Tuesday, October 18, 2011

Dekad 80'an - Tahun aku dilahirkan, dibesarkan, diberi pendedahan pertama tentang muzik dan jadi budak nakal! Part 2

Zaman kanak-kanak adalah zaman paling best!
Pada penghujung dekad 80'an, my daddy sudah tidak lagi terlibat dalam bidang deejay, sebuah pekerjaan separuh masa yang disukainya dahulu. Seingat aku kira2 dalam tahun 1989 macam tu kot. Masa ini jugalah my parents bergiat secara aktif dalam aktivti2 yang dianjurkan oleh HIKMAH (sebuah organisasi bukan kerajaan yang menganjurkan aktiviti2 berbentuk keagamaan Islam seperti ceramah, kursus motivasi ataupun nasyid), dahulunya dipanggil BINA, singkatan untuk Angkatan Nahdatul Islam Bersatu. My parents berdaftar di pejabat HIKMAH cawangan Miri, Sarawak yang pada masa itu merupakan tempat kediaman kami sekeluarga (my whole family semuanya asal dari Miri).

Pada ketika inilah, bapak aku bergiat secara aktif dalam penulisan lagu nasyid serta mengetuai kumpulan nasyid dibawah naungan organisasi HIKMAH tersebut. Pada masa ni, mana ada minus one ataupun set karaoke yang harganya berpatutan untuk dibeli, semua alunan muzik nasyid diiringi oleh kugiran ataupun live band. Tidak hairanlah jika melibatkan kugiran ini, ada di antara ahli2 muzik yang terlibat juga para2 rockers yang terhormat di Miri juga ketika itu. Sebagai contoh, kawan bapak aku, Uncle Jasmi, selaku gitaris tetap untuk kugiran nasyid persatuan HIKMAH juga merupakan seorang gitaris otai (shredder tahap Steve Vai ni) untuk sebuah band rock tempatan iaitu HEAVY DUTY. Band ini masih aktif sehingga sekarang, telah mengeluarkan sebuah album dan beberapa singles. Rock rock jugak, tetapi diorang ni solat 5 waktu tak tinggal wow, respect and salute to the veterans!

Inilah dia band rock dari Miri, HEAVY DUTY
Kalian boleh check profile band ni di Facebook
Pic ni pun aku cilok dari FB diorang hahah sori guys!



HEAVY DUTY live di sebuah mini konsert mereka di Miri
Mendendangkan lagu yang berjudul "Bagai Kejora"
Lagu ciptaan mereka sendiri

Secara tidak sengaja juga aku sendiri yang pada ketika itu baru sahaja berusia 9 tahun mula terbabit dalam bidang nyanyian berorientasikan nasyid, seterusnya mewakili sekolah dalam pertandingan untuk kategori tersebut. Entahlah macam mana aku boleh terjebak dalam dunia nasyid ni pun aku tak berapa ingat, mungkin disebabkan ustaz yang memimpin pasukan nasyid tu pun kawan bapak aku kot...pastu mungkin bapak aku rekomen pulak nama aku ikut team nasyid tu kot...haiya masalah betul la. Tapi masa itu aku masih lagi di usia kanak-kanak, kita cuma perlu mengikut sahaja apa yang orang tua suruh, betul tak? haha.


Lagu Nasyid yang berjudul "Kalamun Qadim"
Lagu yang sering dinyanyikan oleh mana-mana kumpulan nasyid
semasa zaman lewat 80'an dulu

Mungkin melalui genre nasyid jugalah aku mula mempelajari bidang seni nyanyian. Tapi agak stress juga lah disebabkan selalu kena bambu oleh ustaz sahaja kalau part solo yang aku nyanyikan asyik lupa lirik sahaja.

Tu baru cerita pasal muzik nasyid, next time aku akan cerita lagi macam mana aku boleh TERminat muzik rap masa kecik2 dulu hahah...until next time, PEACE!

No comments:

Post a Comment

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...