Bana Homemade Grill Burger (Sumber dari Facebook) |
Tidak berapa lama dahulu aku ada buat satu entri pasal stall homemade burger yang boleh membuat tempahan secara online dan melalui SMS. Kali ini aku nak bercerita pasal burger jugak tapi dari stall yang berlainan. Juga mengusahakan homemade burger tapi kali ini ianya dimasak secara grilled dan daging patty nya juga dibuat di rumah. Memperkenalkan Bana Homemade Grill Burger.
Menu yang terdapat di stall Bana Homemade Grill Burger |
Diusahakan oleh salah seorang sahabat aku, Wan Mohamad Fairuz atau lebih mesra dipanggil Bana, juga merupakan seorang jurugambar semi-pro dari komuniti Fotosyntesis (Sebuah kelab DLSR di Bintulu). Jenis burger yang ada di stall beliau terbahagi kepada 3 kategori iaitu Normal (tradisional preparation iaitu grill seperti biasa tanpa ada add-on), Black Pepper (selalunya daging patty itu akan ditaburkan dengan black pepper setelah digrill) dan Cheesy (well it's obvious, hanya akan letak cheese sebagai add-on pada burger tersebut). Daging patty juga pelbagai, iaitu merangkumi daging ayam,lembu,kambing dan arnab (kambing dan arnab merupakan special menu di stall ini).
Normal Grill Chicken & Beef Burger |
Aku dan wifey cuma order Normal Grill Chicken & Beef Burger sahaja semasa menziarahi stall burger ini malam tadi. Tekstur daging yang dibuat boleh tahan jugak. Not bad at all. Tidak terlalu mentah ataupun over cooked. Sedang2 sahaja rasanya. Tapi yang menarik minat aku ialah cara penyediaan burger2 tersebut di mana sos cili atau tomato tidak diletakkan ke dalam roti burger tersebut, kerana ianya diasingkan dan anda akan diberi sekali paket kecil sos tomato atau cili seperti yang sering diamalkan di fast food restaurant yang lain contohnya McDonald ataupun KFC. Jika anda berada atau sempat singgah di Bintulu, jangan lupa untuk merasa burger dari stall burger ini. Tempahan burger boleh dibuat dengan membuat panggilan atau SMS kepada tuan punya gerai iaitu bro Bana sendiri di talian 012-8501350.
anda lupa satu lagi, patty rusa, aku dah makan 2 minggu lepas, btw, bana burger port rasmi aku makan burger bila sampei bintulu hahahaha!!
ReplyDeleteAiya sori la kwn,gua lupa...makan burger daging payau (rusa dlm bahasa brunei or kadayan) akan membuatkan anda lebih metalhead!
Deletekeluarga mrs. ijau xblh mkn daging payau (pantang)... secara xlangsung, akupun ditegah makan daging payau
DeleteWife aku pun ada pantang jugak,x boleh mkn ikan patin...sabar bro ikut saja pantang larang org tua especially keluarga wife haha demi kebahagian keluarga
Deleteesok malam? bana grill or Sup kawah???
DeleteHihi kamu bawak la si Rashid CoG pergi sup kawah...ada waitress cun siya haha
Deletebananana!~
ReplyDeleteTv9?
DeleteYoh! Food review! apa kamek sikda nemu riya masa pegi Bintulu masa hari Malaysia ya oo... susah kali jak cari burger, dah jalan kaki. Anyway, burger with hot coffee... Cun! There goes my diet...
ReplyDeleteAik! Kenak x madah kitak di Bintulu hari ya,apa la salahnya contact mek dolok.klak me and wifey embak kitak pergi stall burger tok haha..burger + coffee = ecstasy hahahA
DeleteOwhh rindu bintulu..bila la agaknya aku akan sampai kesana lagi..tp masa aku kat sana aku tak pulak jumpa stall beger ni -matakucing-
ReplyDeleteKalo x silap aku stall ni baru bukak tahun ni rasanya,tak ingat la samada awal atau pertengahan tahun...kalo ada rezeki pergi ke sini lagi,just contact la geng2 blogger di sini,nanti bawak jalan2
DeleteRating :
ReplyDelete1. McDonald's
2. Bana Burger
3. Burger king
es, tp disebabkan bintulu xda MCD dan BK, maknanya bana la paling ngetop :)
DeleteBy next year bangunan McD sebelah shell station,depan smk bandar bintulu (kepunyaan Golden Archer sendiri) akan siap,dgr cerita siap ada drive thru,ntah la we wait n see la...
Deleteorder sigek boleh? nyaman ai...heheheh
ReplyDeleteBah dtg bintulu lok,baruk dpt order haha
DeleteBlom pernah sampai bintulu... Huuuuuu... Dahlah i tok kipas susah mati burger... Hhaja
ReplyDeletewahh mun ada rezeki pergi bintulu klak,jgn lupak contact saya,klak me n my wife embak kitak mkn burger grill tok..tang sama jak jawapan tok dgn yg kamek berik dgn Coffeegirl kat atas haha
Deleteskrg bana dah beralih ke SEDC...mlm ni aku nk mkn bana buger grill...xsabar~
ReplyDeleteWajib makan bro! Hahah....
Delete