Wednesday, May 2, 2012

My Favourite Top 20 Britpop / Indie / Alternative Bands Of The 90's (UK Region)


Di dekad 90'an dahulu, terutama sekali pada tahun2 bermula seperti 1994 hingga 1996, industri muzik dunia dikejutkan dengan fenomena muzik rock yang radio-friendly, catchy and lively rock-and-roll tunes, dipanggil Britpop. Walaupun ada sesetengah pendapat (dari pihak media massa terutamanya) mengatakan scene muzik Britpop sudah pun bermula pada pertengahan dekad 80'an lagi, dimahsyurkan oleh band2 tersohor seperti The Smiths, New Order, James dan The Fall melalui movement underground pada ketika itu yang dipanggil Madchester, namun ianya mendapat perhatian dunia pada awal dekad 90'an. Movement ini dipopularkan oleh band2 seperti Blur, Oasis, Suede dan sebagainya.

As a teenager back then, antara genre rock yang menjadi sumber inspirasi aku untuk membuat lagu ialah Britpop. Aku mula2 terdedah dengan genre ini setelah mendengar beberapa keping CD yang dibawa dari UK oleh seorang anak sahabat ibu aku pada awal dekad 90'an dahulu. Dia juga merupakan indie enthusiast, cuma bukannya seorang musician seperti aku haha. Melalui genre ini jugalah, aku terinspirasi untuk menubuhkan band indie aku sendiri pada tahun 2000 semasa belajar di sebuah kolej di Kolumpo dulu yang dipanggil TRESNO (aku masih lagi jual CD EP band ini, hanya perlu klik di sini untuk keterangan lanjut).

Tak lupa juga terdapat beberapa band Indie tempatan yang aku suka juga di zaman itu seperti The Beads (RIP), The Nerds (RIP - ahli2nya iaitu Naza dan Alem kemudiannya menganggotai OAG pada awal tahun 2000 seterusnya selepas keluar dari band itu, lalu menubuhkan The Times) dan semestinya Nice Stupid Playground! Di bawah ini merupakan senarai band2 Britpop yang aku syok giler2 dulu haha KLMJ punya pasal!

Top 20 Britpop Bands of the 90's (In My Opinion)

20. Kula Shaker

 Crispian Mill (gitaris, vokalis kumpulan Kula Shaker)

Kula Shaker merupakan sebuah band yang sebenarnya bergenrekan irama psychedelic rock, akan tetapi oleh kerana band ini diasaskan semasa kemuncaknya era Britpop / Indie di UK ketika itu, mereka kemudiannya menjadi sebahagian daripada scene tersebut. Antara singles2 meletup mereka pada ketika itu ialah "Hey Dude", "Hush" dan my all time favourite "Govinda".

 Kula Shaker : performing Govinda "taken from the album K

19. Supergrass 
 The Trio of Supergrass
Band yang famous dengan single mereka yang berjudul "Alright" diambil dari album pertama mereka yang berjudul "I should coco", lagu tersebut merupakan satu2nya international success mereka. Band ini diisytiharkan pembubarannya pada tahun 2010. 

Supergrass - Alright (official music video)

18. Pulp 
 Pulp
Pulp bukanlah band yang dianggap remeh dalam scene, band yang sudah bertapak dalam scene music indie di UK semenjak tahun 1978 ini, telah menghasilkan 7 buah album dan beberapa EP yang ntah berapa banyak (this band stayed too long in the UG sepanjang dekad 80'an). Kebanyakannya lagu2 mereka berbentuk komedi dan berkait rapat tentang humor yang terdapat di dalam perhubungan semasa manusia (mostly about couples la).  

Pulp - Bad Cover Version

17. Lightning Seeds
Lightning Seeds

Band (Lightning Seeds) yang berasal dari Liverpool ini, merupakan sebuah band yang agak famous suatu ketika dahulu dikalangan peminat bolasepak BPL atau secara spesifiknya geng2 hooligans. Terkenal dengan lagu yang bertajuk "Three Lions" yang dijadikan anthem untuk team England semasa Euro 96. Band ini masih bertahan sehingga kini.

 Lightning Seeds - Three Lions

16. Space
 Space

Band (Space) yang juga berasal dan ditubuhkan di Liverpool ini (ermm mentang2 lah The Beatles asal pun dari Liverpool) memberikan pendekatan yang berbeza dalam muzik indie mereka yang akan kelakar dan hilarious (sering bercerita tentang angan2 nak jadi superhero dan dating dgn alien). Antara singles terbaik mereka ialah "Female of the Species", "Neighborhood" dan "Avenging Angels" (aku suka video clip lagu ni haha sunggug melucukan). Band ini masih lagi aktif sehingga kini.

Space - Avenging Angels


15. Cast
Cast
Another band from Liverpool (not again!), Cast merupakan band terpenting dalam scene Britpop di era 90'an dan Noel Gallagher (pengasas band Oasis) pernah menyatakan bahawa Cast merupakan "jelmaan The Who di era 90'an". Band ini juga masih aktif sehingga sekarang. Antara single kegemaran aku dari band ini ialah "Walkaway".

 Cast - Walkaway
 
14. The Bluetones

Antara band yang cukup famous juga dalam scene Britpop semasa dekad 90'an, The Bluetones terkenal dengan lagu mereka yang bertajuk "Slight Return", perghh lagu ni memang ada influence dari The Smiths (samada dari segi permainan gitarnya yang ala Johnny Marr ataupun musical direction) cuma dari segi vokal memang berlainan lah. Selepas kejatuhan era Britpop pada awal dekad 2000 - 2010, band ini masih lagi bertahan memperjuangkan muzik mereka sehinggalah pada 2011 lalu, they just called it quit selepas tour di Japan pada tahun yang sama. 

The Bluetones - Slight Return

13. Ocean Colour Scene

 Ocean Colour Scene : cover album "Moseley Shoals"

Ocean Colour Scene merupakan band yang berasal dari Birmingham, England. Band yang dianggap penting di dalam scene Britpop terutama sekali dalam movement Madchester (just click the link for further info ok) ini juga merupakan mod-culture enthusiasts,kalau tak silap aku ada salah satu video klip diorang ada tunjuk band members tengah membawa Vespa pusing keliling London! Antara lagu famous diorang masa dekad 90an dulu ialah "The Day We Caught The Train". Band ini masih lagi aktif sehingga sekarang.

Ocean Colour Scene - The Day We Caught The Train

12. Manic Street Preachers 
 The Trio : Manic Street Preachers


Kalau kita bercerita tentang Manic Street Preachers, tentu ianya tidak boleh lari dari lirik2 lagu yang bertemakan isu politik dan sosial. Band yang berasal dari Wales ini (sebuah negara kecil yang terletak di antara England dan Scotland) pada mulanya merupakan sebuah band Glam-punk yang diasaskan oleh penyanyi nya James Dean Bradfield dan Richey Edwards (gitaris dan juga lyricist band ini yang kemudiannya dilaporkan hilang pada 1 February 1995 sebelum band ini membuat konsert jelajah di USA). Antara singles2 terhebat mereka ialah "If You Tolerate This Your Children Will Be Next" dan "A Design For Life". Band ini masih bertahan sehingga sekarang.

Manic Street Preachers : If You Tolerate This Your Children Will Be Next

11. Stereophonics
 Stereophonic

Band (Stereophonics) yang juga berasal dari Wales ini juga merupakan sebuah komponen penting dalam movement Cardiff Music Scene (lebih kurang macam Madchester jugak la). Antara single terawal dari band ini yang mula membuka mata dan telinga dengan muzik mereka ialah "Local Boy In The Photograph". Di pertengahan dekad 90an sehinggalah awal tahun 2000, band ini telah melebarkan sayap kepopularitian (apa punya perkataan dah) ke USA. Band ini masih lagi aktif sehingga sekarang.

Stereophonic - Local Boy In The Photograph

10. Ash
 Ash

 (Ash) Band yang berasal dari Northern Ireland ini, merupakan sebuah kugiran yang berkonsepkan alternative rock. Zaman remaja aku dulu, album2 dari band ini adalah di antara koleksi2 kaset yang aku beli menggunakan duit tabungan aku (kes pecah tabung buluh ni) semata2 minat lagu alternative punya pasal. Antara album yang masih menjadi minat aku untuk mendengar semula pada ketika ini ialah "Trailer" (1st album) dan "1977". Band ini masih lagi bertahan sehingga kini.

Ash - Goldfinger

9. Teenage Fanclub

 Teenage Fanclub

Teenage Fanclub, Band yang ditubuhkan di Scotland ini merupakan satu2nya band dari scene Britpop yang mengambil gaya muzik seperti The Byrds (berdasarkan nyanyian berharmoni di antara Norman Blake selaku vokal utama dan 2 lagi rakan di dalam band tersebut) dan lebih ke arah American Alternative / Post-grunge Sound yang dipengaruhi oleh band2 seperti Dinosaur Jr, The Lemonheads, Blind Melon dan R.E.M. Band ini masih lagi aktif sehingga sekarang.

Teenage Fanclub - Ain't That Enough
 
8. Embrace
Embrace

This is one of my favorite band from the 90's! Embrace merupakan sebuah band yang agak kukuh kedudukan populariti nya semasa dekad 90'an. Band ini juga sama seperti Oasis, ditubuhkan oleh dua beradik iaitu Danny McNamara (vokalis) dan adiknya Richard McNamara (gitaris dan juga co-songwriter). Pernah berlaku feud di antara band ini dengan Oasis suatu ketika dahulu, tapi kontroversi itu tidak menjejaskan produktiviti muzik yang dijanakan oleh band ini. Telah menghasilkan 6 buah album, band ini masih kukuh berada di dalam scene Britpop yang pada ketika ini sudah hilang taringnya.

Embrace - Come Back To What You Know

7. The Cranberries

 The Cranberries - My all-time favorite album "No Need To Argue"

Tahukah anda, asalnya The Cranberries merupakan all-guys band dan nama asalnya ialah The Cranberry Saw Us? Setelah kemasukan Dolores O'Riordan pada tahun 1989, hala tuju band ini juga berubah kepada sound yang lebih tersendiri dan unik, disadur dengan vokal Dolores yang ke arah Traditional Irish Music dan sedikit pengaruh U2 pada awal kemunculan mereka. Mereka sudahpun mempunyai 6 buah album sekarang dan baharu sahaja membuat konsert jelajah mereka di Kuala Lumpur bulan lepas sempena mempromosikan album terbaru mereka iaitu "Roses".

The Cranberries - Free To Decide

6. The Verve
The Verve
 
The Verve yang terkenal dengan sound Psychedelic dan Space Rock ini, merupakan sebuah band diasaskan oleh Richard Ashcroft (vokalis) dan Nick McCabe (gitaris serta co-songwriter bersama Richard Ashcroft). Walaupun band ini pernah meriliskan dua album sekitar tahun 1993 - 1995, mereka benar2 menemui sukses setelah mengeluarkan album ketiga yang berjudul Urban Hymns apabila single pertama mereka yang berjudul "Bittersweet Symphony" telah menembusi pasaran USA dan lagu tersebut juga pernah terpilih menjadi nominee semasa Anugerah Grammy tahun 1998 di dalam kategori Best Rock Song. Band ini telah dibubarkan pada tahun 2009.

The Verve - Bittersweet Symphony


5. Suede
 Suede

Oh man, where should I start? Pertama kali aku dengar lagu Suede ialah semasa mendengar kaset kompilasi Absolute Alternative yang aku pinjam dari member. Lagu pertama yang aku dengar ialah "Trash" yang diambil dari album "Coming Up", pada mulanya menyampah juga aku dengar gaya vokal Brett Anderson yang agak fagot dan keperempuanan itu. Tapi kekuatan sebenar pada muzik Suede ialah melodi dari setiap lagu mereka. Ianya berlainan dari band2 Britpop yang lahir dari dekad tersebut. Semenjak membeli kaset Suede dari album "Coming Up" itu (mempunyai beberapa lagu killer seperti Thrash, Beautiful Ones, Saturday Night, Lazy dan Filmstar) , persepsi aku tentang muzik indie berubah. Kerana Suede, i still have a huge respect on this genre! Band ini pernah dibubarkan pada tahun 2003 dan kembali aktif pada tahun 2010 tanpa sebarang progress untuk menghasilkan sebarang album baru.

Suede - Wild Ones (Live At Glastonbury)
 
4. The Stone Roses


Band yang boleh dikategorikan sebagai veteran dalam dunia muzik Indie ini, secara totalnya mengubah persepsi pencinta muzik tentang britpop khususnya kerana The Stone Roses merupakan antara band terawal bergerak di dalam movement Madchester pada pertengahan dekad 80'an. Hadir semasa second wave of Madchester, pembawaan muzik The Stone Roses agak berbeza kerana mereka berevolusi dari sebuah band yang plain alternative rock (album The Stone Roses rilisan tahun 1989) kepada yang lebih psychedelic/eksperimental (album kedua Second Coming rilisan tahun 1994). Band ini pernah dibubarkan pada tahun 1996 dan kemudiannya membuat comeback pada tahun 2011, tak lama lagi band ini akan ke Singapura tahun ini dalam siri konsert jelajah mereka yang terkini.

The Stone Roses - Waterfall

3. Blur
 Blur

Siapa yang tak kenal dengan Blur? Band yang dianggap antara yang terpenting dalam scene muzik Britpop suatu ketika dahulu ini pada asalnya dinamakan Seymour semasa awal penubuhan mereka pada tahun 1989. Dianggotai oleh Damon Albarn (vokalis dan juga pengasas kepada band animasi Gorillaz), Graham Coxon (Gitaris), Alex James (Bassist) dan Dave Downtree (drummer), muzik Blur berjaya menembusi pasaran USA semasa album bertajuk "Blur" diriliskan (tahun 1997) melalui single "Song 2". Kalau diikutkan Blur lebih awal popular berbanding dengan mana2 band terawal Britpop (seperti Suede, Oasis dan Pulp) semasa single berjudul "Girls and Boys" diriliskan, daripada album ketiga mereka iaitu "Parklife" haha this song is my all time favorite! Juga terkenal dengan kontroversi "The Battle Of Britpop" suatu ketika dahulu di mana Damon Albarn dan Liam Gallagher (frontman Oasis) pernah bercakaran, talk-shit dan sumpah seranah di antara satu sama lain mengenai populatiri masing2. Well, I have to say that's a little bit stupid though. Band ini pernah hiatus buat beberapa tahun (2004 - 2009) dan kembali aktif mengadakan konsert reunion pada tahun 2009 onward sehingga kini!

Blur - Girls and Boys

2. Oasis
Oasis

Kalau diibaratkan scene muzik Britpop ialah sebuah rumah, maka tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa Oasis boleh diumpamakan sebagai tiang utama kepada rumah (movement) tersebut. Significant band ini amat besar sepanjang tempoh aktif mereka bermuzik dalam dekad 90'an dahulu. Band ini juga muncul semasa post-Madchester (awal dekad 90'an) dan memulakan karier mereka dengan album "Definitely Maybe" rilisan tahun 1994. Akan tetapi single pertama "Wonderwall" dari album kedua mereka berjudul "What's The Story (Morning Glory)?" rilisan tahun 1995 yang mengangkat mereka sebagai sebuah superband di dekad tersebut. Selepas itu mereka menghasilkan 5 buah lagi album yang "all killer, no filler" (salah satu favorite aku ialah "Be Here Now" rilisan tahun 1997). Akan tetapi pada tahun 2009, all good things comes to an end apabila band ini dibubarkan akibat perbalahan di antara Noel dan Liam (diorang berdua ni memang selalu gaduh pun dari dulu lagi!). Liam dengan beberapa ahli Oasis yang masih tinggal masih bergiat aktif dan menggunakan nama "Beady Eye" bagi mengelakkan kekeliruan, manakala Noel pula bergerak secara solo dan menghasilkan sebuah album solo berjudul "Noel Gallagher's High Flying Birds".

Oasis - Wonderwall


1. Radiohead
 Radiohead : The Living Legend!

Wow! Relax, aku tahu ada yang akan terkejut dengan posisi no. 1 ni, tapi kenyataannya memang begitu. Mana ada lagi band British yang lahir dari dekad 90'an mampu bertahan (dari segi kreativiti dan sukses) seperti Radiohead. Dinobatkan pada no 73 sebagai di antara "100 Greatest Artists" dari Majalah Rolling Stones, band yang berasal dari Oxford ini pernah menghasilkan karya2 agung dalam karier mereka seperti album "The Bends" dan "OK Computer". Pada awal kemunculan mereka, single pertama band ini yang berjudul "Creep" (dari album pertama mereka Pablo Honey) benar2 menjulung nama Radiohead di peringkat mainstream.

Secara tidak langsung, aku sebenarnya membesar bersama2 muzik Radiohead. Sejak pertama kali mengenali band ini melalui kaset kompilasi Pop Is Dead yang aku beli pada tahun 1994 (lebih kurang la), aku sememangnya menjadi die-hard fan band ini. Gandingan kreativiti antara Thome Yorke (frontman dan vokalis) dan Jonny Greenwood (gitaris dan co-songwriter) memang mantap dan menghasilkan satu fenomena baru dalam scene muzik Alternative/Indie di peringkat antarabangsa khususnya.

Still going strong sehingga kini. Band ini telah menghasilkan 8 buah album sepanjang perjalanan muzik mereka. Radiohead tetap menjadi bahan rujukan untuk aku berkarya dalam menghasilkan lagu2 baru bagi band aku Tresno. Walaupun band aku ini terlalu lama sangat dalam hiatus mode, akan tetapi pengaruh Radiohead tetap ada dan masih kekal dalam pembikinan muzik aku...dari dulu hingga sekarang. Hail To The Thieves! Hail To Radiohead!

Radiohead - Anyone Can Play Guitar (Live at Astoria UK)


20 comments:

  1. aku suka radiohead dan benci ngan oasis.... hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya komen "ye ke?" tu berada di sini

      Delete
    2. haha aku suka 3 album Oasis sahaja..."Definitely Maybe","What's The Story (Morning Glory)?" dan "Be Here Now"...selebih tu bak kata bro Berteromber, agak meleweh hahaha

      Delete
  2. selain the cranberries, blur, oasis dan radiohead serius sh*t aku xpnh dgr nama2 band lain yg ko senaraikan

    mungkin skop ensiklopedia muzik aku xbrapa luas (even in rock/metal scene)

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome to the real indie music bro...ini bukan generasi Hujan, Pesawat, Bittersweet, Azlan & The Typewriter ataupun Meet Uncle Hussain...this is way far more behind..di mana pada ketika itu, media massa pada mulanya x nak ambik kesah psl muzik diorg...bergerak secara hooligans...that's the real attitude pada masa dulu la hahaha

      Delete
    2. baca komen bro Berteromber di bawah...bukti hooliganism dlm muzik Britpop

      Delete
  3. aku suka Stone Roses...pasal dorang die hard Manchester United...heheh...

    lagu dorang "This Is the One" sering digunakan kat Old Trafford...Man Utd punya pasal aku ada beli kaset dorang "Second Coming"...dan lagu "Ten Storey Love Song" jadi antara lagu tema zaman aku bercintan...hahaha...

    dan konpem aku benci Oasis...dorang ni Man. City...nyampah nengok muka Liam Gallagher celebrate masa City menang tu hari...hahaha...
    tapi seriously aku memang tak masuk muzik Oasis...meleweh sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha teringat gak ada satu situasi dlm konsert Oasis semasa tour album "Be Here Now" mereka...ada satu masa tu, Liam Gallagher mengejek MU dgn menyanyikan kata2 "Who The F**K is Man United" dgn tune macam lagu Glory Glory Man United...well i'm not a footie fan tapi nampak sangat la spirit hooliganism memang ada dalam Britpop...contoh mcm lagu "3 Lions" dari Lightning Seeds, memang lagu tuh fames gak masa lewat 90an masa Euro 96...ops sorry bro, Lightning Seeds ni peminat setia Liverpool la hehehe

      Delete
    2. brits, will always be brits

      (words verification yg menjengkelkan)

      Delete
    3. haha true2...arrogant but made good music...

      Delete
  4. bukan senang nak buat list macam nih melainkan banyak dengar lagu atau hidup dalam scene tu sendiri.. kalau tak silap Kula Shaker pernah datang Malaysia kan? kalaulah Radiohead datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal Radiohead tu memanglah best kalo diorg dpt perform di Malaysia wooo....tapi sebelum ni ada jugak aku tgk kat FB ada org buat flyer palsu psl tour diorang nak ke M'sia...siap ada letak celcom sebagai organizer plak tu..hampeh...seriously, dulu masa muda remaja memang aku byk dgr mcm2 lagu dari pelbagai genre...zaman 90an bro, masa tu semua org (well hampir semua) open minded pasal penerimaan muzik especially musicians...x kira la kalo lu metalheads ka alternative fans ka...sama saja...

      Delete
  5. Comprehensive!! .... but you missed one! David Bowie! dia ni sebenarnya Godfather pada band - band yang listed ni! Ohh Satu lagi Morrissey and Johnny Marr The Smiths. Tanpa Johhny Marr Takkan ada Noel, Ed O brien errr of course John Squire!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. David Bowie - found fame in the 70's
      The Smiths - found fame in the 80's

      dalam entri blog ni gua cerita pasal artis indie era 90'an sahaja...

      Delete
  6. Best bro review pasal band2 britpop ni, bro nnt review band2 UK tahun60'an plak boleh :)

    ReplyDelete
  7. Belum gik termasuk unrated band sperti James, Ned Atomic Dustbin, Happy Mondays, etc.. Polah review pasal 80s music scene di UK sebab dari era ya bermula mcm2 culture & terms, sperti New Romantic, New Wave, Synthpop, etc. UK music scene bagi aku adalah bench mark, & culture nya byk memperngaruhi dunia. Good review anyway. Kipidap

    ReplyDelete
  8. Good post. Unrated band zaman ini yg lagunya pun cukup sedap antaranya ialah Longpigs, Strangelove, Jellyfish, Octopus, Mansun, Menswear, Northern Uproar, Gay Dad, Warm Jets, Arkarna & byk lagi.

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...