Alhamdulillah sekali lagi aku berpeluang untuk pergi ke negeri di bawah bayu iaitu Sabah pada 23hb September yang lepas untuk mengikuti satu operasi yang diadakan oleh jabatan aku. Kedatangan aku kali ini bukanlah dalam bentuk kursus macam dulu, tetapi lebih ke arah menjalankan tugas. Maksudnya agak sukar untuk mendapat waktu renggang untuk bersiar2 di bandaraya Kota Kinabalu yang indah itu. Siap aku ada operasi waktu malam pulak dah, tak senang duduk aku dibuatnya. Tapi walau bagaimanapun aku sempat juga mencuri sedikit masa untuk merayau-rayau bersama rakan2 yang sama mengikuti operasi pada ketika itu.
Pada ketika kehadiran aku di Kota Kinabalu ketika itu, aku menetap di Promenade Hotel yang terletak betul2 di tengah kotaraya itu. Lokasinya yang strategik kerana tidak jauh dari tempat membeli belah membolehkan aku mencari barangan2 untuk dibawa pulang ke Bintulu. Banyak barangan yang aku beli ialah untuk orang rumah aku, anak serta saudara mara. Untuk aku sendiri ada la jugak tapi tak la banyak hehe.
Aku hanya berada di KK cuma 5 hari 4 malam sahaja. Rasa macam tak puas pula, ada banyak lagi tempat menarik yang aku ingin pergi tapi oleh kerana kekangan masa dan tuntutan tugasan yang harus diselesaikan, maka aku hanya dapat berjalan2 di sekitar bandaraya sahaja. Sempat pula aku pergi ke pantai First Beach, Tanjung Aru semata2 untuk merasa makan laut yang menarik di sana sambil menghirup udara segar yang datang dari laut dan pantai yang cantik, sejujurnya ianya lebih terpelihara dan selamat untuk mandi berbanding dengan pantai yang ada di Bintulu, tempat aku tinggal ni.
Oh berbalik kepada sesi memakan makanan laut tadi, makan tak ingat beb! Lobster ada, sotong ada, pelbagai ikan la yang tersedia di sana, segar2 lagi tu. Sampai tak tau nak pilih yang mana satu. Akibatnya, oleh kerana kerakusan memakan makanan laut, aku hampir terkena gout pada malam harinya. Aduh, itu maksudnya kandungan asid dalam tubuh aku ni dah sampai tahap bahaya. Aiya..hampir2 full package penyakit dalam badan aku ni. Darah tinggi, kolesterol tinggi dan uric acid berlebihan. Harap tak ada lagi penyakit yang teruk2 lepas ni. Nauzubillah huhu.
Jom layan gambar-gambar pulak!
Yang ni merupakan pasar atau Tamu yang terletak di belakang Pasar Filipin. Waktu aku pergi sini, peniaga2 masih membuat persiapan untuk berniaga.
Kawasan ini pula tempat menjual ikan2 segar yang datang dari laut
Ini pula tempat membeli segala macam produk laut dalam bentuk kering dan masin seperti ikan terubok masin (?), udang kering, ikan bilis, keropok dan sebagainya.
Di kawasan lobi hotel Promenade tempat aku tinggal ketika itu, kelihatan ada penghibur2 coffee house yang sedang menyanyikan beberapa lagu menarik di malam hari. Boleh tahan juga persembahan mereka. Rasa2nya mereka ini orang filipin kot
Wajah di belakang Pasar Filipin dikala waktu malam
Pelbagai makanan laut dihidangkan untuk para pelancong yang datang di kawasan belakang Pasar Filipin. Tapi setelah aku dengan rakan2 membuat perbandingan harga, makanan laut di First Beach Tanjung Aru lebih murah dari sini.
Akhirnya kami sudah sampai sini!
Pelbagai gerai menjual makanan laut yang ada di sini. Waktu ni dah lewat malam, lebih kurang pukul 12 lebih macam tu. Orang pun tak berapa ramai di kawasan ni, banyak yang suka lepak kat tempat minum air kelapa kat depan pantai.
Kawasan pantai First Beach Tanjung Aru
Walaupun ianya gelap di malam hari namun ramai juga pengunjung2 yang datang lepak2 di sini
Sebahagian makanan yang kami order pada malam itu (bala...bala....haha)
Pekan Menggatal, antara lokasi yang jabatan kami singgah untuk buat operasi. Nice small town, siap ada 7 Eleven lagi tu haha. Lebih kurang satu jam dari Kota Kinabalu (rasanya kot, aku pun tak ingat)
Ini pula Jambatan Gantung Tuaran. Ya, selain Tamparuli, di Tuaran juga ada jambatan gantung, tapi rasanya di Tamparuli lebih panjang dari yang ini. Pekan Tuaran juga merupakan salah satu lokasi untuk operasi kami di sana.
Seperti yang aku pernah maklumkan pada entri terdahulu, ini merupakan Soto Ayam. Ianya antara yang sedap pernah aku rasa, hanya terdapat di Restoran Happy Muslim.
Inilah restorannya, Restoran Happy Muslim. Terletak di belakang Hotel Le Meridien, tidak la jauh sangat nak menapak dari hotel aku ke sini.
Ini pula dipanggil Coto Makasar, salah satu masakan orang Bugis yang dihidangkan di pasar malam di belakang Pasar Filipin. Ianya tidak jauh beza dengan Bakso cuma ianya mesti dimakan dengan Nasi Buras bagi menggantikan nasi himpit. Boleh tahan sedap cuma aku tak dapat nak habiskan oleh kerana kekenyangan yang amat dahsyat haha.
Ini pula kawasan Waterfront yang juga terletak tidak jauh dari Pasar Filipin. Kelihatan beberapa pelancong sedang mengambil gambar (erk..aku pun pelancong jugak pada masa itu hehe)
Awan mendung ketika itu di kawasan waterfront. Tapi pemandangan tetap cantik walau dalam apa cuaca serta keadaan sekalipun
The Greatest View!
Masa bertugas di KK hari tu, terdengar pulak lagu ni di dalam bas pekerja (on the way nak ke Menggatal), haha menarik jugak lagu ni. Muzik country with a little bit of Sabah flavour.
Bersambung.... (?)
P/S: Esok (14 Oktober) merupakan ulangtahun ke 2 blog aku ini...perghh big deal!
P/S: Esok (14 Oktober) merupakan ulangtahun ke 2 blog aku ini...perghh big deal!
mcm di kk kan?
ReplyDeleteYup...
Deletetapi aku rasa mcm kurang sesuai penggunaan istilah "jakun" tu, klu kita2 di borneo no problem... tp semenjak blog MC ni melangkaui laut china selatan, nmpk agak racist penggunaannya
DeleteErkk...speechless
Deleteerr...yang part 1 tu tahun 2011...ni entri peram 2 tahun ker?
ReplyDeleteTak bro...yang ni entri tahun 2013...baru lagi hehe
Deletecari pati buah delima cap Gulsan. inshaaAllah mengurangkan sikit kesan sakit gout
ReplyDeleteTerima kasih tuan di atas tips tersebut...inshaAllah saya akan cari pati buah tu
Deletei love this type of posts, very national geographic. Taruk foto banyak2 beb.
ReplyDeleteHaha mcm Discovery Travel & Living pulak kan?
DeleteBaru aku tau ramai org filipin kat sabah eh?cantik view time mendung tu bro..tapi satu je,lu bila dah jumpa makanan sedap je,mula lupa diri..heheh
ReplyDeleteHuhu itu la bro, sungguh mengecewakan...aku dah cuba sedaya upaya nak mengelak tapi tak berjaya jugak...sedih...mcm mana nak kekal hidup sihat ni?
DeleteRindu KK eh... lama tak menjenguknya.
ReplyDeletejom book tiket for next year sis...hahah...aramaiti
Delete