Monday, November 26, 2012

BUSSEG : Band Death Metal / Grindcore Dari Bintulu

BUSSEG, ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2005 oleh dua beradik iaitu Nizam (vokalis) dan Din (Drummer/Backing Vocals) dan disusuli dengan penambahan ahli lain seperti Lai (Guitar), Adi Herman (Guitar/Backing Vocals) dan Lester (Bass). Manakala sahabat kami, saudara Amud pula bertindak sebagai  "manager", drummer simpanan, vokalis tambahan serta krew yang rajin lagi baik hati hehe. Band ini mula bergerak aktif setelah semua ahli2 nya menghadiri gig Borneo Extreme Music (anjuran Menjrex Nerto) di mana headline bandnya ialah Sil Khannaz dan Vormit. Busseg mulai aktif pada tahun 2005 hingga 2010 dan banyak mengikuti beberapa siri gig sekitar tahun tersebut.

Pengaruh besar pada band BUSSEG ialah muzik yang bergenrekan old school death/black metal (Sil Khannaz, Seasonal Abyss, Bazzah, As Sahar, Silent Death, Langsuyr, Necrotic Chaos, Vociferation Eternity) serta grindcore (Napalm Death, Brutal Truth, Carcass, Nasum, Cardiac Necropsy, Insect Warfare, Damage Digital). Walaupun kedua2 elemen tersebut tergolong dalam kategori yang berbeza namun kami memainkan genre2 tersebut dengan cara kami, in a nutshell, a great marriage between those 2 chaotic and blasting sounds. Di antara gigs/battle of the bands/event yang kami sertai dahulu ialah (yang aku masih ingat la, ada lagi gigs yang aku dah tak dapat recall lagi dah):

  1. Live Jammed Gig 2005 (Bertempat di Dewan Suarah Bintulu dan masa ni aku belum masuk band ni lagi)
  2. Independent & Blasting Concept : Charity Showcase 2005 (Bertempat di Esplaned Bintulu)
  3. Zoso Wars : Battle Of The Bands 2007 (Bertempat di Dewan Suarah. Busseg memenangi tempat pertama)
  4. Rock Out Gig 2007 (Anjuran Bara Entertainment dan bertempat di Esplaned Bintulu)
  5. Titan Empire's Rocktober Gig 2010 (Bertempat di Kemena Plaza Hotel)
Sekarang ni kami masih lagi dalam status hiatus. Mungkin disebabkan tuntuntan kerja serta komitmen dengan keluarga rasanya, termasuklah aku sebab kadang2 aku rasa macam tak larat nak main grindcore/death metal lagi. Tapi kadang2 tu adalah juga hati ini meronta2 nak jamming balik dengan rakan2 dari BUSSEG sebab feel bermain grindcore/death metal ni agak unik sedikit berbanding sub genre metal/hard rock yang lain. InsyaAllah kalau ada rezeki dan peluang, rasanya BUSSEG ni dapat diaktifkan kembali. Di bawah merupakan beberapa koleksi gambar kenangan bersama2 ahli kumpulan BUSSEG

Busseg setelah selesai membuat persembahan di Charity Gig 2005


Dari Kiri: Amud (manager/krew hehe...), Nizam (vocals), Adi (guitar/backing vocals), Din (drummer) dan Lai (guitar)

Busseg setelah selesai membuat persembahan di Titan Empire's Rocktober Gig 2010




Busseg berposing dengan gaya yang agak kurang "Metal" hehe


Busseg dalam gambar hitam putih


Kenangan Manis! Busseg menjadi juara semasa Zoso Wars : Battle Of The Bands 2007


Line-up klasik! Dari Kiri: Lester (bass), Adi Herman (guitar), Din (drums) dan Nizam (vocals). Gambar ini diambil selepas sesi jamming di Aveo Studio pada tahun 2006 (sekarang sudah tidak beroperasi lagi).

BUSSEG (berbunyi boo-seg) bermaksud perut busung atau gemuk yang melampau akibat terkena buatan orang (black magic), ianya diambil daripada perkataan bahasa Melanau Baie. Pada entri akan datang aku...koleksi video persembahan live BUSSEG! Nantikan...

18 comments:

  1. saya teringin nak mendengar vokal growl dari saudara adi herman..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh dalam band ni saya cuma jadi backing vocals saja bro...ambik part scream sahaja...bahagian growl pula,sahabat saya Nizam yg ambik tugas tersebut hehe...

      Delete
  2. Aktif betul En. Adi Herman kita ni berkugiran...Steady...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ni byk tayang gambar2 lama bro...suatu ketika dahulu aku TERlebih aktif...skrg ada terkawal sikit...alhamdulillah

      Delete
  3. Adi Herman semua band dia masuk...macam gila kuasa pun ada nih...hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gila kuasa tu tak la sangat haha...tapi kalo gila muzik,itu harus!! Haha..

      Delete
    2. busseg, tresno, regiment of kid-do-wrong, the once, bintulu buskers, metuk ulau project... apa lg ah?

      Delete
  4. ...Bila nak turun Semenajung roger2 laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah tuan kalo tiada aral melintang...

      Delete
  5. Replies
    1. Aik mcm pinjam word bro Faizal Skudal ajer hehe...

      Delete
    2. Sori bro hahaha....tapi tagline lu memang the best!

      Delete
    3. Ringkas tetapi menarik,itu yg special bro...kalo ada lagi stuff dari distro yg lu berminat nak beli,just check kat www.metukulau.blogspot.com ok bro

      Delete
  6. tahniah.. ada group baru.. selamat bergerak sukses k/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ini band lama saya...dah lama sgt kami hiatus,berehat seketika...hehe mgkn disebabkan komitmen kerja rasanya...

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...