Sunday, May 6, 2012

Sesat Di Kuala Lumpur (Kembara) : Persepsiku Tentang Bandaraya Itu...

Kuala Lumpur...

Pic cilok dari Google
 

Pada tahun 2000, setelah menerima surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Business Studies pada peringkat diploma (yup, that's right...aku bukannya genius sangat pun) di Kolej Profesional Mara Beranang, Selangor, hatiku terasa seakan-akan tidak percaya dan sukar menerima kenyataan haha. I was only 19 at that time, baru sahaja kena kick-out dari Politeknik Kuching disebabkan CGPA aku kurang memberangsangkan pada ketika itu (masa tu ambik Diploma Civil Engineering, apa punya bangang la aku masa tu, ambik bidang yang satu haram aku tak punyai basic pun), so peluang untuk belajar berdikari, duduk jauh dari keluarga dan pergi menimba ilmu di IPTA adalah amat sesuai pada ketika itu.

Kolej aku sebenarnya terletak jauh dari bandaraya KL. Ianya terletak di sempadan antara Selangor dan Negeri Sembilan. Sebelum aku melapor ke kolej buat pertama kali pada masa tu, aku kena stay di rumah sewa sepupu aku di Menara Orkid, Sentul. Aku ingatkan aku akan berlagak cool semasa berada di sana buat pertama kali. Tapi masa pertama kali jejak kaki di lapangan terbang KLIA pada ketika itu, perasaan yang aku alami ialah seolah2 aku ni macam orang asli Jakun sahaja, melilau mata melihat senario di sekeliling aku. Nasib baik la sepupu aku sering ingatkan aku, jangan mudah terpengaruh, jangan culture-shock, jangan mudah sangat home-sick, jangan mudah putus asa, jangan lupa matlamat aku sebenarnya datang ke tanah Semenanjung dan banyak lagi la dalam senarai Jangan yang dia sentiasa remind kan aku.

Selepas itu, setelah membiasakan diri dengan keadaan, persepsi aku tentang KL mula berubah. Nasib baik lah aku tak bercampur dengan budak2 isap dadah ker, tapi yang tak best nyer banyak pulak la member aku ni geng2 Tonggang Kencing Setan (alcoholism). Aku kena mengaku la, kadang2 iman aku goyah jugak dan mudah terpengaruh (ermmm ni langsung dah buat2 lupa pulak pasal list Jangan yang dikarang oleh sepupu aku tu tadi). Sesekali tu pernah jugak aku clubbing dengan rakan2 (maafkan Eman mak!) dan pernah jugak kena terajang polis selepas keluar dari club (masa tu tengah bonceng motosikal dengan member, baru lepas pergi cucuk bintang di club nama Orange, tak semena2 ada pulak road-block tak jauh dari club tu, apa lagi, aku dan member aku tuh cabut lari la cari jalan lain, entah macam mana tetiba pulak ada polis muncul entah dari celah mana dan terajang paha aku, nasib baik sempat balance motosikal & berjaya escape haha...memang Tuhan nak tunjuk kat aku, jangan pergi tempat macam tu, tapi aku degil Nauzubillah). Kalau cerita pasal gig atau konsert, ermmm...hampir hujung minggu sahaja, kau cakap saja kat mana Venue, I'll be there...priority untuk tengok band2 Nu-Metal yang tengah hot masa tu macam Prana, Koffin Kanser, Pickcell, Dethmute (Singapore), Projekt AK, Blind Tribe dan macam2 lagi la. Kan masa tu tengoh famous nak mampus genre macam tu. Perabis duit mak bapak. Buat sekalian kalinya, mak dan ayah ku, anakandamu ingin meminta maaf di atas kebodohannya sendiri...

Sekarang aku dah dewasa. Zaman enjoy dan joli katak macam tu dah berakhir bagi aku, in a good way. Persepsi aku tentang KL tetap tidak berubah. Sama sahaja. KL umpama Dewan Peperiksaan. Hanya engkau sendiri yang boleh buat keputusan samada kau nak lulus ataupun gagal. Kalau kau gagal, kau akan hanyut di alam Hedonisme yang tiada kesudahan, ingat enjoy sampai menyusahkan mak bapak. Kalau kau lulus, di KL jugalah tempat engkau boleh cari rezeki dengan segulung sijil yang kau perolehi hasil dari usaha kau menimba ilmu tanpa kenal erti putus asa.

Alhamdulillah, aku berubah....dan berjaya akhirnya. Aku rasa lagu dari band Kembara ini sesuai aku jadikan cenderahati untuk kenang-kenangan, yang pahit, yang manis, aku simpan juga...
Sesat Di Kuala Lumpur (Kembara)

Sesat di Kuala Lumpur
Dosa dan pahala bercampur
Tapi kita perlu hidup
Kita perlu terus hidup

Terima kasih tuan dan nyonya
Doa sejahtera kami pohonkan
Pada Tuhan Maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa

Mungkin kita kan temui kebahagiaan
Di Kuala Lumpur
Dan mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi kaya dalam lumpur
Mungkin kita akan terpedaya

Mungkin ada jalan di Kuala Lumpur
Jalan bahagia
Mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
Dan Mungkin kita kan terpedaya
Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
Mungkin kita lupa pada asalnya
  Sesat Di Kuala Lumpur (Kembara) : HQ Audio



7 comments:

  1. "We were so young now we were so young so young now..." :p the world is your oyster masa muda bah kan? but now that we've grown into responsible adults, we will always look back at the old days and laugh our asses off. those days when we were stupider. kan kan kan? :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. certainly sis, i do agree on your opinion haha being mischief has always been related to our youth!

      Delete
  2. that is so true haha sometimes it does help to grow up by being a jackass when u were young haha

    ReplyDelete
  3. bestnya bila dengar lagu macam "Sesat Di Kuala Lumpur" ni bila kita dapat kaitkan dengan kehidupan yang kita lalui.. apatah lagi kepada manusia yang tak lepas dari dosa dan pahala macam kita.. haha.. nice story by the way, banyak pengajaran yang boleh diambil.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ tuan kaboi, pengalaman aku bukanlah best sgt pun haha tapi ianya meberi pengajaran dan sempadan buat org lain, apa salahnya. Aku berharap kwn2 lain tak ikut jejak aku yg dulu (nakal sungguh hahaha)

      Delete
  4. Replies
    1. Pada awalnya memang best tapi yang best ya klak boleh membinasakan kita....true story hehe

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...