Friday, July 27, 2012

Reflections of Kid A : Sesi Interview Yang Rare Bersama Thom Yorke (Radiohead)

Karikatur Thom Yorke (cilok dari Google)

Thom Yorke selaku ketua kumpulan serta vokalis utama kumpulan alternative rock tersohor, Radiohead merupakan di antara jutaan selebriti di dunia ini yang tidak suka di temuramah oleh pihak media. Bagi beliau perkara sebegini hanyalah "a f**king waste of time" (aku sekadar mengulangi quote yang sering diajukan oleh beliau setiap kali diajukan pertanyaan samada beliau selesa jika ditemuramah). Beliau sering mengelak jika diminta memberi ulasan tentang beberapa perkara yang melibatkan dirinya ataupun mana2 ahli kumpulannya, akan tetapi jika melakukan hal2 activism seperti kegiatan Fair-Trade Practice, Hak Asasi Manusia, Anti Peperangan dan Trade Justice Movement, beliau merupakan spokeperson yang baik. Hubungan beliau dengan beberapa selebriti lain pun bukan nya bagus sangat. Beliau sering dianggap "ignorant and rude" oleh kebanyakan artis seperti Kanye West, Miley Cyrus (ni musuh besar nih hehe), Jack Black, Ronan Keating, Peter Gabriel dan Kelly Jones (vokalis kumpulan Stereophonics).

Di bawah merupakan sebuah klip video yang boleh dikatakan agak rare. Ianya merupakan sebuah produksi sebuah channel hiburan berbayar iaitu Channel V (rasa2nya sekarang channel ni dah takder lagi dalam pakej ASTRO). Di dalam sesi ini beliau menerangkan tentang perubahan arah muzik yang dibawa oleh Radiohead dalam album Kid A, bagaimana beliau menghadapi sindrom writer's block, pengaruh2 muzik beliau dalam dunia muzik Electronica (seperti Aphex Twins dan Autechre) dan perhubungan beliau dengan rakan2 seperjuangan di dalam band tersebut.

Moral Of The Story: Aku rasa apa yang Thom hendak dari kita ialah, ambil peduli pasal muzik mereka tapi JANGAN AMBIL PEDULI pasal personal life dia...sebab mamat ni terkenal dengan sikap neurotic dan paranoid nya yang kadang2 over la pulak. Nevertheless, Thom is still one hell of a genius when it comes to making music!

Enjoy the Video!

Reflections of Kid A : Interview With Thom Yorke


2 comments:

  1. Thom memang genius dan lagu-lagunya menyentuh kehidupan semua orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang tepat, Thom dan kawan2 dlm Radiohead memang genius...diorang ni jenis tak ambik port pasal berita sensasi dari Hollywood walaupun mereka sendiri dah di tahap rock stars...at least diorang tak being "arrogant and rude" kpd fans diorang...

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...