Monday, October 14, 2013

Rumah Terbalik : The Upside Down House Of Borneo (Only In Sabah)

Semasa kedatangan aku ke Kota Kinabalu pada bulan lepas, aku berkesempatan untuk melawat sebuah tempat tarikan pelancong yang dinamakan Rumah Terbalik yang terletak di kawasan Tamparuli. Keunikan yang ada pada tempat ini ialah ianya mengetengahkan binaan sebuah rumah tradisional Sabah dalam keadaan terbalik!

Pada mulanya aku ingatkan ada banyak rumah terbalik yang dibina di kawasan ini. Rupa2nya cuma satu sahaja haha. Apa2pun ianya tetap menarik disamping ianya juga dapat menjana pendapatan penduduk setempat dari sektor pelancongan kerana selain daripada tarikan rumah terbalik, di sini juga dijual beberapa produk tempatan yang boleh dijadikan cenderahati dan juga restoran yang menghidangkan makanan2 yang menarik.

Jom layan gambar pulak!

Tiket untuk masuk ke sini ialah RM10 untuk orang dewasa manakala RM5 bagi kanak-kanak. Disebabkan kami (geng2 dari jabatan aku) datang dalam satu kumpulan yang banyak, maka kami dapat diskaun RM8 seorang. Nice! 

Pandangan rumah terbalik dari kawasan hadapan 

Kereta kancil berwajah ladybug yang diterbalikkan

Pandangan sisi dari bahagian hadapan rumah terbalik


Ini pula Mango Garden Restaurant, salah satu daya tarikan yang ada di sini. Seminggu sebelum kami ke sini, krew2 dari rancangan Jalan-Jalan Cari Makan membuat pengambaran di sini

The upside down garden. Aku pun keliru yang mana satu tanah, mana satu pula atap haha...

Tandas terbalik. Jika najis anda bersifat anti graviti, rasanya anda layak untuk membuang air besar di sini haha. 

Kedai kraftangan dan cenderahati Rumah Terbalik 

Pandangan rumah terbalik dari arah belakang

 Tengok, pasu bunga dengan kereta sorong pun terbalik!

 Pandangan hadapan rumah terbalik dan tangga untuk naik ke rumah itu. Anda akan ditemani seorang guide dan escort di dalam rumah tersebut. Mengambil gambar atau video di dalam rumah tersebut adalah dilarang sama sekali. Ermm...aku pun tak tau apa sebabnya. Just follow the rules la...

 Beberapa promosi yang ada di rumah terbalik pada ketika itu

Beberapa menu makanan yang ada disajikan di Mango Garden Restaurant. Siap ada tanda Jalan-Jalan Cari Makan juga terpampang di sana.

P/S: Sesuai dijadikan tempat untuk membawa pelancong yang ingin merasai keunikan rumah tradisional Sabah dalam keadaan yang out-of-this-world which is in upside down view! Aramaiti!

Entri Mini Bersempena Ulangtahun ke-2 Blog Molotov Cocktailz dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 

Pad kesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan2 blogger yang sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog aku yang entahapahapa ni. Pada 12 Oktober lepas sudah genap 2 tahun aku bergiat aktif dalam blogging, sebelum itu hanya untuk suka2 bagi blog Metuk Ulau Underground Voices yang hanya menjurus ke arah distro dan penjualan merchandise metal sahaja. Baru 2 tahun untuk blog ini, pageview pun masih 75,000 plus plus macam tu. Masih banyak benda yang perlu aku improve dalam berblogging. InshaAllah I will try my best...last but not least, Selama Hari Raya Aidiladha kepada semua yang menyambutnya esok hari.


14 comments:

  1. dulu aku ingatkan rumah ni rumah residensi (kediaman), tp jd tmpt pelancongan la pulak

    btw, okela 2 tahun dah dpt 75k, aku 5-6 tahun baru nak dpt 100k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada aku dgr cerita org yg rumah terbalik ni design oleh seorang arkitek pangkat dato' yang berpengaruh di KK la...x ingat nama...pandai betul dia buat bisnes mcm ni hehe

      Delete
  2. Padanlah aku tak pernah tengok gambar kat dalam rumah...tak boleh ambik rupa2nya...

    Btw...selamat hari raya haji...dan happy 2nd anniversary...2 tahun dapat 75k kira dah terer le tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi blog berteromber legend lagi...pageview lebih 100,000 dah...mana dpt lawan haha

      Delete
  3. pageview kau sikit pasal antara sebab ialah ko nye main page banyak postings lepas...
    ini permudahkan pembaca ko lawat blog kau tak yah tukar2 page.
    kalau kau nak pageview kau banyak, hah, kau buat satu page satu post...

    apa pun...aku suka tengok blog kau, blog ijau buat post2 menarik pasal tempat korang, pasal aku tak pernah sampai sana, so aku suka tengok dan baca cerita2 tempat korang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tips yang berguna tu bro Deaf, terima kasih byk bro...
      Haha inshaAllah lepas ni akan ada banyak lagi review psl tempat2 menarik di tempat aku.

      Delete
  4. Toilet bowl pun terbalik eh..ni baru betul "metal up your ass"..heheh..cantik gambar2 rumah terbalik ni bro..tq sebab share kt sini..

    Anyway,hepi anivesari MC! n selamat hari raya aidil adha

    ReplyDelete
  5. sesuai untuk aktiviti buang air besar dalam keadaan anti graviti bro haha...kelakar gak haha...thanks bro

    ReplyDelete
  6. Aku pegi jak sabah tapi sik berkesempatan nak ke sia

    ReplyDelete
  7. Lu jangan main-main. Itu Kancil Plate Johor tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Shafid mesti dah sampai sini kan? Haha yup memang plate johor beb...gua pun heran gak masa tu

      Delete
    2. Awal tahun haritu. ada entry aku letak naik van Man Utd

      Delete
    3. Van MU? Haha memang GGMU betul van tu bro...

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...