Tuesday, February 14, 2012

Working LIfe : Kembali Ke Tempat Asal...

Serve The Servant!

Pada 7 tahun lepas, dalam tahun 2004, aku mendapat tawaran kerja sebagai Pembantu Tadbir (Perakaunan) Gred 21 di sebuah agensi kerajaan / badan berkanun yang tugasnya ialah mengutip cukai pendapatan. Nama organisasi tersebut aku malas lah nak sebut, korang boleh teka sendiri la. Korang pun dah besar panjang kan haha. Masa aku mula kerja pada 1 Julai 2004 dulu, aku di posting ke Unit Potongan Cukai Berjadual (PCB) & Majikan, sebuah unit yang khas memantau pergerakan pemotongan cukai bulanan terhadap pekerja di syarikat2 besar di Bintulu. Tugas ni agak berat mulanya, mana tak nya, gila kau, dah la kena monitor PCB syarikat2 besar, kena "tiau" (sumpah seranah) oleh wakil majikan memang sudah menjadi kelaziman disebabkan potongan yang dibuat adalah WAJIB, bukannya "sunat" ajer...It's compulsary or else you will be compounded!

Tapi bila aku tengok at the bright side semasa 6 tahun berada di Unit ini ialah, ianya mengajar aku tentang toleransi apabila berjumpa dengan taxpayer especially wakil majikan, knowledge aku dalam taxation meningkat jugak la berbanding yang aku belajo masa kolej dulu (masa kolej cuma belajo dari segi teori, kat dalam organisasi ni you have to walk the walk, not just talk the talk) dan yang penting sekali, it made me a better man than i was before (masa kolej yang tunggang langgang dan kurang motivasi).

Pada tahun 2009 pula, aku di reshuffle pulak ke Unit Pentadbiran, atas alasan perjawatan "Perakaunan" aku tu hanya sesuai buat kerja pentadbiran, Ok fine I get along very well lepas tu. Tapi yang tak best nya, dah la masuk Admin, aku terpaksa jadi dungu balik, back to zero, buat kerja yang bukan minat aku iaitu pengurusan setor, aset dan inventori. This Is Madness!! Aku memberontak. Aku kurang beri tumpuan terhadap kerja lepas tu. Tapi tak la sampai suka menular tak tentu pasal, keluar pejabat sembarangan tak kira masa dan tak berpunch-card. Itu bukan aku. Pada penghujung tahun 2011 (tahun lepas) pula, aku diarah untuk membuat kerja kewangan (pengurusan pembelian barangan seperti aset, setor dan inventori serta sebagainya yang melibatkan hal2 rasmi). Pada masa tu, aku mula berfikir, ini lah kondisi kerja yang sesuai dengan perjawatan aku. Semasa membuat kerja kewangan, aku mula membabitkan diriku kembali ke dalam bidang pengkhususan aku iaitu PERAKAUNAN! I'm not saying that it's my true passion but at least I'm good at it (ye ker) sebab aku dah bergelumang dalam dunia accountacy sejak dari sekolah menengah lagi (subjek Prinsip Akaun).

Baru 2 bulan lebih aku di bahagian kewangan, sub-unit dari Unit Pentadbiran, aku sekali lagi diarah untuk reshuffle besar2an dalam pejabat aku. Tarikh pertukaran tersebut ialah hari esok (15 Februari 2012). Kali ini aku balik ke unit lama aku, Unit PCB dan Majikan. Damn, dah bagus2 aku berjinak2 dalam pengurusan kewangan pejabat, tiba2 aku balik semula ke unit lama aku. Bukannya aku tak suka, tapi sekurang2nya kerja kewangan sesuai dengan perjawatan aku. Aku rasa aku ada hak untuk bersuara dalam hal ni, tapi apakan daya, aku hanya pembantu tadbir gred 21 sahaja, bukan eksekutif, apatah lagi JUSA. Aku tak menyalahkan pihak atasan, mungkin ini karma aku, mungkin sebenar aku destined to serve well in PCB...who knows, right?

Sekadar luahan rasa hati aku sebagai seorang government servant...

Suatu ketika dahulu, aku serta rakan2 seperjuangan mengadakan Audit PCB di sebuah syarikat yang agak femes di Bintulu (bahagian mata dihitamkan atas sebab yang agak confidential hahah)

6 comments:

  1. aik? kerja perintah pun xtau SYMP? hehehe

    "Saya Yang Menurut Perintah"

    ReplyDelete
  2. sori boss, akronim tu aku tak terlintas dlm palahotak aku pun haha...tak tau plak wujud akronim SYMP haha...SYMPhaty....hahah

    ReplyDelete
  3. aik..apsal mata cover hitam? low profile ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka adalah org yg tak berapa nak bersalah...

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...