Saturday, September 29, 2012

Borneo International Kite Festival 2012 Kini Datang Lagi!

Official Promo Poster for Borneo International Kite Festival 2012
Let's Fly In The Haze!

Kalau di Kuching sering diadakan setiap tahun keramaian seperti Rainforest World Music Festival, di Miri dengan Borneo International Jazz Festival, di Mukah dengan Pesta Kaul, di Sri Aman dengan Pesta Benak, Bintulu juga tidak ketinggalan dengan festivalnya tersendiri iaitu Borneo International Kite Festival. Pada tahun ini pendapat aku ada meriah sedikitlah berbanding tahun lepas cuma tahun ini apa yang tak best nya ialah situasi jerebu yang amat meruncingkan akibat daripada pembakaran terbuka dari kawasan ladang (dari dalam Sarawak mahupun di kawasan Kalimantan) dan faktor lain lagi.

Disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan dan semestinya boleh menggangu kesihatan, aku membuat keputusan untuk tidak membawa anak aku keluar berjalan di festival tersebut pada waktu pagi. Baru malam tadi me and my little family sempat singgah ke festival ini. Itu pun kalau ikutkan hati keberatan jugak nak ke sana (aku bukannya suka sangat tempat yang sesak sebegini, tapi kalau gig atau konsert tu lain cerita la hehe). Walaupun tarikan utama untuk festival ini ialah pertandingan layang-layang yang pelbagai rupa dan bentuk, tapi ianya juga diiringi dengan tapak jualan barangan yang kadang2 ada di Bintulu. Di antara barangan yang terjual di sini ialah baju kurung, tudung wanita, jersi sukan (sempat pulak aku beli merchandise Manchester United masa tu haha), perkakas dapur, makanan dan minuman serta banyak lagi.

Ok lah malas nak borak banyak2 pasal hal ni, let's check out some interesting pictures from the event:

Pelbagai jenis layang-layang dipamerkan di tapak jualan 

Kelihatan seorang ayah sedang memilih layang-layang untuk anak-anaknya

Pentas Utama Borneo Inernational Kita Festival 2012 
Sebenarnya aku nak tengok ada member sepejabat aku buat persembahan tarian malam tadi di sini. Flashmob Oppa Baie Style!
My dear Ainul dengan layang-layang Angry Bird nya

Kanak-kanaklah yang paling teruja kalau ada event macam ni. Petang ni nak bawak dia main bendalah ni haha
Oh ya lupa nak bagitau, aku suka tengok booth ni. Brader dari Kuching ni buat karikatur dan lukisan potret dengan harga yang berpatutan.

Peserta dari Pantai Timur juga ada mengikuti festival ini dengan membawa wau nya (pics dari official website, ini pic tahun lepas)

Layang-layang gergasi berbentuk ikan pari (pic tahun lepas diambil dari laman web rasmi BIKF)

Beginilah keadaaan sebenar layang-layang yang berterbangan di angkasa semasa festival tersebut berlangsung (pic tahun lepas dari laman web rasmi BIKF)

Perserta dari luar negara sedang bermesra dengan kanak-kanak yang berkunjung di festival berkenaan (pic tahun lepas dari laman web rasmi BIKF)
 P/S: Harap tahun depan tidak akan ada lagi jerebu yang teruk sebegini. Mudah2an InsyaAllah.

12 comments:

  1. Kacak nya. patutlah my frens gi cnun semlm.

    ReplyDelete
  2. Mcm ni nak nyuroh org polah blog kmk menarik o? sapa yg ktk tauk pandei molah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamek sebenarnya pun belajar kedirik juak psl blogging tok,mek baruk jak setahun aktif blogging.tapi berdasarkan pemerhatian kamek,mun mok molah bloh lebih menarik,kita kena selalu komen dkt blog org,cuba promote dr siya.lagi satu,buat entri blog mkin menarik,kdg2 ada sesetengah topik kita rasa menarik tp org mcm x peduli ajak,xpa kdg2 mek pun camya juak.apa yg penting,jgn berhenti menulis,makin lamak kita aktif blog,makin terer kita polah artikel n bahasa melayu kita makin berkembang.

      Delete
  3. festival layang2 ni nampaknya cuma ada kat bintulu dan jb ajer...aku dah lupa jb punya tu hari bulan berapa...

    ReplyDelete
  4. Haha begitulah rasanya,masa aku lepak di JB tahun 2003 dulu pernah gak tgk festival layang2 di sana...yup,nampaknya mcm tu la bro,di semenanjung berpusat di JB...di borneo pulak di Bintulu

    ReplyDelete
  5. betul tu bro adi/berteromber..festival ni la yang paling best..masa festival tahun sudah kat pasir gudang aku punya layang2 spiderman kena kebas daa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak kesiannya bro...haha kat pasir gudang kan festival layang2 tu? dah berlalu ker ataupun akan menyusul selepas ni? harap2 best dr kami la haha

      Delete
  6. jerebu punya pasal x dapat pegi banyak kali, apatah lagi masa ya aku x brapa sihat =.=

    ReplyDelete
  7. Kamek cuma pergi waktu mlm jak,ya pun mlm sabtu jak...aduh nang antap ramei la manusia haha....lagipun jerebu yg molah spoil abis bah

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...