Home-recording : Satu Ketagihan!
TRESNO - antara band alternative/indie terawal di Bintulu |
Regiment Of Kid-Do-Wrong (ROKDW) - band modern rock yang versatile |
Sudah agak lama juga aku tidak membuat sebarang entri dalam blog ini. Lebih kurang seminggu lebih rasanya haha. Rata2 rakan blogger yang lain, paling kurang pun gab di antara entri terbaru dan yang lama ialah lebih kurang sehari dua. Well, let me explain. Masa yang banyak tertunda ini semuanya akibat daripada hobi terbaru aku iaitu home-recording serta pembikinan lagu2 untuk band2 aku iaitu Regiment Of Kid-Do-Wrong dan Tresno.
Software Sony ACID Pro 7.0 |
Software Presonus Studio One |
Pada bulan lepas, rakan blogger aku iaitu Korawk Al Naseer telah memberikan aku CD yang berisi software Sony ACID Pro 7.0 dan EZ drummer. Sebelum itu memang dia berjanji nak share knowledge pasal home-recording ni selepas dia bereksperimentasi dengan software tersebut lalu membuat beberapa lagu untuk band projek(?) beliau iaitu Setan Gondol. Band beliau ni lebih ke arah Death Metal ala Cannibal Corpse. Boleh tahan juga mutu recording beliau. Ini membuatkan aku teruja untuk turut serta dalam sesi eksperimen ini.
Interface yang aku gunakan semasa membuat eksperimentasi ini ialah pakej Presonus Studio One (dilengkapi dengan Cd driver dan sofware installer, interface Audiobox USB dan satu condenser mic). Sebenarnya kalau diikutkan, software Presonus Studio One merupakan satu perisian home-recording yang sama kualitinya dengan Fruity Loop kerana ianya mempunyai pelbagai built-in effects yang sesuai untuk tujuan rakaman. Akan tetapi, oleh kerana aku masih lagi dalam status beginner, masih merangkak2 belajar ilmu recording, maka aku terpaksa menyesuaikan diri dengan software Sony Acid Pro 7.0 untuk tempoh permulaan ini. Maknanya di sini, untuk interface aku masih menggunakan Presonus Audiobox USB manakala software yang aku gunakan ialah Sony Acid Pro 7.0, ermm mungkin nampak tidak serasi tetapi harap2 di masa akan datang, aku boleh memperkasakan ilmu Studio One di masa akan datang. Oh ya, lupa nak bagitau tadi, pakej Presonus Studio One ini aku dan rakan2 dari Regiment Of Kid-Do-Wrong belikan, hasil daripada duit collection masa perform di Wave Fun Pub tahun lepas.
Interface Presonus Audiobox USB |
Manakala lagu yang pertama aku bereksperimentasi dengan alatan2 rakaman ini ialah lagu ciptaan aku kira2 10 tahun lepas (aku compose lagu ni masa zaman kolej dulu), lagu yang berjudul "Kisah Melankoli". Lagu ni aku buat khas untuk band indie aku yang dah lama sangat dalam mode hiatus iaitu TRESNO. Band yang aku asaskan ini mula muncul pada tahun 2000, masa tu line-up cuma 2 orang saja iaitu aku, Adi Herman (vokalis, pemain gitar) dan one of my best friend, Izzat Syazni (pemain dram). Mula bergerak aktif dalam circuit gig di sekitar bintulu circa tahun 2005 hingga 2007 dengan line-up terbaru iaitu aku (masih di posisi yang sama) dan 2 member kamceng aku iaitu Arep (drummer) dan Alias (bass dan backing vocal). Lepas ajer aku kahwin pada tahun 2007, band TRESNO ni mula senyap dari Bintulu UG Scene dan aku tak hairanlah kalau budak2 baru dalam scene tak kenal band kami ni. Selang beberapa tahun, aku kembali aktif dengan band yang diasaskan oleh aku dan seorang lagi member seperjuangan aku dalam UG scene iaitu Mr Borhan (drummer, soundman) iaitu Regiment Of Kid-Do-Wrong atau nama singkatannya ROKDW. Kalau ada masa terluang lain kali, akan aku ceritakan dengan lebih lanjut tentang 2 buah band kesayangan aku ni.
Ok tanpa melengahkan waktu, di bawah merupakan video yang diiringi lagu "Kisah Melankoli" daripada band aku TRESNO, hasil rakaman menggunakan Sony Acid Pro 7.0. Semua alatan muzik digunakan dalam sesi rakaman lagu ini dimainkan oleh aku sendiri, one man show haha. InsyaAllah lain kali aku akan buat (composed) lagu2 untuk ROKDW dan mana2 artis yang berminat untuk mengetengahkan lagu ciptaan aku. Ada banyak lagi lagu2 yang aku buat, masih terperuk dalam bentuk kaset lagi,maklumlah dulu aku bergantung dengan pemain kaset yang dapat record ajer. Tapi kebanyakannya lagu2 yang bergenre Alternative Rock / Indie sahaja. Metal aku belum berani nak explore lagi. Kalau setakat perform bawak lagu cover bolehlah untuk genre metal ini, bagi aku. Haha insyaAllah lain kali aku akan cuba membuka ruang kreativiti untuk genre metal pula.
Tresno : Kisah Melankoli (New Song)
Butiran tentang video ini (diambil dari Youtube):
Dirakam secara multi-track dengan menggunakan interface Presonus Audiobox USB dan software yang digunakan ialah Sony ACID Pro version 7.0. Semua alatan muzik dan vokal adalah hasil daripada Adi Herman (www.molotovcocktailz.blogspot.com)
SONG WRITTEN BY ADI HERMAN
Hakmilik Terpelihara oleh TresnoMusic 2012
Label : www.metukulau.blogspot.com
P/S: Jika ada yang berminat untuk mendapatkan CD EP terbaru dari band TRESNO, anda perlu klik pada link ini CD TRESNO : Self-titled EP (From one of the earliest Alternative/Indie band in Bintulu)
"Sudah agak lama juga aku tidak membuat sebarang entri dalam blog ini. Lebih kurang seminggu lebih rasanya haha"
ReplyDeletejgn telampau pnjg buat entri, cuba pecahkan jd 2-3 episod/bab, secara xlangsung entri per minggu/bulan pun jd byk
point taken, walaupun hakikatnya idea utk aku tulis blog hanya dtg sekali saja utk setiap entri, lepas tu aku akan jadi pelupa...sebab tu aku memang x berapa pandai nak buat entri ber episod..sori bro...anyway thanks for the advices bro
ReplyDeletemana entri yg rasa2nya blm tiba masa utk disiarkan tp dah siap taip, ko blh save as draft dulu
ReplyDelete