Saturday, February 11, 2012

AHZA BURGER HOUSE : Pengalaman Menikmati Burger Yang SUPERB!!

Premis Perniagaan AHZA BURGER HOUSE (SAMPLE PARK, BINTULU)

Encik Crab, Saya Nak Crabby Patty Satu!

Pada pagi tadi, semasa tengah sibuk membuat urusan di rumah (morning chores seperti menyapu, masak breakfast untuk anak etc...), tiba2 rasa nak mencuba burger yang dipromosikan oleh adik aku si Mohd Muslim sebelum ini. Apa yang aku maksudkan ialah sebuah bisnes online menjual burger home-made melalui tempahan yang dibuat via Facebook. Bisnes jual burger online yang aku maksudkan ialah AHZA BURGER HOUSE!

Sebenarnya bisnes burger ini telah lama wujud, dan lokasi stall burger nya terletak tidak jauh dari rumah parents aku (lokasi : Sample Park, kawasan lereng bukit sebelum menuju ke Taman Bandar Jaya). Target customers nya pula terdiri daripada mereka yang suka online di Facebook dan rata2nya mengambil order melalui laman web sosial tersebut.

Cara untuk membuat tempahan burger senang sahaja. Jika anda mempunyai akaun Facebook, sila ikut tatacara yang akan saya terangkan di bawah:
  1. Log in ke akaun Facebook anda
  2. Kemudian, search AHZA BURGER HOUSE
  3. Jika sudah jumpa page berkenaan, sila klik butang "Like"
  4. Anda boleh lihat menu burger nya di bahagian kiri, sama dengan Info dan Wall.
  5. Buat pilihan anda dan sila letakkan order anda di wall page tersebut dan jangan lupa sertakan no. h/p anda sekali bagi memudahkan pihak pengurus stall burger berkenaan untuk menghubungi anda. Lebih bagus jika anda letak masa untuk anda pick-up burger anda.
  6. Anda hanya perlu pergi premis berkenaan untuk ambil burger2 yang telah ditempah. Tidak perlu tunggu lama2 dan semestinya layanan dari crew2 stall tersebut cukup mesra.
Page Facebook untuk AHZA BURGER HOUSE

Oh ya, lupa nak bagitau, ianya terhad kepada mereka yang tinggal di kawasan Bintulu sahaja. Luar dari kawasan tersebut, minta maaf banyak2 lah, tak dapek den nak nolong eh (cakap nogori pulak dah!). Berbalik kepada cerita aku tadi, pada malam harinya (kira2 pukul 9 malam), aku pergi ke lokasi premis perniagaan untuk mengambil burger2 yang telah aku tempah dan seterusnya membuat pembayaran. Aku cuma order Plain Chicken Burger 2 pieces. Aku tak dapat nak order sebarang burger mahupun apa2 makanan yang mengandungi daging sekarang ni disebabkan pengalaman yang lepas (too much acid in my body, boleh menjurus kepada penyakit Gout).

Plain Chicken Burger

Apa yang aku dapat nyatakan tentang Plain Chicken Burger buatan AHZA BURGER HOUSE ini ialah ianya memang superb! Daging ayam yang dibuat dalam bentuk patty (daging cincang yang dibentuk bulat dan lenyek seperti slice daging burger biasa cuma ianya lebih tebal dan puas hati la kalau dikunyah sebab ianya besar), ditambah pula dengan telur separuh masak diletakkan atas patty tersebut, gabungan mayonis dan sedikit sos black pepper, arghhh ianya tetap Fantastic dan Bombastic! haha...

Akan tetapi, kekuatan sebenar pada burger ini ialah Patty nya! Patty yang home-made ini merupakan ramuan utama pada burger tersebut. Mungkin ianya tidaklah sehebat Prosperity Burger dari McDonald, akan tetapi ianya tetap menjadi kebanggaan kerana burger ini diusahakan oleh pengusaha Bumiputera dan semestinya kualiti yang ada padanya boleh dikatakan hampir setaraf dengan bisnes franchise makanan yang lain.

Satu lagi kekuatan dan daya penarik yang ada pada bisnes ini ialah, cara tempahan makanannya. Selain membuat tempahan secara formal (datang ke stall dan buat order sambil lama menunggu), anda juga boleh membuat tempahan melalui SMS/panggilan ke no. h/p pengusahanya, details saya akan bagi kemudian. Paling menarik ialah tempahan secara online via Facebook di page AHZA BURGER HOUSE! Tempahan hendaklah dibuat awal sebelum waktu operasi stall burger ini (8:30pm till 10:30pm, isnin hingga sabtu)

Info lanjut tentang AHZA BURGER HOUSE:
To Order: 019-8287177 (Mr. Ahmadi)
Open Mon-Sat: 8.30 pm - 10.30 pm
Sunday Close
Facebook: www.facebook.com/ahzaburgerhouseLink

P/S: Teringat pulak dengan cerita SpongeBob Squarepants yang wataknya berkerja di Krusty Krab (sebuah restoran menjual burger resipi rahsia iaitu Krabby Patty), suka tengok watak jahat bernama Plankton yang cuba mencuri resipi tersebut dari Encik Krab (pengusaha restoran tersebut yang kedekut nak mampos haha). Apa persamaan hal ini dengan AHZA BURGER HOUSE? Patty mereka tetap menjadi rahsia sama seperti Krabby Patty! hahah...

7 comments:

  1. "Buat pilihan anda dan sila letakkan order anda di wall page tersebut dan jangan lupa sertakan no. h/p anda sekali bagi memudahkan pihak pengurus stall burger berkenaan untuk menghubungi anda"

    bahaya ni, satu bintulu dpt tau no hp kita...

    ReplyDelete
  2. Ijau D. Koceng,

    Anda boleh SMS terus no hp anda ke 019 828 7177 supaya satu bintulu tak perlu tahu no hp anda. Tujuan kami meminta no hp pelanggan adalah untuk memudahkan pihak kami memaklumkan kepada pelanggan pesanan mereka sudah boleh diambil. Terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa~
      klu option mcm ni oke sket, ada masa nnti blh jugak try

      Delete
    2. harap semuanya dah jelas bro...sori for the info sebelum ni...haha

      Delete
  3. Singgah kembali,

    Sedapkan burger ni... Tapi kalau kat KL Kaw Kaw Buger Bakar tengah famous... kene try okey

    http://oditusufi.blogspot.com/2012/03/kaw-kaw-burger-bakar-wangsa-maju.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow nice la link yg u bagi ni bro...tq for sharing

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...