Friday, March 1, 2013

Movie Review : The Raid - Redemption (Rilisan Tahun 2011)

Poster rasmi untuk filem The Raid : Redemption (sumber dari Wikipedia)

Ok mungkin aku agak ketinggalan dalam membuat review untuk filem ini which is so last year. Tapi oleh kerana filem ini memang berbaloi untuk ditonton, aku buat jugak la review, lantak lah orang nak kata apa, walaupun dah banyak blogger buat review untuk filem ini terlebih dahulu.

Filem ini merupakan kolaborasi kali kedua di antara Gareth Evans dengan pelakon aksi dari Indonesia iaitu Iko Uwais. Apa yang menarik tentang mereka berdua ialah cerita di sebalik tabirnya. Gareth Evans pada asalnya ialah seorang pengarah untuk filem low budget sahaja dan kadang kala buat beberapa dokumentari. Semasa beliau membuat sebuah dokumentari tentang seni pencak silat di Indonesia, Gareth Evans bertemu dengan Iko Uwais yang merupakan bekas juara dalam kejohanan silat kebangsaan. Iko Uwais yang pada ketika itu hanya merupakan seorang pemandu lori untuk syarikat telko di Indonesia, dengan tidak berfikir panjang, menerima tawaran berlakon dalam sebuah filem arahan Gareth Evans yang berjudul Merantau, rilisan tahun 2009. Filem itu menjadi sukses dan ianya juga bertindak sebagai batu loncatan kepada populariti kedua2 individu tersebut.

Berbalik kepada filem The Raid : Redemption tadi, kali ini aksi nya lebih ganas dan semestinya non-stop. Masih lagi mengekalkan seni pencak silat sebagai tarikan utama segala babak aksi dalam filem ini, ianya juga tidak terlalu memfokuskan watak Iko Uwais iaitu Rama sebagai heronya. Sebaliknya banyak fighting scenes dalam filem ini juga memberi penekanan kepada aktor2 lain contohnya Donny Alamsyah, Yayan Ruhian (beliau juga merupakan rakan Iko Uwais serta pembantu koreografi babak pertarungan dalam filem ini) dan juga Joe Taslim (selepas filem ini diriliskan, nama beliau agak famous juga di Hollywood, terkini beliau akan membawa watak antagonis yang bernama Jah dalam filem Fast and Furious 6 yang akan berada di pawagam pada bulan May nanti). Plot untuk filem ini juga agak kreatif dan tidak stereotype seperti filem aksi lain. Ianya seolah2 anda menonton satu filem produksi Hollywood padahal ianya cuma sebuah filem aksi dari Indonesia. 

Dari segi runut bunyi filem (iaitu Original Soundtrack) pula ianya juga menarik kerana kebanyakn score dalam filem ini dibuat oleh Mike Shinoda (co-founder untuk band nu-metal Linkin Park) dan Joseph Trapanese (pernah bergabung dengan band electronica Daft Punk dalam menghasilkan runut bunyi untuk filem Tron : Legacy). Walaupun Mike Shinoda tidak menyumbang sebarang vokal dalam mana2 komposisi nya dalam filem ini, namun OST filem ini tidak mengecewakan kerana ianya mempunyai beberapa lagu yang boleh tahan juga seperti Razors.Out (featuring Chino Moreno dari band Deftones) dan Suicide Music (featuring Get Busy Committee sebuah band hip-hop). Ada juga aku dengar dari rakan2 facebook yang mengatakan bahawa filem ini akan ada sequel, in fact berdasarkan info yang aku dapat dari wikipedia, Gareth Evans bercadang untuk membuat filem ini dalam bentuk trilogi. Kita tunggu dan lihat!

The Raid : Redemption (Official Trailer)

18 comments:

  1. tengok filem Dredd betul2 mengingatkan aku pada The Raid...macam sama pulak temanya...

    btw...nice review bro.

    ReplyDelete
  2. Memang tak di nafikan aksi dalam filem ni mmg sama taraf ngn aksi filem hollywood

    ReplyDelete
  3. cerita silat malaysia bila la nak sampai tahap macam ni?? errmmm

    ReplyDelete
  4. Aku tahu yg the raid 2 dh keluar dh...tajuk dia raid 2:berandal..lagi brutal dari yg pertama..

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...