah hitam berjalan menuju ke ruang solat utama pada pukul 1 pagi! Setelah terserempak dengan wanita berjubah hitam berkenaan, keesokan harinya Pakcik Usop mendengar berita kematian yang melibatkan beberapa orang jenazah perempuan. Seram jugak la cerita pakcik ni.

Katanya lagi, kalau terdengar azan tersebut pada waktu berkenaan, kita seharusnya buat endah tak endah saja. Jangan pedulikan sangat. Nanti kita pula akan terserempak dengan Jin Islam yang tengah solat. Kalau dah terserempak tu, confirm seram punya lah, kata dia lah. Aku pulak masa dia bercerita pasal hal ni, dah mula cuak dan seram satu badan haha...dah la badan sakit, ditambah lagi mendengar cerita macam ni. Makin tak tentu pasal aku dibuatnya haha.

Sekitar pukul 10:30 malam begitu, selesailah sudah sesi urut dengan Pakcik Usop tadi. Setelah bersalam dengan beliau dan beri sedikit wang pengeras (pakcik tu anggap sedekah saja), aku pun beransur pulang ke rumah. Keesokan harinya badan aku rasa segar, sakit sengal2 di badan pun dah makin kurang. Alhamdulillah segalanya atas izin Allah. Kita hanya berusaha, hanya Allah yang menentukan bila kita boleh sembuh ataupun tidak. Akan tetapi cerita mistik yang diceritakan oleh Pakcik Usop pada malam sebelumnya masih bermain di fikiran aku sehingga ke hari ini. Korang ada explanation yang munsabah tak pasal hal ni? 

Sekian

32 comments:

  1. ada lagi sorg tukang urut (refleksologi) yg hebat di area RPR sibiew blok B, namanya haji yasin (dah 80+ thn kot umurnya)

    aku pnh 2 kali berurut lutut dan pinggang dgn beliau thn 2007 dulu lps kes lutut terseliuh main futsal (dulu2 aku gila main futsal, skrg dah pencen sbb tu boroi)

    urutannya mmg pelik (kaki kiri problem tp urut kaki kanan) dan agresif (berkerut dahi menahan sakit) tp mmg mujarab

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghh boleh cuba jumpa pakcik ni lain kali

      Delete
    2. Hj Yasin? Org tua ya dah ninggal. . . ujung tahun lepas.

      Delete
    3. Innalillah...al fatihah buat beliau

      Delete
  2. bab pakcik cerita hal mistik tu bak kata dia buat endah tak endah aje... kalau nak tahu jugak.. pergi masjid pukul 1 atau 2 pagi...amacam?

    ReplyDelete
  3. Ada benarnya bro..kat surau kampung aku pun selalu jugak org bercerita sama mcm cerita kau ni..

    Apa la couple cina tu,tak hormat respek langsung,nasib baik pakcik tu yang tangkap,buat nya kena panah petir,baru dia tau..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la berani dia buat onar dalam tempat ibadat kita...tak tokong tak berani pulak dia buat...isk

      Delete
    2. entah la, tu la yang kita rasa sedih, hilang rasa hormat.

      Delete
  4. Memang sedap kalau urut satu badan ni ek...sakit memang sakit la...tapi lepas tu macm ringan jer badan kan....org tua aku pun pandai urut..jangan pelik kalau sakit kepala tapi urutnya kat kaki....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha itulah namanya Foot Reflexology bro....kalo betul titik refleks yg diurut, memang terasa sampai ke kepala urutan dia

      Delete
  5. bhn crita yg sgt menarik tuk di share...lucu pun ada...serem pa gik...aiseyymenggg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq for spending a little bit of ur time reading it hehe...tapi walaupun seram, ianya cuma mainan minda jak (bak kata Pak Jabit dalam cerita Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit)

      Delete
  6. Masjid ni rumah Allah, safest place on earth. Jadi ko ignore je la, aku pernah dengar masjid menangis la, aku pernah dengar kat satu madrasah ni ko kalo tido sana, dan ko tak sembahyang isyak contojnye, kejap2 ko kena kejut, then ko heran la kam, tapi dicertakan jin islam kejut,ko suruh se,ayang.

    Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. So true bro, masjid ialah rumah Allah, the safest place on earth...pasal jin islam,rasanya biarlah saja, kita sebagai manusia tidak ada hak untuk mengetahui tentang urusan Allah (urusan yg melibatkan hal2 ghaib)...yg penting kita seharusnya beribadat kpd Nya.

      Delete
  7. Ya kah? sik perasan juak. Maybe laungan ya sik kuat atau aku kurang peka (ka udah pekak?). By the way, bapak aku used to be bilal kat sia and pernah la kenak kaco sekali duak.

    Ada sekali waktu subuh, masa ya nya sorang jak baruk sampei. Sampei jak alu gi semayang sunat. Entah macam ney, tengah semayang ya terdengar bunyi orang alih tikar dalam dorm ya. Bila toleh, sekda orang pun.

    Sekali gik time lekak isyak, bila dah nak balit. Turun gi area tempat amik wudhuk lelaki, bunyi paip aek pandei terbukak. Bila diagak makin dekat, alu ilang bunyi ya. Hurm, entahla. Maybe jin islam kali. Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jin Islam pun makhluk Allah juak bro, sidak pun ada tggjwb utk beribadat kpd Allah juak...ya la tek bro, byk gik cerita misteri sebenarnya tapi biarlah jadi rahsia, takut salah anggap oleh org lain klak kan?hehe

      Delete
  8. jangan biarkan hidup anda dibelengu misteriiii.. (tagline Misteri Nusantara)

    ReplyDelete
  9. bro kaboi tanduk: ngeri siot! haha

    ReplyDelete
  10. agik hidupkah pakcik usop ya..teringin juak nak urut dgnnya..ada no hp nya kah bro

    ReplyDelete
  11. Semoga cepat sembuh bro. Darah tinggi bukan ada ubat pun sebenarnya, gaya hidup dan amalan pemakanan yang silap. tetapi semuanya kehendak Tuhan juga. Sama la kita. :)

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...