Friday, January 6, 2012

Top 5 Guillermo Del Toro's Best Movies (Dari Persepsi Aku)

Guillermo Del Toro

Guillermo Del Toro, mungkin nama ini agak asing di kalangan peminat filem negara kita. Namun di peringkat antarabangsa, pengarah / penerbit filem yang berasal dari Mexico ini telah menempa nama beliau sebaris dengan pengarah2 tersohor yang lain seperti James Cameron, Peter Jackson, George Romero dan sebagainya melalui filem2 nya. Antara ciri-ciri menarik yang sentiasa menonjol di dalam filem beliau ialah kesan khas pada make-up, animatronik, CGI yang bercirikan gothic serta storyline yang lain dari filem horror yang lain.

Selain daripada itu, apa yang membezakan beliau dari pengarah2 lain dari genre tersebut ialah pembabitan beliau secara keseluruhan dalam pembikinan filem. Selain menjadi pengarah dan penerbit, beliau juga bertanggungjawab dalam pembikinan creatures dan kesan khas pada make-up pelakon2 nya. Seperti pengarah lain yang mempunyai pengkalan pra-produksi untuk pembikinan filem (Peter jakson dengan Weta Workshop nya, George Lucas dengan LucasFilm nya dan Steven Speilberg dengan Amblin Entertainment nya), Guillermo juga mempunyai syarikatnya sendiri iaitu Mirada (anak syarikat untuk sebuah company besar iaitu Motion Theory).

My Top 5 Guillermo Del Toro's Best Movies!

1. Blade 2 (Released in 2002)

Filem ini merupakan sequel kepada movie pertamanya iaitu Blade. Filem lakonan Wesley Snipes ini telah mencecah box-office pada awal tayangannya (dalam jangkamasa seminggu sahaja) di Amerika Syarikat. Hasil kutipan sebanyak $85 juta plus plus haha. Apa yang menarik tentang sequel ini ialah creature vampire yang diketengahkan dalam filem ini, ianya menyerupai Nosferatu (watak vampire pertama dalam sejarah layar perak di Barat) dan seperti efek yang digunakan dalam filem Predator, watak tersebut mempunyai bukaan mulut pada 2 penjuru (lihat pic di bawah) berbanding Predator yang lebih kepada 4 penjuru!

Guillermo terpaksa menolak tawaran untuk pembikinan filem seterusnya "Blade : Trinity" kerana komitmen yang perlu diberi perhatian pada filem arahannya iaitu "Pan's Labyrinth"


Poster Rasmi Untuk Filem "Blade 2"

Ini merupakan hybrid vampire yang dimaksudkan, perhatikan kesan khas pada make-up!


Movie Trailer Untuk Filem "Blade 2"

2. El Orfanato a.k.a. The Orphanage (Released in 2007)
Filem yang menggabungkan produksi dari 2 negara ini (Mexico dan Spain) merupakan filem arahan J. A. Bayona. Manakala Guillermo hanya bertindak sebagai penerbit eksekutif sahaja, akan tetapi, walaupun begitu, beliau masih terlibat dalam pra-produksi filem berkenaan yang masih mengekalkan signature yang ada pada beliau iaitu PG Rated (13 Years Old and Above) horror dan sedikit nilai kenaifan pada watak2 dalam movie tersebut. Seperti pengarah2 sebelumnya, kini sudah tiba Guillermo mencuba nasib menjadi sebagai seorang penerbit pula.

Ianya mengisahkan tentang Laura dan keluarganya yang baru berpindah ke sebuah mansion yang dahulunya merupakan sebuah rumah anak yatim, tempat Laura dibesarkan bersama kanak2 yang lain. Selang beberapa hari di rumah tersebut, beberapa kejadian aneh berlaku dan mereka dihadiri oleh beberapa susuk-susuk tubuh yang sudah lama menetap di situ.

Antara watak yang memorable di dalam filem ini ialah seorang kanak-kanak yatim piatu yang mempunyai kecacatan di muka dan sering membalut mukanya dengan guni! Watak ini semakin horror dirasai apabila kanak2 tersebut membuka sarung guni di kepalanya! Revealing his true nature of monster face!


Poster Rasmi Untuk Filem "El Orfanato"

Inilah kanak-kanak cacat yang dimaksudkan


Movie Trailer Untuk Filem "El Orfanato"


3. Don't Be Afraid Of The Dark
Sekali lagi memegang tanggungjawab sebagai penerbit eksekutif, kali in beliau bergabung dengan seorang pengarah muda iaitu Troy Nixey yang juga seorang comic book artist. Filem yang dibintangi oleh Katie Holmes dan Guy Pearce ini, mengisahkan tentang dua pasangan yang terlibat dalam bidang interior design rumah telah membeli sebuah mansion lama yang telah dibini sejak dari abad ke 19 lagi. Seperti filem "El Orfanato" juga, semenjak pasangan tersebut mendiami rumah tersebut bersama anak perempuan kepada watak Guy Pearce iaitu Sally, beberapa kejadian aneh telah berlaku. Cuma kali ini ianya melibatkan sejenis creature yang telah lama menghuni rumah agam tersebut.

Antara watak yang menarik dalam filem ini ialah beberapa creatures yang dipanggil Tooth Fairies (rupa mereka seakan2 Goblin yang mempunyai muka bengis dan gigi berceracak) yang hanya hidup dengan memakan gigi kanak-kanak dan merupakan penghuni2 terawal di dalam rumah agam dalam filem tersebut. Pada awal filem nya memang nampak biasa, cuma yang menjadi penambah thrill dalam filem ini ialah kenakalan dan kejahatan yang dilakukan oleh watak Tooth Fairies tersebut.

Poster Rasmi Untuk Filem "Don't Be Afraid Of The Dark"

Watak Tooth-Fairies yang terdapat di dalam filem ini

Untuk menonton trailer filem ini, sila klik di entri saya yang sebelumnya yang berjudul "Movie Trailer : Don't Be Afraid Of The Dark (2011)"

2. Pan's Labyrinth (Released in 2006)
Sebuah lagi produksi filem yang berkolaborasi di antara 2 negara iaitu Mexico dan Spain (selain daripada filem El Orfanato), pada filem ini, Guillermo memegang tanggungjawab sebagai pengarah dan penulis skrip pada filem ini. Berkisar tentang watak seorang anak tiri kepada seorang Kapten Tentera dari pihak Falange (sebuah kuasa kerajaan Sepanyol yang berpaksikan Fascism) yang bernama Ofelia yang dipaksa berpindah ke rumah ayah tirinya. Filem yang berlatar belakangkan perang saudara yang pernah berlaku di Spain sekitar 1930'an dahulu, filem ini menggabungkan elemen fantasi apabila watak Ofelia bertemu dengan seekor creature yang bernama Pan di dalam sebuah Labyrinth lama, terletak tidak jauh dari rumah agam kepunyaan ayah tirinya.

Walaupun ramai pengkritik filem berpendapat bahawa filem ini merupakan susulan kepada filem Guillermo yang terdahulu iaitu "The Devil's Backbone" cuma yang membezakan filem ini ialah watak2 fantasi yang terdapat di dalamnya. Antara yang paling menyerlah ialah Pan itu sendiri yang bertindak sebagai narrator sepanjang movie berkenaan dan kawan karib kepada watak utama iaitu Ofelia.

Poster Rasmi Untuk Filem "Pan's Labyrinth"

Watak "Pan" yang dimaksudkan yang diambil dari mitos Greek

Finally! The No. 1 Goes to... Hellboy Movie Series!
Yup! Inilah filem2 yang patut berada di atas senarai. Kedua2 siri filem Hellboy ini diarah, ditulis dan direka (dari segi kesan khas dan CGI) oleh Guillermo sendiri. Hellboy merupakan watak hero komik ciptaan Mike Mignola yang kemudiannya berkerjasama dengan Guillermo dalam penulisan skrip bagi kedua2 filem tersebut.

Hellboy (Released in 2004)
Filem ini merupakan sesi pengenalan kepada watak Hellboy (lakonan Ron Perlman) khususnya serta watak2 yang lain Abe Sapien serta teman hidupnya iait Liz. Untuk sinopsis lengkap sila klik di sini (aku malas nak tulis panjang2 pasal plot cerita ni, tak cukup satu entri dibuatnya).

Poster Rasmi Untuk Filem "Hellboy"

Antara watak yang cool dalam filem ini ialah Kroenon (pic di atas) sebuah robot mekanikal yang powered by evil spirit dan boleh bertindak sebagai askar ala ninja

Hellboy II : The Golden Age
Sebagai sequel kepada filem terdahulunya iaitu Hellboy, filem ini menjanjikan jalan cerita yang menarik ditambah pula dengan penambahan karakter baru serta creatures yang mengagumkan dan mengerikan! Sekali lagi geng2 dari Bureau for Paranormal Research and Defense (B.P.R.D.) beraksi dalam menentang penjahat2 serta mahkluk2 yang ingin mengancam ketenteraman dunia. Antagonisnya pada filem kali ini ialah Prince Nuada, anak kepada King Balor, datang dari kelompok makhluk halus yang berbentuk Elf. Penyebab kepada berlakunya perbalahan di antara Red (nickname untuk Hellboy) dan Prince Nuada ialah, Prince Nuada merasakan manusia telah mengancam habitat kaum Elf ini dan ingin menghancurkan mereka akan tetapi dihalang oleh Red selaku hero kepada kaum manusia (walaupun hakikatnya Red tetap anak dajal yang ditakdirkan untuk menghancurkan bumi pada hari kiamat - ni mengikut jalan cerita ni la, takder kaitan dengan mana2 agama pun).


Poster Rasmi Untuk Filem "Hellboy II : The Golden Age"


Antara creature yang menarik dalam filem ini ialah "The Angel Of Death" lakonan Doug Jones yang juga memainkan watak Abe Sapien





Trailer Rasmi Untuk Filem "Hellboy II : The Golden Age"

P/S: perghh letih jugak nak siapkan entri ni, anyway kepada peminat Hellboy sekalian, jangan risau, dikhabarkan selesai sahaja Guillermo Del Toro menyiapkan filem The Hobbit (dijangka akan rilis pada tahun 2012 ini) beliau bersama Mike Mignola akan kembali menyelesaikan skrip untuk part 3 yang dah lama terbengkalai.

4 comments:

  1. fyi, tajuk "hellboy" di pawagam malaysia ditukar jd "super sapiens"

    ReplyDelete
  2. yup, pernah sekali FINAS mintak ditukarkan nama Hellboy sbb agak kurang sesuai....jadi ditukarkan title kpd Super Sapiens...itu masa movie part 1 nyer...

    ReplyDelete
  3. baru tengok smlm Don't Be Afraid Of The Dark, sorang kawan ckp filem tu sbnarnya remake, filem asal tak ada budak..

    ReplyDelete
  4. bro kaboi: yup betul bro, filem Dont Be Afraid Of The Dark tu adalah remake kepada sebuah telemovie yang agak famous gak masa dulu (dekad 80'an la) di Amerika sana.

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...