Kaset Radiohead, album "Pablo Honey" |
Aku beli kaset ni dulu agak lewat sebenarnya, kira2 pada tahun 1999, 6 tahun selepas ianya dirilis secara rasminya. Kenapa aku beli agak lewat? Well, sebabnya masa album ni mula2 rilis dahulu, aku masih lagi budak masa (still teenager) dan masih kurang berkemampuan untuk membeli barang2 sebegini. I was 13 years old semasa aku baru tahu kewujudan album ni. Anyway, kembali kepada ulasan album ini iaitu Pablo Honey. Ini merupakan album pertama Radiohead dan merupakan sesi pengenalan muzik mereka kepada penggemar muzik alternative rock serata dunia pada ketika itu.
Album ini mempunyai 12 buah lagu yang diterbitkan pada tempoh yang berbeza, contohnya untuk lagu You, Creep, Prove Yourself dan Lurgee sebenarnya lebih awal dikeluarkan dalam bentuk EP (kalau tak silap aku ianya self-titled) pada tahun 1992. Aku rasa pasti ramai yang tahu lagu "Creep" bukan? haha lagu yang berada di kedudukan no. 2 dalam album ini (selepas track "You") merupakan instigator kepada populariti band ini. Banyak yang tidak tahu bahawa music composition untuk lagu ini diambil secara tidak sengaja oleh sebuah lagu rock 70'an "The Air That I Breathe" daripada band The Hollies. Disebabkan chord progression yang 90% serupa, Radiohead kena saman selepas itu. Bagi mengelakkan pertelingkahan berlarutan, penulis lagu "The Air That I Breathe" iaitu Albert Hammond dan Mike Hazlewood dikreditkan sebagai co-writer untuk lagu tersebut. Seperti yang aku pernah terangkan pada entri yang lepas, lagu "Creep" pernah dicover oleh beberapa artis terkenal, sila rujuk di sini.
Well, tidak semua lagu2 dalam album ni kurang menyengat seperti "Creep", antara lagu2 yang hebat juga adalah seperti Stop Whispering, Thinking About You dan salah satu lagu feberet aku dalam album ini iaitu Anyone Can Play Guitar. Walapun album ini sering dikaitkan dengan sound grunge dan american way of alternative rock, akan tetapi sebenarnya kita dapat membezakan sound yang unik dan hanya ada pada Radiohead pada ketika itu. Lagipun mana ada band grunge yang punyai vokalis bersuara falsetto pada ketika itu. Itu bukan grunge namanya haha. Kualiti itu hanya ada pada band yang dipimpan oleh Thom Yorke ini sahaja.
P/S: Aku rasa ramai yang akan bersetuju jika aku katakan bahawa lagu "Creep" itu sebagai salah satu alternative rock anthem era 90'an...
Radiohead : Creep (Official Music Video)
Radiohead : Stop Whispering (Official Music Video) haha kelakar jugak tengok rambut Thom Yorke jadi blonde macam Britney Spears haha
Radiohead : Anyone Can Play Guitar (Official Music Video)
.... terselap zaman skolah dgr lagu tok... meaning ktk tok kira junior la kot cuz during this time i was either form 5 or dkolej..... slalu join geng jamming main creep song... kat KP! Hahaha... good life back then..
ReplyDeletewow kamek selalu juak lepak di KP dolok masa mek di politeknik in 99 dolok,jamming with friends and do some crazy stuffs haha no need to mention la...yup,i think im a bit younger than u la sis
Deleteadeh... paham... jiwa remaja la time yea... hahaha....
Deletezaman kenakalan yang teramat sangat haha...Alhamdulillah skrg dah matured sikit la hahaha
Deleteooo memang grunge, but vocals not bad, not bad at all.
ReplyDeleteback in the days,not many alternative bands have a falsseto-oriented vocalist,but Radiohead is one of a kind and their experimentation paid off in the end...but sadly to say they hate the terms of being called Rockstars...
DeleteFrankly speaking when I was first time listening to this Album ( I was form 3 at that time..he..he..he) , I thought it was U2 trying hard to sound like The Jesus and Mary Chain!!! Then my mate told me, "hey buddy this is a band from Oxford they called themselves as RADIOHEAD. My life has changed then....I've been strongly influenced by Ed 'O' Brien.. I love rhythmic sounds...He is resembling to Johnny Marr!!
ReplyDelete