Tuesday, April 10, 2012

MORRISSEY : Idola dari Dunia Muzik Indie Antarabangsa! Some of my personal thoughts and opinions about the man himself...

Morrissey

"The More You Ignore Me, The Closer I Get"

Pada entri yang lepas, mengenai persamaan yang ada pada 2 buah band indie iaitu The Smiths dan The Times, aku ada sentuh sedikit tentang sejarah serta biografi ringkas tentang 2 buah band tersebut. kedua2 band tersebut memang aku respect habis tapi untuk The Smiths, well these guys are the real deal in making true indie music. Band yang sering diberi jolokan "The Ultimate Indie Band" (gelaran yang diberi oleh majalah rock alternative terkenal NME) dan menjadi di antara band-band pengasas awal pada gerakan muzik Madchester suatu ketika dahulu pada pengakhiran dekad 80'an.

Setelah band ini berpecah pada tahun 1987, dua orang pengasasnya iaitu Johnny Marr dan Morrissey membawa haluan masing2 dalam dunia muzik. Secara amnya, setelah The Smiths dinyah-wujudkan oleh mereka berdua, Morrissey lebih nampak menyerlah dari segi pembikinan muzik dan tanpa melengahkan banyak masa, pada tahun 1988 Morrissey telah meriliskan album pertama beliau yang bertajuk "Viva Hate".

Sebelum beliau mengasaskan band The Smiths dahulu pada awal dekad 80'an, Morrissey sememangnya telahpun diberi recognition oleh beberapa pihak media kerana hasil tulisannya yang menerbit dan mengarang sebuah novel berbentuk biografi tentang kisah hidup (dan mati) aktor terkenal James Dean berjudul "James Dean Is Not Dead". Semestinya minda Morrissey lebih ke arah penulisan sastera moden dalam budaya Inggeris yang mutakhir! Jika kita kaji beberapa bait lirik yang ada pada lagu2 The Smiths (dimana kebanyakannya ditulis oleh Morrissey sendiri), hampir semuanya mempunyai nilai sastera yang bagus walaupun ianya berbentuk sarkastik, anti-sosial, berbaur isu politik dan keinginan untuk hidup sendirian sampai mampus haha...

Secara peribadi, aku meminati muzik The Smiths agak lewat iaitu semasa aku tergila2kan cerita bersiri Charmed lakonan Shannen Doherty dan Alyssa Milano yang pernah famous circa 2000 hingga 2003 dahulu. Apa kaitan cerita bersiri tersebut dengan The Smiths? Pada montaj (footage awal pada setiap siri) siri Charmed, akan dihidangkan dengan lagu The Smiths yang berjudul "How Soon Is Now" yang diambil dari album kedua mereka iaitu "Meat Is Murder". Lagu tersebut memang berhantu dan melekat kat dalam kepala hotak aku beberapa ketika. Tapi agak malu jugak la pada aku sebab, kalau dah macam ni lah jadi nya, seolah2 aku ni bukan true indie fan la sebenarnya disebabkan agak lewat meminati The Smiths haha...sorry guys, but please don't label me as poser or whatsoever.

Tapi yang peliknya, lagu2 Morrissey pula lebih awal aku didedahkan, hasil daripada pembelian kaset2 kompilasi lagu alternative yang agak famous juga suatu ketika dahulu pada dekad 90'an seperti Absolute Alternative dan Pop Is Dead? edaran beberapa major label. Antara lagu terawal yang buat aku minat dengan muzik beliau ialah lagu "The More You Ignore Me, The Closer I Get" yang diambil dari album keempat beliau iaitu "Vauxhall And I". Semenjak itu, perspektif aku tentang muzik indie berubah disebabkan muzik pembawaan Morrissey ini. Mungkin akan ada yang akan mempertikaikan, akan tetapi ramai yang sependapat bahawa Morrissey (atau nickname nya Moz) layak digelar "One of The Godfathers Of British Indie Music" diikuti dengan Paul Weller dan Ian Brown. Di bawah merupakan beberapa bukti kukuh tentang obsesi aku terhadap Moz dan koleksi2 lagu beliau.

Koleksi T-Shirt Moz Aku!

2 helai tshirt ini aku beli secara online melalui seorang kenalan yang mengusahakan bisnes printing baju buatan tangan iaitu Handprint Shirt. Dalam portal tersebut juga terdapat seleksi tshirt pelbagai design pada mana2 band kegemaran anda. Antara penyebab aku membeli tshirt2 ialah ianya merupakan edisi terhad dan juga disebabkan ianya memfokuskan pada siri konsert jelajah Morissey di Asia Tenggara yang akan berlangsung di Singapura pada 8 May 2012 nanti! Hati ku berkata, kalau tak dapat pergi pun takper, janji dah ada tshirt edisi terhad ni pun dah kira orait ma...

CD Morrissey album "Years Of Refusal"

Front Cover of Morrissey "Years Of Refusal" CD

Inlay and the CD itself (kelihatan seperti vinyl dulu2 haha)

CD ini aku beli minggu lepas semasa aku dan keluarga pergi bercuti (sambil bekerja) di Miri, sambil itu juga ada diadakan lawatan rasmi kelolaan geng2 pejabat wifey aku ke Pustaka Miri. Aku beli cd ini pada hari jumaat (bersamaan 7 April 2012 iaitu semasa cuti Good Friday di Sarawak) di kedai Speedy, sebuah music store yang agak terkenal di Malaysia. I was a bit surprised semasa membeli cd ini. Mana tidaknya harga cd ini cuma RM9.90 sahaja, mungkin disebabkan tak berapa laku dan ianya cuma Malaysia Edition sahaja. Tak banyak yang istimewa tentang cd ini. Berikut merupakan songlist yang terdapat pada album ini:
  1. Something is squeezing my skull
  2. Mama lay softly on the riverbed
  3. Black cloud
  4. I'm throwing my arms around Paris
  5. All you need is me
  6. When last I spoke to Carol
  7. That's how people grow up
  8. One day goodbye will be farewell
  9. It's not your birthday anymore
  10. You were good in your time
  11. Sorry doesn't help
  12. I'm OK by myself
Walaupun album ini tidak mencapai sukses yang pernah dikecapi Moz pada era album Viva Hate, Kill Uncle, Your Arsenal dan Vauxhall and I, akan tetapi apa yang menarik tentang album ini ialah perubahan vocal-range yang dibuat oleh Moz. Beliau yang terkenal dan agak sinonim dengan suara Baritone nya, mencuba sedikit perubahan dalam vokalnya apabila berjinak2 dalam hi-pitch range contohnya pada lagu "Something is squeezing my skull" dan "I'm throwing my arms around Paris" dan eksperimentasi beliau agak berjaya kerana perubahan sebegini menarik minat untuk aku mendengar keseluruhan lagu dalam album ini. Dari segi musical direction nya pula, album ini lebih ke arah gabungan muzik indie dan Punk Rock era lewat 70'an (pengaruh dari band2 seperti Blondie, The Ramones, Patti Smith dan semestinya The New York Dolls). Ternyata orang veteran seperti Moz ini masih mampu rocking the stage dan mengekalkan serta memperjuangkan muzik yang beliau pertahankan selama hampir 30 tahun berada di dalam industri muzik antarabangsa. Berikut merupakan video live concert beliau di Glastonbury Festival tahun lepas, sebagai tatapan terakhir serta penutup entri ini. Enjoy Guys!


Morrissey : Live at Glastonbury Festival 2011 (Full Set)

10 comments:

  1. rasanya tu bukan Malaysian Edition sebab takde cop dia kat depan cover album. ada full booklet/lirik kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun mula2 rasa mcm cd ni bukan malaysian edition sbb takder tag yg ckp Malaysia Edition kat cover depan. hahah. tapi yg peliknya cd ni mad and printed in Malaysia. what say u?

      Delete
    2. oh, maknanya tu Malaysian Pressing sebab printing di Malaysia, tapi still consider sebagai Standard Version/Edition sebab isi lagu dan inlay dia standard. saya pun ada cd ni.. :)

      Delete
    3. wow nice bro...sekarang ni aku tengah mencari cd The Best of Morrissey dgn album Vauxhall & I...di tempat u ada jual ker cd tu bro?

      Delete
    4. haha xper bro...at least aku jumpa jugak fan Moz mcm lu haha tu pun dah kira ok ma...hahah

      Delete
  2. rock! yeah this does remind me of the picture on top there, is that him? rambut hitam, bila nanga vid, gray pulak. eh nice tshirt yo!

    *i linked you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...yang dalam vid tu masa Moz dah berusia (around 50 plus, i can't recall haha)...top pic refer to his heydays in the early 90's...anyway i found ur blog very much amusing...colored with ur fantastic words of wisdom hahaha

      Delete
  3. Yeaa ... Sayangnya Alain White dah tak bersama Moz untuk album ni .. Tetapi Jesse Tobias jugak "Not Bad" . Walaupun dia seorang session guitarist pada ketika dulu ( Not to mention when he was a guitarist for Alanis Morrissete) tetapi dia mempunyai chemistry bersama Moz .. Dan yang bagusnya beliau melakukan banyak improvasi / killer techniques untuk lagu lagu Moz yang terdahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya anda lebih arif tentang Moz dari saya, tuan....haha

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...