Saturday, December 31, 2011

Penawar Hati : Kiamat Itu Pasti! Adakah aku dan kalian sudah bersedia?


Buat renungan

Hari KEHANCURAN

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha P erkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- P emimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. P ertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. P ustaka Nasional Singapura 2004.

Wednesday, December 28, 2011

LAUGHTER IS THE BEST MEDICINE!

Bagi mengurangkan stress di tempat kerja serta tekanan daripada penemuan @ keputusan medical check-up semalam, di sini aku nak share kepada kalian semua beberapa strip kartun yang diharapkan dapat menceriakan hati anda (dan aku sekali la huhu). Bak kata majalah Reader's Digest, laughter is the best medicine.




P/S: Kalau gelak terlebih sangat, tak bagus jugak kan. Bukannya nak sembuh penyakit, kang orang chop kita ni gila ker, sawan ker, psycho ker...aduh2...Na'uzubillah


Tuesday, December 27, 2011

Keputusan Medical Check-Up : Di Persimpangan Dilema!

Inilah Akibatnya Jika Kesihatan Tidak Diendahkan!

Hari ini 27hb Disember 2011 (Selasa) bersamaan dengan 2 Safar 1433, aku dimaklumkan oleh pihak klinik panel (appointed by our office) iaitu Klinik Masniah melalui panggilan telefon bagi mengetahui keputusan ujian darah dan air kencing yang aku telah buat 2 minggu yang lepas. Berdegup kencang rasanya jantung aku apabila menerima panggilan sedemikian rupa, siap nurse tu cakap melalui phone yang aku kena buat suntikan vaksin untuk Hepatitis B (!).

Kira2 dalam pukul 10 lebih pagi begitu, aku tiba di klinik berkenaan. Lebih kurang 25 minit kemudian, aku dipanggil oleh doktor (Dr. Masniah Sheikh Aminullah) untuk rawatan serta konsultasi. Arghh makin parah debaran jantung yang aku rasakan.

Pic diambil di hadapan Klinik Masniah, sebelum mendapat result untuk medical check-up

2 minggu sebelum nya, selepas balik dari trip ke Kota Kinabalu, aku mula diserang kebas di bahagian paha dan tapak kaki. Bapak aku cakap, ni macam tanda2 nak kena Gout ni. Aku dah mula gelabah tak tentu hala. Yelah, mana tak nyer, bapak aku pun penghidap penyakit Gout juga, tidak mustahil ianya boleh di passing kepada anak (menurut sumber dari pihak klinik, penyakit Gout ni penyakit genetik yang boleh diwarisi). Tanpa menunggu masa lama, 2 3 hari lepas tu aku pun buat medical check-up untuk mengetahui apa penyakit aku sebenarnya.

Ya Allah! Nervous tak ingat dah masa tu. Setelah dikenalpasti, melalui penerangan dari pihak doktor, berikut merupakan antara2 keputusan yang aku dapat:

  1. Glucose: Result - 5.5 (normal range antara 3.9 hingga 5.6)
  2. Uric Acid : Result - 0.46 (normal range antara 0.20 hingga 0.42)
  3. Cholesterol : Result - 5.4 (nomal kurang dari 5.2)
  4. Hepatitis B: Result 12 (Non-reactive!) Perlu Vaksinasi!
Kadar glukos dalam badan dah hampir2 melebihi tahap sederhana, Uric Acid kalau tak dijaga boleh mengundang penyakit Gout atau apa2 penyakit Arthritis (lebih 0.2 tu wow!), kolesterol aku pulak lebih sedikit dari biasa (naik 0.2 plak) dan yang paling aku tak tahan menahan sebak ialah aku kekurangan antibodi dalam badan untuk melawan penyakit Hepatitis B.

Slip permission untuk menghadirkan diri ke klinik (bawah) dan surat yang berisi keputusan medical check-up (atas) dari Pathlab

Wadapak! Rumusan yang diberi doktor ialah; rajin2 lah bersenam at least 3 kali seminggu untuk berjogging, kurangkan makanan berprotien tinggi, kurangkan makan udang dan belacan (1) dan akhir sekali...kena banyakkan AKTIVITI FIZIKAL! JANGAN DOK RILEK SAHAJA!

Semenjak dua menjak ni, memang aku terasa kurang sihat yang teramat sangat. Kaki sentiasa kebas dan panas di tapak kaki. Mungkin disebabkan kandungan asid urik yang terlalu banyak dalam badan. Arghhh....stress ni! Tu lah, orang cakap jaga kesihatan masa muda, sekarang apa dah jadi? Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak payah cakap lagi daa....

Dr. Dre dengan video terbarunya yang bertajuk "I Need A Doctor" featuring Eminem dan Skylar Grey. Apa kena mengena video ni dengan aku? ermm....maybe I also need a doctor...


Monday, December 26, 2011

Dekad 80'an - Keyboards : Alat Muzik Pertama Yang Aku Belajar!

Ya! Memang ironi! Walaupun aku sudah lama berkecimpung di dalam arena muzik independent / underground tempatan khususnya di Bintulu, Sarawak dan sering juga kawan-kawan lain kaitkan aku dengan permainan bass (dahulunya Yamaha Attitude) dan gitar elektrik (Vantage Stratocaster Imitation & my ex Ibanez Gio Copy). Akan tetapi ramai di antara kengkawan aku tidak mengetahui bahawasanya alat muzik yang pertama sekali menarik minat aku semasa masih budak-budak dahulu ialah Kibod dan Organ.

Semasa aku masih darjah 5 (kira2 dalam tahun 1992) aku sering bermain di rumah kawan karib masa sekolah rendah dahulu, rumah dia tidak berapa jauh dari rumah aku. Walaupun berbangsa Cina, tetapi kami agak rapat sehinggakan member aku ni fasih berbahasa Melayu Sarawak. Di rumahnya ada terdapat sebuah organ besar yang diletakkan di ruang tamu. Kawan aku ni pulak bukannya minat muzik sangat, habis duit parents dia belanja untuk kelas piano tapi dia malas dan kurang minat ke arah muzik. While aku pulak, mengambil kesempatan yang ada untuk cuba try test dengan benda alah tu, emak kawan aku ni pun sporting juga, yelah dah anak dia sendiri dah tak minat, aku main ajer lah.

Bermula dari situ jugalah minat aku dalam bermain alat muzik semakin meningkat. Selepas family aku berpindah ke Bintulu, Sarawak, bapak aku pulak kembali meminati muzik yang telah lama beliau tinggalkan. Bapak aku pernah beli kibod Yamaha model yang untuk beginner, tapi rasa macam tak puas main, so kemudiannya dia trade-in dengan kedai dan tukarkan kepada Yamaha PSR200 yang masih ada sehingga sekarang.

Yamaha PSR 200 (pic cilok dari Google)

Yamaha PSR 200 bersama dengan Keyboard Stand (pic cilok dari Google juga)

Antara lagu2 yang terawal aku pelajari semasa bermain kibod ini ialah lagu2 dari Michael Learns To Rock, Gary Barlow (lagu Forever Love), The Beatles (lagu Hey Jude, Let It Be dan Real Love), Richard Marx (Lagu Right Here Waiting) , Smashing Pumpkins (untuk lagu2 yang ada kibod sahaja) dan banyak lagi lagu2 best yang aku dah tak ingat dah.

Di pejabat pula, kami mempunyai kugiran yang sering membuat persembahan semasa Majlis Makan Malam Tahunan, Malam Malam Sukan Pan-Sarawak dan sebagainya. Aku sering mengambil posisi sebagai pemain kibod (posisi gitaris dan bassist dah diambil orang yang lebih senior dari aku huhu), dah takder pilihan lain dah. Dewasa kini, aku kurang berminat hendak bermain kibod, mungkin disebabkan aku cenderung ke arah instrumen bertali seperti gitar, bass dan ukulele.


Norhafis - Cuba (Lagu asal dari Faizal Tahir. Persembahan Malam Hasil bersama Live Band @ Kemena Plaza Hotel Bintulu)
The Line-Up:
Norhafis - Vokalis
Bandarsah - Pemain Bass
Roslan - Gitaris
Mazri - Drummer
Adi Herman - Keyboards

Jika melihat dari video klip tadi (Norhafis - Cuba), aku menggunakan kibod Yamaha Portable Piano DGX-230 (pic di atas) kepunyaan seorang pegawai sama sepejabat dengan aku

Anyway, apa2pun aku takkan lupa asal-usul bagaimana aku boleh meminati muzik. Tanpa alat muzik seperti kibod, mungkin aku takkan minat muzik langsung sehingga sekarang...

Sunday, December 25, 2011

Pics Menarik Sepanjang Sesi Jamming Metuk Ulau Projekt (Jamming Penutup Tahun 2011)

Pada hari sabtu yang semalam (24hb Disember 2011, sehari sebelum Hari Natal), aku serta rakan2 blogger merangkap rokes kental era 90'an (bro Ijau dan Korawk) serta diiringi rakan2 lain seperti Rizal Gamer Sayur, Azrol selaku pemain gitar utama dan semestinya drummer otai si Bro Kandar telah menjalani sesi jamming yang sering dikaitkan dengan nama Sesi Jamming Metuk Ulau Projekt! Di bawah merupakan beberapa pics yang diambil oleh bro Rizal Gamer Sayur menggunakan kamera aku iaitu Nikon Coolpix S5100. Ulasan lengkap tentang sesi jamming ini boleh dilihat pada blog Geng Kereta Sapu (Kepunyaan Bro Korawk) dan Ada Apa Dengan Ijau? (Kepunyaan Bro Ijau). Aku malas nak review pasal perihal teknikal di dalam studio ni, aku mengaku aku memang tak reti, yang aku tahu, main gitar bass & meniru aksi Cliff Burton / Steve Harris ajer hahaha....(sori guys!)


Bob Kandar: "Amma Pa! Bila nak start ni? Aku dah tak sabar nak bawak lagu Half (Saturnine) ni?

Adi Herman: "Rileks bro, jap lagi kita start. Biar lambat asal selamat"

Bob Kandar: "Apa kau ingat aku ni nak ambik kelas memandu ka?"

Bob Kandar: "Woi Budak Shaolin 3 ekor! Cepat la jalan...Kita jamming sejam, bukan 24 jam!"

Bro Azrol (paling kanan) sedang asyik me-shredding-kan gitar beliau sambil ditemani vokal dari bro Ijau yang cukup manTOP. Jangan tanya kenapa aku (kat tengah tu) berkaki ayam semasa Jamming...ikut suka aku la, adoyai!

Bro Ijau: "Cilakak punya mic! Buat bunyi Humming Bird pulak dah...ini boleh bikin gegendang aku meletop ni"

Kelihatan Bro Korawk (Paling Kiri) sedang asyik memainkan riff2 hebat untuk lagu2 Iron Maiden yang didendangkan. Kalo tengok dari sisi belakang, rupa bro Korawk macam Kuririn Dragonball Z plak (haha jangan marah bro...aku pun apa kurang nya)

Bro Ijau: "Apa? dah nak abis ker? One more song lagi? ish tak boleh jadi ni...tak puas hati la. Kena ada sequel untuk sesi jamming ni...Wadapak!"


Bersambung...

My All Time Favorite Punk / Skinhead Movie!

Pertama sekali aku nak terangkan di sini, aku bukan seorang punk ataupun skinhead (jangan nak gelar aku poser pulak, WADAPAK bro!). Di antara sebab aku meminati filem2 yang mempunyai aliran sebegini ialah ideologi dan kehidupan hedonistik yang dipaparkan melaluinya serta pengakhiran yang tragis. Kesimpulannya cukup mudah untuk difahami iaitu : gaya hidup sebegini tidak akan membawa anda ke mana, hanya makin membuat anda disisih dan dihina masyarakat (itupun jika anda adalah Skinheads Nazi dan Punk Mohawk yang tiada arah tujuan, kalau skinheads yang berprinsip positif seperti SHARP pula, respect tak jugak la cuma cukup aku katakan bahawa aku bersetuju dengan idea sebegitu).

Bagi aku, secara peribadinya, cukup hanya aku menyukai muzik punk dan oi! sahaja. Muzik punk seperti The Sex Pistols, The Exploited, A.C.A.B., The Officials, The Suspects dan bermacam2 band punk/skinhead, pun agak menarik iramanya sehinggakan anda boleh menari pogo sambil mendengarnya.

Enough said, berikut merupakan senarai Top 6 Filem Punk / Skinhead yang aku sukai selama ini. Hope you enjoy reading the review!

Tangga Yang Ke-Enam : This Is England (Released in 2006)

Berlatarbelakangkan senario ekonomi yang merudum di England pada awal dekad 80'an dahulu, filem yang bertajuk This Is England ini mempunyai keunikannya sendiri kerana penceritaannya bermula dengan kehidupan budak lelaki yang bernama Shaun yang sering dibuli di sekolah, kemudiannya berkawan dengan kelompok remaja yang mengamalkan gaya hidup skinheads dan punk. Sepanjang berjalannya filem ini, kita dapat lihat proses perubahan yang berlaku dalam hidup Shaun yang mula meminati gayahidup sebegini. Pengakhiran yang tragik ialah apabila salah seorang kawan Shaun yang berkulit hitam dipukul hingga koma oleh ketua geng skinhead nya sendiri, keadaan ini membuat Shaun menyesal dan sebelum itu sempat juga dia bagi sedas dua tumbukan ke arah ketuanya itu. Di bawah merupakan trailer movie tersebut:



Tangga Yang Ke-Lima : SLC Punk (Released in 1998)


SLC Punk merupakan filem yang lebih ke arah penceritaan tentang gayahidup puak punk dalam erti kata sebenarnya. Berambut Mohawk, seluar ketat ala Yankie, mengenakan gelang dan rantai besi, hidup penuh suka ria...mungkin itu adalah definasi Punk yang ingin ditunjukkan dalam filem ini. Apa yang unik pasal filem ini, ianya memfokuskan kepada persepsi watak Stevo (lakonan Matthew Lillard) dan kawan sealirannya Heroin Bob. Here's the trailer:




Tangga Yang Ke-Empat : Pariah (Released in 1998)



Apa yang menjadi keajaiban pada tahun 1998 dahulu ialah, ianya menyaksikan ter-release-nya 2 buah filem yang mempunyai konsep yang sama (Skinheads Nazi) iaitu American History X dan filem ini iaitu PARIAH. Meter keganasan dalam filem ini agak meruncingkan kerana berbanding dengan filem American History X, ianya terlebih serta padat adegan gaduh dan tumbuk menumbuk. Cuma apa yang aku rasa tak kena dan melucukan ialah, ada satu babak dalam movie tersebut di mana geng2 skinheads tengah gaduh besar dengan geng2 homoseksual, tapi entah macam mana, geng2 skinheads boleh kalah dan tersungkur pula. Apa la...ingat otai konon!



Tangga Yang Ke-Tiga : Sid And Nancy (Released in 1986)


Filem lakonan Gary Oldman dan Chloe Webb ini merupakan sebuah karya yang boleh dikira masterpiece kerana mutu lakonan yang ditunjukkan oleh Gary dalam memainkan watak Sid Vicious itu. Filem ini menceritakan tentang hubungan intim yang terjalin di antara Sid Vicious dengan pasangannya Nancy Spungen yang berakhir dengan tragis (Sid bunuh Nancy, pastu Sid overdose sampai kojol). Filem Sid And Nancy ini juga lebih ke arah biografi yang separa fantasi arahan oleh Alex Cox . Di bawah merupakan trailer rasmi filem tersebut:




Tangga Yang Ke-Dua : Romper Stomper (Released in 1992)

Filem lakonan Russel Crowe ini merupakan sebuah movie yang agak provokatif dan boleh mengganggu emosi seseorang akibat daripada kelakuan wataknya serta rakan2 Skinhead beliau. Berlatarbelakangkan suasana 80'an di Melbourne, Australia, Romper Stomper berjaya mengetengahkan situasi tegang (riot) di antara beberapa puak yang tidak puas hati dengan geng2 Skinhead Neo-Nazi (antara puak yang naik angin dengan sikap Skinhead ini ialah kaum Asia dan bangsa kulit hitam). Filem ini wajib tonton kepada mereka yang minat dengan lakonan Russel Crowe serta menyukai genre sebegini. Ini dia trailer movie nya:



Finally! The Winner is : American History X (Released in 1998)

Filem yang pernah meletakkan Edward Norton sebagai Aktor Terbaik dalam Academy Award tahun 1998 sebelum ini, merupakan raja kepada segala movie bergenrekan Skinhead (Neo-Nazi). Dibintangi bersama oleh Edward Furlong (Terminator 2, Detroit Rock City, The Green Hornet, CSI : New York) yang melakokankan watak sebagai adik kepada Derek Vinyard (lakonan Edward Norton), filem ini berkisar tentang bagaimana budaya Skinhead dapat merubah sekaligus meruntuh institusi kekeluargaan dalam masyarakat secara amnya. Adegan yang betul2 membuka mata dan sekaligus merubah pemikiran aku tentang Nazism ialah apabila Derek Vinyard dengan kejamnya membunuh seorang lelaki kulit hitam (yang berniat mahu merompak keretanya) dengan cara mengangakan mulut lelaki berkenaan di tepi curve jalanraya dan seterusnya menerajang kepala mamat negro tersebut sehingga mati! Wadapak man! This Is Madness! Di bawah merupakan trailer movie tersebut:




p/s: It's ok being a skinhead or a punk, tetapi anda kena tentukan jenis apa yang anda hendak jadi? Neo-Nazi atau Sharp? Hedonistic life or educated rascal? The decision is in your hands...

Saturday, December 24, 2011

Antara Secret Recipe Dan My Wife's Passion

Setelah selesai sesi jamming Hepi ;) + Metuk Ulau Projekt tengahari tadi di Z Studio (Li Hua Plaza Bintulu) bersama Korawk, Ijau, Bob Kandar, Azrul dan disaksikan bro Rizal Gamer Sayur tengahari tadi pada pukul 1 petang, aku terpaksa bergegas ke rumah disebabkan telah berjanji dengan wifey yang aku nak bawa dia dan my sweet Ainul ke restoran Secret Recipe, sebuah franchise kedai makanan yang popular dengan aneka pilihan kek.

Panflet yang aku ambil dari Secret Recipe

Antara beberapa hirisan kek yang dijual di Secret Recipe

Suasana di sebuah franchise restoran Secret Recipe (pic cilok dari laman sesawang rasmi mereka)

My two beautiful ladies sedang menikmati makanan di restoran Secret Recipe, makan tak ingat orang dah hahaha sama gak macam aku!

Disebabkan orang rumah aku ini seorang enthusiast dalam bidang masakan (terutama sekali dalam hobi membuat kek), jadi aku ikutkan saja kemahuan isteri tercinta haha. Kami beranak sampai di restoran tersebut kira2 dalam pukul 6 petang (lepas sesi membeli belah di supermarket berdekatan tidak jauh dari restoran tersebut). Aku yang pada awalnya agak skeptikal terhadap harga barangan yang ditawarkan dalam restoran ni, akhirnya terpaksa akur dengan kehendak orang rumah huhu. gila kau! mahal jugak la menu makanan kat sini! Tapi kalau dibandingkan dengan San Francisco Coffee Bean dan Starbucks, yang ini masih dapat diterima akal la harganya.

Kami pun order la beberapa makanan yang boleh dikira best di restoran ni (mengikut citarasa Ms aku la). Antara yang diorder oleh kami ialah:
  1. Cappucino Cheese Cake (1 slice = RM 6.50)
  2. Lemon Cheese Cake (1 slice = RM 7.00)
  3. Hazel Cheese Cake (1 slice = RM 7.00)
  4. Secret Recipe Fried Rice With Chicken Satay (2 unit - aku tak ingat harganya berapa)
  5. Ice Cream (1 scoop = RM3.00!!! Wadapak!!)
  6. Beberapa soft drinks dan air mineral
Setelah kek2 yang disebut tadi disediakan di atas meja kami, aku serta wifey pun mencuba kek2 yang dihidangkan. Aku tak nak komen banyak, sebab aku tak reti nak menilai, lagipun perut aku lapar masa tu. Kalau orang lapar ni, kau bagi saja makan apa pun, confirm dia akan cakap sedap! Trust me, ini logik akal!

Bagi isteri aku pula, dia mulakan dengan merasa Lemon Cheese. Sebenarnya beberapa bulan dahulu wifey aku ada pernah membuat cheese kek basah ala begini, tapi tiada topping lemon di atas nya. Aku rasa bangga juga la, sebab isteri aku sudah boleh membuat kek yang hampir2 sama taraf dengan Secret Recipe ni. Isteri aku pun membuat komen dan kritikan pada setiap pieces kek yang kami telah order tadi. Rasa macam Chef Riz dalam rancangan TV Masterchef pulak dah, tapi hakikatnya isteri aku memang pandai menilai rasa setiap kek tersebut, yang mana lebih ke arah cheese la, yang mana kurang sedap dari segi isian layer nya, yang mana dia rasa boleh dibuat di rumah....macam2 lagi la. Tapi yang pasti, dia pasti akan buat nanti, no matter what, sebab itu adalah passion dia. Aku tak boleh halang dia dalam perkara ni, sebab dia pun selalu tolerate dengan hobi obsesif aku yang bernama muzik selama ini.

Orang rumah aku sebelum ini pun pernah belajar membuat cupcakes dan cake yang berasaskan fondant icing daripada sepupunya yang merupakan pengasas terawal kepada kelas cupcakes di Kuching (sila rujuk blog beliau di www.irabakery.blogspot.com). Semenjak mengikuti kelas tersebut, minatnya semakin memuncak dalam seni pembuatan kek dan kulinari secara am nya. Itu la yang buat aku makin sayang kat dia (siapa tak sayang bini oi). Bak kata pepatah lama, kalau nak jaga hati suami, mulakan dengan hidangan untuk perutnya! hahaha....Wadapak!!

Di bawah merupakan beberapa pics kek dan cupcakes yang pernah dibuat oleh my wife sebelum ini:



cupcakes yang direka oleh my beloved wife

Kek harijadi yang bertemakan Barbie (direka oleh my lovely wife also)

P/S: Kepada member2 aku yang masih membujang di luar sana, ini tip dari aku. Kalau nak cari bakal isteri, biar pandai memasak di dapur juga, walaupun yang pastinya husband & wife zaman sekarang ini sudah ada karier masing2. Masak yang paling basic pun takper, janji tak malu ke dapur dan tak malu mencuba membuat resipi makanan kesukaan si suami. InsyaAllah bahagia rumah tangga. Amin.

Tuesday, December 20, 2011

Video Muzik MonoloQue - Batu Belah Batu Konkrit (Lagu Berbentuk Nasihat Makan-Dalam Buat Bangsa Melayu!)

MonoloQue : Loque serta rakan-rakan

Baru sahaja mendengar keseluruhan album sulung MonoloQue terbaru berjudul "Hikayat Halimunan Abad Ke-21 : Jejak Tanah", mempunyai 8 tracks kesemuanya. Feel nya lebih kurang macam album Butterfingers berbahasa Melayu sebelum ini iaitu "Selamat Tinggal Dunia" dan "Kembali". Secara peribadi, dari perspektif muzikaliti yang dibawakan MonoloQue, ianya sama sahaja seperti Butterfingers sebelum ini, cuma apa yang membezakan kali ini ialah kesemua lagu2 dari album ini dinyanyikan oleh Loque (tunggak dan pengasas kedua2 band yang aku sebut tadi) bukan Emmet (vokalis Butterfingers) lagi dan element psychedelic dikurang sedikit berbanding dengan album "Selamat Tinggal Dunia", "Malayneum" dan "Kembali" (era Butterfingers).

Berbalik kepada album "Hikayat Halimunan Abad Ke-21 : Jejak Tanah" tadi, lagu2 seperti Kekanda Adinda dan Tiada Kata Secantik Bahasa (P Ramlee Cover) sudah biasa aku dengar di corong2 radio, mungkin terlalu mainstream sampai aku rasa biasa sahaja semasa mendengar lagu2 berkenaan. Namun begitu, ada beberapa lagu2 yang boleh tahan juga seperti Cinta, Kupu-Kupu Malam dan semestinya Batu Belah Batu Konkrit (Bonda). Entah kenapa, lagu yang bertajuk Batu Belah Batu Konkrit ini menyentuh emosi aku haha apa la emo...

Interpretasi Aku Tentang Lagu "Batu Belah Batu Konkrit (Bonda)"

Walaupun 80% sepanjang lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi veteran Azlina Aziz (famous di era 80'an dan awal 90'an), namun mesej yang sarat dengan nasihat makan-dalam yang terkandung dalam lagu ini seharusnya tidak harus dipandang ringan. Dengan nilai sarkastik yang ada pada setiap bait liriknya, ianya hampir2 mencerminkan budaya masyarakat Melayu Moden kini yang seperti kita sudah sedia maklum, makin pudar dan hilang nilai budaya dan budi pekertinya.

Lagu ini juga seakan2 ingin menceritakan kepada kita tentang keruntuhan akhlak spesifik ditujukan kepada bangsa Melayu. Dengan dunia sekarang yang serba serbi mengejar duit, sikap materialistik yang semakin tegar, norma2 kesopanan semakin terhakis, lagu ini sedikit sebanyak seolah2 memberi tamparan hebat kepada aku yang mengaku Melayu dan semestinya pembaca2 yang sebangsa dengan aku. Sebagai contoh, dunia korporat Melayu yang rata2nya bertaraf Billionaire, tak mungkin geng2 tauke Malay yang berjaya ini mahu membantu industri desa yang merangkak2 hendak maju (dengan penuh getir dan berpenat lelah). Alasannya senang sahaja, kalau tak ada untung banyak, jangan harap la aku nak tolong engkau!

Sifat Melayu Moden yang FAKAP sebeginilah yang meLAYUkan kita. Aku dah penat lihat bisnes Melayu yang suka menjerat bangsa sendiri. Bisnes baru nak mula, dah letak harga yang mencekik darah. Mana perginya keikhlasan yang diajar dalam Islam? Mana etika perniagaan Islam yang seharusnya kita contohi? Kenapa harus tindas bangsa sendiri? Dari segi moraliti bangsa Melayu pula, malas nak cerita panjang lebar lah. Terkini, tentang perkahwinan Gay oleh seorang bekas pelajar perubatan bernama Arif Alfian serta pasangannya Jonathan. Siap pakai baju Melayu serta tengkolok pulak masa bersanding dalam gereja! Secara seriusnya, ini sudah betul2 melampau dan betul2 menunjukkan yang Melayu semakin layu...Sudah lah murtad, ditambah lagi dengan hubungan songsang sebegini, hati ibu bapa mana yang tak purnah ranah dibuatnya.

Belum lagi kita bercerita pasal populasi Melayu yang paling banyak menghuni pusat serenti, kes2 buang bayi dan pemerdagangan orang, kes2 khalwat, rempit dan bermacam2 lagi...

Enough Said, baik kita sama-sama menghayati lagu ini serta lirik yang aku sediakan di bawah klip video ini



Lirik Lagu "Batu Belah Batu Konkrit (Bonda)" MonoloQue Feat Azlina Aziz

Wahai anakanda ku sayang
Ke mana hilang budaya
Diculik piring terbang
Atau ditelan buaya

Tiada peluang tiada ruang
Semua mahu cepat kaya
Pabila semua dah hilang
Barulah hendak percaya

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepih
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit

Wahai anakanda ku sayang
Kenapa gadai pusaka
Sebab cinta atau wang
Atau kerna kurang peka

Seperti lalang-lalang
Suka belok suka leka
Ikut telunjuk bayang-bayang
Akhirnya diri terluka
Melihat semua ini
Hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari

Dari dihimpit putar belit
Masyarakat hipokrit

Wahai bonda jangan merajuk
Bonda jangan makan hati
Anakda disini memujuk
Dan anakanda takkan berhenti
Kini sekadar impi
Baru faham semua ini
Bonda tolong jangan pergi
Maafkan anakmu

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepih
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit

Dari dihimpit putar belit
Hamba duit masyarakat hipokrit

Bonda rela dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit

P/S: Masih ada ruang dan peluang untuk kita berubah...insyaAllah

Friday, December 16, 2011

Dekad 80'an - "HEAVY DUTY" Sebuah Band Metal Dari Miri

Dalam entri yang lepas (rujuk balik tajuk "Dekad 80-an - Tahun Aku Dilahirkan, Dibesarkan, Diberi Pendedahan Pertama Tentang Muzik dan Jadi Budak Nakal Part 2"), aku ada bercerita tentang band yang bernama Heavy Duty, sebuah band metal yang agak terkenal di Miri suatu ketika dahulu (dan masih bertahan sehinga sekarang). Baru petang tadi aku terserempak pic di bawah yang diambil oleh ayahanda aku semasa zaman kegemilangan diorang dahulu (dekad 80-an - zaman panas dengan event seperti Battle Of The Bands), tiba-tiba pula aku terasa hendak belek-belek album gambar dari almari di ruang tamu kat rumah parents aku. Lalu terjumpalah gambar yang klasik ini.


Heavy Duty with friends; gambar ini diambil ketika majlis Battle of the Bands yang diadakan di Dewan Suarah Miri suatu ketika dahulu. Perhatikan attire diorang, memang classic rock!

Untuk line-up terkini (2011), band ini terdiri daripada:
JD - Bassist
Jasmie - Lead Guitarist
Doha - Vocalist
Mok - Lead Guitarist
Dol - Drummer

InsyaAllah, suatu masa nanti aku ingin sangat berjumpa dengan leader band ini iaitu Uncle Jasmie (Lead Guitarist dan merupakan ahli band yang lama bertahan dengan band ini), sambil-sambil tu buat sesi interview eksklusif khas tentang band ini. Mungkin generasi baru tidak berapa familiar dengan band ini, akan tetapi bagi aku yang membesar dengan muzik Rock Kapak sebegini (ditambah lagi Uncle Jasmie ni kawan bapak aku), santapan muzik Rock yang dihidangkan oleh Heavy Duty sememangnya agak evergreen dan masih tetap bertenaga. Aku rasa mungkin ada segelintir peminat muzik rock di luar sana (entah2 mungkin bapak kepada korang semua) yang masih ingat dan meminati band ini, who knows right?

CD dan Kaset Heavy Duty, album berjudul "Sang Kelawar Kesiangan" yang mempunyai 10 tracks semuanya, versi kaset pulak untuk dijual, sila rujuk iklannya di sini.


Heavy Duty Live at Miri City Fan on 27th June 2009

Movie Trailer: DON'T BE AFRAID OF THE DARK (2010)


Di atas merupakan 2 buah poster rasmi untuk filem Don't Be Afraid Of The Dark

Daripada pengarah yang membawakan anda filem sci-fi thriller hebat seperti Blade 2, Pan's Labyrinth, The Orphanage, Hellboy 1 dan 2 , kali ini Guillermo Del Toro menghidangkan kepada kalian semua sebuah lagi karya seram beliau yang berjudul Don't Be Afraid Of The Dark. Seperti filem2 yang lepas, Guillermo kali ini juga memaparkan kesan2 CGI yang tip-top, animatronik serta creature-making yang hebat dan semestinya plot cerita yang menarik. Walapun aku belum lagi tengok movie, tetapi setakat ini, filem2 arahan Guillermo tidak pernah mengecewakan aku (aku harap lepas tengok movie ini, aku tak rasa menyesal menontonnya haha)


Friday, December 9, 2011

TRIP TO KOTA KINABALU - Travelog Seorang Pelancong Yang Jakun!

Personal Review About My Trip To Kota Kinabalu, Negeri Di Bawah Bayu!

Pertama sekali aku ingin nyatakan di sini, aku sebenarnya bukanlah seorang invidu yang adventurous dan aktif dalam apa2 aktiviti fizikal. Kalau diajak untuk bersukan atau apa2 aktiviti rekreasi pun, aku akan fikir banyak kali (aku rasa tabiat ni aku kena buang jauh-jauh la haha). Apatah lagi kalau disuruh untuk aktiviti mendaki Gunung Kinabalu ataupun snorkling di Pulau Sipadan, lagi la berat hati aku nak ikut serta. Aktiviti sebegini sering dianjurkan oleh Kelab Rekreasi dan Sukan di pejabat aku. Tapi kali ini, aku diberi peluang untuk menziarahi Kota Kinabalu bukan atas dasar ikut kawan2 untuk projek daki gunung atau apa2pun, aku ke sana atas urusan rasmi (kursus kewangan peringkat cawangan2 Sabah dan Sarawak) dan ini merupakan peluang keemasan untuk aku sight-seeing dan sekaligus memperkukuhkan ilmu kewangan atau pentadbiran (ye ker ni?).

Apa yang aku suka tentang traveling ini ialah, aku suka melihat gelagat manusia di tempat asing, observe gaya hidup mereka dan cuba menghargai kebudayaan pada sesuatu masyarakat, bunyi macam pakar Antropologi saja kan? haha. Perjalanan aku bermula pada 6 Disember (Selasa) dan berakhir pada 9 Disember 2011 (Jumaat). Kursus pula bermula pada hari rabu 7 Disember tersebut, jadi ianya hanya mengambil masa 2 1/2 hari sahaja (masa yang agak kurang cukup untuk menuntut ilmu pada pendapat aku lah). Pesawat aku dari Bintulu ke Kota Kinabalu berangkat pada pukul 9:10 pagi pada hari Selasa tersebut menggunakan ATR Aircraft milik MASWings. Ianya hanya mengambil masa lebih kurang sejam sahaja untuk sampai ke KK. ETA kami sampai di KK pula kira2 jam 10:10 pagi.

Kepulan2 awan dari pandangan melalui pesawat ATR MASwings, kipas kapal terbang pulak nampak pelik betul apabila diambil gambarnya haha.

Setelah sampai Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, aku dan beberapa rakan sepejabat menaiki teksi ke Horizon Hotel, sebuah hotel yang baru beroperasi 4 bulan dan terletak di tengah kepadatan bandar Kota Kinabalu. Lokasi hotel ini amat menarik kerana ianya terletak tidak jauh daripada beberapa lokasi menarik di bandar tersebut seperti Pasar Filipin, KK Plaza dan Centre Point (beberapa shopping complex yang best di sana), Pasar Malam sebelah Le Meridien Hotel (ada ala2 macam Pasar Chow Kit) dan beberapa restoran yang menghidangkan makanan laut.

Statue kuda yang diperbuat dari kayu ini menarik perhatian aku, ianya terletak di lobi Horizon Hotel dan apa yang paling melucukan ianya mempunyai Lampu Tidur di atas kepalanya (!)

Monumen bersejarah yang terletak berhadapan dengan Horizon Hotel

Disebabkan kursus akan bermula pada esok harinya (Rabu 10 Disember) dan dijangka akan berlarutan hingga ke malam, kami cuma ada masa untuk bersiar-siar dan membeli-belah (ni untuk kaum hawa saja la) pada hari selasa itu sahaja. Esok harinya akan menjadi tempoh kursus yang agak intense dan memenatkan. Jadi aku dan beberapa rakan pejabat pergi ke Pasar Filipin yang terletak tidak jauh dari hotel kami. Amat common jika kita mendengar dari orang2 yang pernah ke KK sebelum ini, kalau ada pergi KK jangan lupa singgah ke Pasar Filipin. Well, I've been there and its pretty much interesting. Tempat ni lebih kurang macam Central Market (Kuala Lumpur) ataupun Main Bazaar di Waterfront (Kuching) kerana ianya lebih kepada tempat menjual barangan cenderamata dan aksesori mutiara serta pin2 baju kurung yang menarik.

Antara produk yang dijual di Pasar Filipin, Kota Kinabalu. Ini ialah pin permata berjuntai, sesuai untuk diletak di tudung.

Rantai mutiara yang pastinya akan mengaburkan mata kaum hawa, kompem kering wallet dibuatnya...hanya boleh didapati di Pasar Filipin

Di Pasar Filipin juga ada Ukulele yang siap ada tulisan "Sabah" di atas body-nya. Tapi yang ini lebih kepada perhiasan sahaja, bukan instrumen muzik yang sebenar.

Alat muzik misteri yang aku tak tau apa namanya ini juga dijual di Pasar Filipin, bunyinya lebih kurang macam Chaklempong yang pernah aku dengar di Langkawi suatu ketika dahulu.

Sempoton, sebuah alat muzik tradisional Sabah. Ianya juga boleh didapati di Pasar Filipin. Aku cuba bayangkan, boleh ker Kenny G main benda ni? haha

Selepas ronda-ronda dan beli serba sedikit barangan di Pasar Filipin, kami seterusnya mencari tempat untuk makan tengahari, perut masing2 dah mula memberi signal refill dan logo minyak dah habis haha macam yang dekat speedometer kereta tu. Nasib baik lah kami TERjumpa sebuah restoran yang menghidangkan Soto Ayam / Daging yang terletak di belakang Hotel Le Meridien (tidak berapa jauh dari Pasar Filipin). Nama restoran tersebut ialah Restoran Happy Muslim (teringat pula dengan Hepi;) Jamming Session haha), suasana di restoran ini agak hectic dan pelanggan tidak putus2 datang. Aku memilih untuk makan Soto Ayam kerana menurut cerita dari kawan2 aku yang suka melancong ke KK sebelum ni, tak sah kalau tak cuba Soto Ayam jika berada di bandar KK ni.

Soto Ayam yang boleh di dapati di Restoran Happy Muslim, Kota Kinabalu

Setelah selesai mengisi perut (refill dengan soto ayam yang best - kalo dah lapar semua makanan kira best), kami bercadang untuk ke One Borneo, sebuah shopping mall yang dikatakan kebanyakan orang, lebih besar dari Mid Valley Mega Mall. Entah la, aku tengok sama saja. Tak tau pulak pada pandangan orang lain. Kami pun menunggu teksi di KK Plaza (shopping mall jugak) yang terletak tidak jauh dari restoran yang kami singgah tadi. Menurut bro Razali a.k.a. Ijau D Kucing, di tingkat atas shopping mall ni (KK Plaza) ada beberapa buah kedai yang ada menjual merchandise rock / metal. Jadi aku pun tanpa membuang masa, check-it-out terus la kedai2 itu, lalu aku terjumpalah kedai yang bernama Halloween dan Goblinz ni (sila rujuk pic di bawah). Geng2 sepejabat aku pulak ambil kesempatan sekejap untuk ronda2 kat ground floor KK Plaza tersebut, ambik masa 1/2 jam la sebelum berangkat ke One Borneo.

Kedai Halloween (kiri) dan Goblinz (kanan), kedua2nya menjual merchandise rock / metal seperti t-shirt, CD, poster, patches dan sebagainya.

Apa yang menarik minat aku (persepsi pertama) tentang kedua2 kedai ini ialah, beberapa figura aksi yang dibuat display di hadapan kedua2 kedai tersebut. Ada bermacam2, dari Spawn, X-Men, Hellboy, The Crow (damn...ni yang buat aku nak beli ni tapi fulus tak cukup la plak), Transformers dan bermacam2 lagi. Tapi itu bukan motif utama aku ke kedai ini, tujuan asal ialah nak cari CD yang rare, lalu aku TERbeli la pulak CD Kompilasi "Thrashing Like A Maniac" keluaran Earache Records. Di dalam CD kompilasi tersebut terdapat beberapa band New Generation Thrash Metal yang aku minat contohnya Municipal Waste, Gama Bomb dan one of my favorite Warbringer! Layan jugak la Cd ni, berbaloi dengan duit yang aku bayar haha.

CD Thrashing Like A Maniac (Kiri) dan CD Manggas "Kuraia" yang aku beli dari tauke Derangement Project, Mr Shairul! Sempat jugak aku bertemu beliau, itu pun pada hari kedua kursus masa time dinner haha curi2 keluar dari kelas malam.

Tidak jauh dari kedai2 itu, terdapat sebuah kedai yang menjual instrumen2 muzik iaitu Hollywood Music House (rujuk pic di bawah). Ermm...aku rasa barang2 yang ada dalam kedai ini pernah aku tengok dan boleh didapati di beberapa kedai alat muzik di Bintulu contohnya Zoso Music Shop dan My Music Shop.

Inilah kedai instrumen muzik Hollywood Music House. Perhatikan Ukulele yang terdapat di rak display hadapan kedai tersebut, kesemuanya berjenama Mahalo, agak common di kalangan pemain Ukulele.

Aku rasa antara banyak2 gitar, gitar akustik ini yang menarik di pandangan mata aku semasa berada di kedai Hollywood Music Shop. Bro Ijau, boleh kasi info ker tentang gitar akustik ni? Aku lupa pulak nak tanya dengan salesman masa tu, lagipun diorang tak friendly la.

Lepas penat pusing2 di dalam KK Plaza, kami pun back to the original plan, nak ke One Borneo. Dengan menggunakan teksi, perjalanan dari KK Plaza ke One Borneo mengambil masa lebih kurang 25 minit. Sepanjang perjalanan tersebut barulah kami dapat melihat di sekeliling pinggir bandar KK yang mempunyai kecantikan alam yang eksotik seperti pulau2 yang indah, pantai yang masih cantik dan tidak tercemar (tak macam pantai Tanjung Batu kat tempat aku ni). Selepas itu kami pun sampai di One Borneo. Sekali pandang macam best, tapi lepas masuk ke tempat ini, ermm aku rasa biasa saja, sama seperti pusat membeli belah yang pernah aku lawati.Mungkin aku ini bukan jenis yang shopaholic kot, sebab itu feel kurang ke arah sana haha.

Kawasan lobi (ground floor) One Borneo yang dihias cantik dengan hiasan untuk hari krimas nanti, maklum lah sekarang kan dah bulan Disember

Geng2 kami yang majoritinya kaum hawa ada juga membeli beberapa barangan di sini. Tanpa kami sedari, jam sudah menunjukkan pukul 5:30 petang dan kami terpaksa berkejar masa sebab waktu malamnya nanti kami ada sesi suai kenal di kalangan peserta kursus pada pukul 8:00 malam. Tapi oleh kerana kepenatan, perut kami secara serentak berkeroncong semula (isyarat refill naik lagi). Kami pun pergilah ke sebuah kedai makan yang terletak tidak jauh dari One Borneo iaitu Restoran Getaran Jiwa & Katering. Apa yang menarik tentang restoran ini ialah kebanyakan menu makanan nya ada mengambil beberapa tajuk movie / lagu Allahyarham P. Ramlee seperti Gado-gado Do Re Mi, Laksa Sesudah Subuh, Rojak Bujang Lapuk dan macam2 lagi. Tapi kami cuma singgah minum sahaja dan memakan beberapa kudapan ringan seperti cucur pisang dan ubi.

Inilah dia Restoran Getaran Jiwa yang aku cakap tadi! Siap ada stage kecil untuk para pengunjung yang ingin berkaraoke.

Selesai mentekedarah, kami pun balik ke hotel kira2 pukul 6 petang begitu. Waktu malam nya seperti yang telah dirancang, ada pula sesi pengenalan di kalangan peserta kursus. Pada hari rabu (hari kedua) sehinggalah hari jumaat (hari terakhir iaitu 9 Disember 2011) jadul kursus tersangatlah packed dan rasanya aku dah tak larat nak bersiar-siar ke mana-mana. Lepas solat Zuhur padi hari jumaat berkenaan, aku dan beberapa peserta kursus terus menuju ke KK International Airpoart. Aku berharap ada kali kedua trip aku ke bandar Kota Kinabalu ini. InsyaAllah aku teringin membawa isteri tersayang serta anakku Ainul Maisarah melihat kota yang unik dan istimewa ini. Tidak puas rasanya aku mengamati keindahan yang ada pada tempat ini. Aku sajikan kalian semua dengan video dari Jimmy Palikat ini yang berjudul "Anak Kampung" (lagu ini tersangatlah famous sekarang sehinggakan ada versi kecek Kelantan pulak haha).



Jimmy Palikat "Anak Kampung"





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...