Friday, December 9, 2011

TRIP TO KOTA KINABALU - Travelog Seorang Pelancong Yang Jakun!

Personal Review About My Trip To Kota Kinabalu, Negeri Di Bawah Bayu!

Pertama sekali aku ingin nyatakan di sini, aku sebenarnya bukanlah seorang invidu yang adventurous dan aktif dalam apa2 aktiviti fizikal. Kalau diajak untuk bersukan atau apa2 aktiviti rekreasi pun, aku akan fikir banyak kali (aku rasa tabiat ni aku kena buang jauh-jauh la haha). Apatah lagi kalau disuruh untuk aktiviti mendaki Gunung Kinabalu ataupun snorkling di Pulau Sipadan, lagi la berat hati aku nak ikut serta. Aktiviti sebegini sering dianjurkan oleh Kelab Rekreasi dan Sukan di pejabat aku. Tapi kali ini, aku diberi peluang untuk menziarahi Kota Kinabalu bukan atas dasar ikut kawan2 untuk projek daki gunung atau apa2pun, aku ke sana atas urusan rasmi (kursus kewangan peringkat cawangan2 Sabah dan Sarawak) dan ini merupakan peluang keemasan untuk aku sight-seeing dan sekaligus memperkukuhkan ilmu kewangan atau pentadbiran (ye ker ni?).

Apa yang aku suka tentang traveling ini ialah, aku suka melihat gelagat manusia di tempat asing, observe gaya hidup mereka dan cuba menghargai kebudayaan pada sesuatu masyarakat, bunyi macam pakar Antropologi saja kan? haha. Perjalanan aku bermula pada 6 Disember (Selasa) dan berakhir pada 9 Disember 2011 (Jumaat). Kursus pula bermula pada hari rabu 7 Disember tersebut, jadi ianya hanya mengambil masa 2 1/2 hari sahaja (masa yang agak kurang cukup untuk menuntut ilmu pada pendapat aku lah). Pesawat aku dari Bintulu ke Kota Kinabalu berangkat pada pukul 9:10 pagi pada hari Selasa tersebut menggunakan ATR Aircraft milik MASWings. Ianya hanya mengambil masa lebih kurang sejam sahaja untuk sampai ke KK. ETA kami sampai di KK pula kira2 jam 10:10 pagi.

Kepulan2 awan dari pandangan melalui pesawat ATR MASwings, kipas kapal terbang pulak nampak pelik betul apabila diambil gambarnya haha.

Setelah sampai Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, aku dan beberapa rakan sepejabat menaiki teksi ke Horizon Hotel, sebuah hotel yang baru beroperasi 4 bulan dan terletak di tengah kepadatan bandar Kota Kinabalu. Lokasi hotel ini amat menarik kerana ianya terletak tidak jauh daripada beberapa lokasi menarik di bandar tersebut seperti Pasar Filipin, KK Plaza dan Centre Point (beberapa shopping complex yang best di sana), Pasar Malam sebelah Le Meridien Hotel (ada ala2 macam Pasar Chow Kit) dan beberapa restoran yang menghidangkan makanan laut.

Statue kuda yang diperbuat dari kayu ini menarik perhatian aku, ianya terletak di lobi Horizon Hotel dan apa yang paling melucukan ianya mempunyai Lampu Tidur di atas kepalanya (!)

Monumen bersejarah yang terletak berhadapan dengan Horizon Hotel

Disebabkan kursus akan bermula pada esok harinya (Rabu 10 Disember) dan dijangka akan berlarutan hingga ke malam, kami cuma ada masa untuk bersiar-siar dan membeli-belah (ni untuk kaum hawa saja la) pada hari selasa itu sahaja. Esok harinya akan menjadi tempoh kursus yang agak intense dan memenatkan. Jadi aku dan beberapa rakan pejabat pergi ke Pasar Filipin yang terletak tidak jauh dari hotel kami. Amat common jika kita mendengar dari orang2 yang pernah ke KK sebelum ini, kalau ada pergi KK jangan lupa singgah ke Pasar Filipin. Well, I've been there and its pretty much interesting. Tempat ni lebih kurang macam Central Market (Kuala Lumpur) ataupun Main Bazaar di Waterfront (Kuching) kerana ianya lebih kepada tempat menjual barangan cenderamata dan aksesori mutiara serta pin2 baju kurung yang menarik.

Antara produk yang dijual di Pasar Filipin, Kota Kinabalu. Ini ialah pin permata berjuntai, sesuai untuk diletak di tudung.

Rantai mutiara yang pastinya akan mengaburkan mata kaum hawa, kompem kering wallet dibuatnya...hanya boleh didapati di Pasar Filipin

Di Pasar Filipin juga ada Ukulele yang siap ada tulisan "Sabah" di atas body-nya. Tapi yang ini lebih kepada perhiasan sahaja, bukan instrumen muzik yang sebenar.

Alat muzik misteri yang aku tak tau apa namanya ini juga dijual di Pasar Filipin, bunyinya lebih kurang macam Chaklempong yang pernah aku dengar di Langkawi suatu ketika dahulu.

Sempoton, sebuah alat muzik tradisional Sabah. Ianya juga boleh didapati di Pasar Filipin. Aku cuba bayangkan, boleh ker Kenny G main benda ni? haha

Selepas ronda-ronda dan beli serba sedikit barangan di Pasar Filipin, kami seterusnya mencari tempat untuk makan tengahari, perut masing2 dah mula memberi signal refill dan logo minyak dah habis haha macam yang dekat speedometer kereta tu. Nasib baik lah kami TERjumpa sebuah restoran yang menghidangkan Soto Ayam / Daging yang terletak di belakang Hotel Le Meridien (tidak berapa jauh dari Pasar Filipin). Nama restoran tersebut ialah Restoran Happy Muslim (teringat pula dengan Hepi;) Jamming Session haha), suasana di restoran ini agak hectic dan pelanggan tidak putus2 datang. Aku memilih untuk makan Soto Ayam kerana menurut cerita dari kawan2 aku yang suka melancong ke KK sebelum ni, tak sah kalau tak cuba Soto Ayam jika berada di bandar KK ni.

Soto Ayam yang boleh di dapati di Restoran Happy Muslim, Kota Kinabalu

Setelah selesai mengisi perut (refill dengan soto ayam yang best - kalo dah lapar semua makanan kira best), kami bercadang untuk ke One Borneo, sebuah shopping mall yang dikatakan kebanyakan orang, lebih besar dari Mid Valley Mega Mall. Entah la, aku tengok sama saja. Tak tau pulak pada pandangan orang lain. Kami pun menunggu teksi di KK Plaza (shopping mall jugak) yang terletak tidak jauh dari restoran yang kami singgah tadi. Menurut bro Razali a.k.a. Ijau D Kucing, di tingkat atas shopping mall ni (KK Plaza) ada beberapa buah kedai yang ada menjual merchandise rock / metal. Jadi aku pun tanpa membuang masa, check-it-out terus la kedai2 itu, lalu aku terjumpalah kedai yang bernama Halloween dan Goblinz ni (sila rujuk pic di bawah). Geng2 sepejabat aku pulak ambil kesempatan sekejap untuk ronda2 kat ground floor KK Plaza tersebut, ambik masa 1/2 jam la sebelum berangkat ke One Borneo.

Kedai Halloween (kiri) dan Goblinz (kanan), kedua2nya menjual merchandise rock / metal seperti t-shirt, CD, poster, patches dan sebagainya.

Apa yang menarik minat aku (persepsi pertama) tentang kedua2 kedai ini ialah, beberapa figura aksi yang dibuat display di hadapan kedua2 kedai tersebut. Ada bermacam2, dari Spawn, X-Men, Hellboy, The Crow (damn...ni yang buat aku nak beli ni tapi fulus tak cukup la plak), Transformers dan bermacam2 lagi. Tapi itu bukan motif utama aku ke kedai ini, tujuan asal ialah nak cari CD yang rare, lalu aku TERbeli la pulak CD Kompilasi "Thrashing Like A Maniac" keluaran Earache Records. Di dalam CD kompilasi tersebut terdapat beberapa band New Generation Thrash Metal yang aku minat contohnya Municipal Waste, Gama Bomb dan one of my favorite Warbringer! Layan jugak la Cd ni, berbaloi dengan duit yang aku bayar haha.

CD Thrashing Like A Maniac (Kiri) dan CD Manggas "Kuraia" yang aku beli dari tauke Derangement Project, Mr Shairul! Sempat jugak aku bertemu beliau, itu pun pada hari kedua kursus masa time dinner haha curi2 keluar dari kelas malam.

Tidak jauh dari kedai2 itu, terdapat sebuah kedai yang menjual instrumen2 muzik iaitu Hollywood Music House (rujuk pic di bawah). Ermm...aku rasa barang2 yang ada dalam kedai ini pernah aku tengok dan boleh didapati di beberapa kedai alat muzik di Bintulu contohnya Zoso Music Shop dan My Music Shop.

Inilah kedai instrumen muzik Hollywood Music House. Perhatikan Ukulele yang terdapat di rak display hadapan kedai tersebut, kesemuanya berjenama Mahalo, agak common di kalangan pemain Ukulele.

Aku rasa antara banyak2 gitar, gitar akustik ini yang menarik di pandangan mata aku semasa berada di kedai Hollywood Music Shop. Bro Ijau, boleh kasi info ker tentang gitar akustik ni? Aku lupa pulak nak tanya dengan salesman masa tu, lagipun diorang tak friendly la.

Lepas penat pusing2 di dalam KK Plaza, kami pun back to the original plan, nak ke One Borneo. Dengan menggunakan teksi, perjalanan dari KK Plaza ke One Borneo mengambil masa lebih kurang 25 minit. Sepanjang perjalanan tersebut barulah kami dapat melihat di sekeliling pinggir bandar KK yang mempunyai kecantikan alam yang eksotik seperti pulau2 yang indah, pantai yang masih cantik dan tidak tercemar (tak macam pantai Tanjung Batu kat tempat aku ni). Selepas itu kami pun sampai di One Borneo. Sekali pandang macam best, tapi lepas masuk ke tempat ini, ermm aku rasa biasa saja, sama seperti pusat membeli belah yang pernah aku lawati.Mungkin aku ini bukan jenis yang shopaholic kot, sebab itu feel kurang ke arah sana haha.

Kawasan lobi (ground floor) One Borneo yang dihias cantik dengan hiasan untuk hari krimas nanti, maklum lah sekarang kan dah bulan Disember

Geng2 kami yang majoritinya kaum hawa ada juga membeli beberapa barangan di sini. Tanpa kami sedari, jam sudah menunjukkan pukul 5:30 petang dan kami terpaksa berkejar masa sebab waktu malamnya nanti kami ada sesi suai kenal di kalangan peserta kursus pada pukul 8:00 malam. Tapi oleh kerana kepenatan, perut kami secara serentak berkeroncong semula (isyarat refill naik lagi). Kami pun pergilah ke sebuah kedai makan yang terletak tidak jauh dari One Borneo iaitu Restoran Getaran Jiwa & Katering. Apa yang menarik tentang restoran ini ialah kebanyakan menu makanan nya ada mengambil beberapa tajuk movie / lagu Allahyarham P. Ramlee seperti Gado-gado Do Re Mi, Laksa Sesudah Subuh, Rojak Bujang Lapuk dan macam2 lagi. Tapi kami cuma singgah minum sahaja dan memakan beberapa kudapan ringan seperti cucur pisang dan ubi.

Inilah dia Restoran Getaran Jiwa yang aku cakap tadi! Siap ada stage kecil untuk para pengunjung yang ingin berkaraoke.

Selesai mentekedarah, kami pun balik ke hotel kira2 pukul 6 petang begitu. Waktu malam nya seperti yang telah dirancang, ada pula sesi pengenalan di kalangan peserta kursus. Pada hari rabu (hari kedua) sehinggalah hari jumaat (hari terakhir iaitu 9 Disember 2011) jadul kursus tersangatlah packed dan rasanya aku dah tak larat nak bersiar-siar ke mana-mana. Lepas solat Zuhur padi hari jumaat berkenaan, aku dan beberapa peserta kursus terus menuju ke KK International Airpoart. Aku berharap ada kali kedua trip aku ke bandar Kota Kinabalu ini. InsyaAllah aku teringin membawa isteri tersayang serta anakku Ainul Maisarah melihat kota yang unik dan istimewa ini. Tidak puas rasanya aku mengamati keindahan yang ada pada tempat ini. Aku sajikan kalian semua dengan video dari Jimmy Palikat ini yang berjudul "Anak Kampung" (lagu ini tersangatlah famous sekarang sehinggakan ada versi kecek Kelantan pulak haha).



Jimmy Palikat "Anak Kampung"





6 comments:

  1. pengalaman yg menarik utk di kongsikan bersama...mun kta sama2 geng2 muzik g cnun kan best...

    ReplyDelete
  2. 1. frekuensi kipas kapal xsama dgn frekuensi kamera (shutter speed xcukup laju), sbb tu gmbr jd pelik
    2. hahaha beli cd versi "asialink"?
    3. holiwud muzik kkplaza (bkn karamunsing) klu amoi yg jaga kaunter mmg friendly sket
    4. itu gitar nama resonator guitar

    ReplyDelete
  3. encik barangkali marus:
    best jugak idea ya, mengumpul rakan2 sepermainan dlm muzik dari bintulu konvoi ke KK dan jumpa geng2 musicians di sana.

    bro ijau AADI:
    1. haha sori bro aku lupa bawak kamera DSLR
    2. haha Cd versi Asialink saja yang aku mampu beli bro...kalo yang ori tu boleh menyebabkan sesalan tak sudah jika membelinya nanti haha
    3. amoi yang jaga kedai Hollywood Muzik di kk plaza masa tu tengah melayan sorg customer yang nak beli gitar Ibanez Gio, so aku pun x sempat nak bertanya tentang stuff dgn dia.
    3. haha tq for the info bro, mlm ini gua cari google tentang details psl gitar ini. ada ker dijual kat CK Music or evenr cmmusic?

    ReplyDelete
  4. ck music kompom xda jual, cm music aku xtau sbb aku xda link dgn dorg... plng2 aku pnh tgk di premis guitar collection sunway pyramid...

    ReplyDelete
  5. haha nice, guitar resonator tu memang cun bawak lagu bluegrass/country/blues...cuma pernah tengok kat TV/Youtube saja sebelum ni, kat KK baru tengok depan mata...bagi org lain mgkn biasa tapi kalo org yg appreciate lagu2 bluegrass ni kompem suka...

    ReplyDelete
  6. Sekarang 2016 kedai yang menjual alat muzik di kk plaza itu sudah tutup premis itu mungkin di ambil alih oleh peniaga lain patutlah sudah round dua kali dalam kk plaza tidak nampak sebiji gitar

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...